The loved ones..

The loved ones..

Tuesday, January 19, 2010

Satu soalan biasa.. ku dapat dari ratuhati..

Soalan: Kenapa wanita selepas melahirkan anak akan menjadi gemuk?
Jawapan: Ada beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak menjadi gemuk. Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi. Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air. Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak. Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan. Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.
Petikan daripada: Soalan Lazim, Masalah Berat BadanPortal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment