The loved ones..

The loved ones..

Monday, February 14, 2011

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya (ADHD)

Pendahuluan
ADHD adalah satu kecelaruan tingkahlaku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak.Ia
melibatkan 3 jenis kepayahan :
• Kurang tumpuan
• Hyperaktif
• Menurut kata hati (Impulsiviti)
Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan
seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak
lelaki.
Tiada punca utama diemui walaupun faktor genetik dan ketidak-seimbangan bahan kimia di
dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.


Tanda & gejala
Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih
dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.
A. Kurang tumpuan
Kanak-kanak sentiasa :
• Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
• Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
• Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
• Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
• Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
• Tidak berupaya mematuhi arahan
• Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
• Mudah hilang perhatian
• Pelupa

B. Hyperaktif
Kanak-kanak sering :
• Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat
duduknya
• Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
• Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
• Bising waktu bermain
• Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
• Banyak bercakap

C. Menurut kata hati (Impulsiviti)
Kanak-kanak akan :
• Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
• Tidak sabar menunggu giliran
• Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain
• Tambahan :
o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
o Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
o Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah,
rumah, tempat awam
o Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
o Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
o Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di
sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya
Sekiranya anak anda memenuhi kriteria saperti di atas, sila mendapat bantuan profesional
dengan segera.

Komplikasi
• ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional
Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah
dan pembangkang.
• Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan
rakan.
• Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat
memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

Rawatan
Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka
untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa
panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak
berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan
sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan
tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan
sampingannya perlu dipantau.

Pemulihan
Intervensi tingkahlaku
Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh
berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :
• Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut
memberi perhatian dan memahaminya.
• Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan
rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda
berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
• Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik.
Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak
berkelakuan dengan lebih baik.
• Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang
berlaku setiap hari.
• Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan mennyediakan senarai
semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
• Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum
mengeluarkan kata-kata.
• Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik
beratkan pada kelemahannya sahaja.
• Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
• Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang
mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.

Pendidikan Khas
Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas.
Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada
mereka

No comments:

Post a Comment