The loved ones..

The loved ones..

Sunday, January 30, 2011

Baby Boy Ct..

Cam best jer kan..? Ct dah ada sepasang dah anak.. :) Tahniah pada Ct yang dah melahirkan baby boy pada 30hb Januari 2011 aritu.. kul 10 pagi dengan berat 2.4kg. Sangat kiut miut anak teruna dia.. Dia pun dah amik cuti 90 hari tau...!! hehe.. Ku nak tak amik cuti 90 ari?? Kena tunggu ada taska ke takde la ni.. sebab macam full jer.. ala.. tak sukanya..

Saturday, January 29, 2011

Dah ada reply

Siti kata dia dah admit ward semula.. di Putrajaya.. tadi mesej dia tengahari.. katanya, dah ada rasa kontraksi.. so all the best to CT & Adan.. Moga dipermudahkan.. insyallah.. sama2 kita doakan.. Amin..

Friday, January 28, 2011

Tak reply pun...

Em.. si Siti ni dah kena tahan balik masuk wad.. kata Kak Ina.. arini masuk hospital balik.. tadi mesej2 tak berjawab pun.. mungkin kah tengah berperang di dewan bersalin?? Apapun didoakan semoga sabar & tenang.. insyallah anakanda akan keluar dengan selamat & sejahtera.. dan semoga dipermudahkan dan dilancarkan kelahirannya.. Amin.. All the very best to Siti & Adan... juga si kakak, Damia.. :)

Pedih Ulu Hati

Pengenalan
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi
kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak
tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini
akan menyebabkan kesan kimia terjadi.
Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi
selepas makan berat.
Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu
dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap
hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian
perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Feflux Disease(GERD)
Tanda dan Gejala
Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:
o Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
o Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
o Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin
di belakang tekak
o Sendawa
o Batuk yang teruk
o Suara menjadi serak
o Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.
Komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux,
Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan
dignosa tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret's
oesophagus.
Rawatan
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidak selesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan
cara hidup sihat dan ubat ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi sekiranya ia semakin teruk,
ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda
mengalami(GERD) anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.
Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh menghilangkannya dengan
menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu. Antacids atau
bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid
perut bagi serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi
berhampiran anda. Metaclopramide juga diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar
segera.
Pembedahan
Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan lower oesophageal sphincter dan
memberhentikan tidak balas refluk asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan
laparoskop dan hanya memerlukan rawatan beberapa hari di hospital.
Gastroscopy perlu dilakukan hanya sekali sebelum pesakit menjalani pembedahan untuk
melihat sejauh mana komplikasi seperti Barret's esophagus (keadaan kanser yang berpotensi,
keadaan kanser dan akibat terlalu lama terdedah dengan asid) atau kanser esofagus. Sekiranya
Berret's esophagus ditemui, proses gastroscopy tahunan perlu dilakukan bagi melihat
perkembangan kanser maglinan.
Pencegahan
Sukatan pemakanan
Menukar amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan gejala pedih ulu hati:
o Mengenalpasti dan mengelakkan makanan yang sangat memberi kesan kepada anda.
Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan
makanan yang diawet.
o Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi
akibat memakan makan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan
menambahkan rasa perut yang penuh
Pengubahsuaian Cara hidup
o Amalkan jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan lebih
kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.
o Makan perlahan lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya
anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.
o Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan
tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan
ketidakhadaman dalam perut .
o Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan
dan ketidakcernaan


-nota kaki- sebab ku tengah pedih ulu ati ni!!!! Argh!!!!!!-

Penyusuan Susu Ibu Yang Berkesan

Apabila ibu-ibu menyusukan bayi, perhatikan tanda-tanda penyusuan ibu yang berkesan seperti berikut:
1.Tanda penghisapan yang berkesan
1.hisapan perlahan dan dalam
2.nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan
3.dengar bunyi bayi menelan
4.hisapan cepat dan cetek

2.Kekerapan penyusuan
1.susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuannya, “on-demand feeding“
2.sentiasa bersama bayi supaya boleh menyusukannya dengan kerap
3.minggu pertama – susukan bayi lebih kerap
4.bayi yang tidur lama (lebih daripada 2-3 jam) perlu digerakkan untuk disusukan
5.menyusu kerap pada waktu malam
6.purata penyusuan 8-12 kali dalam 24 jam

3.Tanda bayi mendapat cukup susu
1.bayi berhenti sendiri apabila kenyang
2.penyusuan kerap 8-12 kali dalam 24 jam
3.kencing lebih 6 kali dalam 24 jam
4.kekerapan membuang air besar yang normal (4-8 kali dalam 24 jam)
5.bayi kelihatan puas, ceria dan kulit bayi sihat
6.payudara ibu penuh sebelum menyusu dan ‘ringan’ selepas menyusu

4.Memberhentikan penyusuan
1.biar bayi melepaskan puting payudara dengan spontan
2.payudara kedua diberi selepas bayi selesai menghisap payudara pertama
3.berikan kedua-dua payudara secara bergilir selagi bayi hendak terus menyusu
4.jangan alihkan bayi dari payudara selagi dia sedang menyusu kecuali untuk membetulkan pelekapan
5.untuk memberhentikan pelekapan bayi, masukkan jari kelingking ke tepi mulut bayi untuk mengeluarkan puting payudara dari mulutnya
Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM

Taken from : http://www.momschoice.com.my

-nota kaki- ku amik dari blog Miakiddies yang sangat banyak info-:)

Barang2 dah sampai


Ni Herba Mandian Aura.. ku beli dari mamamodern.com.. Bagus sangat.. n nanti repeat order lagi untuk Kak Ina & Kakak Mie.. :) Hanya RM 32.90 untuk 3 pack.. berbaloi2.. Gi la tengok web dia.. ada banyak lagi item lain.. Nursing bra, krim dan sebagainya.. mana tau kot2 ada korang terpikat..
nota kaki : dah arrived pun item2 yang diorder pada Rabu 9.2.2011 aritu.. Thanks Pn Fazidah for speedy delivery..

9 Fadhilat Mengasihi Anak-anak

9 Fadhilat Mengasihi Anak-anak
By Ummu Solihin ·

Subhanallah!! Sayangnya Allah swt kepada kita..
Dia bukan sahaja kurniakan kita dengan anak-anak..
Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yg diberikan oleh Allah swt ini pun, Dia akan berikan kita pahala..


1.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
2.Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
3.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
4.Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
5.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
6.Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
7.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
8.Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
9.Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Senangnya nak buat pahala, kan? Jom buat pahala banyak-banyak!! Semoga Allah swt memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu ini kepada orang lain.

Wallahua’lam

-dipetik dari web anakku soleh.com-

Thursday, January 27, 2011

Malas

Oh.. tolongla beri ku kerajinan..... sangat MALAS ari ini... sangat NGANTUK.. pergilah jauh2 rasa MALAS & NGANTUK!!! Jangan datang-datang masa ku di ofis... Please!!!

Tuesday, January 25, 2011

Demam..

Semalam demam.. hingga sangat sakit badan, takleh nak bangun.. Dari Sabtu dah rasa lain macam.. Ahad pagi masih ok cuma batuk dah teruk sikit.. Bila balik ke Putrajaya terus down.. petang tu terus demam.. Makan panadol.. okayla kuar peluh sikit.. Pagi bangun saja menggigil tak ingat.. dah demam.. sangat sakit badan, tak larat angkat badan.. selamatla pa sanggup cuti.. bukannya apa, kesian kat anak2 kalau ku sakit tinggal sorang2 dirumah, sapa nak tengokkan dorang..?? Makan minum, mandi sumer.. ?? em.. Thanks pa..

Saturday, January 22, 2011

Baju kaler pink??

Tadi masa gi Carrefour.. hehe.. niat untuk beli susu ANas jer.. sebab susu Lactogen tu tak sesuai la untuk si kecik tu.. tapi terbeli yang lain juga.. apa tu?? Cuba tengok tajuk entri.. sudah tahu?? Bukan lagi rahsia.. hehe.. Tadi ada clearance baju2 baby.. so ada baju pink + suar pink, yang lengan panjang & yang lengan pendek juga.. baju masing2 RM 5.. seluar pula, tak kira la pendek & pjg rega nya RM 3 sehelai.. so ku belila.. sebab kaler pink tu aja ada sepasang.. size 12-18 bulan.. so beli untuk sikecik tu.. ala.. baru RM 16 utk dua pasang.. baju kaler pink.. rasa sangat worth duit itu.. then.. orang kata lelaki pakai pink?? Ku rasa tak salah.. sedangkan lelaki dewasa yang normal pun ada pakai kaler pink.. so, inikan pulak budak kecik usia baru setahun 4 bulan, yang mama dia ready baju dia, yang pakaikan baju untuk dia, yang pilih baju apa yang dia patut pakai aritu.. hah.. so, jangan pertikai yer kawan2.. tak salah tau... itukan hanya baju.. tak berbentuk ladies pun baju itu.. cuma kalernya lembut.. itu saja, tak jadi lembut ya anak ku itu.. pls..

Macam2 rasa..

Tadi ada rasa.. rasa yang macam2.. sumer dah bergaul-gaul rasa itu.. Eceli kejadian itu dah menunjukkan ketidakprofesionalan si pemilik kata-kata.. Suka mencari salah silap orang lain tanpa pedulikan kesilapan diri sendiri.. Manusia memang gitu.. tapi manusia yang satu ni, ada terlebih sikit.. Tak boleh dikata oleh orang, diperbetulkan lagi tidak boleh.. Dia 'besar'.. jadi sapa boleh kata dia?? Apa yang ku boleh kata?? Hanya ku boleh kata pada hati & rasa ni, sabar la yer.. tapi sabar sampai bila?? Sampai bila nak menurut kata sahaja?? Lastly, bila pulang ke rumah, citer dengan pa, ku rasa relieve.. sangat best.. ilang rasa yang macam2 tu.. tak peduli apa 'si Dia yang besar' sangat tu nak kata.. if so, jumpala secara berdepan.. bersemuka la.. kenapa kata di belakang2..?? Salah orang semua nampak, salah diri sendiri?? Ada tau?? Ada perasan?? Tiada.. bila orang tegur, mulala cari salah orang yang menegur.. sudahla.. kita yang menjadi mangsa, cuma boleh doa.. agar Allah bersihkan hati kita semua.. dan moga hati si Dia yang besar tu pun turut bersih.. barula tak pandai nak cari salah silap orang untuk tutup salah silap sendiri... Lama-lama pikir pun menyakitkan ati.. luahkan saja.. biar sumer ilang dari lubuk hati..:)

Thursday, January 20, 2011

Siti dah berkampung di Hospital

Ini kawan ku, Siti Latifah @ Ct dah start berkampung di Hospital Putrajaya.. untuk melahirkan anak keduanya..due pada 3 Februari 2011. Semoga segalanya lancar.. insyallah.. akan dipermudahkan Allah.. Mesti seronok Damia nak dapat adik.. :) Ni gambar Ct dengan Iza.. masa perhimpunan Bahagian Akaun aritu..tahun 2010.

Monday, January 17, 2011

Katak2!!!

Bib
Selimut berhud kepala

Sling

Beg Kanak-Kanak

Beg Sling Kanak2

Bip

Beg Kanak2

Macamana?? Cute kan..? Sumer boleh didapati di Onebabyworld.. :) opps kecuali sling.. boleh cari kat Mudah yer..

Saturday, January 15, 2011

Baju Penyusuan

Sekarang ni kita lihat makin banyak baju untuk penyusuan di mana2.. i mean di mana2 tu.. yang kita bleh gi premis tu @ shopping online.. dengan harga yang berpatutan dan dengan kualiti yang bagus.. contoh, cam jenama Autumz tu.. dulu ada clothdiaper jer tau.. skarang dah ada storage bottle untuk ibu2 yang nak simpan ebm untuk anak2 mereka, ada juga cooler bag yang sangat trendy, baju2 menyusu,dari yang takde lengan hingga ke pyjamas tau.. selain dari barang2 lain juga.. n kebanyakan barang2 keluaran Autumz ni leh didapati di OnebabyWorld.
Bling boutique pun dah dipromote di Majalah Pa & Ma keluaran Februari 2011. Keluaran Bling Boutique sangat menarik.. ku pun nak cuba nanti.. (hik hik.. kalau banyak $$$$ la..) Ada juga Adrinis.. Hilyah design yang berdesign muslimah dan juga tidak lupa Neyhan.. (ada tu ku dah terpikat satu.. cuma tunggu wit gaji aja ni..) then Mums Dreams yang ada cawangan di Bangi & Kelantan.. :) Terujanya.. walaupun dah kurang susu kan Anas.. yalah dia kan dah besar sikit.. susu badan bila di rumah especially waktu malam aja.. Takpe2 tunggu sikenit kuar lak.. :)

Tuesday, January 4, 2011

Anas Muyassar


Kenapa ada gambar budak cute kecik ni?? Sebab mama dia rindu dia.. walaupun jumpa ari2.. tapi sekarang dah tak dapat jupe dia waktu lunch.. sebab dia dah pindah bilik.. Bilik yang tak leh mama gi jupe.. sedih betul... tu yang tempek gambar dia ni.. bila lunch jer rasa cam pilu2 jer.. tengokla budak yang cewek ni.. manja pun.. cute sangat.. rindula.. jap gi jupe yer..