The loved ones..
Showing posts with label bersalin. Show all posts
Showing posts with label bersalin. Show all posts
Tuesday, May 5, 2015
Kurus selepas bersalin??
Kali ni daku punya berat last sebelum melahirkan ialah 81.5 kg!! tak pernah tau.. sepanjang previous pregnancy semuanya hanya 69kg ke bawah.. Fuu.. macam pregnant twins.. besar betul perut.. baru 4 bulan dah kena cari uniform.. sebelum ni 7 bulan pun boleh pakai baju kurung tau.. of coz baju kurung daku semuanya loose.. tak fit ikut body macam baju certain moms.. sebab i sedar diri u olls.. i ada geleber di sana-sinun tak macam u olls.. huhu... see berat daku naik begitu kerana before pregnant pun daku dah berat dari sebelumnya.. dah 69kg pun.. tak turun2 lepas bersalin Afiq, masa time bersalin Afif berat turun rapidly.. memang kurus.. sampai Abah kata tak makan... haha... bersalin Aisy ni?? em..at 1 month ++ ni lepas bersalin.. tak trun banyak pun.. masih 67.6kg je.. banyak lagi nk diturunkan agar fit.. lebih kurang 11 kg ++ lagi.. jom berusaha...
bukan kurus kerana tak suks orang kutuk2.. lantak la orang kata apa... kite kurus supaya mudah bergerak dan kurus untuk lebih sihat... chaiyok,....
Monday, April 4, 2011
Tahniah..
Tahniah pada Azni kawan seopis yang telah selamat melahirkan baby girl secara operate Ahad lepas.. Patut due date nyer lambat lagi.. cepat lak dia bersalin.. Alhamdullilah.. dan juga pada Shikin Remli yang bersalin anak ke-4 baby girl juga pada 31 Mac 2011. Due date dia pun lambat lagi.. Ku juga tak bersalin lagi.. haha...
Baby Girl Azni.. Sangat cute n chubby... :)
~Gambar Ehsan dari Elizia.. - Mobile Upload FB~
Saturday, March 5, 2011
Tanda-tanda nak bersalin
Apakah tanda-tanda hampir bersalin?
Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
- Bayi turun ke bawah
- Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
- Anda mungkin terasa sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut
- Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
- Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. - Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Bila Perlu ke Hospital??
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.
-dipetik daripada sini---> KLIK SINI
Subscribe to:
Posts (Atom)
