The loved ones..

The loved ones..

Monday, November 29, 2010

Selamat Hari Lahir ke 31 Angah!!


Selamat hari lahir Angah.. yang ke 31 tahun.. Moga panjang umur, murah rezeki & dirahmati Allah sentiasa.. Amin..

Anak-anak yang tak sihat

Ari ni dah masuk hari ketiga Abang demam.. walaupun cuma demam tak baper panas.. tapi dia cam tak bermaya.. terbaring aja.. dan Cabid pula tak baik2 lagi batuknya.. asik batuk aja.. Anas pula dengan selsema yang teruk.. hidung sampai hingus & sentiasa berair aja.. Ma dah pening kepala la.. Adoi.. jangan la pula ma yang tak sihat.. kalau tak camna lah nak jaga hero bertiga ni..

Thursday, November 25, 2010

Selamat Hari Lahir Yang Ke tiga Cabid...

Dah tiga tahun dah anak mama.. Hepi Bday Cabid yang ke-3 tahun.. Mama doakan Cabid membesar sihat, cerdas, cergas dan sentiasa menjadi anak yang Soleh.. Amin.. Mama doakan agar Cabid sentiasa panjang usia, dimurahkan rezeki, dirahmati Allah sentiasa dan sentiasa sukses dalam semua bidang (yang baik2) yang Cabid akan ceburi nanti.. Insyallah.. Semoga Cabid jadi anak, adik dan abang yang baik... :) Mama sayang Cabid sangat.. Budak busyuk!!!

Tuesday, November 23, 2010

Terlanjur di rumah

KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur. Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.

Berikut kisah dua pelajar yang ‘dahaga di awal usia’.

KES 1 - ADILAH, 13:“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.
KES 2 - RAHMAN, 15:“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun). Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan. Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan.”
Antara berita utama Harian Metro ni berjaya menarik perhatian ku.. Ku rasa perkara macam ni macam dah selalu sangat berlaku masa kini. Tidak dinafikan, dahulu.. walaupun ibu bapa sibuk bekerja dan tiada di rumah.. tiada pula kes seperti ini berlaku. Apa sebenarnya terjadi pada masa kini?? Kalau dulu, dari sekolah ke rumah lebih 25 km pun amat selamat jika berseorangan pun balik menaiki bas dan berjalan. Tapi kini, sekolah yang tidak berapa jauh dari rumah pun belum tentu lagi selamat anak itu dibiarkan berseorangan, terutamanya anak gadis.. Dulu ku kecil2, usia baru 6 tahun ke 8 tahun, mak suruh pergi kedai, pergi seorang diri juga naik basikal.. Alhamdullilah tiada pula ditimpa apa2.. Tapi sekarang?? Dunia dah ke akhir zaman.. macam2 yang berlaku tanpa kita sedari......

Sejadah bercorak babi..

Berita dalam harian metro ari ni, berlaku di Seremban.. di mana sejadah itu dilelong 3 helai RM 10. dan si pembeli tak perasan coraknya dengan teliti.. yalah, harga sudah murah.. boleh diberi hadiah juga pada orang lain.. macamana pun ikuti berita ini..

SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an. Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu. “Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu. “Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai. “Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya. Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar. “Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti. “Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya. Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama. “Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya. Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Sunday, November 21, 2010

Hari yang kelakar dan teratur..

Ari ni pagi2 anak2 dah bangun.. almaklumlah semalam tidur awal.. hehe.. memang niat pun nak suruh dorang tidur awal so leh gerak gi umah mak awal sikit.. :) dan pepagi lagi ku dah mandikan dorang.. n suddenly aduhai rasa nak terkucil so ku gi la bilik air master bedroom dan tinggalkan dorang jap. Tak sampai pun 2 minit, ku balik semula tengok Anas takde dalam bilik air. Rupanya dia gi cari ku kat dapur.. n bila ku sampai kat dapur (depan dapur) dia sudah membuang di situ.. Haha... ku angkat dia wat masuk bilik air, cuci dulu dia. Tutup pintu bilik air sat.. dan gi membuat kerja2 pembersihan di depan dapur.. Selamatla dia membuang atas lantai tak ler haru sangat.. buatnya membuang atas karpet ker.. adui.. puas lak ku nak sental karpet.. haha.. then kul 9.15 pagi, kami kuar gi umah mak.. and di sana.. ada Kak Ani, Abang Zul dan anak bongsu dia..tak ingat la si kecik tu nama sapa.. sebab jauh sangat bezanya dengan abang2 dan kakak dia.. em.. duk ler umah mak sampai kat kul 2 balik la.. sebab mak jap gi nak anta Nana balik Gopeng laks.. n risau budak2 tidur kan payah lak nak kejut bangun especially abang.. em.. balik dorang tidur.. ku jer tak tidur.. duk relaks2 jap.. siap2 sumer barang untuk esok (nak keja kan..) cuci baju2 sidai.. n cuci lagi satu round lagi.. Cabid bangun dulu.. mandikan Cabid.. pakaikan Baju Pyjamas Gap Short Sleeve n short pants kat dia.. suruh dia pilih sebab dia bangun dulu.. dia pilih Submarine.. hehe.. Jadi abang kena la amik Crocodile yer abang.. apa2 pun dua2 kaler sangat terang n sesuai la untuk budak2.. cuma seluar abang macam kecik sikit.. ku cek size.. ala.. napa size dia 3 years.. padanla cam fit jer suar abang.. em... nak wat camna.. n lain2 masih available untuk jualan.. Leh la singgah kat KeroKeroKeroppiShop yer.. (hehe.. sempat lak iklan..). tapi Pa tak jadi balik arini.. ada sikit masalah teknikal.. cam sedih juga.. nak wat camna.. c ya.. n sila layan gambar..
Comel tak Anas pkai bid.. betul ke ejaan ni..?
Abang sentiasa kontrol macho bile bergambar

Cabid senyum jer..

Inila aksi tiga hero berbaju merah

Dan inila Ucu mereka yang turut bersama2 bergandingan berbaju merah.. hehe..

Nota : Mata sakit ni.. memang sakit pun, tapi cam tak sampai ati nak amik mc.. tengokla keadaan dulu camna..

Saturday, November 20, 2010

Letih sangat,,,

Adoi.. ari ni rasa sangat letih.. bangun 2 badan rasa sangat lemah2.. mungkin sebab semalam.. Jumaat 19.11.2010 lif belakang ofis rosak.. so nak ke Taska kena turun tingkat 1 lif depan.. then naik tangga ke tingkat 3 Taska.. fu yoh.. rasa nak tercabut lutut kaki.. okay2.. kalau naik sekali jer takpela.. mula2 naik sebab nak ke Carrefour tengahari tadi.. then balik dari Carrefour, amik Anas turun tangga ke tingkat 1.. naik tingkat 11 dengan lif.. pastu kul 2.20 petang, bawa Anas turun lif tingkat 1 naik tangga lagi.. ke tingkat 3.. pastu turun balik tangga ke tingkat 1.. tak ke pengsan.. pastu siap bawa orang lagi.. lagi la dasat.. mula2 tak rasa.. bila dah petang ke Carrefour beli susu, pampers.. balik baru rasa sangat letih.. sangat sakit badan2.. haha.. pastu mulala tak larat nak wat apa arini.. haha..

Monday, November 15, 2010

Seronoknyer...!!!

Walaupun arini ku dalam keadaan yang tidak selesa.. tapi hati gumbira kerana barang2 yang di pesan dari TenderLovingCare Toys sudah tiba.. bila sampai di rumah em.. bukan bila sampai di rumah... selepas beberapa ketika.. bila dah okay sikit perut.. ku buka.. dan anak2 amat gembira dan teruja.. :) Thanks yer.. to Mrs Wanz from TLC Toys.. em..

Minnie Rainbow
(Yg ni saja buat sampingan beli coz tau Cabid sangat suka Mickey & seangkatan dengannya.. :))
Mickey Drawing Case with two new drawing book..
(Yang ni memang khas untuk Adam & Cabid. tapi cam kena beli kalur lak..)
K'sKids Playmat..
(Yang ni ku dah usha lama.. harga retail sangat mahal.. bagiku la.. hampir RM 200, biarla ada barang missing.. but still condition nyer sangat best..!! Anas gembira.. dan malam ni. dia tidur atas playmat ni..! )


K's Kids Pelican Walk
(Ni adalah new item.. sangat cute.. dan Anas gembira juga,, suka dia ada bunyik2.. walaupun dia dah besar.. )

Nota : Sangat gembira bila tengok anak2 gembira.. dan muka happy.. :)

Tak sihat..

Arini dari bangun awal pagi, ku dah berlari ke toilet.. semalam malam, ku dah rasa semacam perut... em.. nak cirit rupanya pagi ni.. dan ku lewat ke ofis arini.. sebab 6 kali ke toilet.. dan sampai2.. cam nak pitam.. banyak sangat ilang tenaga.. tapi b4 kuar dari umah pagi tadi sempat lah ku buat air performance drinks dari Shaklee tu.. minum la segelas.. baru la rasa nak pitam tu kurang.. alhamdullilah.. tapi ku tertinggal PF tu kat umah.. em.. jadi kat ofis terpaksa la minum air 100 plus.. dan makin bertambah kali2 nyer ku ke toilet di ofis pula.. sehingga membawa ke tengahari adalah hampir 7 kali ku ke toilet.. dan petang bawa anak2 gi cek up.. Luckily masa di klilnik, perut ku better.. mungkin sebab ku tak jamah apa2 makanan langsung selain dari breakfast pagi tadi.. sesudah jer check up dorang.. awal lagi 2.45 ptg.. tapi ku dah tak daya nak ke ofis semula.. jadi ku pulang.. balik jer di rumah... sekali lagi acara berlari ke toilet.. uish.. pandailak dia tahan masa kat klinik yer.. haha.. last2 ku mengerengkot jerla atas toto.. selain dari bagi anak2 susu.. em.. dan biskut jerla.. tak larat sangat.. kesian dorang.. tapi malam ni dalam kul 10.30 malam ni perut okies skit.. hopefully esok recover terus.. susah nak wat keja kalo sakit camni.. tadi di ofis yang seketika tu pun, ku duduk lesu jer kat meja.. dan adaler ku tidur seketika sebab terlalu lesu.. em.. leceh la sakit ni.. tapi nak wat camna tu kan dugaan...terimala seadanya..

Tuesday, November 9, 2010

Takziah...

Hari ni bila tiba jer di ofis.. (setelah berlari2 di waktu pagi, mengejar lif2.. hehe) ada dapat satu sms dari mak mentua ku.. Terkedu seketika ku membaca sms.. Ayah Ajla, biras ku meninggal.. Innalillah.. Arwah ku rasakan masih muda lagi, namun jika ajal sudah memanggil, apakan daya kita menidakkannya.. Semoga arwah dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.. dan moga Ajla, Aeem & famili tabah dan redha dengan pemergian arwah.. Al fatihah..

p/s: Tak sempat arwah melihat cucu sulung keluarga.. Apakan daya.. :(

Sunday, November 7, 2010

Selamat Hari Lahir Ke 4 Adam..!!

Tiba sudah tarikh ini.. 7.11.2010.. genaplah abang kini 4 tahun usianya.. Gembiranya.. dah besar anak sulung mama.. Ma sentiasa doakan yang terbaik untuk abang.. dari semua segi.. :) Ma akan cuba bersabar dengan karenah abang yang dah kian lain.. yelah dah besar kan.. tiada apa yang dapat ma berikan cuma la kasih sayang saja.. dan jagaan.. Dari lahir pada 2.35 pagi 7.11.2006 pada berat cuma 2.08 kg.. kini abang besar sihat & cergas.. demam pun tiada.. alhamdullilah.. cuma sekarang ni ma & pa nantikan suara abang untuk berkata2 dengan petah pula.. takpe2, take ur time.. :) n' walaupun ma selalu marah2 abang tapi.. ma tetap sayang abang.. Tempat abang bersama mama, papa & adik2.. sentiasa.. dan tiada perubahan..

Friday, November 5, 2010

Anak lelaki, beg diapers wajib biru ker??

Ku ada sikit pelik.. yelah.. adakah kerana anak2 ku sumer lelaki.. ku takleh pakai beg diapers kaler pink?? Kenapa ada juga mempertikaikan?? Ikut suka la ku nak pakai beg kaler apa. Kan ku juga yang membawa.. Kenapa la individu ini perkara se remeh ni nak dipertikaikan..?? Adakah semestinya kita mengikut apa jantina anak kita baru boleh menggunakan sesuatu warna...?? Kalau baju leh paham lagi la.. tapi warna pink bukannya warna kegemaran Rasullulah S.A.W.? kenapa?? Kenapa???

Thursday, November 4, 2010

Gambar-gambar seharian...

Biar mama dorang starting kan entri2.. hehe..
Anas tengah nak buka sandal dia..

Abang masa ni baru jer bangun tidur

Cabid yang seronok sangat..

Anas pun suka kamera!!!
Sedap biskut ni mama.. nak sikit??

Anas dah kepenatan...

Cabid senyum jer..

Tengah tunggu nak tolak kotak beroda ni kuar lif..
Rajin kan dorang tolak kotak..

Yes.. cik Alif dah jadi tilam..
Sempat lagi tengok kamera...
Tak ready lagi la mama....
Abang sentiasa pandai pose
Yes.. mama amik gambar Anas..
Gaya bersahaja...
Adam & Anas
Anas & Cabid bersama Uncle Mie..
Adam sentiasa ready untuk bergambar
Anas suka makan wafer..
Mama yang serba ijau..
Adam tunjuk ole-ole dapat dari kawan yang sambut bday.. Tq kawan..
Anas & Adam lagi..
Anas kiut..
Anas naik keta ni bila Cabid tak tengok @ tidur jer..
Suma muka baru bangun tidur..
Cabid & Anas busuk...:)

Gambar pagi tadi.. main game.. kat meja Uncle Mie..
Abang & Anas pun duk atas kusi sama2.. dengan Cabid
Hehe.. Mama dorang memang suka amik gambar tak kira masa.. n kamera sentiasa di dalam beg.. hehe.. dan di dalam poket.. haha.. :) kerana kita tak terduga bila akan dapat gambar2 yang akan satu hari nanti kita tersenyum melihatnya.. Betul??? Yes.............

Majlis Sempena Kak Ina pergi Menunaikan Haji

Ini antara juadah.. hampir kesemuanya pun.. hehe
Cik Mimi, Kak Ina & Abg Shar

Beramai-ramai menanti majlis bermula

Sedikit pemberian untuk Kak Ina..

Orang jauh datang.. hehe.. kak Su yang dah makin gebu..

Wednesday, November 3, 2010

Anas yang bersukaria..hari Jumaat 29 Oktober 2010

Sayala Anas Muyassar..
Bestnyer main belon...
Bestnyer juga main pashmina ni..

Ala.. jatuh lak..

Dapat menyelimutkan diri.. dan berpose kiut.. hehe..