The loved ones..

The loved ones..

Thursday, June 30, 2011

Takde keja..

Bila takde keja, mulala try sumer kuiz & application di FB.. pastu post kat wall bebanyak.. haha..

Wednesday, June 29, 2011

Wow... saya dah berjaya....

Apa yang berjayanya..?? haha.. tadi gi c4 dengan Afif.. Kul 2.30 bertolak.. shopping2, macam2 diamik.. last2 tgk list balik.. (slalu buat list, tapi xpnah ikut.. haha) so cek2 aiya.. byk sgt brg yg xde dlm list tapi ada dlm troli.. iskh2.. i mna bawak duit banyak.. em.. apalagi gi wat kuar barang2 xperlu itu.. puas la afif yang duk dlm carseat cum carrier di dalam troli c4 tu terpaksa ler berpusing2 dengan i untuk meletakkan balik barang2 yg xmasuk dlm list shopping i tadi.. huang2x.. So, maknanya i dah berjaya.. alhamdullilah.. :) Berjaya sedikit sebanyak mengikut list.. (eh ya ke?? betul ke, cam takleh caya jer)

Website apa daku buka ketika melayari internet??

  1. http://www.facebook.com/ (bila cuti & di umah shj.. opis xleh buka.. dh kna block.. ku xde berukband..)
  2. Blog ni la.. http://fareenlife.blogspot.com/ - ku tgk di dashboard, melihat samada blog2 yg ku follow sama ada blog kekawan @ blog shop meng'update'kan diri mereka.. so, ku dpt la tgk menda2 tbaru n so on..
  3. http://www.mudah.my/... - ku lihat pada column Children.. kekadang Properties.. (Ada hint cari2 umah la tu.. berangan..)
  4. Blog2 yg mengiklankan diri mereka di ruangan chatbox blog2 yg kufollow..
  5. Website ni - http://www.beautyarea2u.com/ - byk menda2 interesting di cni..
  6. Website C4 Malaysia- http://www.carrefour.com.my/ tgk sekali sekala masa dorang update katalog.. hehe.. skrg dh update seminggu skali.. senang nak survey harga brg dan rancang pembelian.. huang2x.. cam xpercaya jer.. bukankah kamu boros??
  7. Blog2 yg berada di ruangan favourites komputer ku.. (hanya ku yg tau... & hubby la..)
  8. Kedai Online especially yang menjual brg2 baby & toddler.. ku sekadar screen shopping pun dh sgt gumbira... antara yg ku lawati - http://www.onebabyworld.com/, http://www.fabulousmom.com/, http://www.enjoybreastfeed.com/, http://lilkaistore.com/, http://www.littlewhiz.com/, http://www.mybbstore.com.my/, http://www.momschoice.com/ etc.. byk lg.. n ku pernah lah shopping di situ kecuali di fabulousmom blum lg.. Skrg byk menda murah sebab Mega Sales.. hingga akhir Ogos 2011. Ada 2 kali gaji lagi.. haha...

Saya dan Nick..




Gambar adalah semua masa makan.. haha... sama ada Jamuan Perpisahan atau Perhimpunan Bulanan Bhg Akaun.. hehe.. Tahniah pada Nick kerana akhirnya telah hamil anak kedua.. Semoga dipermudahkan proses dari mengandung hingga melahirkan sehinggalah membesarkan.. Seronokla Adhwa nak dapat adik.. Hopefully gegirl pulak.. leh la main bersama.. hehe..

Kesayangan mama...

 Cabid dgn isyarat best. tapi salah jari la syg..
 Cabid n Anas lak..
 Gambar Cabid dgn Abang laks..
 Ni masa Nana B datang melawat time pantang aritu.. Tqvm.. :)
 Afif masa ni lum sebulan pun..
 Anas dengan wajah busyuk masamnyer..

Inilah wajah Afif pada 9/4/2011 selepas seari dilahirkan dan kali pertama balik ke rumah..
 Dia dah bunyik siren..
Anas yg gumbira

Gmbr yg diamik dia......

Saja2..









Tanda dah takde keja lain.. huang2x.. iskh di mana kah software itu yg mbolehkan daku meng'kompress'kan gambar2 itu ke dlm satu gmbr begini?? kena geledah ni dan mencari.. Chaiyok2..

Apakah ini?? Amboi2..

Yala, mmg la sesi fotografi beramai2.. tapi apakah ertinya semua ini?? haha.. dari tak kawin sampai dh kawin & ada 4 anak ni.. masih lagi ku cemburu.. lagi ada 'bukti2' ini yg dpt dicari.. iskh2..

Wajah itu...


Tadi di MukaBuku saja jalan2, cari2 di bhg search.. (takkan cari di bhg lain pulak kan..) saja2 mencari nama itu.. then ternampak satu gmbr.. ya, itulah wajahnya.. yg dh lama tak bertemu.. lama sungguh.. alhamdullilah nampak sihat, nampak bahagia.. tidak ingatkah dia pada kami semua?? em....

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat/BPA

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

Nombor 7

Nombor 7 dan PC

Nombor 7 dan ‘other'

Botol susu bayi yang bebas B...PA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

nota kaki : diamik dr group "Kumpulan Ibu2 Menyusukan" dari FB..

Tuesday, June 28, 2011

Lg 12 hari... Lg 8 hari...

Apakah itu? Kiraan hari? Lagi 12 hari adalah 12 hari lagi ku masuk kerja.. tapi kalau ikut cuti bersalin sepatutnya masuk pada 7 Julai ni tau.. tapi oleh kerana 7 Julai adalah hari Khamis.. ku pun decide untuk mengambil cuti pada 7 & 8 Julai.. so, Isnin 11 Julai la baru masuk kerja.. (Bagi duit lebeh sikit pada Iza.. hehe..) dan lagi 8 ari itu adalah hari cek up Afif untuk 3 bulan, jap jer dah 3 bulan dia.. tak sabar nak tau berat dia n tinggi dia.. kalau ukur tinggila kan?? 5 & 6 Julai ni ada exam KPSL W27 nati.. tapi aduhai masa tu lum lagi masuk keja, camna ya?? tak dapat amik la jawabnya sumer exam2 yang ada pada tahun ni.. :( sedih tull takpe, next time la ya?? Lagipun xajar lagi Afif guna botol.. em.. camna nak tggl kan? Kesian pulak cikgu cikgi nanti.. bukan Afif sorang nak dijaga.. takpe2, i tunda la amik exam tu tahun depan.. :)

Saturday, June 25, 2011

Iman Muda Musim Kedua..


Sebelum ni ku tak pernah pun mengikuti Rancangan Iman Muda ni.. serius.. baru2 ni ku amat tertarik dengan cabaran2 yang iman2 muda ni kena hadapi.. Antaranya masa mereka bertemu banduan akhir, masa mereka memandikan mayat berisiko tinggi dan juga episod ke 9 tadi, mereka berjumpa warga emas di Pusat Jagaan Orang-Orang Tua.. amat memilukan bila hanya mendengar warga-warga tua tu berbicara.. mungkin bukan semuanya dibuang anak mereka ke sana.. mungkin anak mereka mempunyai masalah menjaga mereka.. mungkin.. tapi apa salahnya jika walaupun tiada rezeki menjaga mereka, apa salahnya.. jika menjenguk mereka.. sesekali, bergenang juga air mata.. betul kata Iman Muda Hassan kita cuma akan rasa betapa pentingnya ibu bapa kita hanya bila kita kehilangan mereka.. Jadi, renung2 kan la.. opps.. dan Iman Muda yang ke final ialah Iman Muda Hassan - org Perak ni.. selalu dia speaking loghat Perak.. dan Iman Muda Nazrul seorang guru besar.. sangat muda, sudah bergelar GB.. em.. bagus2 dorang ni tau..Dah ku agak mereka ni dapat ke final.. selain tu ku agak Iman Muda Fakhrul pun tapi yalah, ke final hanya 2, bukan 3. k la..

Friday, June 24, 2011

Afif yang tembam..




Ni sumer gambar Afif masa sebulan lebih.. Gambar latest masih xamik lagi sebab charger kamera ntah di mana.. iskh2.. sekarang Afif dah cerah sikit.. (Sikit aja..haha) n dah makin sweet.. sebab sangat suka bercakap2 dan senyum nganga mulut luas2.. suap nasi pakai senduk pun muat.. haha.. Sangat manja.. macam Anas. Bila bangun, nak lihat ku ada.. bila nangis pa amik, tak mau diam.. Bila dengar jer suara mamanya terus diam.. anak2.. :)

Kesayanganku...


Walaupun selalu sakit kepala sebab mereka yang sangat aktif, sakit tekak juga sebab jerit2 menegah mereka dari bahaya juga menegah mereka bergaduh.. tapi bila takde, rindu tau..? Tapi pernahkah tiada?? Tak pernah lagi, n hopefully jangan pernah.. (tipulaa satu ari nati akan terjadi juga kan) 

Tali Pinggang...

Skrg kan glamer anak2 dara mahupun mak2 bdk yang bergaya memakai tali pinggang begini.. jenis yg besar2 di pinggang, untuk menampakkan kerampingan, kelangsingan si pemakai.. em.. mengikut kesesuaian susuk tubuh juga.. kalau jenis bergelambir di perut, macam ku... haha.. agak2 sesuwai ke?? haha.. gelak dlu.. tapi mna tau.. kot2 bergaya dan menawan.. (Cewah.. masuk bakul angkat sdiri) Nati pa kata.. buang tebiat apa ma ni..? haha...

Kiut Miut beg2 ni..

Ini adalah cooler bag.. yg bersaiz comel.. kiut kan?? Boleh memuatkan lebih kurang 4-6 botol milk storage tu yg 5 oz setiap satu.. dan leh la muat lbh kurang 3-4 pcs ice packs..

Yang ni adalah Autumnz - Casual Chic Cooler Tote leh didapati di OnebabyWorld..
Di mana beg ni ciri-cirinya adalah :-
  • Corak yang kasual.. sesuai utk anda yg bergaya
  • Luas - boleh memuatkan 4-6 botol + 3 pcs Autums ice packs + breastpump manual
  • Pratikal - 4 cara menggunakannya iaitu dibahu, bawa di lengan, di tangan juga sangkutkan di stroller. (Ada butang yg akan memastikan jika disangkut di stroller xjatuh..)
  • Harganya juga murah.. Cuma RM 18.90 (harga biasa) tapi oleh kerana sekarang mega sale.. harga nya cuma RM 15.12!!!
  • Ada 2 warna - Merah & Orange.. Warna yang ceria tau...


Yang ni pula ialah Jingle Jungle - Pro Exec Cooler Bag boleh didapati di Fabulos Mom.
Ciri-ciri beg nya ialah :-
  • Murah
  • Bergaya
  • Boleh memuatkan 4-6 botol dan masih mempunyai ruang untuk 2-4 ice packs
  • Talinyer boleh dilaras mengikut keselesaan.
  • Boleh dibawa dengan tangan atau disangkut pada bahu
  • Mempunyai poket di tepi maybe utk menyimpan kunci, hp etc..
  • Mempunyai 4 warna iaitu Hitam, Biru berbelang, Orange berbelang & Coklat Berbelang.
  • Harga nya cuma RM 28.90 tapi oleh kerana Mega Sales harganya cuma RM 23.12!
Bestkan?? Kiut pulak tu.. hehe.. berkenan?? Pergila dapatkan satu.. jangan risau, sales lama lagi.. sampai 31 Ogos nanti.. :) Selamat bershopping..........

Wednesday, June 22, 2011

Arini bangun!!!!

Yes.. akhirnya pagi ni ku bangun... bangun untuk sahur.. ala, itupun sebab Afif melalak2.. gatal kot.. ku pun gatal juga.. agaknya toto tempat tidur kami tu dah miang.. jadi bawa dia masuk bilik, tukar pampers dia.. susu dia.. then dia tidur.. kul 4 pagi.. hehe.. ku malas nak tidur dah, takut terlepas waktu sahur.. Imsak kul 5.32 pg.. arini cuma makan sup Campbell segera - secawan, air Incomix coffee - secawan, Coklat Crispy - 2 bar kecik dan Air masak - 3 gelas.. uish.. sumer nyer berbentuk cecair.. moga dapat bertahan hingga ke waktu berbuka.. Tak sempat nak masak yg berkhasiat sikit.. (kena berkhasiat kan sbb nak menyusukan si Afif).. tomorrow nyer sahur will do.. Sekarang menunggu masa untuk solat Subuh.. dan membangunkan anak2 nanti untuk ke Taska.. lagipun arini nak ke opis juga untuk sign autograph.. huang2x.. ntahla apa yang nak disign.. tunggu jer nanti jap gi.. lepas acara sign leh la pulang ke umah dan menidurkan diri.. kalau yala, tidur.. hehe.. kalau Afif tak tidur takleh gak tidur.. em....

Tuesday, June 21, 2011

Baju2 cute.. emmm

Baju ni rupanya dijual 4pcs ni pada 1 harga.. Ingatkan rm49 per set..(sesetengah blogshop la)  comel gak kalau si Afif memakainya.. :) (Angan2..) haha..

Bila ada,sakit kepala.. bila takde sunyi + rindu..

Hah.. itula terjadi apabila ketiga2 hero ada kat umah.. Arini ku dah lambat sedar, jadi..... malas la nak anta dorang gi taska.. duk jela kat umah.. lagipun sakit sgt kaki ni akibat maybe dari berjalan2 membeli barang2 dapur semalam.. di Mydin dan juga Carrefour.. tangan pun amat lenguh coz menahan kepala Afif.. walaupun ada bantuan sling (kalau takde sling, lagi la puas.... sakit kedua2 tangan..) tangan masih lenguh sangat.. agak2nye baper berat kepala Afif sahaja yerk?? haha.. opps.. sudah lari tajuk..
Bila ketiga2 hero (Adam, Abid & Anas) ada di umah.. sudah tentu umah jadi sangat tak kemas dan suasananya amat bising... mana tak bising, dengan dorang jerit2 dan lari2 kulur kilir.. dan juga mama dorang pun turut sama menyumbangkan suara.. dengan jeritan2 yang amat nyaring sekali...
Sesekali, mama mereka akan "Diam!!!! Baby nak tidur" uish pening juga, bukan apa.. kalau Afif tu bangun lagila tak leh nak buat menda pun.. asik duk menyempitla dia denganku.. haha.. biasala bila lagi nak menyempit kan, masa kecik2 ni la... hehe.. Tapi bila dorang ada ni, riang ria juga umah.. dahla jiran sebelah dah pindah keluar.. dapat kuarters teres kat Presint 15.. Tahniah Za & Mala.. lum sempat lagi melihat baby ketiga mereka.. baby boy tu.. kerana kesibukan lelaki tua di rumah ini... Rezeki baby ni dapat umah bawah.. senang nak bawa bapa ke hospital.. rindu plak nak dengar pintu dibuka, dan ada kepala terjembul keluar.. "Hai baru balik ke?? " "kenapa umah gelap" pastu ada ketuk2 pintu.. haha.. Maisara.. seusia Adam cuma tua sebulan lebih aja.. Okies2.. stop sini dlu.. nak wat sikit housework.. haha.. sikit jer, housework kat umah ni BANYAK tau!!! Terlebih max... haha.. bila la nak abis, kalau nak wat sikit jer ari2.. huang2x..

Monday, June 20, 2011

Apabila hati dah sakit...........

..........................????..........................

Itula terjadi apabila hati dah sakit...
Sekian...

nota kaki : xde apa pun sebenarnya.. dah lma tak update.. huang2x..

Thursday, June 16, 2011

Pembersihan Blog..

Apa itu?? Taklah ku folo byk blog.. dari yg meniaga hingga tak niaga.. so mna2 blog yg tak aktif ku akan delete la.. so leh tambah blog lain dlm list.. :)

Entri tiada tajuk

Well, sebenarnya arini opps.. 15 Jun 2011 ni adalah tarikh pemberitahuan sama ada pertukaran papa ke Putrajaya berjaya @ tidak.. dan.... tadi excited nak cek.. tapi nampaknya Allah masih nak memberi ku lebih sikit cabaran tahun depan.. keputusan BPSM adalah......................................... tidak diluluskan pertukaran... Macam2 rasa berkecamuk.. tapi nak buat macamana, maybe ada hikmahnya pertukaran itu tidak lulus.. em.. tahun ni maybe tak rasa sangat lagi, tapi tahun depan.. Adam & Cabid dah masuk Kemas.. maybe lebih sikit penatnya.. nak anta mereka ke Kemas pastu kena rush gi opis, anta Anas dan Afif ke taska lak.. nak kena susu Afif lagi.. maybe ku akan turun lagi 5-10 kg.. haha.. sapa tau..?? Itu adalah satu kelebihannya.. pandang dari sudut positif.. n satu lagi lebih masa dgn anak2.. dapat pastikan dorang makan apa tengahari sebab ku sendiri akan gi amik.. pastu nak gi anta tempat transit pula.. em.. busy women ni pada tahun 2012.. biarpun masih ada lagi setengah tahun untuk alaminya.. :) Well, insyallah... i'll manage somehow...

Saturday, June 11, 2011

Asik2 kna tinggal..

Arini kena tggl lagi dgn anak2 mcm biasa.. kul 3 pagi dah kuar bertolak ke Gopeng.. konon2 nak tengok tempat utk pertandingan CBS.. tapi pegi mengalahkan nak tgk, mcm nak pindah aja.. Hah.. apa salahnya bawak je kuar semua barang2 pancing tu menyemak aja.. napa tak bawak je barang2 pancing satu bilik tu.. pastu tinggal je kat sana.. senang lain kali nak repeat pancing tak yah nak bawak kulu kilir barang dah.. dah jimat tenaga dan masa.. Ingatkan bila dah keja gomen ni reti la nak duk umah.. @ at least tak le lelama sangat melepak sana sini.. ini idak, lagi banyak masa untuk diri sendiri.. bukan utk famili.. Suruh beli breakfast pepagi pun kul 8 pagi takleh bangun lagi.. ini kul 3 pagi leh sedar sendiri.. kalau nak seribu daya, kalau dah taknak tu memang susah nak bangun.. Menyakitkan ati aja..............

Friday, June 10, 2011

Tiba-2...

Tiba2, rasa nak marah.. tiba2 aja perasaan marah tu dtg.. sakit jiwa ke tiba2 nak marah?? Mesti ada sebab bila tiba2 nak marah.. takkan la takde apa2 tiba2 leh lak marah2.. itu sudah tentu sakit jiwa... Perasaan itu ada tiba2.. ada sebab, ada alasan bila tiba2 nak marah.. tapi malas nak kata.. saja je nak taip2 kat sini, biar perasaan tiba2 nak marah tu surut & lelama ilang.. hopefully..

Monday, June 6, 2011

Ada sikit rehat..

Bukan tak suka, suka.. bila ada anak2 di rumah.. lagi2 tgh cuti macam ni.. Malas sebenarnya nak anta gi Taska, malas nak drive.. nak cari parking lagi.. tapi bila semua ada di rumah, mulala suara dah macam tarzan, menjerit sana sini... cakap slow2 anak2 wat tak dengar jer.. agaknya dah biasa dengar suara menjerit baru nak ikut.. memang susah nak relaks.. dahla tak leh relaks.. kerja yang berlambak2 pun tak jalan.. Yang ni bertiga tu anta pun, (Adam, Cabid, Anas) tinggal Afif jer pun.. bukan banyak kerja leh jalan.. Afif ni asik nak belaian manja aja.. sikit2 rengek bagai.. panas agaknya.. yala, skrg ni panas, angin pun tak mo masuk.. iskh.. Mama tak mampu la Afif nak pasang aircond.. Hah, dah nangis... stop dlu la......

Saturday, June 4, 2011

A visit to Angah House..

Arini seperti dijanjikan pada Angah dan anak2.. nak ke rumah Angah.. sebab lagipun dah lama tak jupe Angah n famili.. rindu pada anak2 sedara juga.. Tiba di sana (lepas menyiapkan 4 anak lelaki itu...) kul 10 pagi.. dan Angah dah prepare nasi lemak tau.. em.. seronok jer tengok anak2 makan.. gembira kerana dapat makan dan gembira kerana ramai makan bersama.. :) Ada 7 org kanak2 makan bersama.. (eceli ada 8 org budak.. tapi sorg budak tak makan lagi.. masih menyusu aja.. haha.. Afif la..) Angah yang suapkan utk breakfast.. n lepas ku susukan Afif baru ku makan... hehe.. siap tambah lagi... enak ya bila kakak dan mak yang masak.. (haha.. ku tak pandai masak.. pastu malas belajar pulak tu.. iskh2.. berubah la sikit..) duk lepak2.. borak2 sikit.. anak2 sumer seronok bermain.. Ayim dan Cha rajin juga menjaga Afif.. tolong tepuk dan duduk bersama Afif.. tq yer.. :) Hampir kul 3 lebih baru ku pulang.. Angah dan keluarga nak bertolak ke Langkawi malam ni.. nak cuti cuti Malaysia.. :) Seronok nyer.. Apa2 pun semoga bergembira di sana, dan semoga dipermudahkan segalanya dan selamat perjalanan pergi balik.. Amin..

Thursday, June 2, 2011

Ngantuk.....

Arini cam lalok sikit.. kenapa?? Sebab pagi tadi kami anak beranak gi anta papa kul 2 pagi ke Sri Kembangan.. nak kemas barang2 dan kemudian bertolak ke KLIA untuk berlepas ke Bintulu, Sarawak untuk satu trip memancing… Alhamdullilah Abang & Cabid juga Anas tak mengamuk2.. dan elok mereka temankan ku masa dalam perjalanan pulang.. ala bukan jauh pun sebenarnya.. tapi waktu masa tu.. Kul 2 pagi.. dan tempat tak biasa lak tu.. Kat area kedai2 tu..dah kata dah mesti sesat punye dalam area kedai2 tu.. selamat pandai pusing balik dan cari jalan balik ke Putrajaya.. pastu sampai Putrajaya, mencari parking pula.. lagi cuti sekolah ni.. ramai sedara mara jiran tetangga datang berkunjung.. maka penuh la parking2 keta di rumah ni.. Em berpusing-pusing lebih kurang 10 minit juga.. dan akhirnya ku tawakal jer parking tepi jalan.. Cuma pastikan betul2 tepi sidewalk tu supaya tak ler menghalang kereta kuar masuk nanti.. dan ada sikit ruang antara keta ku dengan keta yang satu lagi untuk menyenangkan untuk mengeluarkan stroller.. Ku angkut Anas & Afif atas stroller dan Abang & Cabid berjalan.. sampai rumah ku paksa dorang tidur balik.. sebab baru kul 2 lebih pagi jer.. n lastly dorang tidur.. dan ku bangun ngam2 kul 7 pagi.. kepala sakit dan memang rasa lesu sikit tapi gagahkan juga bangun sebab nak menghantar anak2 besar ni ke Taska.. mandikan dorang, beri pakai baju, dan minum susu.. pastu ku gi mandi.. lepas mandi dan bersiap2 ku tukar pampers si kecik Afif dan susukan dia dlu sebelum gerak ke Taska.. masa tu sudah pukul 7.30 pagi dan masa itu adalah masa puncak kereta2.. so kuar lewat sikit la.. dari stuck dalam jammed buat apa.. kuar lebih kurang 2 minit ke pukul 8 pagi.. dan anta dorang..  Ingat lepas anta dorang nak singgah Petronas cari makan, tapi makcik Taska ada lak kelebihan bihun paru.. amik ajala.. karang bayar.. nak bayar duit taska pun terlupa bawak duit kuar dari keta.. petang karang la.. 