The loved ones..

The loved ones..

Friday, July 30, 2010

Cabid berdarah lagi??

Cabid demam.. tapi x ler begitu panas.. dan nampaknya dia tak selesa dengan keadaan dia.. Kesian pada dia.. Ku bersahur pagi tadi.. mula2 ku lihat dia elok jer berbaring walau muka memang kelihatan sangat tidak sihat... tiba2 kulihat ada darah banyak di muka..dan sudah penuh di bantal.. Darah keluar melalui hidung Cabid dan tak berhenti mengalir.. kenapa?? Ku risau sangat.. Dan tadi kat ofis, Iza ada kata Nureen, Anak kak Liza pun berdarah hidung juga.. ku pun bertanya pada dia.. dan dia kata better amik darah untuk confirmkan dia tak kena denggi berdarah.. seperti doktor itu memaklumkan pada K.Liza.. denggi berdarah tidak semestinya dia demam dan berbintik2 merah.. dia mungkin akan mengeluarkan darah dari mana2 bahagian anggota badannya, hidung n so on.. em.. ku tengah mencari info lagi ni..

Hari perpisahan Puan Siti Khatijah Ismail

Hari ni 30 Julai adalah merupakan hari terakhir Puan Siti Khatijah Ismail bersama kakitangan dan pegawai di Bahagian Akaun, KPM.. Beliau dah pun bersara.. Segala tunjuk ajar dan budi baik Puan akan saya kenang.. Sayang tiada gambar dapat diabadikan bersama Puan tadi kerana kedua2 kamera tiada di tangan.. :( Tapi dah ada gambar puan masa pergi berkursus dulu..
Semoga puan bahagia sentiasa di sisi suami, anak2 dan cucu..

Monday, July 26, 2010

Hari yang sibuk..

Arini kami sibuk berkemas.. sumer bilik tau.. adoi.. pastu tak berenti2 ku bersin.. yela bila berkemas, mulala habuk terbang merata2.. tak tahan betul hidung ni.. gatal.. bukan hidung jer satu badan gatal2.. nak camna.. dah jenis memang alergik habuk kena la terima kenyataan. Anas ari ni macam tak baper sihat.. panas jer badan dia.. kesian sangat dia.. tak bangun pun minum susu pagi.. em.. risau lak..

Monday, July 12, 2010

Surat Untuk Kekasih

~Lawak ini ku amik dari Magazine Rapi Keluaran 1 Julai 2010~ Sangat kelakar.. ku dan kekawan gelak terbahak2..
Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan 'boyfriend' orang putihnya.. Dia tak sanggup bertemu muka, lalu dia pun mengutus surat.. surat tu macam ni bunyinya...
"Hi.. My motive write this letter to give know you something. IWANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only. Correctly, i have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don't trust you again!!! My friend speak you play three wood. Now i know you correct correct play three wood. so, i break off to pull my body from this love triangle. I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. But i always love where also i love... safe live..."
Tijah..
haha.. puas gelak..

Cerita seorang ibu..

Ini ku petik dari metro yer.. saja..
TIDAK cukup dengan anak ketiga dalam tempoh tiga tahun, wanita yang diiktiraf sebagai ibu terkecil di dunia, Stacey Herald, merancang untuk menambah bilangan keluarganya.
Stacey, setinggi 71 sentimeter, memang sentiasa diperingatkan oleh doktor bahawa kehamilannya boleh mengancam nyawa.
Antara lain, tumbesaran janin di dalam rahimnya boleh menyebabkan paru-paru dan jantungnya remuk tertekan.
Namun setakat ini Stacey tetap berdegil dan nyawanya masih terselamat sebanyak tiga kali.
Wanita berasal dari Kentucky, Amerika Syarikat itu menderita penyakit genetik luar biasa dikenali sebagai Osteogenisis Imperfecta yang menyebabkan pembesaran normal badannya terhenti.
Selain itu paru-paru Stacey juga tidak membesar seperti sepatutnya, manakala tulangnya menjadi rapuh.
Dia bertemu dengan Wil, paderi daerah yang memiliki ketinggian 1.7 meter ketika bekerja di pasar raya di Kentucky pada 2000 sebelum mengambil keputusan berkahwin dan memulakan keluarga empat tahun kemudian.
Kata Stacey, walaupun membesarkan tiga anak menyebabkan dia kesuntukan masa, dia yakin keadaan itu hanya sementara.
"Saya melihat ada kemungkinan kami mendapat bayi lagi pada masa depan," katanya.
Menurut wanita itu, dia dan Wil memang mendengar pandangan doktor serta menghormatinya.
Bagaimanapun, katanya, bukan semua pendapat itu benar.
"Jadi, akhirnya saya dan Wil mengambil tindakan mengikut apa yang kami fikirkan terbaik," katanya.
Anak bongsu Stacey dan Wil diberi nama Malachi dan bayi lelaki itu kini berusia tujuh bulan.
Seperti kakak sulungnya, Kateri, 3, Malachi didapati mewarisi keadaan ibu mereka, manakala anak kedua pasangan itu, Makya, 2, mempunyai saiz sederhana.
Malachi dilahirkan pada November tahun lalu melalui pembedahan caesarian menegak yang memang jarang dilakukan.
Selepas berbulan-bulan dirawat di hospital kerana masalah pernafasan, Malachi akhirnya dibenarkan pulang pada bulan lalu.
Kata Stacey, Malachi dilahirkan tanpa satu pun tulangnya patah.
"Biasanya orang seperti kami akan patah tangan dan kaki kerana tulang di bahagian itu rapuh serta mudah rosak ketika proses bersalin," katanya.
Apabila dilahirkan, Malachi, setinggi 12.7 sentimeter dan seberat hanya 0.95 kilogram, terpaksa ditempatkan dalam inkubator untuk rawatan rapi.
Ketika baru berusia 17 hari, Malachi mengalami masalah kesihatan serius akibat jangkitan virus.
Apabila berusia empat minggu, bayi itu menghidap burut tahap serius dan mengancam nyawanya, memaksa doktor menjalankan pembedahan ke atasnya.
Kata Stacey, pada satu ketika doktor memberitahu mereka, jantung Malachi berhenti berdegup.
"Kami menjangkakan dia gagal diselamatkan, tetapi syukurlah doktor berjaya memulihkan Malachi. Bagi saya, ia adalah keajaiban," katanya.
Membesar dengan tangan dan kaki lebih kecil akibat mewarisi penyakit ibunya, Malachi beransur-ansur pulih hinggalah doktor membenarkan dia dibawa pulang baru-baru ini.
Di rumah, Stacey masih menyesuaikan diri membesarkan tiga anaknya bersama Wil.
Sementara itu, kata Wil, dia dan Stacey perlu lebih berhati-hati kerana ketiga-tiga anak mereka sangat istimewa.
"Kami perlu memberi lebih perhatian pada Kateri dan Makya bagi mengelak kedua-dua mereka melakukan sesuatu yang membahayakan ke atas Malachi," katanya.
Menurut Wil, apabila diberitahu anak bongsunya mewarisi penyakit Stacey, mereka berdepan kesedihan yang serius.
"Namun kami tahu kami mampu memberi sokongan terbaik kepadanya. Tambahan pula keadaan itu memang dialami Stacey dan Kateri," katanya.
Di rumah, tugas menjaga anak pada waktu malam, termasuk menukar lampin, menjadi tugas khusus Wil. Semuanya kerana keadaan fizikal Stacey yang tidak mengizinkan.
Hanya pada siang Stacey memberi susu badan kepada Malachi. Stacey juga melakukan tugas memandikan anak pada waktu siang menggunakan bekas khas.
Almari keluarga itu pula direka bagi membolehkan Stacey mencapai semua barang keperluan tanpa perlu dibantu Wil.
Kata Stacey, mereka kini sibuk dan sering kekurangan tidur.
"Membesarkan tiga anak memang mencabar walaupun untuk manusia normal," katanya.
Ketika Stacey terus terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak, dia juga berdepan cabaran menguruskan Makya yang lebih tinggi daripadanya.
"Saya tak boleh mengawal Makya secara fizikal jika dia meradang. Dia terlalu besar untuk saya. Itu tugas Wil," katanya.
Di sebalik kekalutan itu, bagi Stacey, semuanya menjadikan dia lebih akrab dengan Wil.
"Sejak melahirkan Malchi, cinta saya kepada Wil bertambah setiap hari," katanya. — Agensi

Friday, July 9, 2010

Apa yang anda suka buat ketika masa lapang??

Ku sangat suka window shopping... sangat2 suka.. dan sangat2 suka shopping.. haha.. :) Tapi sekarang aktiviti shopping ku terpaksa ku berhentikan.. biasala sengkek.. ku kena lebih berjimat cermat dan mengawal hati agar tak berbelanja lebih benda2 yang tak sepatutnya..

em.. semalam baru tengok movie Confenssion of a Shopcolic.. eh betul ke ejaan ni?? Movie ni sebenarnya diadaptasi dari novel.. Ada beberapa siri dah novel ni.. dalam bahasa Inggeris la.. anda tau, beliau.. iaitu watak utama movie ni.. sangat suka shopping.. dan most everything nyer branded yer.. dan watak utamanya juga mempunyai pelbagai jenis kad kredit.. hah.. gores jer.. apa lagi.. (alhamdullilah daku xde kad kredit... dan tak mau ada kalau boleh..) jadi bertambah2 la hutang kad kredit beliau.. hingga asik dikejar oleh yang nak mengutip hutang.. hah.. tak ke haru.. besh sangat ceritanya.. last2 bila beliau begitu terdesak, ibu bapa beliau yang sangat2 menyayangi beliau.. sanggup menjual kenderaan yang mereka beli dengan duit simpanan mereka.. ala.. kenderaan yang leh wat rumah tu... tau?? tau kan? dan tiba2 watak utama ni ada idea.. sangat bernas.. beliau ingin membuat jumble sale.. dan oleh kerana beliau agak terkenal, jualan jumble sale nyer ditunggu2.. dan masa time jualan tu, ramai dah menunggu yer.. dan akhirnya beliau berjaya mengutip wang untuk membayar hutang kad kredit beliau itu.. amacam?? nak tau.. tengok sendiri movie tu atau bacala novel tu.. Movie leh tengok kat StarMovie Astro dan Novel boleh didapati di MPH... :) memang seperti watak utama movie ni, beliau mengatakan ketika shopping, dunia ini macam kita yang punya.. rasa sangat bahagia dan mendamaikan.. ku pun rasa camtu gak dulu.. hehe... ok2 cuba ubah diri yer.. sekarang ku ubah tabiat shopping kepada hanya window shopping.. dan shopping barang2 yang perlu sahaja.. sangat besh........citer dah lama yer..

Tuesday, July 6, 2010

Semasa kenduri Aeem-Ajla di Panchor, Muar, Johor pada 2.7.2010

Inilah pengantinnyer.. gambar ku xbaper bagus yer.. byk lg gmbr lum upload
Santapan kami.. bukan di meja pengantin yer..

Kedua mempelai bersama mak & ayah mentua ku..

My sons