The loved ones..

The loved ones..

Wednesday, June 20, 2012

Promosi Kerja Kahwin 2012 Di Komplek Kraftangan

Promosi Kerja Kahwin 2012 Di Komplek Kraftangan


Komplek Kraftangan Malaysia akan mengadakan promosi kerja kahwin 2012 yang akan dilangsungkan selama 13 hari.Acara ini akan bermula pada 20 Jun 2012 dan berakhir pada 2 Julai 2012.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah di susun sebagai daya tarikan untuk setiap tetamu yang datang pada majlis tersebut.Dianggarkan seramai 300 pengusaha perkahwinan yang akan menyertai promosi kerja kahwin 2012 yang terbahagi kepada 200 usahawan kraftangan dan 100 usahawan perkhidmatan perkahwinan.Anda berpeluang untuk melihat hasil kerja mereka dengan lebih dekat dan mengambil tempahan perkhidmatan dari mereka.

promosi kerja kahwin 2012

Bagi yang bekerja anda usah risau kerana pameran ini akan dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.Oleh itu anda boleh melawatinya setelah habis waktu kerja di siang hari.Bagi yang duduk jauh pula anda boleh mengunjungi promosi kerja kahwin 2012 pada hari sabtu dan juga hari Ahad.

Tiada bayaran dikenakan bagi pengunjung yang akan melawat pameran tersebut.Pihak penganjur turut mengalu alukan organisasi samada dari peringkat sekolah,university atau badan korporat untuk membuat lawatan secara bersepadu.Anda boleh menghubungi urusetia di talian 03 21611470 atau memuat turun boring dari website kraftangan Malaysia.

Aktiviti Semasa Promosi Kerja Kahwin 2012

Jualan Kraf & Perkhidmatan Perkahwinan

Pameran Produk Kraf

Fantasi Laman Perkahwinan

Kraf Dalam Dekorasi

Keindahan Seni Ukiran Senjata Tradisional

Demonstrasi dan Interaktif

Produk Kraf Perkahwinan

Interaktif Kraf Perkahwinan

Masakan Kuih Tradisional Dalam Perkahwinan

Irama Perkahwinan Malaysia

Aktiviti Lawatan Berpandu Berkumpulan



Majlis Persandingan Pengantin Beramai-ramai (Majlis Sidang Media)

Peragaan Kraf Tekstil : Pesona Perkahwinan Malaysia

Kursus Pra-Perkahwinan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Manifestasi Perkahwinan Malaysia

Pertandingan Seni Perkahwinan Malaysia

Demonstrasi Andaman dan Tata Rias Pengantin Malaysia

Demonstrasi Sajian Masakan dan Hiasan Kreatif Majlis Perkahwinan

Rewang Perkahwinan Malaysia

Bual Bicara Dekorasi dan Perkahwinan

Seni Kreatif Ilham Perkahwinan



Cara ke Promosi Kerja Kahwin 2012 di Komplek Kraftangan

Komplek Kraftangan ini terletak di Jalan Conlay yang menghubungkan antara Jalan Kia Peng dan Juga Jalan Stonor.


Manakala bagi yang menggunakan perkhidmatan awam anda boleh menaiki Monorail dan berhenti di stesen monorail jalan Raja Chulan yang sejauh 1km dari komplek kraftangan Malaysia.

Oleh itu sekali lagi semua warga Malaysia dijemput menghadiri promosi kerja kahwin 2012 sebagai usaha memberi galakan kepada pengusaha kraftangan di Negara kita ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota kaki : saja je sebab 'pakwe' pun gi meyertai di sana.. :) Untuk mencari rezeki...

No comments:

Post a Comment