Ku amik ni dari Mag Rapi keluaran terbaru.. 15 Mei 2010. Cover Marsha AF...
Belajar untuk menyejukkan hati dan mengurangkan stress membantu mengurangkan kadar gula darah ke tahap yang sihat, saran pakar daripada Medical University of Ohio. Kajian yang dilakukan ke atas 30 pesakit diabetes selama 10 minggu mendapati pesakit yang menjalani latihan pengawalan stress lebih relaks dan berjaya menurunkan kadar gula darah berbanding bulan sebelumnya. Hal ini membawa kepada pengurangan risiko serangan jantung, buta dan kerosakan saraf. Menurut Ronald Mcginnis, MD, ketua kajian tersebut, stress merangsang hormon yang meningkatkan gula darah. Oleh itu pengawalan stres yang baik dan hati yang sentiasa tenang membantu anda lebih sihat...
Oh padanla ku asik sakit kepala jer ek? Tak pandai ku ni mengawal stres..
n' Bagaimana.... Untuk hilangkan Marah
Melupakan perasaan marah dan dendam menjadikan minda dan badan anda lebih sihat. Kajian dari University of Wiconsin mendapati pesakit jantung yang mengamalkan sikap memaafkan memberikan tindak balas lebih baik kepada stres fizikal. Kaedah terbaik untuk melupakan marah dan dendam ialah dengan menulis surat kepada orang yang anda dendami bahawa anda telah memaafkannya (walaupun hakikatnya surat itu tidak dihantar), saran Simin Reynold's pengarang buku Better Than Chocolate.
No comments:
Post a Comment