The loved ones..

The loved ones..

Wednesday, December 18, 2013

Cute kan..

Nice kan.. harus dapatkan satu.. :) hehe..

Sunday, September 29, 2013

Hujung minggu saya... yang sedih...



Sebenarnya amat la berhajat nak balik umah mak di Sg Buloh.. sangatla berhajat nak mendukung si comel Adeel.. em.. dah la belum bersua muka lagi.. aduhai.. kesiannya saya.. oh selamat ada gambar comel ni..
Dan juga alhamdullilah ari2 saya di hujung minggu tak la sunyi sebab umah ni banyak bising ooo...sebab ada insan2 istimewa di bawah ini...:)
Adam Mustaqim aka Abang


Abid Mursyaffa aka Cabid

Anas Muyassar aka Anas


Afif Muazzam aka Adik Besar

Afiq Muayyad aka Adik Kecik

Mereka la yang suka sangat bagi saya menjerit setiap masa setiap ketika... 

Sunday, September 15, 2013

Giler shopping?


Saya amat teringin beli carrier ni.. mungkin akan lebih kejap dan senang handle.. 

Tapi.. saya baru beli buggy ni.. em...

Alkisahnya buggy ni dibeli untuk memudahkan saya mengangkut Afif.. terutama bila dia sakit macam aritu.. puas saya dukung kedua2 nyer.. dengan beg2 yang berduyun2.. oh tapi teringin tu ada.. tapi perlukah?? dah ada sling ni kan..? em..

Sling Mummy Hugs ni dah banyak berjasa.. dari 2009 lagi.. masa ni Anas baru 3 bulan..:) hingga sekarang masih guna..
Cuma bezanya masa angkat Anas dan Afif takde la macam angkat Afiq.. bukannya Afiq tu lebih berat tapi Afiq tu pada usia dia sekarang bergerak2 tak ingat dunia.. jadi sling ni bergerak2 sampaikan ma sakit bahu, sakit pinggang.. padahal ikut berat Afif lebih lagi chubby.. em.. pikir lagi ya..

Anak buah baru...!!

Alhamdullilah akhirnya adik ipar saya Farhana @ Nana besar telah selamat melahirkan anak sulungnya bersama adik saya Alif.. - baby boy.. alahai sorila cik Lin xsempat lagi melawat.. Lahir pada 12.43tengah malam 15.09.2013.. berat 4.06kg!!! Panjang 52cm.. chubby.. :) suka sangat.. 


Nama pun dah ada.. cuma biarla mama papa/ ayah ibu /daddy mummy/ ummi abi/ abah mak..ntah mana satu ya..akan umumkan.. :)

Saturday, August 31, 2013

Petua hilangkan kahak

Ma google dan dapat ni dari satu blog.. http://azurabagus.blogspot.com.. sebab nya si kecik ni
 
AFIQ MUAYYAD sangat teruk kondisi nyer.. batuk sebab gatal tekak.. penuh kahak tapi xmo kuar. Tak macam abang2 nyer.. dia nyer kahak memang susah sangat nak keluar.. jadi ma google..

Ni antara petuanya..

Cara-cara nak hilangkan kahak
   
 1)Air kelapa   
 Minum air kelapa yang pure, yang tanpa gula. 
Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis. 
  
2) Madu   Guna madu asli.
    cth; madu El-Ejib 
 Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air.. 
Kalau baby, madu + air.. 
Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa 
  
3) Teknik tepuk @ percussion 

4) Gas nebulizer  Untuk cairkan kahak. Kahak akan keluar melalui najis. 

5) Rawatan hemeopati  Ubat hemeopati Asmakur 

6) 2ulas bawang putih + minyak masak 
     Cara : -bawang putih dibakar hingga lembut 
               -lenyekkan + cikit minyak masak 
               -lulur ke leher, dada, belakang baby 
  
7) Daun kaduk + kapur + air   
Cara : - daun kaduk + kapur + air di ramas-ramas   
           - lulur ke dada, leher, belakang baby 
     
8) Thermal steam therapy   
    - duduk dekat air humidifier beberapa minit  atau letak muka over mangkuk air panas
       
9) Hidung tersumbat   
Ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi menegak

Ma nak cube ya no 6 tu.. jap g la.. sebab rumah ni anak2 ni sepahkan.. aduhai.. mentang2 ma tidur awal sikit semalam.. actually xawal pun cuma mereka ni tidur lewat dari biasa semalam.. so..paham2 jerla.. sob-sob.. puas la ma nie.. sakit jiwa..

Friday, August 30, 2013

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia

Tujuan

Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membanti penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimilki dan berkualiti.


Ciri-ciri Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)


Saiz : 1000 - 1500 kaki persegi

Harga : Bergantung pada kaki persegi yang dipohon
              1000 - dari RM 150k-RM220K
              1200 - dari RM 221K-RM260K
              1500 - dari RM 261K-RM300K
Pendahuluan : Minima (RM2K)
Moratorium : 10 tahun

Kos pindah milik dan duti setem : Dikecualikan

Syarat2 Kelayakan Permohonan


1. Warganegara Malaysia

2 Keutamaan kepada pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM 8K.
3. Terbuka kepada Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan
4. Keutamaan diberikan kepada pekhidmat yang bekerja di Putrajaya

5. Tidak diisytiharkan muflis

Fasa Pertama Pelaksanaan PPA1M


1.Plot 17RK5 Presint 17


Melibatkan 1000 unit merangkumi 424 unit berkeluasan lantai 1000 kaki, 288 unit berkelulusan lantai 1200 kaki, 288 unit berkeluasan lantai 1500 kaki. Dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta (1 kereta, 1 rumah) surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan lain. 

dan sebagainya.. so sila check status anda yang mana dah apply yer.. nati ada sekali lagi bulan Disember plak.. tak dapat sekarang maybe dapat yang seterusnya.. insyallah.. 


Alhamdullilah rezeki anak2.. :) 

Nama: FAREEN AZLEN BINTI ABD RAHIM 
Kad Pengenalan: 810310145462 
Status: Permohonan anda telah berjaya di sesi cabutan undi PPA1M (Fasa 1) yang telah diadakan pada 29 Ogos 2013. 
Surat Makluman Keputusan Undian boleh dicetak pada 30 September 2013 melalui laman ini.


(Nak tunggu 30 September 2013 pula.. tunggu ajala.. )

Tudung...

Aritu.. bukan baru sangat la juga.. b4 raya aritu.. ada beli tudung ni.. dari Happy Life Shoppe
Nama tajuk tudung Lubna.. Instant tudung.. dengan awning yang tak keras.. (oh my favourite ni..)
kain cotton yang sangat lembut.. dan senang dipakai & comfort.. :) best giler.. ada pelbagai saiz.. Dari S -XL.. Pilihan warna pun banyak.. masa tu.. tapi sebab kekangan kewangan jadi hanya mampu beli 3 saja dlu.. hopefully akan restock lagi di masa2 akan datang.. Yalah bagi ibu2 yang sangat busy di pagi hari.. (macam saya.. huhu) tudung ini memang sangat sesuai.. Aritu beli saiz M.. memang sedang2 elok.. tak le singkat macam biasa saya beli tulis saiz M tapi singkatnya macam saiz S. Malu nak letak gambar sendiri.. ni la kaler 2 yang saya beli.. (pinjam gambar dari HLS - dengan model yang sangat manis dan jelita..)
Soft Pink

Black

Yellow
Yang bagusnya, perkhidmatannya amat bagus.. efisien.. Cepat dah terima.. alhamdullilah.. moga bertambah2 rezeki mereka.. Ameen.. dan selain saya dapat tudung yang saya suka jenisnya iaitu yang instant, senang dipakai, awning tak keras, labuh nyer pun bersesuaian, kain nyer juga sangat berkualiti dan lembut, comfy dipakai.. sejuk jer..memang recommend pada kekawan.. :) Saya pun akan beli lagi insyallah jika diberi rezeki yang lebih..

Thursday, August 29, 2013

Stainless Steel Multifunctional Electric Boiler

Ari tu ada membeli Stainless Steel Multifunctional Electric Boiler di Lelong.. Suka beli di Lelong sebab barangnya cepat penghantarannya.. ada pernah beberapa kali juga order barangnya malam, esok dah sampai.. Itu barula namanya Pos Laju.. hehe..

Kelebihan2 nya :

1. Leh la nak masak instant noodle senang2 jer.. sebab memang cepat dia didihkan air.. 
2. Boleh juga nak wat hot pot.. masukkan makanan dan keluarkan bila dah rasa2 cam dah masak.. huhu..
3. Boleh juga nak wat egg custard.. (apa ni ya..)nati nak g google..
4.Masak bubur pun boleh.. cepat juga.. cuma nak kena slalu kacau.. kalau tak hangit.. (function xseperti slow cooker ye.. di mana biarkan saja bubur tu dah masak..)
5. nak steam / boiling telur pun bleh. ada disediakan steaming rack..
6.Jadi warmer pun bleh.. letakkan makanan dalam pinggan @ mangkuk yg disediakan.. knala masuk air sikit.. letak atas steaming rack.. on ler.. pastu periksa semula kemudian.. 
7. Senang dibawa kemana2.. sebab saiznya yang compact.
8. Pakai elektrik.. 
9. Harganya berpatutan cuma RM 49 dan pos RM 10. Mereka hantar pakai courier..

Kelemahan2 nya:
1. Kat knob tu tulisannya dalam chinese.. oh luckily ingat kat mna beli dalam lelong ni.. so tgk smula gambarnya.. coz dlm manual takde lak mention..
2. steel body nyer tu takleh nak basuh sampai ke bawah.. sebab attached skali dgn letrik menda bawah tu.. adui camna nak explain.. so kenala basuk bahagian dalam dengan sangat berhati2 agar tak terkena bahagian bawah tu..

aritu ada masak bubur utk budak sakit, Afif.. em.. banyak sangat menda buat sekaligus (konon2 terer la kan), tiba2 hangit.. adui then tertengok benda ni kat lelong.. huhu.. cam nak lak kan.. haha.. pemalasnya saya...



function :-
  • Heat & non-stick pan safe
  • Silicone legs are dishwasher safe
  • Withstand temperatures up to 300° F
  • All sorts of custards, sauces and soups can be stirred
  • With 3-speed settings
 Harga : lingkungan RM 25 - RM 40. (kenala pandai survey,  mana company yang leh bagi murah lagi kan??) 

Tuesday, August 27, 2013

Oh anak.. Mengapa???

Aduhai.. @ 12.30 am 27/8/2013 papa pulang dari meeting dengan kekawan di bawah umah. dan bawa sekali sekeping kertas A4 cam sijil layaknya.. Tetiba pa kata.. macamana sijil APC ma ni leh ada kat bawah?? What?? Bukan ke sijil APC tu dalam file mama di mana dalam fail tu sumer sijil2 penting ma di dalam tu?? Starting dengan surat beranak, kemudian SPM, kemudian Diploma, Diploma Translaction, Transkrip2 Dari Sem 1 - Sem 6 sepanjang di PUO, Sijil PMR, UPSR dll.. + beberapa surat - pelantikan, pengesahan jawatan, taraf pencen.. Sijil APC, and sijil2 lain yang ma ingat2 lupa.. 
Jadi, cepat ma cari fail hijau ma itu.. oo fail tu ada.. tapi??? Majoriti sijil2 lain dah takde.. hanya ada Diploma transclation dan transkrip2 itu alhamdullilah complete set.. yang lain?? oh sumer gone by the wind... kami cari lagi dalam bilik.. jumpa la Surat beranak mama.. alhamdullilah.. surat beranak yang ada banyak sentimental value ya.. dengan kaler yang usang2 gitu.. dan segala cop di belakang.. :) + sijil APC yang ada hamba Allah lekatkan di papan kenyataan di bawah rumah.. yang lain.. ntah.. arap2 ada la orang tampalkan di papan kenyataan lagi.. biarla orang semua tahu apa pun.. asalkan jupe semula.. tapi jika tidak.. terpaksa la.. gi amik salinan..

1.Sijil SPM, PMR takpe tak jauh sangat.. kat Lembaga Peperiksaan jer,,, 
2.Surat2 leh cuba cari dalam fail peribodi.. huhu..

satu jer la.. Sijil Diploma tu... em tadi search dalam politeknik nyer website aka KPT.. hanya boleh didapati salinan nya daripada politeknik yang mengeluarkannya saja.. ooo.. adakah memang sudah suratan takdir nak kami kembali ke sana ?? Ke ipoh?? haha.. mungkin...

Oh tapi hati masih geram.. masih lagi marah.. aduhai anak.. kenapa?? kerja?? Adam Mustaqim & Anas Muyassar,, agaknya seronok tengok kertas2 berharga mama tu terbang melayang2 semasa dibaling keluar tingkap.. lagi2 umah kita tingkat 11.. lagi best,, 

Ya Allah, berikan la aku lebih kesabaran.. Ameen...

Wednesday, August 7, 2013

Alhamdullilah..

No. Kad Pengenalan:  810310145462
Nama Penuh:  FAREEN AZLEN BINTI ABD RAHIM

Kod SkimJawatan
Keputusan Temu Duga
   2200
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
Anda telah dikategorikan sebagai calon simpanan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Keputusan temuduga adalah tertakluk kepada pengiktirafan kelayakan dan pengemukaan dokumen-dokumen berkaitan; contoh salinan sijil SPM dan Diploma/ STPM atau Peperiksaan Khas KPSL.  
Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Keputusan temu duga ini akan dipaparkan dalam tempoh tiga (3) minggu daripada tarikh paparan di Portal SPA

Wednesday, July 31, 2013

Happiness...





Result peperiksaan Anas Pertengahan Tahun

Alhamdullilah.. dah setel exam dan dapat result pun.. huhu.. Anas dapat nombor......
21 daripada 31. Okayla tu.. Insyallah akan naik result tu nati.. kalau ikut Anas dia nak nombor 31 sebab nombor paling besar.. haha.. besar meaning lebih bagus.. Boleh macam tu?? huhu..

Tuesday, July 23, 2013

Afiq 6 months!!

Alhamdullilah Afiq dah 6 bulan arini.. sekejap jer masa berlalu ya.. Ma nak start solid food plak untuk Afiq.. nak prepare cam prepare untuk Afif dlu.. hopefully dia pun berselera macam Afif dlu.. :) Gambar nati nak upload skali.. gambar budak tecik yang sangat aktif ni.. :)

Wednesday, July 17, 2013

Dah lama tak hapdet sini..

Lama betul baru la kesempatan sekejap je ni.. curi2 masa..

-Abang @ Adam Mustaqim - alhamdullilah abang dah leh membaca.. walaupun slow.. tapi dia berusaha,, dia dah suka sekolah.. mungkin dah leh get along dengan kawan2 dan cikgu.. :)

-Cabid @ Abid Mursyaffa - alhamdullilah cabid lebih lancar membaca.. dan banyak membantu abang membaca.. puasa pun dah tahan,, alhamdullilah..

-Anas Muyassar - Anas.. em.. alhamdullilah dia dah okies dah memang jarang sangat basah suar dalam nyer.. :)

-Afif - Adik besar ni.. dah pandai berkata2.. alhamdullilah juga.. dan suka senyum..

-Aby - Afiq Muayyad ni.. sangat la cepat perkembangannya.. skrg ni dah macam nak duduk.. belum lagi 6 months.. kejap jer masa berlalu.. dah besar dah pun.. :)

Tuesday, June 4, 2013

Bercuti - terpaksa..

Assalamualaikum..
dah lama rasanya tak update blog ni.. dibiarkan sepi dan bersawang.. em.. pagi ni baru berkesempatan menaip seketika.. Tengah bercuti.. bercuti kerana terpaksa.. Sebab Afif kena chicken pox.. aduhai.. dah sikit dah pada muka dan badan.. cuma kat tangan masih ada yang masih ada air.. alahai.. kena tunggu surut yang di tangan tula nampak gayanya.. dan bersediala untuk membayar cuti separuh gaji ya.. em..

Thursday, April 11, 2013

bosan tahap ultraman

Ari ni kna jg kaunter.  Adus sgtla tertekan. . Sgt bosan actually. . Adoi mcm nk pecah kepala bosan. Haha..

Monday, April 8, 2013

birthday afif yg ke2

Sekejap je afif pn dh menginjak usia arini.. dh 2 thn arini... semoga membsr cergas cerdas & sihat × jd anak yg soleh ya dik bsr..



(bersiaran dr klinik..)

Saturday, March 30, 2013

Official Music Video | Tasha Manshahar & Syed Shamim - Be Mine

Adui mcm addicted pulak.. padahal lagunyer lagu remaja gitu.. haha.. best lagu dan nyanyiannya bagus.. semoga sukses selalu pada mereka berdua..



best.. iskh... dikurniakan bakat begitu... alhamdullilah.. pastu satu lg.. ni bawh ni.. adui.. bagusnya sore..



:D bawah ni dgn adik Shila Hamzah.. @ senang citer anak ND Lala..

Friday, March 1, 2013

Kutu..

Bukan.. bukan kutu di rambut tu.. tapi kutu ala yang kita kumpul ramai2 then baru dapat dalam satu masa tu gilir2.. alah cam la tak tau.. Actually citer ni berkenaan kutu2 yang bukan setakat kutu duit sekarang ni.. ada juga kutu untuk barang.. yela cam bayar installment juga la kan.. Daku ni bukan jenis orang yang bayar lambat2 kutu ni.. sebab tak suka tau bila turn kite kalau boleh pun kita tak mo orang wat delay2 kita nya turn.. pls la.. main kutu ni kita kena la give and take kan.. lain la kalau memang tak berkesempatan.. ada juga yang lewat.. contoh cam macam baru pas bersalin aritu.. lewat skit bayar kutu januari 2013. sorila dah bersalin ari sama dengan gaji.. pastu balik2 umah mana dan nak gi menghadap komputer terus.. daku bukanla orang yang biler berpantang tu memang 100% ada orang jaga makan minum segala.. so.. memang lewat beberapa hari,, tapi itu ajala.. bukan nak kata apa..

ada main kutu baby bullet skrg ni.. rm 38 per month selama 5 bulan.. so skrg dah masuk bulan ketiga.. bayar b4 10th each month.. oleh kerana tak mo pisang berbuah 2 kali.. jadi kali ni bila main kutu ni, sumer resit maybank2u daku simpan dalam fail.. risau oo.. sebab aritu masa main kutu cp - sweet n cozy pun jadi gitu juga.. padahal dah tulis email pada transaksi tu.. dah inform pada organizer kutu dalam post kutu dia.. tapi silap nyer tak simpan salinan resit dalam fail komputer.. dah setel dah pymt 5 bln.. tetiba dia minta salinan resit bulan kedua pembyrn yg dah tentu2nya takde dlm maybank2u lagi sebab dah lepas 3 month.. then dia leh kata dia xdpt pymt..? padahal dah paste dalam posting kutu tu ref no transaksi tu.. such as date time amount no ref.. aduhai.. n masalahnya dalam word sheet excel pymt tu dah ada menda2 tu di dalam.. cuma dia takde email dari maybank2u mengatakan ada pymt masuk dalam ac.. dia kata daku tak bayar lagi?? wat the h***?? adui malas betul.. sejak tu memang serik.. tapi nak dapatkan barang2 yg rege ratus2 ni mnala mampu nak dapat byr cash gitu.. so mmg bagus kutu ni.. tapi INGATLA KAWAN2KU SEKALIAN.. SILA SIMPAN RESIT TRANSAKSI PEMBYRN TU KALAU BAYAR ONLINE @ KALAU TRF GUNA MESIN SILA PRINT SALINAN RESIT KECIK TU.. So takler menyusahkan korang kelak.. dah byr sampai dah nak abis, tetiba kata ada tak bayar.. kalau mmg tak bayar takpela.. memang sakit hati.. Sekarang ni mac 2013 tetiba organizer kutu baby bullet ni plak tetiba mintak pymt bulan ni..?? padahal dah inform dalam posting dalam group kutu tersebut... dan yang bestnya org yang trf after daku nyer payment dia dah update dalam sheet kutu tu ?? aik.. cer cek betul2 pls la.. tengokla betul2.. kalau baru bayar lain la.. dari dapat gaji dah buat payment.. dah baper arini.. dah dekat seminggu.. jangan la buat macam ni.. bukan semua orang tak responsible yer nak diingatkan baru nak bayar.. Pls la..

# meluahkan perasaan aja.. sebab banyak kali dah terkena # sangat tak suka #

Friday, February 22, 2013

Cek up Afiq @ 1 month..

Alhamdullilah dah sebulan Afiq dilahirkan.. so cek up arini.. berat baru 3.8kg.. pjg 54cm.. Xnaik banyak n mendadak tapi at least ada naik.. dan ada perubahan juga.. mula tak pasan.. tapi setelah diteliti baru pasan barut dah ketat sikit.. yang zip zap ler.. dan baju dan suar pun dah cantek dipakai awal2 dlu mesti jatuh bahu baju @ meleret seluar.. haha.. ok la tu dik kecik.. :) Tapi oleh kerana tinge Afiq ada discaj aritu, doktor refer ke Ent Hospital Putrajaya.. so petang lepas semayang Jumaat kami g la Hospital pulak.. kami @ mama, papa, Afiq n Afif... dan cek la tinge.. doktor pun bersih kan tinge sikit.. n kasi ubat... em...

Tuesday, February 19, 2013

Kesuntukan masa..

Sekarang ni asik2 kesuntukan masa.. padahal tengah cuti.. kenapa yer?? Mana tak suntuk.. dalam2 berpantang.. bukan nak dijaga diri sendiri & si kecik jer.. kena juga uruskan Adik Besar & Abang kecik.. + kena juga urus urusan2 di rumah.. hampir semua kena buat cuma yang tak buat anta & amik Abang Besar & abang Sedang ke dan dari sekolah aja.. satu lagi tak ler rushing2 nak lipat2 baju.. Penyakit M sebenarnya.. lipat juga.. kalau tak lipat adakah pakaian2 itu akan bergerak sendiri masuk ke dalam almari?? Oh tidak.. yer nyer akan mengunung dan melimpah ruah.. dan apabila tiada baju dalam almari @ rak pandai pulak lelaki2 itu cari baju2 seluar2 dan pakaian2 dalam kat kerusi.. tapi dah tengok baju berlipat melambak2 tu, takde pulak yang pandai nak simpan.. dah rasa sangat letih & penat nak berkata2.. Penat sangat... bantula saya.... iskh..

Friday, February 15, 2013

Berat Afiq @ 23 days of life

Arini @ 9 am  ada misi @ nurse dtg umah.. cek la berat Afiq @ 23 days.. haha.. tak naik byk pun.. baru 3.4 kg jer.. takpela dik kecik asal ada gak naik.. :) tapi nurse kata masih lagi ada slight jaundice.. em.. dah tau pun.. tunggu result jer la pada rabu next week.. n alhamdullilah kencing ku tak kotor.. n xde plus2 la.. :) dan bp pun amik kali kedua dah ok.. :) mungkin aritu tak cukup tidur kan..ku kena latch kan Afiq betul.. biar dapat melekap sempurna.. rasa macam senget jer mulut dia masa dia menghisap susu.. em.. kena usaha lebih skit. dan lebih tawakal.. Insyallah.. dah wat stok juga walaupun baru beberapa botol jer dan cuma 2.5 oz jer setiap botol.. insyallah nati akan byk lagi.. yeah...

My love...




Wednesday, February 13, 2013

Potong botak..

Adik besar.. @ Afif Muazzam dah potong botak rambutnya..semalam lepas jer cek Afiq di Hospital..  adui.. nampak cute sangat.. tapi xamik gambar lagi.. sebab potong abis rambut sebab kat kepala ada luka2 n bila ada rambut susah nak kering luka tu.. dah cam Cabid dlu2.. kesian sangat.. hopefully cepat baik.. kesian dia gatal..


Cek di Hospital..

Arini Afiq ada cek up di Hospital untuk pro long Jaundice nyer.. dan seperti Adik Besar.. hehe Afif.. Afiq pun kena amik darah dan urine.. next week iaitu pada Rabu 20 hb.. sama dengan 28 hari umur Afiq.. kena la call semula untuk tahu result darah dan air kencing.. dan jika semua normal, kena juga gi Hospital untuk jumpa doktor pada 19 Mac 2013. Tapi jika ada yang tak normal pada urine akan serta merta repeat semula test.. tapi jika pada darah maybe delay seminggu dua.. hopefully masa next week result keluar semuanya sudah normal yer Adik Kecik... :) my little youngest son.. :)

Monday, February 11, 2013

Hepi bday Papa..

Selamat hari kelahiran ke 32.. kepada suami ku Khairul Hizard Amirul Ihsan.. Semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah, semoga dirahmati-Nya, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia.. dan semoga sentiasa bahagia bersama kami.. isteri + anak2 lelakimu.. Semoga beroleh kejayaan di dunia & akhirat,, Ameen.. 

Saturday, February 9, 2013

Adik Besar & Adik Kecik


ADIK BESAR & ADIK KECIK
AFIF MUAZZAM & AFIQ MUAYYAD
08.04.2011 & 23.01.2013

Wednesday, February 6, 2013

Cek up @ 14 days of life - Afiq..


Sedar tak sedar dah 14 hari @ 2 weeks berpantang.. Alhamdullilah.. tadi kami ada cek up.. Afiq sebab jaundis dan me sebab nak review bp.. Kuning Afiq dah turun dari 242 (last cek up di Klinik Annur di Presint 15 aritu) ker 199di KK Presint 9 Putrajaya.. tapi oleh kerana tak menepati syarat2 nyer.. iaitu kena turun ke 150 ke bawah.. maka dapat ler surat untuk direfer ke Hospital.. seperti mana Afif dlu.. kiranya prolong jaundice la ni.. Nati pa akan dapatkan appointment tu pada Jumaat ni.. insyallah..

Dan kes me pula.. me nyer bp okay.. cuma sebab kencing ada kotor mungkin disebab kan kurangnyer ke toilet.. jadi me pun masih kena cek bp 2 hari sekali.. dan pada ari ke 20 nurse buat lawatan di rumah dan akan cek urine sekali lagi.. n if masih kotor kena la me buat lawatan ke klinik lagi.. em...
dan diberi antibiotik utk diabiskan setiap 8 jam dalam masa 24 hours ni.. dalam masa 5 ari juga ubat utk lawas air kencing.. adui.. me mmg kerap minum air masak yer cuma tak rasa nak ke bilik air.. jadi lawatan ke bilik air tu boleh dikira berapa kali seari.. mungkinkah tu sebabnya kencing kotor??

n if bp me melebihi 140/90 kena terus ke klinik.. hopefully semua ok.. ameen.. takboleh nak over utk diri sendiri.. coz ramai orang nak kena jaga.. :)

Tuesday, February 5, 2013

Saturday, February 2, 2013

Pemilihan Nama Anak Kelima..

Akhirnya setelah buntu mencari nama akhirnya baby dah ada nama... Drum Roll Please,,,,,,,,,,

Afiq Muayyad ~ yang mulia / Kuat, menang 

Ok tak?? :)

Wednesday, January 23, 2013

Kelahiran Cahaya Mata Ke Lima saya...


Alhamdullilah lahir juga anak kelima saya.. Jantina boy.. berat 3.0 kg tepat2.. Lahir pada 23 Januari 2013 pada pukul 2.14 petang di Hospital Putrajaya.. Segalanya lancar alhamdullilah.. Staf2 misi2 dan doktor2 sangat baik.. :) Sangat prihatin.. Sangat dedikasi.. Terima Kasih Shif Pagi & Petang Labour room Hospital Putrajaya termasuklah sepupu saya sendiri Huda aka Kak Ngah.. yang menunggu hingga sudah bersalin.. Inilah dia anak saya...................... 


Saturday, January 19, 2013

Debar jantung..

Hari ni petang berdebar jantung ni.. mula2 dah masuk bilik susukan Afif.. dan Afif pun dah lena.. ada juga sayup2 dengar pintu rumah diketuk.. tapi tak ler terus bangun lagipun anak2 ada kat depan.. 
Rupa2 nya Anas buka pintu.. bila bangun tengok pintu terbuka sikit.. marah anak2 sebab buka pintu.. tanya sapa yang ketuk pintu.. tapi dorang kata orang.. bila tanya perempuan ke lelaki.. dorang kata prempuan.. tanya nak apa..? tak tau.. adui anak2.. pastu baru nak masuk bilik semula, pintu diketuk lagi lagi kuat dari tadi.. terus buka pintu tengok jiran sebelah.. kata,: kuar kak.. ada api kat umah saya" aduhai.. kelam kabut cari kunci rumah suruh anak2 pkai selipar dlu.. masuk semula dalam bilik cari baju besar sarung, dan pkai tudung.. amik Afif atas katil.. tutup2 suis sumer.. pastu masuk semula cari hp.. benda lain langsung dah tak ingat.. kuar rumah.. kunci pintu kayu.. pastu baru sedar tak bawak pun kunci rumah.. dah tak boleh buat apa.. pintu pun dah kunci.. bawa anak2 semua turun lif bomba.. ke L2.. terus telefon papa.. papa balik.. call angah pulak.. pastu bomba datang.. dua lori.. tapi bomba tak tau tingkat berapa.. jerit kata tingkat 11 no 6.. em.. pastu pa call kata leh naik.. masa naik tu dah ramai yang naik baru naik.. tengok kat atas berasap2 lagi.. em.. takde letrik lagi.. pa muka hitam2.. rupanya pa masuk gi padam kan api.. Washing machine jiran tiba2 short circuit.. cair abis washing machine nyer.. pastu lagi merebak api sebab ada baju2 bersidai kat ampaian.. em.. nak dijadikan cerita kan.. semua pun takdir.. selamat la jiran tu dan anaknya selamat kuar.. dia pun tak sedar ada kebakaran.. ada jiran lain yang baru nak keluar dari rumah perasan ada asap tu.. dia yang ketuk pintu.. dan ketuk sumer pintu jiran lain.. em.. Alhamdullilah semuanya selamat.. sekarang masih lagi berdebar.. 

Pengajaran nya :

  1. Kena sentiasa bersedia
  2. Dokumen2 penting kena letak di satu tempat dalam satu beg / container yang senang nak angkut
  3. Kena prepare beg untuk kecemasan.. Mungkin letak dalam tu prepaid ke yang xguna lagi.. pampers anak2 ker, susu, mknan anak2, baju.. duit, kunci rumah spare.. kunci keta spare
  4. Kena ajar anak2 supaya pandai buka kunci pintu.. dan bagitau apa yang diaorg tau pada kita.. so takde la kita tak tau..


Thursday, January 10, 2013

Berderau..

Semalam... 9 Januari 2013. Berderau hati bila pa call kata anak takde kat sekolah. petang selepas KAFA. ke mana plak pergi?? Ma baru keluar c4.. baru ingat nak singgah watsons jap cari syampoo.. baru ingat nak singgah tempat redeem c4 tu amek gelas sebab beli Nestle Bliss.. baru juga ingat nak singgah kedai buku cari magazine terbaru juga komik2 best.. sumer baru.. tapi anak lebih penting.. Ma akhirnya gegas ke mesin bayar tiket dan blah ke parking dengan kadar segera macam kereta luma F1.. dan terus baling benda2 belian ke dalam bonet keta, masukkan Anas dan Afif.. dan terus zoom.. keluar.. aduhai jammed pulak.. ada miss call dari pa lagi.. ma terus tekan loud speaker.. n call semula.. Ya Allah, anak2 tu dah sampai di rumah..!! Mereka berdua berjalan kaki balik dari sekolah!!! Syukur juga mereka tahu jalan balik ke rumah.. Syukur juga Adam pandai memimpin dan menjaga Cabid balik ke rumah.. bukan dekat2 perjalanan dari sekolah tu.. kena lintas jalan besar.. Ma pun tak sanggup nak lintas jalan besar tu.. Alhamdullilah selamat anak2 sampai ke rumah.. baru la ma boleh tarik nafas lega.. walaupun dah berdebar2 hati ma ni.. Boleh la ma singgah sebentar di Petronas isi minyak kereta yang memang perlu diisi.. Aduhai.. anak2 bikin ma gundah.. siap dimarah lagi ma ni.. :( Dah la risau + gelisah + sedih + tambah sedih bila kena marah.. em... akhirnya ari ni.. ma sakit kepala, sakit badan.. sakit semuanya.. nak bangun pun susah.. mc @ el aja la jawabnya.. Tapi tengahari digagahkan juga ke klinik.. sebab kesian kan Afif yang luka tak baek2.. lastly kena cuci & dressing.. pastu gegas ke sekolah amek Cabid.. dan tunggu Adam pula.. Tadi masa anta gi Kafa ma pesan siap2.. jangan balik jalan kaki.. kalau tak nampak mama.. tunggu sampai mama @ papa datang ambik.. jangan pergi mana2.. tunggu kat dalam sekolah, dekat tangga.. tunggu.. Jangan biar ma risau lagi.. em... 

Wednesday, January 2, 2013

Pening..

Adui pening memikirkan ari esok.. fikir apa?? Alhamdullilah sebenarnya anak2 sangat behave dan berdikari di ari pertama persekolahan di sekolah baru.. tapi............. bila memikirkan timing balik nyer yang agak berbeza.. sejam juga.. pening kepala.. Abid balik pukul 12 tghari dan cikgu pra hanya nak tunggu sampai pukul 12.15 je.. Adam pulak abis sesi persekolahan pukul 1ptg.. takkan nak keluar 2 kali..? Takkan nak kuar awal pastu nak kena tunggu sampai Adam balik, siapkan mereka berbaju kafa pula.. makan minum segala then baru nak g opis?? adui camna.. camna yer ..? arap2 dapat solution yang baik.. insyallah...

Tuesday, January 1, 2013

Cuti Tahun Baru.. Cutikah??

Hari ni 1 Januari 2013.. dah tahun baru.. ada azam baru?? mesti adakan.. Tapi bukan nak cerita pasal azam tapi nak citer pasal cuti.. Cuti ni kena siapkan barang anak2 ke sekolah baru.. Bukan tahun baru jer, sekolah anak baru, cikgu baru kawan2 baru.. serba serbi bagi anak2 itu baru.. 
Jadi arini cuti tahun baru, menyiapkan barang2 anak ke sekolah.. Kena siap gosok baju sekolah, kasut sekolah dan stokin Cabid semua ditulis nama.. (pesanan dari cikgu prasekolah). Barang2 lagi nak tulis nama.. buku2 tak de tulis.. semua cop.. haha.. Ada siap list lagi takut ada tertinggal barang2 esok.. em.. nak wat camna mama dorang ni jenis pelupa.. jadi kena  la tulis semua, agar tak terlupa.. 
Camna ye esok? Risau ada, gembira ada, semua bercampur2.. arap sumer berjalan lancar.. Insyallah.. 

Selamat Tahun Baru 2013


"Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sudah.. semoga tahun ini hidup kita semua lebih berkat.. semoga tahun ini kejayaan akan jadi milik kita semua - dunia & akhirat khususnya " Ameen...