The loved ones..

The loved ones..

Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011

Dah dengar ke bajet 2011 yang dibentangkan Oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak pada 15 Oktober 2011 di Dewan Rakyat??

Adakah kawan2 rasa seronok?? Ku ada rasa seronok.. :) Ku dengar masa dalam kereta on the way balik dari Carrefour.. masa tu ku dengar tentang penambahbaik cuti bersalin bagi penjawat awam.. :) Di mana kerajaan memberi fleksibiliti kepada seseorang penjawat awam itu untuk menentukan sendiri cuti bersalin beliau bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada kelayakan selama 300 hari sepanjang perkhidmatan. - Nanti kita tunggu pekeliling untuk maklumat lebih lanjut ya?? Ku rasa camni.. contoh la.. ku dah pernah bersalin 3x.. dan diberi cuti bergaji penuh 60 hari setiap kelahiran x 3.. jadi 180 hari.. Maka, 300 hari - 180 hari = 120 hari lagi.. maknanya kalau untuk kelahiran akan datang ku cadang nak amik 90 hari.. maknanya 120 hari -90 hari... adakah gitu?? jangan la gitu ya.. sebab kalau gitu.. kalau la katakan ada kelahiran ke 5 pula.. (hehe.. kononla tu..) takkan dapat cuti bergaji penuh utk 30 hari jer.. yang lain kena cuti tanpa gaji la yer.. haha..

Yang kedua, ku juga amat bersyukur kerana ada nyer bantuan kewangan buat semua penjawat awam sebanyak RM 500 buat Gred 54 ke bawah.. termasuk pekerja kontrak.. Alhamdullilah.. namun, ada juga mulut2 yang tidak ada rasa syukur ya.. pertikai kenapa tidak dapat bonus dan sebagainya.. aduhai.. ada juga dari tak dapat langsung.. bersyukur la kawan2..

Yang ketiga, PTK dimansuhkan..Adakah gembira?? Ada ujian lain bakal digantikan?? Apa dia yer? Tak berdebar ke tunggu ujian baru tu...??

Yang ke-4, Pinjaman Perumahan dimudahkan.. banyak mengenai Pinjaman Perumahan ni..

Yang ke-5, mengenai wanita2 ibu tunggal, dan sebagainya akan diberi bantuan untuk mencari rezeki.. iskh.. banyak ni..

Selain itu, ada juga lagi pelepasan cukai untuk individu yang menjaga ibu bapa di naikkan lagi..
Bayaran mengurus jenazah dari RM 1000 ke RM 3000. Fuh.. memang la dasat bajet 2011.
Bersyukurla yer.. insyallah ada kelebihannya.. jangan duk pandang kelemahan bajet tu je.. cuba pandang dari sisi positif.. :) and buat ku.. ku rasa HAPPY Sangat!!!! Terima kasih PM!!

No comments:

Post a Comment