Kali ni saya nak kongsikan sedikit kesilapan saya dalam menyediakan puree bayi yang dibekukan. Klik di sini untuk cara-cara penyedian makanan puree bayi. Setiap penyediaan makanan bayi adalah kritikal (sebenarnya setiap penyediaan makanan untuk orang dewasa juga penting). Tetapi disebabkan perut bayi lebih sensitif dan masih berkembang, adalah perlu untuk lebih berhati-hati. Saya akui, saya juga banyak membuat kesilapan. Huhu… lepas memaksa diri baca dan baca, barulah sedar kembali, dan betulkan kembali kesalahan itu. Apa dia kesilapan saya?
Kesilapan saya adalah:
- Apabila saya membuat puree bayi, saya masukkan puree tersedut ke dalam bekas ais yang tidak mempunyai tutup. Oh, ini salah ye kawan-kawan. Sepatutnya anda masukkan ke dalam bekas ais yang mempunyai penutup supaya tiada bakteria berpeluang masuk ke dalam puree semasa proses pembekuan di dalam freezer.
- Saya tidak membuat label tarikh kepada makanan beku bayi. Oh, makanan bayi yang telah dibekukan haruslah digunakan dalam tempoh sebulan sahaja paling lewat ok.
- Jangan letak dalam bekas plastik seperti di bawah ni (kesilapan lepas… hehe). Ini kerana setiap kali penyediaannya, anda perlu cairkan terlebih dahulu, dan kemudian ambil sedikit bahagian untuk digunakan, kemudian simpan kembali ke dalam freezer, yang mana membuatkan makanan bayi beku tersebut lebih banyak terdedah kepada perubahan suhu yang melampau, meningkatkan risiko pembiakan bakteria. Pastikan untuk membekukan makanan bayi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit supaya mudah diambil untuk setiap hidangan. Contoh, satu kiub untuk satu hidangan.Maklumat tambahan untuk penyediaan makanan beku bayi (yang saya tak buat silap, hehe).
- Makanan puree bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam fridge (peti sejuk bukan freezer) maksimum selama 48 sahaja. Sebaiknya terus masukkan ke dalam ruang freezer.
- Sekiranya anda mahu sejukkan makanan bayi sebelum mengisar menjadi puree, pastikan tidak melebihi 2 jam di dalam suhu bilik, kerana dikhuatiri akan membiakkan bakteria ke dalam makanan. Pastikan bekas makanan sentiasa bertutup.
- Jikalau mahukan makanan segar buat bayi anda, yang mana anda tidak mahu bekukan makanan tersebut, buatlah setiap hari. Ini applicable untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah ya. Lebih sihat gitu. Bukankah bila kita tidak bekerja, seharusnya semua adalah lebih baik dan lebih berkualiti. Ya, masa berkualiti untuk anak, makanan berkualiti untuk anak, pendidikan rumah (informal dan formal) yang lebih berkualiti untuk anak-anak. Jangan pulak terbalik ye. Hehe. Perlu diingat, makanan air tangan ibu yang dibekukan adalah lebih baik dari instant baby food di pasaran.
- Kebaikan menyimpan makanan bayi beku ni ialah sekiranya bayi anda menolak makanan tersebut, anda boleh cuba memasukkan resepi makanan tersebut mungkin seminggu atau 2 minggu selepas itu. Yelah, mana tahu tiba-tiba bayi anda tukar selera kan? Hehe. Nota kaki : Ehsan www.ibucergas.com
No comments:
Post a Comment