The loved ones..

The loved ones..
Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Tuesday, May 17, 2016

Sangat bersawang...

Sangat lama tak update blog ni.. sawang merata2.. sibuk ke? agak sibuk..di rumah, di pejabat sama sibuk.. :)

any new news nak kongsi?

1st of all.. dah tukar ke Unit lain since 4th April.. so masih lagi tengah adjust kan kesibukan dan dateline bagai... dan dengan keadaan peribadi.. dengan anak n so on..memang terkejar2 juga lagi..
(keep it up Fareen.. u can do it!! chaiyok!)

2nd.. Dah dapat anak sedara baru!!! Anak Alif and Nana big telah selamat dilahirkan pada 11 Mei 2016. sama dengan birthday atuknya yang ke 65 tahun..Congratulation Alif n Nana. Adeel dah jadi big bro skrg,,, yuhuuu...

3rd .. Mak sakit kaki.. tak gi lagi SGB.. em..    :(

4th.. Aisy dah sangat pantas berjalan.. tapi still goyang.. dah 1 Year n 2 months old dah dia.. :)cute, adorable.. notty.. n dah nampak gayanya seperti Afiq juga suka `mengemas'


Em.. update later.. banyak lagi sebenarnya..              

Monday, February 11, 2013

Hepi bday Papa..

Selamat hari kelahiran ke 32.. kepada suami ku Khairul Hizard Amirul Ihsan.. Semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah, semoga dirahmati-Nya, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia.. dan semoga sentiasa bahagia bersama kami.. isteri + anak2 lelakimu.. Semoga beroleh kejayaan di dunia & akhirat,, Ameen.. 

Sunday, April 8, 2012

Hari lahir Afif Muazzam

Selamat hari lahir anak mama.. setahun dah, sekejap jer masa berlalu.. :) ma tunggu Afif  jalan ni.. Semoga Afif membesar sihat, cergas, cerdas, jadi orang berguna di dunia & akhirat.. :) Amin

Hepi Bday Alif & Wafa'a

Hepi bday Alif n Wafa.. :) Alif dah 25 tahun.. Wafa dah 2 tahun.. yeah... :)

Friday, September 2, 2011

2nd Birthday Anas!!!


 Cupcake Size Large... Perisa Vanila, Topping pelbagai, ada White Choc lagi..
Nilah budak yang berusia 2 thn tu.. 

Ni backdated entri.. hehe.. Anas dah berusia 2 tahun sekarang.. pada 2 September 2011 ari Jumaat bersamaan dengan 4 Syawal.. em.. ni jerla yang Ma sempat beli.. itupun luckyily ada kawan papa, Su namanya.. yang membuat cupcake yg sangat cute dan menarik ni.. Layan gambar yer..

Saturday, April 23, 2011

Selamat Hari Lahir Cha Cha,


Hari ni 23 April 2011, adalah hari lahir anak buah ku Nur Darwisyah.. @ Cha cha.. Dah 4 tahun dah.. dah besar,, Semoga Chacha membesar sihat, cergas, cerdas dan sentiasa maju jaya di dalam apa yang diceburi.. Semoga panjang usia, murah rezeki & dirahmati Allah sentiasa..

Wednesday, April 6, 2011

Happy Birthday Abgcik & Wafaa...

Hari ni birthday Abgcik @ Alif yang ke 24 tahun.. dan birthday Wafaa anak buah ku yang pertama!! Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah sentiasa.. Moga hepi2 selalu.. :)



Ni Abangcik @ Fadly Alif.. 24 years old.. today Ni Nur Wafa'a 1 yrs old today


nota kaki : Mana tau baby dalam perut mau kuar ari ni.. jadi dapatlah berkongsi hari lahir dengan Abgcik & Wafaa, kan?? Kan??

Thursday, March 10, 2011

My 30th birthday...

Salam & hi all.. hari ni adalah hari lahir ku yang ke-30.. aduhai sudah masuk lingkungan umur 30-an.. rasa cam muda lagi.. hik hik.. Ku cuma leh arapkan moga di usia 30-an ni ku akan jadi isteri, ibu, anak,kakak,adik,kawan dan sedara terbaik untuk semua.. dan moga diri ku lebih baik lagi dari segala segi... AMIN.....
nota kaki : dah 30tahun, bila agaknya baby ni nak kuar yer.. :)

Friday, March 4, 2011

Sempena birthday mak ke 58..


Coklat ni diorder khas untuk mak.. Sedap tau..? Nak order?? Bagitau ya, nati ku bagitau pada orangnya.. @ bagi contact no.. Tapi pa ni tak amik gambar orang2 langsung.. em ...

Monday, February 28, 2011

Hepi Bday mak ke 58!!!


Hepi Bday mak ke 58! Semoga mak dipanjangkan usia dimurahkan rezeki & dirahmati Allah sentiasa.. Moga hepi bila dah bersara ni.. Mak adalah mak terbaik.. Hanya Allah dapat membalas jasa mak..

Thursday, February 24, 2011

Wow.. dah tak lama..

Apa yang tak lama?? Dah tak lama nak dapat anak buah pertama dari sebelah keluarga pa.. Yalah, birasku Ajla pun menunggu jer tu.. kalau ku lagi 35 days to due date, dia lagi la 25 days to due date.. awal 10 ari.. cuma yala, tak taula kalau sesama lak bersalin ari sama kan?? Sebab kelahiran anak2 ku sumer tak sama masa.. ada cepat sangat, ada biasa2 jer.. Ajla pula baru nak timba pengalaman anak pertama.. tak tau lagi timing nyer camna kan? Apa-apa pun ku doakan semua selamat untuk Ajla & baby.. then tak lama juga lagi... dah nak memasuki ambang 30-an.. iskh sudah tua.. bila ku masuk ke usia itu, maka tempoh perkahwinan ku juga bersama papa sudah menjangkau 5 tahun.. dan alhamdullilah sudah 3 anak ku ada.. cuma tak tau la kalau pada 10 Mac 2011 ni sudah bertambah bilangan anak tu ke belum.. kalau lahir masa tu okay gak kan..? (Haha.. berangan...) leh sambut bday sesama.. Cepat jer masa berlalu kan.. tak sedar.. harap sentiasa sedar sebelum terlewat...

Friday, February 11, 2011

Happy Birthday Papa!!!

Hari ni ari lahir suamiku yang ke-30!! Sudah 30 tahun ya? Ku bakal ikut jejak nyer lagi sebulan dari tarikh ari ini.. hehe.. Sudah makin tua.. iskh2.. mana ada yang sambut birthday makin muda kan??




Memang suka mancing
Sentiasa hepi dapat ikan

Baru balik dari Johor - Kenduri Aeem-Ajla

Saja jenguk2 Anas
Tak ingat gi mana
Anyway, untuk papa... Khairul Hizard Bin Amirul Ihsan.
  • Hepi birthday 30th.
  • Moga panjang usia, murah rezeki, dirahmati Allah & hepi selalu di samping kami sumer.. :)
  • Kami sayang papa selalu...

nota kaki : Papa walaupun selalu gi mancing tapi dengan anak2 masih sangat kamceng & rapat.. malahan dorang sumer memang nampak sangat rapat dengan papa banding dengan mama.. mungkin sebab mama mereka garang.. haha...

Thursday, December 16, 2010

My fren birthday

(Syaerie yg belakang yerk.. yg berselendang pink masa ni.. masa ku nikah.. 10 Mac 2006)

Hari ni 16.12.2010 adalah hari lahir Syaerie.. antara kawan2 rapat di Teknik, Poli.. dan sekarang.. walaupun dah jarang bersua, tapi masih ada lagi nilai2 mesra tu..

Untuk Syaerie, selamat hari lahir.. Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki & rahmat, dan sentiasa gembira mengharungi hari2 mendatang... :)

Monday, November 29, 2010

Selamat Hari Lahir ke 31 Angah!!


Selamat hari lahir Angah.. yang ke 31 tahun.. Moga panjang umur, murah rezeki & dirahmati Allah sentiasa.. Amin..

Thursday, November 25, 2010

Selamat Hari Lahir Yang Ke tiga Cabid...

Dah tiga tahun dah anak mama.. Hepi Bday Cabid yang ke-3 tahun.. Mama doakan Cabid membesar sihat, cerdas, cergas dan sentiasa menjadi anak yang Soleh.. Amin.. Mama doakan agar Cabid sentiasa panjang usia, dimurahkan rezeki, dirahmati Allah sentiasa dan sentiasa sukses dalam semua bidang (yang baik2) yang Cabid akan ceburi nanti.. Insyallah.. Semoga Cabid jadi anak, adik dan abang yang baik... :) Mama sayang Cabid sangat.. Budak busyuk!!!

Sunday, November 7, 2010

Selamat Hari Lahir Ke 4 Adam..!!

Tiba sudah tarikh ini.. 7.11.2010.. genaplah abang kini 4 tahun usianya.. Gembiranya.. dah besar anak sulung mama.. Ma sentiasa doakan yang terbaik untuk abang.. dari semua segi.. :) Ma akan cuba bersabar dengan karenah abang yang dah kian lain.. yelah dah besar kan.. tiada apa yang dapat ma berikan cuma la kasih sayang saja.. dan jagaan.. Dari lahir pada 2.35 pagi 7.11.2006 pada berat cuma 2.08 kg.. kini abang besar sihat & cergas.. demam pun tiada.. alhamdullilah.. cuma sekarang ni ma & pa nantikan suara abang untuk berkata2 dengan petah pula.. takpe2, take ur time.. :) n' walaupun ma selalu marah2 abang tapi.. ma tetap sayang abang.. Tempat abang bersama mama, papa & adik2.. sentiasa.. dan tiada perubahan..

Wednesday, November 3, 2010

Sambutan Bday Cik Mimi - 29 Oktober 2010

Masa ni tengah menunggu ketibaan tetamu kehormat.. n tengok2.. ada tetamu kecil.. :)

Sebelah sini pun ada juga, siap sandar2 kat dinding lagi..


Ya, sayala yang pertama sampai!!!

Sementara menunggu, layanla kakak ni main belon!! haha..

Seronoknya dapat main belon sama kakak2 cantik...

Senyum!!!

Ketibaan Cik Rugayah @ Cik Mimi.. :) Bday girl...

Cik Mimi memotong kek bday nyer yang cute..

Inila kek birthday Cik Mimi.. :)

Thursday, October 28, 2010

Happy birthday Nana!!!

Hari ni 28 Oktober 2010 adalah hari lahir adikku Farena Azmira @ Nana yang ke 18 tahun!! Sweet 18!!! Semoga dirahmati Allah, dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki... dan semoga sukses selalu.. terutamanya dalam pelajaran.. & kehidupan yang bakal mendatang.. Amin
Inilah orangnyer.. yang menyambut hari lahir ke 18 tahun pada hari ini...

Thursday, September 2, 2010

Anas dah setahun!!!!

Hari ni merupakan hari lahir Anas Muyassar yang pertama.. :) Itula sampaikan ku sanggup lepas sahur (sahur air jer.. tak sempat makan nasi... lewat bangun dah..) masuk jap blog ni nak update sikit.. hehe.. Anas setahun.. dan petang karang dapat free gift dari Klinik.. injection setahun.. haha.. biasala tu.. selalu anak-anakku dpt free gift ni masa birthday dorang.. okies-okies..
Anas, hepi birthday yer.. Ma arap Anas membesar sihat, cergas dan jadi orang berguna.. Amin.. Anas pun dah jalan elok dah sebelum setahun lagi.. cuma badan jer kecik.. :) Okiesla.. gtg.. lambat lak kemas barang nak gi keja.. chaos.. and ma dah beli present yang tak seberapa untuk Anas.. haha.. tapi dpt kat abang2 Anas abisla kan... nati kita update gambar yer..

Monday, May 10, 2010

10 Mei 2010

Ari ni hari Isnin.. n hari ini hari Nana melaporkan diri kat Matrik Gopeng.. nun di Perak sana.. Hopefully sumer berjalan lancar.. rajin2 belajar.. dan jangan main2.. Matrik takleh honeymoon.. menyesal kemudian tiada gunanya tau.. Nati cik n family gie melawat Nana di sana.. yala, kan dah janji nak gi Tambun... :) Mesti seronok kan..?? Kayla.. ati2 la kat sana.. apa2 keep in touch.. berhati2 dengan kawan2 baru... yela tak kenal lagi kan perangai macamana.. kena beware.. n ari ni bday Amy Mastura.. ku ni minat dia tapi xdapat sangat nak mengikuti perkembangan dia sekarang... busy.. esok lak birthday Abah.. ke 59 tahun.. em... hadiah xready lagi.. nak bagi apa yer? cuba bagi cadangan... k la.. chaos...