The loved ones..
Tuesday, December 6, 2011
Sunday, December 4, 2011
Anak2..
Masa ni Afif demam..
Abid tolong tengok adik..
Bukan kat situ la tampal coolfever tu Abang
Wat muka comel..
Excited..
Saturday, November 12, 2011
Al-Fatihah
Semalam, kami semua di Bhg Akaun terkejut mendengar berita pemergian seorang sahabat di ofis.. Nurul Huda Binti Yusuf.. Arwah masih muda, baru berusia 26 tahun.. Walaupun tidak kenal rapat namun terkedu juga seketika. Ajal maut tidak mengenal usia dan juga sihat @ tidak seseorang itu.. Arwah disyaki meninggal berikutan denggi berdarah.. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman di sana.. Amin.. ~Al-Fatihah~
Thursday, November 3, 2011
Monday, October 10, 2011
Kenapa??
Apa yang terjadi dengan google arini? Adoila.. daripada tadi nak buka takdapat.. baik dari email hingga ke blog.. aiseh… ni pun ku post guna email.. em.. email opis.. saja je sebenarnya.. J
Fareen Azlen
Kementerian Pelajaran Malaysia is fully Exchange 2010
This E-mail is confidential.
It may also be legally privileged. If you are not the addressee you may not copy, forward, disclose or use any part of it. If you received this message in error, please delete it and all copies from your system and notify the sender by return E-mail.
Internet Communication cannot be guaranteed to be timely secure, error or virus-free. The sender does not accept liability for any errors or omissions
Saturday, October 8, 2011
Berita Harian Online | Ucapan Belanjawan 2012
Berita Harian Online | Ucapan Belanjawan 2012
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..
Thursday, October 6, 2011
Adui.. sangat teringin..
Teringin apa itu?? Iskh tak tahan.. sangat teringin.. Daku mahu.!!!! Tolong hadiahkan... haha...
Ini dia... Cantek kan?? Yee ha.. ku dah letak order dah ni.. iskh bila nak dpt confirmation email ni.. Sangat tak sabar okay.. ? Bayangkan diri ku yang sangat2 'comel' nie bila pakai baju bercorak cute2 macam ni.. mesti lagi sangat comel... kan? kan? (Sesi memerasankan diri sendiri..) Leh didapati di Feyza Collection.. Banyak lagi tau corak2 menawan kalbu.. tapi kena banyak bersabar dan cuba tidak mementingkan diri sendiri.. haha.. tapi corak yang ku oder bukan la yang di atas.. Tunggu.............. haha..
Yang ni dah siap jadi baju...
Yang ni lak b4 jadi baju..
Wednesday, October 5, 2011
Yahoo.............
Apa yang Yahoo..? Hehe... Yahoo la.. Handphone baru dah tiba.. Thanks Abangcik @ Alif sudi gi belikan.. hehe... adui canggih dari hp sebelum ni.. puas juga ku godek.. n terkial2 juga bermesej.. haha.. Saya budak baru belajar...
Cek up Afif.. 6 months
Ari ni ke Klinik kesihatan putrajaya utk pemeriksaan rutin Afif yang ke 6 bulan.. Sudah ku agak berat merundum.. yalah dia kan baru sangat baik demam.. Oleh kerana berat turun begitu, next month kena lagi ke klinik untuk monitor berat dia.. even dia nampak cergas sekali.. Ke klinik dalam ujan sangat lebat.. namun digagahkan juga kerana sangat malas nak time off lagi di waktu lain.. Everything smooth aja.. hingga selesai cek up.. aduhai, kereta tak boleh start.. iskh2.. adui.. kulupa tutup lampu.. silap sendiri.. mula la godek hp mencari no hp abang Joe.. ingatkan nak minta tolong.. tapi tiba2 keta diketuk.. Orang yang parking bersebelahan bertanya dan sudi membantu.. Alhamdullilah.. Syukur masih ada lagi yang prihatin.. Semoga Allah melimpahkan kurnia dan memurahkan rezeki beliau dan keluarga beliau.. Amin... :) Ku gembira even letih berujan..
Thursday, September 29, 2011
Afif demam
Arini KHamis 29.9.2011.. em.. Afif demam.. makin kuat pula.. semalam malam dah cam demam sikit tapi cam skit jer panasnyer.. sekarang makin kuat.. dah bagi makan ubat.. ubat demam yg dapat masa dia gi inject tu.. Masa inject tak pernah demam, so memang banyak koleksi ubat demam tu.. tapi kalau esok masih tak reda, kenala juga ke klinik... em.. kesian dia.. muka merah aja.. tapi masih juga nak main.. budak..
Friday, September 16, 2011
Hari Malaysia...
Selamat Menyambut Hari Malaysia.. hari ini 16 September 2011. SAngat2 bermakna dan meriah kerana disekalikan dengan sambutan Hari Merdeka.. :)
Makanan Bayi: Cara Yang Betul Kendalikan Frozen Puree
Kali ni saya nak kongsikan sedikit kesilapan saya dalam menyediakan puree bayi yang dibekukan. Klik di sini untuk cara-cara penyedian makanan puree bayi. Setiap penyediaan makanan bayi adalah kritikal (sebenarnya setiap penyediaan makanan untuk orang dewasa juga penting). Tetapi disebabkan perut bayi lebih sensitif dan masih berkembang, adalah perlu untuk lebih berhati-hati. Saya akui, saya juga banyak membuat kesilapan. Huhu… lepas memaksa diri baca dan baca, barulah sedar kembali, dan betulkan kembali kesalahan itu. Apa dia kesilapan saya?
Kesilapan saya adalah:
- Apabila saya membuat puree bayi, saya masukkan puree tersedut ke dalam bekas ais yang tidak mempunyai tutup. Oh, ini salah ye kawan-kawan. Sepatutnya anda masukkan ke dalam bekas ais yang mempunyai penutup supaya tiada bakteria berpeluang masuk ke dalam puree semasa proses pembekuan di dalam freezer.
- Saya tidak membuat label tarikh kepada makanan beku bayi. Oh, makanan bayi yang telah dibekukan haruslah digunakan dalam tempoh sebulan sahaja paling lewat ok.
- Jangan letak dalam bekas plastik seperti di bawah ni (kesilapan lepas… hehe). Ini kerana setiap kali penyediaannya, anda perlu cairkan terlebih dahulu, dan kemudian ambil sedikit bahagian untuk digunakan, kemudian simpan kembali ke dalam freezer, yang mana membuatkan makanan bayi beku tersebut lebih banyak terdedah kepada perubahan suhu yang melampau, meningkatkan risiko pembiakan bakteria. Pastikan untuk membekukan makanan bayi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit supaya mudah diambil untuk setiap hidangan. Contoh, satu kiub untuk satu hidangan.Maklumat tambahan untuk penyediaan makanan beku bayi (yang saya tak buat silap, hehe).
- Makanan puree bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam fridge (peti sejuk bukan freezer) maksimum selama 48 sahaja. Sebaiknya terus masukkan ke dalam ruang freezer.
- Sekiranya anda mahu sejukkan makanan bayi sebelum mengisar menjadi puree, pastikan tidak melebihi 2 jam di dalam suhu bilik, kerana dikhuatiri akan membiakkan bakteria ke dalam makanan. Pastikan bekas makanan sentiasa bertutup.
- Jikalau mahukan makanan segar buat bayi anda, yang mana anda tidak mahu bekukan makanan tersebut, buatlah setiap hari. Ini applicable untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah ya. Lebih sihat gitu. Bukankah bila kita tidak bekerja, seharusnya semua adalah lebih baik dan lebih berkualiti. Ya, masa berkualiti untuk anak, makanan berkualiti untuk anak, pendidikan rumah (informal dan formal) yang lebih berkualiti untuk anak-anak. Jangan pulak terbalik ye. Hehe. Perlu diingat, makanan air tangan ibu yang dibekukan adalah lebih baik dari instant baby food di pasaran.
- Kebaikan menyimpan makanan bayi beku ni ialah sekiranya bayi anda menolak makanan tersebut, anda boleh cuba memasukkan resepi makanan tersebut mungkin seminggu atau 2 minggu selepas itu. Yelah, mana tahu tiba-tiba bayi anda tukar selera kan? Hehe. Nota kaki : Ehsan www.ibucergas.com
Sunday, September 11, 2011
Dah pandai??
Tadi tengahari saja jer try test tengok Afif.. perah susu semalam simpan di chiller aja.. dan arini panaskan di warmer murah ku itu.. dan masukkan ke dalam botol MAM seperti di pics atas.. n terus suakan ke mulut Afif.. dia nyot2 sampai abis.. try test tu cuma 2 oz jer.. maybe kalau letak lebih tak tau ler bagaimana.. em try lagi esok.. hehe
Friday, September 2, 2011
2nd Birthday Anas!!!
Cupcake Size Large... Perisa Vanila, Topping pelbagai, ada White Choc lagi..
Nilah budak yang berusia 2 thn tu..
Thursday, September 1, 2011
Reunion Papa di Umah Mak Bapak di T.I
Hari raya ketiga aritu, telah berlangsungnya reunion papa bersama kekawan sekolah rendah nya di umah mak bapak.. Menu nyer adalah Mee Kari air tangan Mak.. ada juga puding dan karipap.. + air oren.. juga ada kek coklat sedap berhias strawberry buatan Su.. (kawan pa). Sedikit pics untuk dikongsi bersama..
Gambar di download di Muka Buku.. dan diupload oleh Aziem..(Anas tido)
Antara kawan2 perempuan.
Yang lelaki bersantai di kerusi rotan...
Kek Coklat Strawberry sumbangan Su..
Mengimbau kenangan lalu
Juadah yang ada..
Di rumah Am..
Beraya sambil melawat kembar Miza..
Comel kan si kembar gegirl Miza.. Tahniah pada beliau & suami..
Eceli ku baru kenal jer kekawan pa ni.. except for Azim dan isterinya Farah jer.. Best nya walaupun reunion tu reunion mereka.. iskh tak dapat terbayang bila ada reunion ku lak.. sama ada reunion SK Sri Kelana ker?? or maybe x-Seaport ker.. em bestnya.. dan juga maybe reunion Puo ker?? best nyer.. bila2 kome nak lakukan?? meh decide bersama...
Friday, August 26, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)























