The loved ones..

The loved ones..

Saturday, April 10, 2010

Permulaan kisah kewangan Adam

Pengenalan
Adam seorang pemuda budiman yang berasal daripada keluarga sederhana yang terdiri daripada tiga adik-beradik. Bapanya seorang juruteknik di sebuah syarikat tempatan sementara ibunya pula mengajar di sekolah rendah. Dia anak sulung dalam keluarganya, dengan seorang adik lelaki dan dua adik perempuan yang masih di bangku sekolah. Keluarganya bukanlah kaya sangat tetapi mereka mempunyai semua keperluan asas hidup serta sedikit wang sampingan untuk dibelanjakan semasa percutian sekeluarga. Adam dan adik-adiknya bukan selalu dapat menikmati permainan serta alatan terkini yang serba canggih, malah sering kali ditegur bapa dengan kata-kata “Eh… bukan senang nak cari wang...rezeki tak jatuh dari langit tau?”Adam baru menamatkan peperiksaan STPM dan sementara menunggu keputusannya, dia mencari kerja sambilan. Dia berjaya mendapat kerja sebagai juruwang bank dan dibayar gaji RM800! Sebaik sahaja dia menerima gaji pertamanya, separuh daripada gajinya dimasukkannya ke dalam akaun banknya. Sebenarnya, tabiat menabung ini telah dipupuk oleh ayahnya sejak dia kecil lagi. Ayahnya pernah berpesan pada dia dan adik-beradiknya untuk menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. Dengan gajinya yang selebihnya, sekali-sekala dia membawa keluarganya untuk keluar makan malam. Dari bulan kedua, Adam mula berfikir untuk merancang belanjawannya kerana sejak dia mula bekerja, dia tidak lagi menerima wang saku daripada ibu bapanya. Dia tidak mahu terlalu bergantung pada ibu bapanya dan dia juga tidak mahu membazirkan wang yang diperolehnya dengan titik peluhnya sendiri (sekarang dia dah mula sedar mengenai nilai wang!) Jadi Adam telah menyediakan belanjawan berikutnya:

(Untuk kiraan mudah, kita membuat andaian bahawa tidak ada apa-apa potongan berkanun ditolak daripada gajinya)Adam merasakan perbelanjaan makanan mencakup bahagian terbesar daripada perbelanjaannya lalu dia memperuntukkan RM10 setiap hari untuk belanja makanan (purata 25 hari kerja dalam sebulan) dan ini cuma untuk makan tengah hari dan snek petang. Dia bercadang untuk bersarapan pagi dan makan malam di rumah kerana ini bukan sahaja menjimatkan belanja (sebab utama) malah juga lebih menyihatkan (sebab kedua). Adam juga membeli Kad Perjalanan Bulanan berbanding pas harian kerana ia lebih murah sekiranya seseorang selalu menggunakan pengangkutan awam. Dengan perbelanjaan cuma RM135 sebulan sahaja, dia dapat menikmati perjalanan dengan bas awam dan LRT. Adam juga memperuntukkan wang sebanyak RM15 sekiranya dia perlu menggunakan teksi pada hari hujan. Adam juga mengetepikan sehingga RM200 untuk dirinya bagi perbelanjaan pakaian dan hiburan, seperti menonton wayang di hujung minggu (dia juga peminat filem yang setia ) dan sekali-sekala keluar bersama kawan dan keluarganya. Sebagai seorang anak yang baik, dia memberikan wang sebanyak RM50 pada kepada kedua-dua ibu dan bapanya dan selebihnya sebanyak RM100 ditabungkan.Adam bekerja bersungguh-sungguh tetapi dia menikmati setiap detik kerjanya sambil mempelajari selok-belok operasi perbankan. Dia banyak belajar tentang tanggung jawab, kebertanggungjawaban dan Sikap Berhemat dalam bidang kerjanya. Dia teringat pesanan pengurusnya yang menasihati agar menjadikan sikap berhemat suatu sebagai amalan hidup, tidak kira berapa banyak pendapatan seseorang itu.Selepas bekerja di bank selama enam bulan, Adam mendapat berita bahawa keputusan STPM akan diumumkan pada keesokan hari dan dia berasa gementar. Adam memaklumkan kepasa penyelianya bahawa dia akan berhenti kerja tidak lama lagi kerana ingin melanjutkan pelajarannya. Pengurusnya juga telah menawarkan untuk mengambil Adam bekerja secara tetap selepas dia memperoleh ijazah. Sokongan ini membuat Adam berasa bangga dan kini lebih bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh.Sepanjang malam Adam berasa gelisah memikirkan keputusan STPM yang bakal diumumkan pada keesokan harinya. Namun, selepas menatap buku tabungannya, dia tersenyum kerana berjaya menabung wang hampir RM1,000 (wang yang tidak dibelanjakannya telah disalurkan kepada tabungannya) sepanjang enam bulan dia bekerja. Adam terus terlena dengan buku simpanannya di dadanya…………… (sambungan dalam artikel seterusnya).

No comments:

Post a Comment