Minggu lepas kita telah lihat bagaimana rakan kita, Adam, menguruskan kewangannya dengan bekerja sambilan sebagai jurubank sementara menunggu keputusan STPM. Minggu ini, kita akan menyusuri kehidupan Adam di kolej dan mempelajari beberapa petua tentang menguruskan wang kita semasa di kolej atau universiti.Pagi itu, Adam dengan rasa gelisah menuju ke sekolah untuk mengambil keputusan STPM. Akhirnya dia memberanikan diri untuk membuka sampul keputusannya. Masa depannya bergantung pada keputusan itu dan saat yang mendebarkan bertukar menjadi saat yang amat menggembirakannya...dia mendapat “A” dalam semua mata pelajaran. Dia bersyukur kepada Tuhan kerana doanya selama ini dimakbulkan. Dia meluru ke telefon awam yang terdekat lalu menelefon kedua ibu bapanya untuk menyampaikan berita baik itu. Kemudian, dia meraikan kejayaannya itu bersama rakan-rakannya yang lain dengan berbelanja makan sambil bersuka ria. Kawan baiknya, Daniel, juga mendapat keputusan yang cemerlang dan mereka berdua merancang untuk memohon masuk ke universiti yang sama. Hari itu, dia berbelanja besar, menjangkau belanjawan makanan hariannya RM10 untuk makan-makan bersama rakan tetapi tidak mengapa kerana keputusan cemerlangnya menjustifikasikannya!Harinya sudah tiba bagi Adam meninggalkan rumah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Dia dan kawannya, Daniel, berjaya mendapat tempat di Universiti Malaya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan. Mereka memang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, malah Adam sudah pun mendapat tawaran daripada universiti terulung di UK. Namun begitu, mereka terpaksa melupakan hasrat itu kerana kos pengajian di sana adalah di luar kemampuan mereka. Mereka lebih berbangga mengatakan bahawa mereka “100% Keluaran Malaysia”!Adam tidak mahu membebankan ibu bapanya lagi, oleh itu dia memohon pinjaman pengajian di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Jumlah pinjaman ialah RM6,500 setahun bagi program empat tahun, yang membawa kepada jumlah RM26,000. Ini sepatutnya cukup untuk menampung yuran, penginapan dan makan minumnya, jika dia tinggal di hostel kampus. Malah, ada lagi baki untuk diketepikan yang mana Adam memutuskan untuk memulakan pelaburan amanah sahamnya yang pertama. Dia pernah diberitahu tentang kuasa faedah kompaun semasa bekerja di bank dan tanpa membuang masa lagi dia memulakan pelaburan dengan RM1,000 daripada wang simpanan. Dia juga dapat tahu daripada rakan sekerja tentang konsep “pemurataan kos ringgit”, oleh itu dia membuat sumbangan RM100 sebulan kepada pelan simpanan tetap. Dengan kiraan cepat (sikap semula jadi akauntan!), dia menganggarkan bahawa dia boleh menabung kira-kira RM7,000 apabila habis pengajian jika pelaburan amanah sahamnya memberikan pulangan purata sebanyak 8% setahun. “Ini boleh digunakan untuk bayaran pendahuluan kereta ni”, fikirnya sendiri.Pada hari pertama menghadiri kuliah, dia mendengar profesornya bercakap tentang satu daripada konsep perakaunan yang paling penting – Sikap Berhemat. Ini kali kedua dia mendengar perkataan ini, kali pertama adalah daripada pengurus bank tempat dia bekerja. Dalam bidang perakaunan, konsep berhemat menyatakan bahawa “Keuntungan tidak dikira sehingga urusan jualan selesai. Tambahan lagi, sikap berhati-hati diambil untuk menghadapi masalah masa hadapan dan kos perniagaan, iaitu ia diperuntukkan dalam akaun apabila ada kemungkinan yang munasabah bahawa kos sedemikian akan ditanggung kemudian kelak.” Bagaimanapun, apa yang diperkatakan oleh bekas pengurusnya tentang mengamalkan sikap berhemat sebagai budaya hidup dan apa yang diucapkan oleh profesornya memang ada kebenarannya, dan sikap itu harus dipupuk dalam kehidupan harian dan bukan hanya dalam dunia perniagaan. Kita tidak harus membelanjakan pendapatan masa hadapan kita (yang tidak terjamin) untuk membiayai gaya hidup semasa. Selain itu, kita harus sentiasa bersedia menghadapi saat-saat sukar dengan menyediakan bekalan untuk saat-saat kecemasan. Wah, barulah Adam faham!Perkara lain yang terlintas di fikirannya semasa mengikuti kuliah itu adalah keperluan dan kepentingan menyediakan belanjawan. Kata profesornya, perniagaan yang berjaya menguruskan aliran tunai mereka dengan berkesan dan mereka memastikan kejayaan ini dengan menyediakan belanjawan. Malah negara kita pun ada membuat belanjawan setiap tahun, apa lagi sebagai individu, terutamanya pada waktu seperti ini. Adam teringat tentang Belanjawan Bulanannya sendiri dan mengubahnya seperti berikut:
PENDAPATAN
PERBELANJAAN
Baki Pinjaman Pelajaran
RM250
Tabungan
RM100
Pakaian & Hiburan
RM200
Hadiah Kepada Ibu Bapa
RM100
Pengangkutan
RM100
Bil Telefon
RM50
Jumlah Pendapatan
RM250
Jumlah Perbelanjaan
RM550
(Nota: Pinjaman Pelajaran berjumlah RM6,500 tolak Fi Tuisyen, Makanan & Penginapan Hostel sebanyak RM3,500 = Baki RM3,000 setahun)
Alamak! Baru Adam sedari bahawa belanjawannya menunjukkan dia akan kekurangan RM300 setiap bulan. Dia tetap mahu menyimpan RM100 setiap bulan dan memberikan ibu bapanya RM50 setiap seorang. Perbelanjaan pakaian dan hiburan tidak dapat dielakkan, dan dia fikir RM200 sebulan adalah memadai. Dia juga berhasrat untuk pulang ke rumah sekali sebulan dan pergi bercuti bersama rakan-rakan sekursus. Dia juga baru sahaja mendapat hadiah berupa telefon bimbit daripada ibu bapanya, namun begitu dia perlu menanggung bil telefonnya sendiri dan memperuntukkan RM50 sebulan untuknya. Jadi, dia perlu memikirkan cara mengatasi kekurangan itu tanpa meminta bantuan kedua-dua ibu bapanya.Tidak lama kemudian, Adam mendapat tahu daripada pelajar ‘senior’ bahawa ramai siswazah memberi kelas tuisyen persendirian untuk memperoleh wang saku tambahan. Dia agak teruja tentang perkara itu dan meminta bantuan pelajar ‘senior’ untuk mendapatkan beberapa pelajar untuknya. Dia mendapat tiga orang murid sekolah rendah sebagai pelajar dan bayarannya adalah RM30 sejam bagi setiap pelajar. Hasilnya, dia mendapat RM360 sebulan dengan hanya meluangkan masa dua belas jam sebulan. Selepas kos pengangkutan tambahan ke rumah pelajarnya ditolak, dia memperoleh pendapatan bersih RM300. Akhirnya, dia dapat mengimbangkan akaunnya!Adam seorang anak muda yang sungguh rajin dan dia juga bijak belajar, amat berdedikasi mengajar pelajarnya dan bersikap berhati-hati membelanjakan wangnya. Kadangkala, dia keluar minum di warung mamak dan menonton wayang atau keluar melepak namun dia masih dapat berbelanja mengikut belanjawan yang ditetapkan. Sehinggalah dia bertemu seorang ‘istimewa’……….( teruskan membaca kisah Adam dalam Artikel Ketiga kami dalam siri 12 artikel. )

No comments:
Post a Comment