The loved ones..
Wednesday, April 28, 2010
Hari yang busy................
Tuesday, April 27, 2010
Cabid sangat terluka...
Monday, April 26, 2010
Anas cek-up rutin 7 bulan...
Taska lambat buka pintu??

Sunday, April 25, 2010
Wednesday, April 21, 2010
Mata tak nampak clear

Lama..........
Tuesday, April 13, 2010
Monday, April 12, 2010
Esok nak wat apa??
Wah-wah.. dh dpt dah...
Sunday, April 11, 2010
Anas gatal gusi??
Ini antara tanda-tanda si kecil tumbuh gigi pertama (yang ku petik dari mag Anak sihat & genius..)
- Lebih meragam
- menangis malam
- air liur berlebihan
- memasukkan jari ke dalam mulut
- gusi bengkak & merah
- keinginan utk menghisap meningkat pada peringkat awal kerana gusi gatal
- kurang menyusu apabila gusi bengkak dan sakit
- kurang makan
- tidurnya terganggu
- sebahagian kanak-kanak demam
Anas ada banyak tanda2 ni?? adakah dia nak tumbuh gigi nyer yang pertama?? ku tengah tunggu.. mungkin juga... sebab Adam & Cabid usia 5 bulan dah tumbuh gigi... Nanti kita tunggu..
Saturday, April 10, 2010
Saja -saja..
Kereta Pertama
Seperti yang kita lihat di atas, ini bermaksud Adam harus mengehadkan amaun pinjaman keretanya kepada RM22,500 dan membayar ansuran kereta sebanyak RM375 setiap bulan. Langkah berikutnya adalah untuk menetapkan bayaran pendahuluan yang mampu dibayar dan dengan menambahkannya kepada amaun pinjaman tersebut, ini boleh memberikan anggaran nilai bagi kereta yang perlu dibelinya. Dia segera menyemak penyata pelaburan amanah sahamnya dan mendapati dia boleh mengeluarkan sebanyak RM10,000! Dia kagum memikirkan bagaimana pelaburan kecil yang dilabur selama beberapa tahun sahaja boleh terkumpul menjadi jumlah yang lumayan – dia teringat kata pepatah Melayu, “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit!”
Dengan sedikit keazaman dan tuah, dia berjaya mencari kereta terpakai yang berada dalam keadaan yang agak baik, dengan perbatuan yang rendah, pada harga RM30,000 sahaja. Selepas memberi bayaran muka sebanyak RM10,000, dia memohon pinjaman sewa beli berjumlah RM20,000 bagi tempoh lima ( 5 ) tahun pada kadar faedah 4% setahun. Ansuran bulanan yang dihitung ialah tepat-tepat RM400 {[(RM20,000 x 4% x 5) + 20,000] / 60} Jumlah komitmen pinjamannya hanyalah lebih kurang satu suku (1/4) daripada gaji bawa pulangnya yang masih boleh diterima kerana jumlah ini tidak melebihi satu pertiga (1/3) daripada gaji bawa pulangnya.
Dengan kereta “barunya”, Adam kini perlu mengawal belanjawannya dengan penyelarasan berikut:
Selepas menyemak semula belanjawannya, dia dapati dia perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM800 sebulan atas keretannya - RM400 bagi bayaran ansuran dan selebihnya atas petrol, tol, kos penyelenggaraan, cukai jalan dan insurans. Jadi dia tiada lagi pilihan melainkan untuk lebih berjimat cermat atas belanja makan minumnya dan hiburan jika dia mahu meneruskan hasratnya untuk menabung dan menikmati manfaat insurans nyawa. Walaupun dengan penyelarasan tersebut, wang masih tidak mencukupi tetapi ibu bapanya dengan murah hati telah menawarkan “rebet” atas berian bulanannya kepada mereka. Dia betul-betul rasa bersyukur dan berjanji untuk membalas budi baik mereka sebaik sahaja gajinya dinaikkan.
Kini barulah Adam percaya bahawa memiliki kereta bukannya murah! Dia masih teringat kata-kata ayahnya, “Sebelum membeli kereta, pastikan anda mampu menyelenggarakannya” Sejauh manakah kebenaran kata-kata ayahnya, dia memikirkannya sambil termenung …
Pekerjaan Pertama Adam

Di atas, kita dapat perhatikan bahawa Adam telah meletakkan "Tabungan" sebagai item pertama di lajur "Perbelanjaan". Ini selaras dengan prinsip bahawa kita haruslah selalu membayar pada diri kita dahulu. Oleh itu, dia memastikan dia meneruskan pelaburannya dalam amanah saham, malah kali ini dia menambahkan tabungan berkala kepada 10% daripada gajinya. Dia ada baca beberapa buku perancangan kewangan yang menyatakan bahawa seseorang haruslah menabung sekurang-kurangnya 10% atau lebih daripada pendapatannya berbanding jumlah caruman KWSP mereka. Malah ada sesetengah perancang kewangan yang menyarankan agar kita menabung setakat separuh daripada pendapatan kita. Ini termasuk caruman wajib KWSP daripada majikan dan pekerja yang berjumlah 23% untuk kebanyakan pekerja – yang bermakna kita perlu menabung jumlah selebihnya sebanyak 27% daripada pendapatan kasar kita! Ini pastinya suatu permintaan yang agak mustahil bagi ramai orang, khususnya mereka yang mempunyai anak, tetapi pengorbanan sedemikian dapat menjamin masa persaraan yang selesa.Perkara kedua pada senarainya adalah pembayaran semula pinjaman PTPTN. Dengan menggunakan kalkulator pinjaman di tapak web PTPTN (http://www.ptptn.gov.my) dia perlu membayar kira-kira RM150 sepanjang tempoh 180 bulan, pada kos pentadbiran sebanyak 1% setahun. Sebagai siswazah yang bertanggungjawab, sebaik sahaja dia menerima cek gaji pertamanya, Adam mula membayar balik pinjamannya, tanpa menunggu untuk surat tuntunan bagi pinjaman tersebut. Dia rasa sekiranya dia melambatkan ataupun lebih teruk lagi, tidak mengendahkan pembayarannya, dia sedang merampas peluang mahasiswa dan mahasiswi lain yang sangat memerlukan dana tersebut, lebih-lebih lagi, ia menghadapi risiko disenaraihitamkan daripada memohon pinjaman di masa depan!Oleh sebab Adam tinggal bersama ibu bapanya, dia dapat berjimat daripada belanja sewa, kalau tidak, dia perlu membelanjakan kira-kira RM300 untuk menyewa sebuah bilik di KL! Dengan penjimatan tersebut, dia memutuskan untuk memberi ibu bapanya RM250 setiap orang untuk menampung belanja makanan dan penginapannya. Sememangnya ia suatu tindakan yang menguntungkan kedua belah pihak kerana sambil membuat jasa pada ibu bapanya, dia dapat berjimat! Dia memperuntukkan RM500 untuk belanja makannya di luar rumah, khususnya bagi makan tengah hari dan makan malam sekiranya di perlu kerja lewat. Dia menganggarkan kos makanannya ialah RM20 sehari bagi 25 hari kerja dalam sebulan. Dia juga ketepikan RM500 untuk belanja pakaian dan hiburan kerana pastinya dia lebih sering keluar "makan-makan" atau keluar bersama-sama rakan sekerjanya dan RM100 boleh dihabiskan sekali gus!Adam juga ada niat untuk membeli kereta tetapi ingin menabung lebih banyak wang agar dapat mengeluarkan bayaran pendahuluan yang lebih besar untuk kereta pertamanya. Buat masa ini, dia akan menggunakan pengangkutan awam atau menumpang rakan-rakan sekerjanya yang memandu. Seperti dulu, dia mendapatkan Kad Perjalanan Bulanan, iaitu pas perjalanan bersepadu untuk bas awam dan LRT pada harga RM135 sebulan. Dia membundarkan jumlah ini kepada RM200 dan selebihnya untuk meliputi tambang teksi. Dia juga membajet RM100 bagi bil telefon bimbitnya yang pastinya akan bertambah dengan berkembangnya kehidupan sosialnya.Selepas mengambil kira kesemua perbelanjaan yang dapat diramalkan, dia gembira apabila mendapati dia masih mempunyai baki lebihan sebanyak RM300 setiap bulan. Semasa memikirkan cara untuk membelanjakan wang secara produktif, dia terbaca suatu artikel dalam majalah kewangan peribadi yang menekankan keperluan setiap dewasa yang bekerja memiliki polisi insurans. Dia membuat pertanyaan tentang jenis-jenis polisi yang paling sesuai buat dirinya dan selepas meneliti beberapa pilihan, dia memutuskan untuk mendapatkan polisi insurans. Dia dapati dia mampu mengetepikan 10% daripada gajinya kerana polisi insurans yang dipilihnya juga berfungsi sebagai alat penabungan yang tetap. Oleh itu, dengan belanjawan kira-kira RM250 sebulan, dia dapat membeli insurans bagi dirinya dan juga insurans perubatan yang disertakan dengan kad perubatan. Kad perubatan akan merangkumi kos rawatan hospital dan pembedahan sekiranya dia dimasukkan ke hospital. Meskipun dia mendapat perlindungan insurans daripada syarikatnya, dia rasa dia harus mendapatkan perlindungan insurans sendiri sebagai suatu sandaran keselamatan. Kini dengan peruntukan ini, dia boleh menggunakan hampir keseluruhan pendapatannya secara produktif.Semasa menjalankan tugasan auditnya, Adam terserempak dengan kenalan lamanya. Tak lain tak bukan rakan universitinya – Aida! “Wah, alangkah kecilnya dunia ini, pertemuan indah yang tak disangka dan lama diidam-idamkan!" katanya kepada dirinya. Aida menyandang jawatan sebagai eksekutif kewangan di bank tempat Adam sedang menjalankan audit dan dia segera mengecam Adam. Mereka sudah lama tidak berjumpa ataupun hubungi satu sama lain sejak menamatkan pengajian di universiti dan kenangan manis zaman universiti terlintas di fikiran. Aida adalah siswazah bidang perniagaan dan dulu mereka tinggal di hostel yang sama. Ada kalanya, mereka menghadiri kuliah bersama-sama rakan tetapi tidak pernah keluar berdua-duaan. Adam menyemak nombor telefonnya yang disimpannya sejak kali terakhir mereka bertemu dan mendapati nombornya masih sama. Dia meminta Adam membuat panggilan terlepas kepada telefon bimbit barunya dan alangkah terkejutnya Adam melihat gambar mereka berdua semasa di upacara penyampaian ijazah terpapar di telefonnya…dengan nama “Adam” berkilau-kilauan. Aida terasa malu dan tak dapat ucapkan apa-apa. ‘Lantas ‘wira’ kita Adam dengan segera mengawal keadaan dengan memberi senyuman manis dan berharap cinta yang baru berputik ini akan terus mekar…… (nantikan artikel keempat kami dalam siri 12 artikel)
PENDAPATAN
PERBELANJAAN
Baki Pinjaman Pelajaran
RM250
Tabungan
RM100
Pakaian & Hiburan
RM200
Hadiah Kepada Ibu Bapa
RM100
Pengangkutan
RM100
Bil Telefon
RM50
Jumlah Pendapatan
RM250
Jumlah Perbelanjaan
RM550
(Nota: Pinjaman Pelajaran berjumlah RM6,500 tolak Fi Tuisyen, Makanan & Penginapan Hostel sebanyak RM3,500 = Baki RM3,000 setahun)
Alamak! Baru Adam sedari bahawa belanjawannya menunjukkan dia akan kekurangan RM300 setiap bulan. Dia tetap mahu menyimpan RM100 setiap bulan dan memberikan ibu bapanya RM50 setiap seorang. Perbelanjaan pakaian dan hiburan tidak dapat dielakkan, dan dia fikir RM200 sebulan adalah memadai. Dia juga berhasrat untuk pulang ke rumah sekali sebulan dan pergi bercuti bersama rakan-rakan sekursus. Dia juga baru sahaja mendapat hadiah berupa telefon bimbit daripada ibu bapanya, namun begitu dia perlu menanggung bil telefonnya sendiri dan memperuntukkan RM50 sebulan untuknya. Jadi, dia perlu memikirkan cara mengatasi kekurangan itu tanpa meminta bantuan kedua-dua ibu bapanya.Tidak lama kemudian, Adam mendapat tahu daripada pelajar ‘senior’ bahawa ramai siswazah memberi kelas tuisyen persendirian untuk memperoleh wang saku tambahan. Dia agak teruja tentang perkara itu dan meminta bantuan pelajar ‘senior’ untuk mendapatkan beberapa pelajar untuknya. Dia mendapat tiga orang murid sekolah rendah sebagai pelajar dan bayarannya adalah RM30 sejam bagi setiap pelajar. Hasilnya, dia mendapat RM360 sebulan dengan hanya meluangkan masa dua belas jam sebulan. Selepas kos pengangkutan tambahan ke rumah pelajarnya ditolak, dia memperoleh pendapatan bersih RM300. Akhirnya, dia dapat mengimbangkan akaunnya!Adam seorang anak muda yang sungguh rajin dan dia juga bijak belajar, amat berdedikasi mengajar pelajarnya dan bersikap berhati-hati membelanjakan wangnya. Kadangkala, dia keluar minum di warung mamak dan menonton wayang atau keluar melepak namun dia masih dapat berbelanja mengikut belanjawan yang ditetapkan. Sehinggalah dia bertemu seorang ‘istimewa’……….( teruskan membaca kisah Adam dalam Artikel Ketiga kami dalam siri 12 artikel. )
Permulaan kisah kewangan Adam
Adam seorang pemuda budiman yang berasal daripada keluarga sederhana yang terdiri daripada tiga adik-beradik. Bapanya seorang juruteknik di sebuah syarikat tempatan sementara ibunya pula mengajar di sekolah rendah. Dia anak sulung dalam keluarganya, dengan seorang adik lelaki dan dua adik perempuan yang masih di bangku sekolah. Keluarganya bukanlah kaya sangat tetapi mereka mempunyai semua keperluan asas hidup serta sedikit wang sampingan untuk dibelanjakan semasa percutian sekeluarga. Adam dan adik-adiknya bukan selalu dapat menikmati permainan serta alatan terkini yang serba canggih, malah sering kali ditegur bapa dengan kata-kata “Eh… bukan senang nak cari wang...rezeki tak jatuh dari langit tau?”Adam baru menamatkan peperiksaan STPM dan sementara menunggu keputusannya, dia mencari kerja sambilan. Dia berjaya mendapat kerja sebagai juruwang bank dan dibayar gaji RM800! Sebaik sahaja dia menerima gaji pertamanya, separuh daripada gajinya dimasukkannya ke dalam akaun banknya. Sebenarnya, tabiat menabung ini telah dipupuk oleh ayahnya sejak dia kecil lagi. Ayahnya pernah berpesan pada dia dan adik-beradiknya untuk menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. Dengan gajinya yang selebihnya, sekali-sekala dia membawa keluarganya untuk keluar makan malam. Dari bulan kedua, Adam mula berfikir untuk merancang belanjawannya kerana sejak dia mula bekerja, dia tidak lagi menerima wang saku daripada ibu bapanya. Dia tidak mahu terlalu bergantung pada ibu bapanya dan dia juga tidak mahu membazirkan wang yang diperolehnya dengan titik peluhnya sendiri (sekarang dia dah mula sedar mengenai nilai wang!) Jadi Adam telah menyediakan belanjawan berikutnya:

(Untuk kiraan mudah, kita membuat andaian bahawa tidak ada apa-apa potongan berkanun ditolak daripada gajinya)Adam merasakan perbelanjaan makanan mencakup bahagian terbesar daripada perbelanjaannya lalu dia memperuntukkan RM10 setiap hari untuk belanja makanan (purata 25 hari kerja dalam sebulan) dan ini cuma untuk makan tengah hari dan snek petang. Dia bercadang untuk bersarapan pagi dan makan malam di rumah kerana ini bukan sahaja menjimatkan belanja (sebab utama) malah juga lebih menyihatkan (sebab kedua). Adam juga membeli Kad Perjalanan Bulanan berbanding pas harian kerana ia lebih murah sekiranya seseorang selalu menggunakan pengangkutan awam. Dengan perbelanjaan cuma RM135 sebulan sahaja, dia dapat menikmati perjalanan dengan bas awam dan LRT. Adam juga memperuntukkan wang sebanyak RM15 sekiranya dia perlu menggunakan teksi pada hari hujan. Adam juga mengetepikan sehingga RM200 untuk dirinya bagi perbelanjaan pakaian dan hiburan, seperti menonton wayang di hujung minggu (dia juga peminat filem yang setia ) dan sekali-sekala keluar bersama kawan dan keluarganya. Sebagai seorang anak yang baik, dia memberikan wang sebanyak RM50 pada kepada kedua-dua ibu dan bapanya dan selebihnya sebanyak RM100 ditabungkan.Adam bekerja bersungguh-sungguh tetapi dia menikmati setiap detik kerjanya sambil mempelajari selok-belok operasi perbankan. Dia banyak belajar tentang tanggung jawab, kebertanggungjawaban dan Sikap Berhemat dalam bidang kerjanya. Dia teringat pesanan pengurusnya yang menasihati agar menjadikan sikap berhemat suatu sebagai amalan hidup, tidak kira berapa banyak pendapatan seseorang itu.Selepas bekerja di bank selama enam bulan, Adam mendapat berita bahawa keputusan STPM akan diumumkan pada keesokan hari dan dia berasa gementar. Adam memaklumkan kepasa penyelianya bahawa dia akan berhenti kerja tidak lama lagi kerana ingin melanjutkan pelajarannya. Pengurusnya juga telah menawarkan untuk mengambil Adam bekerja secara tetap selepas dia memperoleh ijazah. Sokongan ini membuat Adam berasa bangga dan kini lebih bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh.Sepanjang malam Adam berasa gelisah memikirkan keputusan STPM yang bakal diumumkan pada keesokan harinya. Namun, selepas menatap buku tabungannya, dia tersenyum kerana berjaya menabung wang hampir RM1,000 (wang yang tidak dibelanjakannya telah disalurkan kepada tabungannya) sepanjang enam bulan dia bekerja. Adam terus terlena dengan buku simpanannya di dadanya…………… (sambungan dalam artikel seterusnya).
Ceramah Perbelanjaan Melebihi Pendapatan...
Ini sedikit latar belakang AKPK dimana ku copy n paste kan di sini dari websitenya...
Credit Counselling And Debt Management Agency atau lebih dikenali sebagai Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006.Sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, kira-kira 100,000 individu telah mendapatkan khidmat kaunseling dan pengurusan hutang secara percuma di agensi ini. Seramai 50 pegawai kaunselor kami dari sebelas lokasi di seluruh negara telah bekerja bersungguh-sungguh untuk membantu peminjam yang mengalami kesukaran untuk mengawal semula kedudukan kewangan mereka.
Leh la browse website mereka iaitu...
www.akpk.org.my Kini baru ku tau kenapa selalu terjadi Perbelanjaan Melebihi Pendapatan.. ada le kena mengena... :) haha..
n cuba buka link ni... dari Buku Celik Wang yang diterbitkan oleh AKPK.. So kenala sikit sebanyak menahan nafsu dari membeli barang-barang yang bukan keperluan.. n kadang-kala bolehla bagi bonus kepada diri sendiri.. sesekali.. apa salahnya..? bukan hampir setiap kali ya...
okies-okies..
Friday, April 9, 2010
Wajah-wajah Fareen..........
Ni laks gambar masa kat Unit Akaun Sekolah masa single lagi... dlu2..
Thursday, April 8, 2010
Help-help...
