The loved ones..

The loved ones..

Saturday, July 9, 2011

Thursday, July 7, 2011

Cek up Afif 3 months..

 Lepas balik dari amik abang2..
Semlm cek up Afif 3 bln.Sekejap jer dh 3 bulan yerk. Sepatutnya arini dah masuk keja, malas la.. amik cuti rehat lagi 2 ari.. hehe.. Isnin nati baru masuk keja.. ahaha.. okies.. berat Afif semalam officially 6.2kg, pjg adalah 61cm, lilit kepala 42cm.. Semalam kena cucuk.. Everything was smooth.. seronok aja berjimba dengan Afif di Klinik semalam.. relaks jer.. sampai susu di tepi bilik no 15 bertutup dengan nursing cover, (walaupun ada mulut2 cam xpuas ati jer ku menyusu di situ sbb ada bilik menyusu.. ala ko apa tau.. kalau miss no giliran nati lmbt masuk, sapa yg susah.. aku juga.. dah aku sorang2..)pas jupe nurse, letak buku kat bilik imunisasi tu masuk bilik menyusu pula.. selamat nurse kat situ sgt memahami terus cari di bilik menyusu.. Tq.. lepas dicucuk, sambung susu semula.. n lepas dah lentuk2 kepala Afif.. baru bangun n bergerak keluar ke kereta.. haha.. itupun awal lagi.. iskh.. jalan2 dlu dgn Afif.. pastu baru amik abang2 kat Taska.. :)

Nota kaki : Semoga Afif membesar sihat,cergas & cerdas insyallah.

Tuesday, July 5, 2011

Lagi 5 hari..

 Adakah ku akan tertidur begini selepas 5 hari?? Tak tau lah lagi, mungkin tidak semasa waktu bekerja, mungkin masa rehat... sebab dalam proses nak menganti ni.. maknanya mungkin akan begini semasa masa rehat.. eh?? tak sempat juga begini, sebab mesti nak berjumpa Afif di Taska.. maybe sekejap.. maybe...
Kalau nak cakap pasal tak guna komputer, kat umah ni pun ari2 guna komputer.. macam skarang ni la.. tengah Afif mengempeng ni pun, masih guna komputer.. tadi baru rasa skit tenang, sekarang dah tak tenang semula sebab Adam & Cabid sangat bising.. iskh2..... kena juga budak2 ni, selamatla mama dorang ni tak larat nak jerit2.. nanti haus..camna lak?? Mana leh refill air, haha.. tengah pose juga ni.. direct hingga abis menganti pose, insyallah.. doa2 kan..

Silence....

Apabila suasana senyap seketika, rasa amat tenang.. em.. tapi sampai bila tenang?? Tak lama.. haha.. apabila ada budak2 ni.. haha..

Sangat suka......




Thursday, June 30, 2011

Takde keja..

Bila takde keja, mulala try sumer kuiz & application di FB.. pastu post kat wall bebanyak.. haha..

Wednesday, June 29, 2011

Wow... saya dah berjaya....

Apa yang berjayanya..?? haha.. tadi gi c4 dengan Afif.. Kul 2.30 bertolak.. shopping2, macam2 diamik.. last2 tgk list balik.. (slalu buat list, tapi xpnah ikut.. haha) so cek2 aiya.. byk sgt brg yg xde dlm list tapi ada dlm troli.. iskh2.. i mna bawak duit banyak.. em.. apalagi gi wat kuar barang2 xperlu itu.. puas la afif yang duk dlm carseat cum carrier di dalam troli c4 tu terpaksa ler berpusing2 dengan i untuk meletakkan balik barang2 yg xmasuk dlm list shopping i tadi.. huang2x.. So, maknanya i dah berjaya.. alhamdullilah.. :) Berjaya sedikit sebanyak mengikut list.. (eh ya ke?? betul ke, cam takleh caya jer)

Website apa daku buka ketika melayari internet??

  1. http://www.facebook.com/ (bila cuti & di umah shj.. opis xleh buka.. dh kna block.. ku xde berukband..)
  2. Blog ni la.. http://fareenlife.blogspot.com/ - ku tgk di dashboard, melihat samada blog2 yg ku follow sama ada blog kekawan @ blog shop meng'update'kan diri mereka.. so, ku dpt la tgk menda2 tbaru n so on..
  3. http://www.mudah.my/... - ku lihat pada column Children.. kekadang Properties.. (Ada hint cari2 umah la tu.. berangan..)
  4. Blog2 yg mengiklankan diri mereka di ruangan chatbox blog2 yg kufollow..
  5. Website ni - http://www.beautyarea2u.com/ - byk menda2 interesting di cni..
  6. Website C4 Malaysia- http://www.carrefour.com.my/ tgk sekali sekala masa dorang update katalog.. hehe.. skrg dh update seminggu skali.. senang nak survey harga brg dan rancang pembelian.. huang2x.. cam xpercaya jer.. bukankah kamu boros??
  7. Blog2 yg berada di ruangan favourites komputer ku.. (hanya ku yg tau... & hubby la..)
  8. Kedai Online especially yang menjual brg2 baby & toddler.. ku sekadar screen shopping pun dh sgt gumbira... antara yg ku lawati - http://www.onebabyworld.com/, http://www.fabulousmom.com/, http://www.enjoybreastfeed.com/, http://lilkaistore.com/, http://www.littlewhiz.com/, http://www.mybbstore.com.my/, http://www.momschoice.com/ etc.. byk lg.. n ku pernah lah shopping di situ kecuali di fabulousmom blum lg.. Skrg byk menda murah sebab Mega Sales.. hingga akhir Ogos 2011. Ada 2 kali gaji lagi.. haha...

Saya dan Nick..




Gambar adalah semua masa makan.. haha... sama ada Jamuan Perpisahan atau Perhimpunan Bulanan Bhg Akaun.. hehe.. Tahniah pada Nick kerana akhirnya telah hamil anak kedua.. Semoga dipermudahkan proses dari mengandung hingga melahirkan sehinggalah membesarkan.. Seronokla Adhwa nak dapat adik.. Hopefully gegirl pulak.. leh la main bersama.. hehe..

Kesayangan mama...

 Cabid dgn isyarat best. tapi salah jari la syg..
 Cabid n Anas lak..
 Gambar Cabid dgn Abang laks..
 Ni masa Nana B datang melawat time pantang aritu.. Tqvm.. :)
 Afif masa ni lum sebulan pun..
 Anas dengan wajah busyuk masamnyer..

Inilah wajah Afif pada 9/4/2011 selepas seari dilahirkan dan kali pertama balik ke rumah..
 Dia dah bunyik siren..
Anas yg gumbira

Gmbr yg diamik dia......

Saja2..









Tanda dah takde keja lain.. huang2x.. iskh di mana kah software itu yg mbolehkan daku meng'kompress'kan gambar2 itu ke dlm satu gmbr begini?? kena geledah ni dan mencari.. Chaiyok2..

Apakah ini?? Amboi2..

Yala, mmg la sesi fotografi beramai2.. tapi apakah ertinya semua ini?? haha.. dari tak kawin sampai dh kawin & ada 4 anak ni.. masih lagi ku cemburu.. lagi ada 'bukti2' ini yg dpt dicari.. iskh2..

Wajah itu...


Tadi di MukaBuku saja jalan2, cari2 di bhg search.. (takkan cari di bhg lain pulak kan..) saja2 mencari nama itu.. then ternampak satu gmbr.. ya, itulah wajahnya.. yg dh lama tak bertemu.. lama sungguh.. alhamdullilah nampak sihat, nampak bahagia.. tidak ingatkah dia pada kami semua?? em....

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat/BPA

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

Nombor 7

Nombor 7 dan PC

Nombor 7 dan ‘other'

Botol susu bayi yang bebas B...PA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

nota kaki : diamik dr group "Kumpulan Ibu2 Menyusukan" dari FB..

Tuesday, June 28, 2011

Lg 12 hari... Lg 8 hari...

Apakah itu? Kiraan hari? Lagi 12 hari adalah 12 hari lagi ku masuk kerja.. tapi kalau ikut cuti bersalin sepatutnya masuk pada 7 Julai ni tau.. tapi oleh kerana 7 Julai adalah hari Khamis.. ku pun decide untuk mengambil cuti pada 7 & 8 Julai.. so, Isnin 11 Julai la baru masuk kerja.. (Bagi duit lebeh sikit pada Iza.. hehe..) dan lagi 8 ari itu adalah hari cek up Afif untuk 3 bulan, jap jer dah 3 bulan dia.. tak sabar nak tau berat dia n tinggi dia.. kalau ukur tinggila kan?? 5 & 6 Julai ni ada exam KPSL W27 nati.. tapi aduhai masa tu lum lagi masuk keja, camna ya?? tak dapat amik la jawabnya sumer exam2 yang ada pada tahun ni.. :( sedih tull takpe, next time la ya?? Lagipun xajar lagi Afif guna botol.. em.. camna nak tggl kan? Kesian pulak cikgu cikgi nanti.. bukan Afif sorang nak dijaga.. takpe2, i tunda la amik exam tu tahun depan.. :)

Saturday, June 25, 2011

Iman Muda Musim Kedua..


Sebelum ni ku tak pernah pun mengikuti Rancangan Iman Muda ni.. serius.. baru2 ni ku amat tertarik dengan cabaran2 yang iman2 muda ni kena hadapi.. Antaranya masa mereka bertemu banduan akhir, masa mereka memandikan mayat berisiko tinggi dan juga episod ke 9 tadi, mereka berjumpa warga emas di Pusat Jagaan Orang-Orang Tua.. amat memilukan bila hanya mendengar warga-warga tua tu berbicara.. mungkin bukan semuanya dibuang anak mereka ke sana.. mungkin anak mereka mempunyai masalah menjaga mereka.. mungkin.. tapi apa salahnya jika walaupun tiada rezeki menjaga mereka, apa salahnya.. jika menjenguk mereka.. sesekali, bergenang juga air mata.. betul kata Iman Muda Hassan kita cuma akan rasa betapa pentingnya ibu bapa kita hanya bila kita kehilangan mereka.. Jadi, renung2 kan la.. opps.. dan Iman Muda yang ke final ialah Iman Muda Hassan - org Perak ni.. selalu dia speaking loghat Perak.. dan Iman Muda Nazrul seorang guru besar.. sangat muda, sudah bergelar GB.. em.. bagus2 dorang ni tau..Dah ku agak mereka ni dapat ke final.. selain tu ku agak Iman Muda Fakhrul pun tapi yalah, ke final hanya 2, bukan 3. k la..

Friday, June 24, 2011

Afif yang tembam..




Ni sumer gambar Afif masa sebulan lebih.. Gambar latest masih xamik lagi sebab charger kamera ntah di mana.. iskh2.. sekarang Afif dah cerah sikit.. (Sikit aja..haha) n dah makin sweet.. sebab sangat suka bercakap2 dan senyum nganga mulut luas2.. suap nasi pakai senduk pun muat.. haha.. Sangat manja.. macam Anas. Bila bangun, nak lihat ku ada.. bila nangis pa amik, tak mau diam.. Bila dengar jer suara mamanya terus diam.. anak2.. :)

Kesayanganku...


Walaupun selalu sakit kepala sebab mereka yang sangat aktif, sakit tekak juga sebab jerit2 menegah mereka dari bahaya juga menegah mereka bergaduh.. tapi bila takde, rindu tau..? Tapi pernahkah tiada?? Tak pernah lagi, n hopefully jangan pernah.. (tipulaa satu ari nati akan terjadi juga kan) 

Tali Pinggang...

Skrg kan glamer anak2 dara mahupun mak2 bdk yang bergaya memakai tali pinggang begini.. jenis yg besar2 di pinggang, untuk menampakkan kerampingan, kelangsingan si pemakai.. em.. mengikut kesesuaian susuk tubuh juga.. kalau jenis bergelambir di perut, macam ku... haha.. agak2 sesuwai ke?? haha.. gelak dlu.. tapi mna tau.. kot2 bergaya dan menawan.. (Cewah.. masuk bakul angkat sdiri) Nati pa kata.. buang tebiat apa ma ni..? haha...

Kiut Miut beg2 ni..

Ini adalah cooler bag.. yg bersaiz comel.. kiut kan?? Boleh memuatkan lebih kurang 4-6 botol milk storage tu yg 5 oz setiap satu.. dan leh la muat lbh kurang 3-4 pcs ice packs..

Yang ni adalah Autumnz - Casual Chic Cooler Tote leh didapati di OnebabyWorld..
Di mana beg ni ciri-cirinya adalah :-
  • Corak yang kasual.. sesuai utk anda yg bergaya
  • Luas - boleh memuatkan 4-6 botol + 3 pcs Autums ice packs + breastpump manual
  • Pratikal - 4 cara menggunakannya iaitu dibahu, bawa di lengan, di tangan juga sangkutkan di stroller. (Ada butang yg akan memastikan jika disangkut di stroller xjatuh..)
  • Harganya juga murah.. Cuma RM 18.90 (harga biasa) tapi oleh kerana sekarang mega sale.. harga nya cuma RM 15.12!!!
  • Ada 2 warna - Merah & Orange.. Warna yang ceria tau...


Yang ni pula ialah Jingle Jungle - Pro Exec Cooler Bag boleh didapati di Fabulos Mom.
Ciri-ciri beg nya ialah :-
  • Murah
  • Bergaya
  • Boleh memuatkan 4-6 botol dan masih mempunyai ruang untuk 2-4 ice packs
  • Talinyer boleh dilaras mengikut keselesaan.
  • Boleh dibawa dengan tangan atau disangkut pada bahu
  • Mempunyai poket di tepi maybe utk menyimpan kunci, hp etc..
  • Mempunyai 4 warna iaitu Hitam, Biru berbelang, Orange berbelang & Coklat Berbelang.
  • Harga nya cuma RM 28.90 tapi oleh kerana Mega Sales harganya cuma RM 23.12!
Bestkan?? Kiut pulak tu.. hehe.. berkenan?? Pergila dapatkan satu.. jangan risau, sales lama lagi.. sampai 31 Ogos nanti.. :) Selamat bershopping..........

Wednesday, June 22, 2011

Arini bangun!!!!

Yes.. akhirnya pagi ni ku bangun... bangun untuk sahur.. ala, itupun sebab Afif melalak2.. gatal kot.. ku pun gatal juga.. agaknya toto tempat tidur kami tu dah miang.. jadi bawa dia masuk bilik, tukar pampers dia.. susu dia.. then dia tidur.. kul 4 pagi.. hehe.. ku malas nak tidur dah, takut terlepas waktu sahur.. Imsak kul 5.32 pg.. arini cuma makan sup Campbell segera - secawan, air Incomix coffee - secawan, Coklat Crispy - 2 bar kecik dan Air masak - 3 gelas.. uish.. sumer nyer berbentuk cecair.. moga dapat bertahan hingga ke waktu berbuka.. Tak sempat nak masak yg berkhasiat sikit.. (kena berkhasiat kan sbb nak menyusukan si Afif).. tomorrow nyer sahur will do.. Sekarang menunggu masa untuk solat Subuh.. dan membangunkan anak2 nanti untuk ke Taska.. lagipun arini nak ke opis juga untuk sign autograph.. huang2x.. ntahla apa yang nak disign.. tunggu jer nanti jap gi.. lepas acara sign leh la pulang ke umah dan menidurkan diri.. kalau yala, tidur.. hehe.. kalau Afif tak tidur takleh gak tidur.. em....

Tuesday, June 21, 2011

Baju2 cute.. emmm

Baju ni rupanya dijual 4pcs ni pada 1 harga.. Ingatkan rm49 per set..(sesetengah blogshop la)  comel gak kalau si Afif memakainya.. :) (Angan2..) haha..

Bila ada,sakit kepala.. bila takde sunyi + rindu..

Hah.. itula terjadi apabila ketiga2 hero ada kat umah.. Arini ku dah lambat sedar, jadi..... malas la nak anta dorang gi taska.. duk jela kat umah.. lagipun sakit sgt kaki ni akibat maybe dari berjalan2 membeli barang2 dapur semalam.. di Mydin dan juga Carrefour.. tangan pun amat lenguh coz menahan kepala Afif.. walaupun ada bantuan sling (kalau takde sling, lagi la puas.... sakit kedua2 tangan..) tangan masih lenguh sangat.. agak2nye baper berat kepala Afif sahaja yerk?? haha.. opps.. sudah lari tajuk..
Bila ketiga2 hero (Adam, Abid & Anas) ada di umah.. sudah tentu umah jadi sangat tak kemas dan suasananya amat bising... mana tak bising, dengan dorang jerit2 dan lari2 kulur kilir.. dan juga mama dorang pun turut sama menyumbangkan suara.. dengan jeritan2 yang amat nyaring sekali...
Sesekali, mama mereka akan "Diam!!!! Baby nak tidur" uish pening juga, bukan apa.. kalau Afif tu bangun lagila tak leh nak buat menda pun.. asik duk menyempitla dia denganku.. haha.. biasala bila lagi nak menyempit kan, masa kecik2 ni la... hehe.. Tapi bila dorang ada ni, riang ria juga umah.. dahla jiran sebelah dah pindah keluar.. dapat kuarters teres kat Presint 15.. Tahniah Za & Mala.. lum sempat lagi melihat baby ketiga mereka.. baby boy tu.. kerana kesibukan lelaki tua di rumah ini... Rezeki baby ni dapat umah bawah.. senang nak bawa bapa ke hospital.. rindu plak nak dengar pintu dibuka, dan ada kepala terjembul keluar.. "Hai baru balik ke?? " "kenapa umah gelap" pastu ada ketuk2 pintu.. haha.. Maisara.. seusia Adam cuma tua sebulan lebih aja.. Okies2.. stop sini dlu.. nak wat sikit housework.. haha.. sikit jer, housework kat umah ni BANYAK tau!!! Terlebih max... haha.. bila la nak abis, kalau nak wat sikit jer ari2.. huang2x..

Monday, June 20, 2011

Apabila hati dah sakit...........

..........................????..........................

Itula terjadi apabila hati dah sakit...
Sekian...

nota kaki : xde apa pun sebenarnya.. dah lma tak update.. huang2x..

Thursday, June 16, 2011

Pembersihan Blog..

Apa itu?? Taklah ku folo byk blog.. dari yg meniaga hingga tak niaga.. so mna2 blog yg tak aktif ku akan delete la.. so leh tambah blog lain dlm list.. :)

Entri tiada tajuk

Well, sebenarnya arini opps.. 15 Jun 2011 ni adalah tarikh pemberitahuan sama ada pertukaran papa ke Putrajaya berjaya @ tidak.. dan.... tadi excited nak cek.. tapi nampaknya Allah masih nak memberi ku lebih sikit cabaran tahun depan.. keputusan BPSM adalah......................................... tidak diluluskan pertukaran... Macam2 rasa berkecamuk.. tapi nak buat macamana, maybe ada hikmahnya pertukaran itu tidak lulus.. em.. tahun ni maybe tak rasa sangat lagi, tapi tahun depan.. Adam & Cabid dah masuk Kemas.. maybe lebih sikit penatnya.. nak anta mereka ke Kemas pastu kena rush gi opis, anta Anas dan Afif ke taska lak.. nak kena susu Afif lagi.. maybe ku akan turun lagi 5-10 kg.. haha.. sapa tau..?? Itu adalah satu kelebihannya.. pandang dari sudut positif.. n satu lagi lebih masa dgn anak2.. dapat pastikan dorang makan apa tengahari sebab ku sendiri akan gi amik.. pastu nak gi anta tempat transit pula.. em.. busy women ni pada tahun 2012.. biarpun masih ada lagi setengah tahun untuk alaminya.. :) Well, insyallah... i'll manage somehow...

Saturday, June 11, 2011

Asik2 kna tinggal..

Arini kena tggl lagi dgn anak2 mcm biasa.. kul 3 pagi dah kuar bertolak ke Gopeng.. konon2 nak tengok tempat utk pertandingan CBS.. tapi pegi mengalahkan nak tgk, mcm nak pindah aja.. Hah.. apa salahnya bawak je kuar semua barang2 pancing tu menyemak aja.. napa tak bawak je barang2 pancing satu bilik tu.. pastu tinggal je kat sana.. senang lain kali nak repeat pancing tak yah nak bawak kulu kilir barang dah.. dah jimat tenaga dan masa.. Ingatkan bila dah keja gomen ni reti la nak duk umah.. @ at least tak le lelama sangat melepak sana sini.. ini idak, lagi banyak masa untuk diri sendiri.. bukan utk famili.. Suruh beli breakfast pepagi pun kul 8 pagi takleh bangun lagi.. ini kul 3 pagi leh sedar sendiri.. kalau nak seribu daya, kalau dah taknak tu memang susah nak bangun.. Menyakitkan ati aja..............

Friday, June 10, 2011

Tiba-2...

Tiba2, rasa nak marah.. tiba2 aja perasaan marah tu dtg.. sakit jiwa ke tiba2 nak marah?? Mesti ada sebab bila tiba2 nak marah.. takkan la takde apa2 tiba2 leh lak marah2.. itu sudah tentu sakit jiwa... Perasaan itu ada tiba2.. ada sebab, ada alasan bila tiba2 nak marah.. tapi malas nak kata.. saja je nak taip2 kat sini, biar perasaan tiba2 nak marah tu surut & lelama ilang.. hopefully..

Monday, June 6, 2011

Ada sikit rehat..

Bukan tak suka, suka.. bila ada anak2 di rumah.. lagi2 tgh cuti macam ni.. Malas sebenarnya nak anta gi Taska, malas nak drive.. nak cari parking lagi.. tapi bila semua ada di rumah, mulala suara dah macam tarzan, menjerit sana sini... cakap slow2 anak2 wat tak dengar jer.. agaknya dah biasa dengar suara menjerit baru nak ikut.. memang susah nak relaks.. dahla tak leh relaks.. kerja yang berlambak2 pun tak jalan.. Yang ni bertiga tu anta pun, (Adam, Cabid, Anas) tinggal Afif jer pun.. bukan banyak kerja leh jalan.. Afif ni asik nak belaian manja aja.. sikit2 rengek bagai.. panas agaknya.. yala, skrg ni panas, angin pun tak mo masuk.. iskh.. Mama tak mampu la Afif nak pasang aircond.. Hah, dah nangis... stop dlu la......

Saturday, June 4, 2011

A visit to Angah House..

Arini seperti dijanjikan pada Angah dan anak2.. nak ke rumah Angah.. sebab lagipun dah lama tak jupe Angah n famili.. rindu pada anak2 sedara juga.. Tiba di sana (lepas menyiapkan 4 anak lelaki itu...) kul 10 pagi.. dan Angah dah prepare nasi lemak tau.. em.. seronok jer tengok anak2 makan.. gembira kerana dapat makan dan gembira kerana ramai makan bersama.. :) Ada 7 org kanak2 makan bersama.. (eceli ada 8 org budak.. tapi sorg budak tak makan lagi.. masih menyusu aja.. haha.. Afif la..) Angah yang suapkan utk breakfast.. n lepas ku susukan Afif baru ku makan... hehe.. siap tambah lagi... enak ya bila kakak dan mak yang masak.. (haha.. ku tak pandai masak.. pastu malas belajar pulak tu.. iskh2.. berubah la sikit..) duk lepak2.. borak2 sikit.. anak2 sumer seronok bermain.. Ayim dan Cha rajin juga menjaga Afif.. tolong tepuk dan duduk bersama Afif.. tq yer.. :) Hampir kul 3 lebih baru ku pulang.. Angah dan keluarga nak bertolak ke Langkawi malam ni.. nak cuti cuti Malaysia.. :) Seronok nyer.. Apa2 pun semoga bergembira di sana, dan semoga dipermudahkan segalanya dan selamat perjalanan pergi balik.. Amin..

Thursday, June 2, 2011

Ngantuk.....

Arini cam lalok sikit.. kenapa?? Sebab pagi tadi kami anak beranak gi anta papa kul 2 pagi ke Sri Kembangan.. nak kemas barang2 dan kemudian bertolak ke KLIA untuk berlepas ke Bintulu, Sarawak untuk satu trip memancing… Alhamdullilah Abang & Cabid juga Anas tak mengamuk2.. dan elok mereka temankan ku masa dalam perjalanan pulang.. ala bukan jauh pun sebenarnya.. tapi waktu masa tu.. Kul 2 pagi.. dan tempat tak biasa lak tu.. Kat area kedai2 tu..dah kata dah mesti sesat punye dalam area kedai2 tu.. selamat pandai pusing balik dan cari jalan balik ke Putrajaya.. pastu sampai Putrajaya, mencari parking pula.. lagi cuti sekolah ni.. ramai sedara mara jiran tetangga datang berkunjung.. maka penuh la parking2 keta di rumah ni.. Em berpusing-pusing lebih kurang 10 minit juga.. dan akhirnya ku tawakal jer parking tepi jalan.. Cuma pastikan betul2 tepi sidewalk tu supaya tak ler menghalang kereta kuar masuk nanti.. dan ada sikit ruang antara keta ku dengan keta yang satu lagi untuk menyenangkan untuk mengeluarkan stroller.. Ku angkut Anas & Afif atas stroller dan Abang & Cabid berjalan.. sampai rumah ku paksa dorang tidur balik.. sebab baru kul 2 lebih pagi jer.. n lastly dorang tidur.. dan ku bangun ngam2 kul 7 pagi.. kepala sakit dan memang rasa lesu sikit tapi gagahkan juga bangun sebab nak menghantar anak2 besar ni ke Taska.. mandikan dorang, beri pakai baju, dan minum susu.. pastu ku gi mandi.. lepas mandi dan bersiap2 ku tukar pampers si kecik Afif dan susukan dia dlu sebelum gerak ke Taska.. masa tu sudah pukul 7.30 pagi dan masa itu adalah masa puncak kereta2.. so kuar lewat sikit la.. dari stuck dalam jammed buat apa.. kuar lebih kurang 2 minit ke pukul 8 pagi.. dan anta dorang..  Ingat lepas anta dorang nak singgah Petronas cari makan, tapi makcik Taska ada lak kelebihan bihun paru.. amik ajala.. karang bayar.. nak bayar duit taska pun terlupa bawak duit kuar dari keta.. petang karang la.. 

Tuesday, May 31, 2011

Takziah..

Ucapan Takziah pada Pn Fazila Din Pen. Akauntan W32 di mana suaminya telah kembali pada penciptaNya pada pagi tadi.. Sangat sedih juga even cuma membaca perihal perginya suami Pn Fazila tu di blog Anis & Syam.. Kita di dunia hanya sementara cuma tak tau bila kita dijemput.. Semoga roh suami Pn Fazila dicucuri rahmat dan semoga dipermudahkan segala urusan... Amin..

Thursday, May 26, 2011

Etiqa Insurance..

Adoi.. ingatkan dah takde la potongan dalam bank statement.. masih ada lagi... Dah anta surat dah aritu.. apa lagi dia nak?? Macamana nak berhentikan potongan setiap bulan ni.. ?? ada yang tau caranya.. nak terminated kan kontrak tu.. macamana yer?? Susah betul... Dahla potong setiap bulan, pastu kita lak kena bayar caj bulan2 dalam Maybank.. masa sign kontrak takde pun kata ada caj.. Pastu kalau takde duit dalam bank pun kena tolak juga caj dalam bank.. apa ni..?? Dah baper banyak service caj yang diambil.. kira2 dapat kot RM 60++.. iskh.. apa ni.. susah la gini..

Wednesday, May 25, 2011

5 ari saja lagi.........

Lagi 5 ari saja tempoh mak, abah, Nana, Abangcik duk di Putrajaya.. di rumah kuarters Presint 16 itu.. tidakla dapat ku berkunjung setiap ujung minggu seperti biasa.. Akan berkunjung ke Sungai Buloh juga, tetapi mungkin tidak seperti kunjungan di Presint 16 yang bila2 masa bleh rasa nak pergi.. nak pergi pagi okay, even pergi petang pun orite.. Kalau nak pergi Sg Buloh kenala pergi pagi2.. dan at least bermalam seari disana baru pulang semula ke rumah.. barula padan dengan jaraknya.. Tidakla boleh nak lari lagi jika merajuk dengan papa.. kalau dulu boleh merawat hati pergi ke rumah mak.. walaupun bukan mak pujuk, bukan abah pujuk.. sekadar ke sana, rajuk sumer dilupa.. padahal bukan diberi emas permata sekadar dapat berborak kosong.. gosip artis, borak tentang drama2, tentang drama indon, telenovela.. citer pasal anak2.. bukan yang tersangat penting pun, tapi memang merawat hati.. Balik rumah Presint 9 hati dah okay, dah tak pikir pun majuk sama papa.. kan bagus begitu.. tak sakit hati.. hubungan pun tidaklah renggang atau bermasam muka lama sangat.. sekejap sangat.. lagi2 dengan papa yang memang kalau ku majuk pun, tak sampai 2,3 jam dah berborak semula, cuma ku jer kadang2 terover.. merajuk berpanjangan.. konon2 manja la tu.. (Sebenarnya nak manja2.. tapi lelaki itu @ papa tak paham.. dia bukan romantis.. haha) Yalah kenal dah lama.. jadi pasangan suami isteri dah 5 tahun ++.. Anak dah 4.. takkan nak manja2 sikit takleh.. nak juga jadi macam masa2 bercinta dlu.. kan manis, kan indah.. apa salahnya... bukan ker dituntut lagi.. lagi bagus apa bila dah jadi suami isteri ni lagi romantis, lagi manja2.. jalan berdua2 skali skala.. macam ada kawan2 ku tu.. ala seronoknya mereka.. sesekali time bekerja amik cuti, tapi anak anta taska, anta pengasuh.. ala gi la wat kerja2 yang memerlukan, tapi sambil2 tu menyelam minum air, gi tengok movie.. gi shopping berdua.. gi lunch berdua.. tidakkah seronok, bahagia itu?? em... Paham kan dia........?? Em... dan kini lagi tempat rawat hati dah jauh.. adui..

Monday, May 23, 2011

Wow.. dah abis pantang.. :)

Yer.. arini ku dah abis pantang.. yabeda bedu... ari ni adalah hari ke 45.. officially abis pantang.. tapi masih kena tapis2 lagi makan tu yer.. ais sumer, pedas sangat pun xleh.. sebab apa?? Sebab masih susu kan Afif kan.. jadi sejuk2, pedas2 semua tu kena kurang.. n kalau boleh jangan amik langsung.. nati budak kecik tulak yang efek.. cian dia.. okies2.. arini ari abis pantang, kami sekeluarga ke Hospital Putrajaya sebab ada dua appointment.. Satu untuk Abang.. ada terapi kerja.. dan satu lagi Afif di Klinik Paedatrik.. Berita gembira nyer.. Afif dah bebas tiroid.. ya, bacaan nyer dari 11 aritu.. dah menjunam ke 3.33.. sangat bagus.. walaupun kuning tu masih ada.. tapi dah sangat rendah kata doktor tadi.. Alhamdullilah.. sangat suka.. n sebelum berjumpa doktor tadi, nurse ada amik berat dan panjang Afif.. pada usia nyer 45 ari, Afif adalah seberat 5.5 kg dan sepanjang 57 cm.. ada perkembangan yer.. Masa cek up sebulan aritu, Afif seberat 4.5kg dan sepanjang hanya 54cm.. alhamdullilah.. dah naik berat Afif.. ku sangat GUMBIRA..
Dan, Abang pula.. pa kata tadi takde apa2 sangat.. dia kena next appointment pada 13.6.2011 ni.. tadi hanya diinterview jer sikit2.. ditanya apa kegemaran abang dan apa2 aktiviti yang dia suka, dia tak suka.. itu aja.. Itupun dkat sejam juga.. dari 11.30 pagi hingga 12.30tgh.. Puasla ku nunggu di luar bersama tiga lagi anak teruna ku, Cabid, Anas & Afif.. dahla si Afif ni nak ngempeng jer.. adui... selamat ada nursing cover.. sesekali tensen juga bila Afif gamuk2, then nursing cover tu macam tak jadi nursing cover yela terbuka di sana sini, tapi ku cuber juga bertenang dan mengawal situasi... alhamdullilah.. jika ada keinginan insyallah ada kejayaan.. Dalam menyusu, menjaga Anas & Cabid juga.. okayla.. ada juga masam di muka seketika tapi dapat dicover kemudiannya.. Kena banyak sabar.. barula penyusuan jadi lancar dan selesa.. Insyallah dipermudahkan Allah.. Pastu sempat kami ke Nursing Room, sebab Afif membuat 'kerja'. Dan ingatkan Afif sorang jer, Anas pun sama.. tukar la ketiga2 pampers bebudak itu.. dan bergerak semula kami ke Bilik Rehabiltasi tu.. tak siap lagi rupanya pa n abang.. kami pun melabuhkan punggung depan kedai2,, dan Afif sebuk nak menyusu lagi.. beri anak2 tu makan roti krim.. jadi senang la nak kawal si Afif yang menyusu.. dan pa dan abang akhirnya sudah juga.. kami pun pulang ke rumah............ Seronok bila mudah kerja.. Alhamdullilah..

Tuesday, May 17, 2011

Power Pumping..

Nak buat power pumping ni.. bukan nyer apa.. nak juga bagi tau Cik B bahawa demand adalah sangat banyak..  sudah buat stok susu sikit2 incase Afif tak dapat taska di bawah (Taska De Sayang) @ sekiranya kena exam @ berkursus jauh dari Ofis.. adalah baik.. sekarang baru ada 4 botol saja.. itupun bukan tiap2 ari pumping.. tapi nak kena lebih usaha ni.. tadi tandem pump.. Afif susu sebelah, and pumping sebelah lagi.. memang laju jer la susu tu diperah juga sebab ada Afif.. Itulah keajaiban nyer.. camna pun baby itulah stimulasi paling kuat.. dan berkesan.. Jap gi kena pumping lagi.. Semoga Allah jauhkan sikap malas dalam diri.. Amin..... Ku banyak korek2 info mengenai power pumping dari Harlinda Halim juga dari Miakiddies.. Alinalan.. sangat berguna info2 itu..........

Sunday, May 15, 2011

Astro First

Astro kan dah ada movie di rumah.. Reganya RM 15.00 + 6% gomen tax.. akan dicaj dalam bil semasa.. So aritu ku amik la satu movie.. hik hik.. gatal.. Merong Mahawangsa.. asik dengar orang jer kata. so nak gak tengok.. dahla dah lama giler tak tengok movie.. last ku tengok movie masa tu masih bujang dengan Nana.. and even kakak ku masa tu pun lum kawin lagi.. hah.. dasat kan.. lama benar.. sekarang ni ada tanggungjawab, takkan setakat nak tengok movie, nak suruh orang jaga anak2..? Ku bukanla seperti itu.. maybe kalau teringin sangat pun, maybe akan amik cuti.. haha.. gi ari bekerja.. pulun abis-abisan tengok movie.. camna?? gitu takpekan.. haha.. Merong Mahawangsa.. citer nyer sangat okay.. even Adam pun tengok sampai abis movie nie.. Dia memang suka adegan lawan.. Ku yang suka sangat bila si Merong kata :Sudahla hodoh, mulut berbau.." rasa macam lawak dlu2 kala.. Yalah, orang yang dia kata tu bukan reti bahasa melayu.. huang2x.. N rasa sangat kagum juga pada puteri China.. yang tau pelbagai bahasa.. dasat.. N bagaimana orang kata mengenai cinta pandang pertama.. hah begitu jugala halnya Putera dari Rome itu dan Puteri dari Negara China.. tu.. romantis yang tak keterlaluan.. ku juga suka inang nyer.. pabila sampai rombongan putera tu.. yang sibuk2 memperkatakan mengenai tegapnya badan,  n so on.. hehe.. dah leh hafal lak citer itu.. bukan nya apa.. dah bayar RM 15.90(termasuk tax) so ku pulun tengok banyak kali.. lagipun citernya tak boring.. suka2.. bagi 5 bintang untuk movie ini.. Tahniah2..

nota kaki : biarpun citer ni dah lama di pasaran, and ku baru saja nonton.. tak kisah.. ia sangat best........!!

Tuesday, May 10, 2011

Rasa letih......

Bukan buat apa pun.. tapi rasa sangat letih.. sangat penat satu badan.. Rasa panas luar dalam.. Berpeluh macam pergi bersukan.. Sekarang ni musim panas.. sangat panas.. hinggakan tak keluar ke mana2 pun masih rasa hangat lagi.. bilik walaupun malam sangat berbahang.. Kesian dengan Afif susah nak tidur.. last2 tadi, ku ikat selimut kat grill kat ruang tamu nak bagi redup sikit.. sebab angin diruang tamu tak ler sebahang angin dalam bilik.. barula tidur budak Afif tu.. barula dapat gerak wat kerja lain dan istirehat sebentar di depan pc ni.. k la... esok bday Abah ke 60.. tapi tak beli apa2.. tak dapat lagi beli.. maybe lewat sikit ya abah.........
N arini bday Amy Mastura.. haha.. tapi xsure yang ke berapa.. ceh ceh.. ku dlu memang minat sangat Amy.. tapi sekarang slow sikit.. sebab dah jadi mama orang2... hehe..

Friday, May 6, 2011

Afif sebulan...

Ari ni Afif cek sebulan.. Pergi dengan pa & dengan semua anak2.. Pa pun gi amik mc kat klinik, sebab sakit perut...... Berat Afif... 4.475, Lebar badan 3.8 cm, Pjg Badan 54cm, Diameter kepala 3.8cm.. Okies la tu.. tidakla obes, dan tidakla kurang berat... :)
And, ku lak.. berat sudah turun la.. tapi lum lagi sampai 40 kg.. haha.. takkan la sampai 40kg.. aduhai.. tu nati cam rangka jer berjalan.. bmi tak sesuai.. haha.. sekarang nyer berat ni dah okay bmi.. tapi nak turun lagi 2 @ 3 kg lagi... em.. sampai ke idak ntah.. sebab malas nak bengkung, malas nak tungku.. (sekali jer tungku), xsempat pakai cream panas tu... n macam2 lagi.. em... okies2.. last berat masa ditimbang adalah 69 .5kg.. berat tu....... dan sekarang berat sudah jadi 56.2kg.. Jadi penurunan untuk sebulan adalah 13.3 kg.. okies gak tu kan.. nati nak ukur lilit pulak.. haha.. cam lah sempat nak ukur lilit... hee

Thursday, May 5, 2011

Cuti best @ tertekan??

Cuti tu akan jadi best bila kita leh kuar jalan2.. or kalau duk umah pun, umah berseri2.. dan kemas sentiasa.. Tapi akan jadi tertekan sangat cuti ni bila duk kat umah dgn umah yang sepah2, yang sana sini menyakitkan mata memandang.. dah puas kemas sepah balik, dan tak sempat nak kemas.. tak sempat nak makan sebab sebuk nak kemas umah.. mulala sakit perut bagai sebab sumer lewat dilakukan.. pastu tak dapat bantuan apa2 lak tu.. bila dah sound siren banyak kali baru nak beri bantuan.. kalau tak wat tak tau... Pengalaman berpantang kali ini amat memeritkan... bukan perit sebab apa.. perit sebab takde bantuan.. perit bila orang2 sangka kita ni berpantang bukan macam berpantang... leh wat sumer menda sendiri.. kira cam superwoman lah gitu.. kalau tak de siren berbunyik, takde langsung bertanya.. takde langsung nak cuba hulur bantuan sendiri2.. tanpa ditanya @ dipinta @ diperli.. Minggu depan akan lebih tertekan.. dengan adanya budak berdua yang besar tu pulak.. dah la yang ada ni tak tertahan aja nak menjaga.. Ni bukannya sebab apa, Afif ni jenis yang suka menyusu banyak kali hinggakan nak wat keja lain pun susah.. Anas tak susah jaga.. dia banyak dengar walaupun kadang kala tu merjauk, menangis, melalak juga.. Tapi sesetengah orang ni dah tengok keadaan yang macam tu, sampai hatikah nak menambah pulak beban menjaga lagi yang lain?? Pastu nak suruh potty training pulak?? Ya pada permulaannya ku setuju, sebab ku sangka kan anak ni (Afif) tak jenis meragam macam Anas juga.. jadi senang la kalau nak train yang berdua sibudak besar tu potty training.. ni dah macam ni.. laratkah ku?? Sedangkan takde mereka berdua pun ku dah habis tenaga.. langsung tiada masa rehat.. hati sakit memikirkan rumah sepah, berselerak.. em.. soal hati pulak yer.. apa salahnya potty training tu tetap dipratik cuma bersambung dengan di taska.. tak boleh ker?? Susah bila orang hanya nak tau senang aja.. tak nak susah menghantar anak.. kononnya taknak balik lambat.. tapi pleasela.. bila tak amik anak lagi la balik lewat.. percayala.......... sedangkan amik anak ari2 pun bleh kuar balik dan balik lewat.. nati bila dah tak de tanggungjawab menghantar mengambil anak lagila menjadi.........

nota kaki : Saja lepas geram..................... supaya tak simpan dalam hati dan jadi gila..