The loved ones..

The loved ones..

Monday, February 14, 2011

Speedmart, pasar mini baru buka..

99 SpeedMart tambah 34 lagi cawangan

PENGENDALI rangkaian pasar mini 99 Speed Mart Sdn Bhd (99 SpeedMart), mensasarkan pembukaan 34 cawangan baru pasar mini itu yang membabitkan pelaburan lebih RM13 juta di Lembah Klang menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besarnya, Quek Teng Hiong, berkata ketika ini syarikat memiliki 236 cawangan pasar mini berkenaan di Lembah Klang termasuk terbaru di Presint 9, Putrajaya.

Beliau berkata, syarikat mempunyai matlamat bagi menyediakan kemudahan beli-belah yang paling hampir kepada masyarakat setempat bagi mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu bersusah payah ke pasar raya.

“Lebih menarik 99 Speedmart menyediakan pelbagai barangan keperluan dengan harga yang kompetitif dan berpatutan.

“Berdasarkan itu, syarikat meletakkan margin rendah supaya pelanggan dapat membeli barangan dengan harga lebih murah,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian cawangan baru 99 Speedmart di Presint 9, Putrajaya, kelmarin.

Perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK), Datuk Rohani Abdul Karim.

Teng Hiong berkata, secara purata jumlah pelaburan yang diperlukan bagi membuka sebuah cawangan 99 Speedmart adalah antara RM400,000 dan RM500,000 termasuk barangan yang disediakan.

Beliau berkata, pihaknya turut mempunyai perancangan bagi memperluaskan perniagaan itu di luar Lembah Klang, tetapi tidak dalam tempoh terdekat.

Apa yang penting, katanya, buat masa ini, syarikat akan memberi tumpuan terhadap meluaskan pasaran di Lembah Klang terlebih dulu selari dengan matlamat syarikat mahu membuka antara 400 dan 500 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Pembukaan cawangan di luar Lembah Klang akan dilakukan apabila syarikat berpuas hati dengan dengan pencapaian pasar mini sedia ada,” katanya.

nota kaki: Tula kulihat dah ada Speedmart ni kat tempat Perodua dlu.. tapi aritu lalu, masih belum buka.. Kalau barang lebih murah, bagusla.. tapi kat situ susah sangat nak parking.. terutama weekends sebab jalan depan Food Court Presint 9 tu selalu ditutup sebab ada pasar.. susahkan??

No comments:

Post a Comment