The loved ones..

The loved ones..

Saturday, April 30, 2011

Penyakit TIBI

APAKAH ITU PENYAKIT TIBI?


Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.

Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.

TANDA & GEJALA PENYAKIT TIBI PARU-PARU

Batuk berterusan lebih dari 2 minggu

Kahak yang mengandungi darah

Deman dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam

Susut berat badan dan hilang selera makan

Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang

Mudah letih

CARA JANGKITAN

Kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.

CARA MENGESAN TIBI

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi anda akan diminta :

Melakukan pemeriksaan kahak dan/atau,

Menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat.

RAWATAN TIBI DOTS

DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit Tibi.

Prinsip-prinsip DOTS adalah :

Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan

2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih

Pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik

PENCEGAHAN

Dapatkan suntikan BCG bagi
-Bayi yang baru lahir
-Murid sekolah : Darjah 1 (7 tahun) sekiranya tiada parut di lengan

Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan selama 2 minggu

Kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan

NASIHAT AM

Banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi.

Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap.

Amalkan cara hidup dan makan makanan yang seimbang.

KEMUDAHAN MENGESAN DAN RAWATAN

Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh diperoleh secara percuma di semua klinik dan hospital kerajaan.

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Bahagian Kawalan Penyakit,
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama
Institut Perubatan Respiratori

nota kaki : Saja cari info tibi ni coz aritu Nurse dtg n tgk ku batuk.. tanya batuk dh lama.. ya, sebelum bersalin lagi dah batuk.. non stop.. jadi dia suruh cek masa gi cek up 1 month nati di klinik.. next week dah 1 month.. jap jer.. rasa macam baru cuti.. em..

No comments:

Post a Comment