The loved ones..

The loved ones..

Tuesday, December 28, 2010

Mr Bebeyku.. :)

Camna.. sangat cute kan Mr Bebey yang diorder dari Selipar Jepun Pink.. :) Tq dik Balqis.. Tak sabar nak terima.. :) hehe.. Ni gambar dari dik Balqis.. nati dah ku terima nanti, ku amik lagi gambar nyer yer..

Wednesday, December 22, 2010

Saturday, December 18, 2010

Gambar2 dalam bilik di Lenggong

Cabid sekarang dah pandai bergaya depan kamera

Abang memang suka senyum...


Ni jer budak yang kena ikut mood dia





Adik beradik yg cool

Jap mama.. Anas bangun dulu..

Pa tengah ready barang mancing

BAru bangun tidur tapi dah leh posing

Masa ni kul 4 pagi.. baru sampai di Lenggong.. Anas demam masa ni..

Abang & Cabid berselimut terus masa ni..

Thursday, December 16, 2010

My fren birthday

(Syaerie yg belakang yerk.. yg berselendang pink masa ni.. masa ku nikah.. 10 Mac 2006)

Hari ni 16.12.2010 adalah hari lahir Syaerie.. antara kawan2 rapat di Teknik, Poli.. dan sekarang.. walaupun dah jarang bersua, tapi masih ada lagi nilai2 mesra tu..

Untuk Syaerie, selamat hari lahir.. Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki & rahmat, dan sentiasa gembira mengharungi hari2 mendatang... :)

Tuesday, December 14, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO NEGARA

Tadi petang masa nak balik cikgu Cabid ada kasi satu form.. (pagi2 dah dapat banyak form.. untuk pendaftaran anak2 di Taska untuk tahun 2011) so agak terkejut aik.. ada lagi form ker??
Oh rupanya ada lawatan ke zoo negara pada 16 Disember 2010.. maknanya pada KHamis ni lah kan.. em.. camna yer..? nak bagi pergi ke tak yer?? mesti dorang hepi kan.. tapi dari kul 9 pagi - 3 ptg... em.. camna yer?? tanya pa, dia kata ikut ma.. aiseh. orang tanya dia, dia suruh kita wat keputusan lak.. em.. camna pun esok ada banyak soalan nak tanya cikgu dulu.. transport, makan, bayaran, jagaan dll.. eh banyak kena pikir ni...

Biarkan anak bermain

Kicker: Kanak-kanak memang gemar bermain apa sahaja. Jangan asyik melarang anak bermain kerana anda mungkin akan melumpuhkan kreativiti anak anda. Jadi berikan kebebasan si manja untuk bermain asalkan tidak membahayakan keselamatannya.
Pada peringkat setahun hingga tiga tahun, kanak-kanak mulai membina sikap meneroka ke seluruh ruang rumah untuk bermain dengan apa sahaja objek yang mereka temui. Objek-objek seperti kotak, kertas dan botol- botol kecil yang dianggap tidak berguna oleh orang dewasa merupakan suatu alat mainan yang mengasyikkan bagi kanak-kanak.
Apakah faedah kanak-kanak bermain?Melalui kegiatan bermain kanak-kanak sebenarnya secara tidak langsung telah berupaya mengukuhkan lagi keterampilan, ketangkasan, imaginasi malah mampu pula menganalisis masalah. Proses secara tidak langsung tadi meliputi pelbagai tahap pergerakan seperti meraih, menggenggam, berjalan, memegang, menjulur, menyentuh, menggigit, menjilat dan lain-lain lagi. Proses ini boleh digelar sebagai proses penerokaan melalui lima pancaindera.
Rumah sebagai tempat bermain“Segalanya bermula dari rumah” adalah ungkapan yang kita dengar untuk menggambarkan bahawa rumah merupakan tempat atau lokasi paling awal dan terbaik untuk mendedahkan kanak-kanak dengan perkara baru. Di rumah anda boleh memberi anak-anak bermain dengan apa sahaja objek selagi ia tidak membahayakan. Periuk, mangkuk plastik dan sudu, anda tentu terperanjat bila mendapati anak anda boleh membuat pelbagai bunyi dengan menggunakan pelbagai alat yang telah anda berikan tadi. Mereka belajar mengangkat sudu dan mengetuk periuk. Secara tidak langsung anak anda belajar mengenal bunyi dan bentuk yang termasuk dalam subjek sains.
Bermain sebagai terapiBermain sebenarnya boleh dijadikan sebagai pemulihan terapi untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang gemar bermain dengan anak patung atau “soft toy” lazimnya gemar bercakap-cakap, menyikat rambut dan memakaikan baju pada anak patung kesayangannya. Semua proses ini mengajar anak agar lebih yakin dan tenang apabila menghadapi sesuatu masalah. Anak yang tidak gemar bertemu doktor umpamanya boleh diajar bermain doktor-jururawat menggunakan anak patung kesayangan mereka itu. Melalui permainan doktor-jururawat ini mereka diajar memahami tugas-tugas doktor sekali gus menenangkan perasaan dan sebagai suatu pemulihan terapi yang baik untuk mereka
Bermain sebagai proses fizikal Kanak-kanak dan aktiviti fizikal memang tidak boleh dipisahkan. Selagi kanak-kanak itu tidak terlantar sakit, maka ia akan terus bergerak sehinggalah dia tidur. Kanak-kanak berlari, mengejar. melompat, meniarap, merangkak, memanjat dan melangkah dan semua ini merupakan aktiviti fizikal yang mempertingkatkan stamina dan memperkembangkan otot-otot dan sensori motor mereka.
Rujukan: majalahpama

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

Ni adalah satu blog yang sangat2 ku suka jengah.. kerana.. pemilik blog nie juga mempunyai tiga anak teruna yang sangat cute2 dan ceria macam anak2 teruna ku yang tiga orang tu.. except perbezaannya beliau bersalin sekali jer dah ada 3 anak, ku kena bersalin 3 kali baru dapat 3 anak.. haha.. Maka baru2 ni beliau dan hubby tercinta telah menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 6... Tahniah!!! Ku baru nak masuk tahun ke 5 itupun tahun depan bulan Mac.. semoga perkahwinan beliau dan hubby berkekalan hingga akhir hayat mereka berdua.. Amin. Okies2, sebenarnya beliau telah membuat giveaway tau.. so ku saja2 jer la nak cuba nasib.. Meh cek apa syarat2 nyer yer...

Syarat-syaratnya:
1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia.


2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets".

4. Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog korang beserta link nya.

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni & maklumkan pada diorang yer.

6. Tinggalkan url link entry and ID follower korang di ruangan komen post ini.

7. Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer.

8. Tarikh tutup: 6 Januari 2011

Dan inilah hadiah-hadiahnya:
Hadiah Pertama:

Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel

Hadiah Kedua:

Island Waters Body Mist + Telekung Travel

Hadiah Ketiga: Telekung Travel

Okies.. jadi ku nak tag kawan2 ku.. nak ajak dorang join la sekaki.. Meh la yer.. Jeha.. Mama Darwisy & Nieda, Mummy Humaira.. Meh la join yer.. Camna? Kawan2 yang tak ditag tu pun leh sama2 join.. Lebih ramai kan lebih meriah.. sangat best kan??

Friday, December 10, 2010

Giveaway Kiszydolls



Hi.. Dah lama sebenarnya tak join Giveaway.. Ala bukan pernah menang pun tapi perasaan seronok untuk menyertai tu.. hehe.. dan kalau menang, kan lagi BAGUS perasaan tu.. haha..

So, sekarang ni ku nak menyertai Giveaway Kiszydolls ni.. di mana owner blog ini adalah seorang pelajar di UITM Sri Iskandar @ Balqis namanya.. yang sangat suka menjahit dan mereka cipta kraf... em.. bagus ni.. muda-muda lagi sudah ada semangat gitu.. dan apa yang membuatkan ku lagi teruja nak menyertai Giveaway Kiszydolls ni adalah kerana ke'kiut'an plushie2 yang direkacipta oleh Balqis ni.. comel sangat!!! Walaupun ku ni dah ibu kepada 3 hero.. ada juga hati keremajaan yang 'teringin benar nak memiliki plushie2 rekaan Balqis ni & ku menyertai dalam 'Kategori 1' - untuk ibu2 kiut macam ku.. (haha) yang mempunyai anak2 yang kiut-miut (haha..) Ala tomeinya plushie2 ni.. :) Lihat sahaja la gambar-2 plushie di atas ni... & jom tengok syarat2 yang Balqis letakkan untuk kita sumer join Giveaway nie...

Syarat2 GA kiszydolls

1.......jadi my follower... -sudah-

2.......leave ur name n blog kat komen post ni=)komen best2 skit=P hikk...hikk..- sudah-

3.......letakkan 3 gambar kiszydolls kat ats ni di blog anda n terangkan tentang GA ni kat blog anda... -sudah-

4......Jangan lupe gtau anda sertai kategori yang mane satu di komen yang anda tinggalkan...-sudah- yang penting skali, anda bleh sertai GA sampai 10 DISEMBER 2010... okay,,,tu je syaratnye....
Best kan?? So apalagi kawan2.. mehla kita beramai-ramai memeriahkan lagi Giveaway Kiszydolls ni..

Sunday, December 5, 2010

Korek korek..

Tadi ku saja berkemas2.. berkemas sijil beranak anak2, sijil kawin, buku2 bank, geran keta & motor, diletakkan dalam satu folder berzip.. senang nak cari nanti.. terutama bila emergency.. mana nak tau.. kena prepare.. Godek punya godek... terjumpa satu kertas berstapler.. adalah dalam 6-7 muka surat kot.. dah usang pun.. kuning2 sikit dah kertas dia.. ku pun lihat.. eh??? Ni adalah cerita rekaan ku masa dulu2.. masa ku keja Rasma kot.. tersenyum ku sendiri membaca cerita rekaan ku ni.. kelakar pun ada.. rasa bangga pun ada.. dapat lak ku sediakan satu cerita ala2 romantis cam ni.. tapi ada unsur2 remaja ni..?? Sekarang nak mengarang ayat untuk memo dalam ofis pun payah.. teruk jer perah otak.. kenapa jadi gitu yer?? Adakah kerana dulu ku gembira dengan persekitaran n so on.. ?? Ataupun mungkin dulu sebab belum ada tanggungjawab sebagai isteri, sebagai ibu.. maybe..?? em.. takpela.. apa2 pun manuskrip citer ku tu akan ku simpan elok2.. jadi kenangan bagiku... nak taip dan published di sini pun cam malu.. haha.. tapi mungkin nanti ku curik masa sikit taip cerita ni.. hehe... saja jer.. untuk dijadikan kenangan ku nanti..... :)

Kongsi Gambar..

Bergembira di Ofisku, di waktu pagi..
Hepi kan..?

Anas yang busyuk

Cabid sekarang pun dah pandai amik gambar

Abang b4 kuar gi keta

Anas... setiap Jumaat... kecuali Jumaat 3/12.

Ni ma.. microphone ni nak suruh Anas nyanyi yer?

Abang kontrol hensem jer masa makan.. saja je lambat2 makan..
Cabid juga makan sampai abis.. bagus Cabid ni..

Anas yang sentiasa comel tapi cewek... sangat.

Hari shopping sedunia...

Hari Jumaat aritu, baper haribulan yer?? Em.. 3hb Disember 2010. Ku ikut Cik Puan Ct Latiffah ke C4.. hehe.. dengan alasan, CUMA ingin membeli berus lantai.. haha.. & makanan utk budak2 tu la.. okies2?? Tapi di C4 memang tak banyak pun.. cuma RM 30+ jer..
Pastu gie makan lak.. makan jer RM 10.. adoi.. lum bayar air lagi tu.. Nanti yer Cik Puan Ct.. aritu dia yang bayarkan.. tak bayor lagi.. em.. then gerak ke Parkson.. konon2 Cik Puan Ct ni lah nak mencari baju2 baby & Damia.. haha.. sekali lagi, ku johan.. ku yang shopping.. bukannya dia.. ramai lak yang beratur.. lama di sini.. membayar.. Adala dekat RM 100.. em...pastu singgah Anakku.. adoi beli lagi.. CD + Bekas air berstraw utk Anas.. haha.. adalah RM 20+. Pastu gi Bata.. aiii... terbeli lak handbag Marie apa yer.. Ala yang ada bawah BATA tu la.. memang ku cari handbag dah lama.. ada gak usha2 online nyer handbag.. cuma risau.. takut tak lama pakai.. takut tak tengok dulu.. takut tak kuat talinyer.. coz ku ni suka bawak sangat2 BANYAK barang dalam beg tau.. ku dulu pernah gak beli handbag Marie Claire kot jenama dia.. pa yang belikan dulu.. masa sale.. Lama giler pakai handbag tu biarpun dia tak ler bergaya seperti handbag kekawan ku sumer.. tapi ianya amat best dan berjasa.. ku pakai sehingga dah turun kaler beg tu.. haha.. ini pun talinyer masih kuat lagi sebenarnya tapi dah banyak sangat calar balar kat handbag tu.. ada la dekat umah.. duk jer bawah meja solek.. Handbag yang sangat berjasa bagiku itu... :) opps lupa lak nak mention handbag jenama Marie Claire, jenama bawah BATA ni yang ku baru beli tu.. regenya.... RM 119.00 tau...?? haha... banyak tak shopping... iskh2... itula kata banyak.. nati la ku upload gambar handbag yang sangat bagak tu.. hehe.. bukan setakat harga nyer bagak, beg nyer juga sangat bagak.. haha.. menepati citarasaku.. hehe.. kamera takde sekarang ni nak amik2 gambar.. tunggu la Selasa nanti... baru dapat kamera Sony tu semula... em.. lamanya lagi.. banyak gambar2 anak yang candid dan best2 tak dapat ku capture.. em.. :( Nak wat camna, ku cuma peminjam kamera.... haha... sedih sebenarnya.. kayla.. saja jer.. nak membuang sikit masa.. padahal baju keja lum gosok lagi nie.. haha.. take care..

Tak sabar..

Em.. tak sabar rasanya nak menunggu Mr Bebey dari 'Selipar Jepun Pink'.Agaknya kan bila agaknya ketibaan Mr Bebey size Large tu ke pangkuan ku..?? hehe... sesaja je.. biarpun dia bukanla Mr Froggy seperti kebiasaannya.. hehe.. Ni ada pics contoh Mr Bebey.. Tapi kaler lain lah kot..
Comel kan?? Hehe.. leh klik kat gambar Mr Bebey tu kalau nak gi website si pencipta Mr Bebey dan lain2 lagi.. Kiut2 sumer.. memang berbakat adik Balqis ni.. Student lagi tau.. memang rajin student2 skarang ni.. selain menambah pendapatan.. bagus2..

MAKLUMAN: IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan urusan pengambilan Pembantu Am Pejabat Gred N1 bagi mengisi kekosongan di semua agensi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua permohonan perlu dibuat secara atas talian (on line). Iklan dan borang permohonan boleh didapati melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL www.moe.gov.my yang akan dibuka mulai 03 Disember 2010 sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2010.

Friday, December 3, 2010

Sangat bosan...

Kenapa ada ayat bosan itu?? Ya, ianya adalah kerana papa membawa pergi kamera SONY itu juga.. bersama2 kamera LUMIX itu ke Kenyir.. Memang tak leh terima rasanya.. sampai ati dia.. Okay, kita beli kamera baru.. murah2 punye.. SAKIT HATI... Bukan gi sekejap-sekejap.......... Arghhhhhhh Tensen................

Thursday, December 2, 2010

Premaxx Baby Sling


Adoila.. ku ni terjatuh hati lak dengan menda ni.. padahal ku dah ada pun baby sling.. hehe.. leh tak nak yg ni juga yer.. :)

Nak kena berterus terang ke??

Ku cukup terganggu dengan orang yang tak sepatutnya berada di sesuatu tempat & kejadian.. Kenapa harus dia diletakkan di situ?? Bukankah dia sudah ada position dia yang di mana dan diharus diletakkan dia.. menyebabkan semua kerja-kerja tergendala.. Yang tak tahan leh lak pertikai telefon kat tempat dia duk kenapa banyak sangat orang call.. Pls la.. itu bukan tempat anda yer.. walaupun anda berjawatan lebih tinggi... tapi anda harus sedar... itu bukan tempat anda.. anda hanya MENUMPANG...

Boring???

Adakah anda faham apa yang terjadi ari ini?? Itulah yang terjadi akibat kerana penyakit 'M' yang ada dalam diriku.. padahal berlambak kerja ada.. Tolongla penyakit 'M' pls la ko nyah dari diri ini... pergi jauh2.. jangan kembali!!!!!