The loved ones..

The loved ones..

Saturday, April 30, 2011

Bila ada rasa tak penting??

Bila kita ada perasaan tak penting, kita mesti rasa susah hati.. rasa sangat tensen.. sangat marah.. dan segalanya.. Lagi2 bila kita sakit.. kita penat.. lagila tensen tu membuak2, marah tu menjadi2.. jadi semua kita nak marah, semua kita nak tengking2.. Kalau la duit byk di tgn mungkin tak tensen sgt.. leh shopping.. even pun tak leh gi window shopping.. leh screen shopping di internet.. skrg kan byk online shop, blogshop pun berlambak2.. takyah gi kedai sumer.. kan best.. bila shopping jadi tak tertekan.. kurang marah.. betul.. Ni namanya terapi shopping.. haha.. Itula ku sebenarnya.. rasanya dulu kurang tertekan, sebab duit sentiasa ada di tangan.. leh shopping mopping.. biarpun tetiba lepas beli barang2 tu iskh tak de kegunaan sangat pun barang ni.. Tapi keseronokan bershopping tu ada.. ada perasaan gembira yang muncul di hati.. Tapi sekarang bila semua duit rasa macam tak cukup.. bukan tak cukup sebab apa.. sebabnya ada keperluan lebih penting.. nak kena simpan utk barang2 anak, nak kena bayar bil itu ini, nak beli bekalan makanan & barang utk rumah.. mula la tensen tu muncul.. sebab dulu, ada juga bayar bil, ada juga beli barang anak2, ada jga beli bekalan makanan & brg utk rumah.. tapi xdelah sampai semua duit gaji ke situ.. sebab ada gak kongsi2.. tapi sekarang ketara sangat nampak duit gaji ku semuanya ke situ.. kalau tak wat potongan gaji dalam ASB & Lem Tabung Haji (itupun ciput jer potongannya..) takdela duit lain.. Sangat terukkan situasi sekarang.. bukan masalah anak makin bertambah atau apa.. itu takleh dijadikan alasannya.. sebab anak2 itu anugerah Allah.. kita kena jaga dengan baik.. cuba beri yang terbaik dan bersederhana, setakat kemampuan kita.. Tapi kekurangan duit ni terjadi bila org memang menaruh harapan pada kita saja.. Sebab orang tau kita mampu buat semua.. mampu bayar itu ini dengan duit kita.. Orang2 begini yang berubah bukan kerana keluarga tapi berubah kerana nak seronok hidup.. memang amat menyusahkan.. Memang amat menyakitkan.. Yang lebih pentingkan orang lain.. daripada ahli keluarga sendiri meaning.. isteri & anak2.. yang suka menipu utk kepentingan diri sendiri.. adalah lebih baik mereka2 ni,... duduk je sendiri.. tak payah ada keluarga...

nota kaki : Luahan dari hati,,,,,,,,,,,akibat terlalu sakit hati.. Maafkanlah...

Penyakit TIBI

APAKAH ITU PENYAKIT TIBI?


Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.

Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.

TANDA & GEJALA PENYAKIT TIBI PARU-PARU

Batuk berterusan lebih dari 2 minggu

Kahak yang mengandungi darah

Deman dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam

Susut berat badan dan hilang selera makan

Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang

Mudah letih

CARA JANGKITAN

Kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.

CARA MENGESAN TIBI

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi anda akan diminta :

Melakukan pemeriksaan kahak dan/atau,

Menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat.

RAWATAN TIBI DOTS

DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit Tibi.

Prinsip-prinsip DOTS adalah :

Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan

2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih

Pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik

PENCEGAHAN

Dapatkan suntikan BCG bagi
-Bayi yang baru lahir
-Murid sekolah : Darjah 1 (7 tahun) sekiranya tiada parut di lengan

Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan selama 2 minggu

Kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan

NASIHAT AM

Banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi.

Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap.

Amalkan cara hidup dan makan makanan yang seimbang.

KEMUDAHAN MENGESAN DAN RAWATAN

Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh diperoleh secara percuma di semua klinik dan hospital kerajaan.

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Bahagian Kawalan Penyakit,
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama
Institut Perubatan Respiratori

nota kaki : Saja cari info tibi ni coz aritu Nurse dtg n tgk ku batuk.. tanya batuk dh lama.. ya, sebelum bersalin lagi dah batuk.. non stop.. jadi dia suruh cek masa gi cek up 1 month nati di klinik.. next week dah 1 month.. jap jer.. rasa macam baru cuti.. em..

Friday, April 29, 2011

Em.. Sakit..

Arini Jumaat.. tapi rasa cam ari cuti lak.. Sebab budak2 n bapak budak sumer ada kat umah.. Mungkin ada hikmahnya juga.. leh la pa tolong2 tengok Afif & Anas.. Rupanya ari ni nak sakit.. Kul 4 pagi ku bangun.. sakit sangat gigi.. dan sebuk mencari stokin + Sweater.. rasa amat sejuk.. gi dapur cari la panadol.. tak tertahan sakit.. pastu bila siang.. mandi air suam pun masih mengigil lagi badan.. dahla selsema, batuk.. selamat demam tak kuat.. tapi dari sakit sikit2 je kepala, melarat sakit kepala.. hinggala bila nak bangun rasa nak jatuh.. iskh2.. tak leh wat satu apa menda pun arini.. tak larat.. Afif pun mandi kul 1 petang.. itupun, pa mandikan...em.. ni pun baru berpeluang tengok2 website.. sebenarnya nak kemaskini permohonan pertukaran pa.. sakit betul ati, bila mintak info tak dapat ni.. esok dah last.. iskh..

Wednesday, April 27, 2011

Tahniah Za & Mala..

Congrats pada Za & Mala, jiran kami kerana telah mendapat baby boy.. Selamat dilahirkan ari ini pukul 2 pagi.. Nanti dah pulang ke rumah, leh la kami gi jenguk.. Baby boy ni anak ketiga mereka.. Sebelum ni yang sulung & kedua, masing2 gegirl.. dah dapat la sorang boboy yer.. Ku juga lum sampai seru nak dapat baby gegirl.. takpela, asalkan anak2 semua sihat dan cerdas.. :)

Tuesday, April 26, 2011

Hari ke-19!!

Good morning.. masih morning lagi kah?? Cek time jap..masih lagi.. hehe.. Tadi ku terus bangun jer, dah tak landing2 dah.. so terus masukkan baju dalam mesin.. n menyapu sikit2.. mandi, mandikan Anas.. breakfast dan tgk tv sambil susukan Afif yang busyuk masam lagi sebab tak mandi.. haha.. awal lagi ni nak mandikan Afif.. (masa time tu la..) so around kul 9.30 pagi baru ler ada niat nak mandikan Afif.. tetiba terbuka lak Astro Ria.. eh.. ada citer "Ungunya Cinta" ala lakonan Leez AF4 dan sapa ntah heronya tu.. sebab ari tu ada tengok preview citer ni di blog MYsuperkids kelolaan Mommy Lyna.. so ternak lak tengok citer ni.. dah tengok mulala takleh gerak.. aiseh.. Afif, lambat sikitla mama mandikan Afif yer.. tetiba, pastu iklan, jadi siapkan jerla air mandi Afif.. then dengar ketuk2 di pintu.. Aiseh men.. sapa kah gerangan nya itu?? umah tak kemas lagi.. meaning, toto tak lipat bantal masih lagi selerak.. itu ajala yang tak kemas pun.. em.. NUrse la.. ceh.. selalu datang masa umah tengah selerak giler ni.. iskh2.. malu den... Lantakla.. nama pun ibu berpantang kan, mana la sempat nak wat semua keja laju2 siap sumer.. haha.. cek2.. Nurse pun kasi buka baju Afif.. timbang.. okies.. taknaik banyak pun.. last aritu timbang masa ari ke 11.. so ari ke 19 ni.. dia naik 200 gram dari aritu.. dah jadi 4kg.. okiesla naik gak.. so dah alang2 nurse datang, ku tanyala dia persoalan.. sebab masa Anas dulu.. 'membuang ari2.. sebab susu badan kan?? Tibe2 Afif ni 3 ari baru 'membuang.. jadi ada kerisauan di situ.. Then, baru rasa lega.. Nurse kata tak sumer budak sama.. lepas seminggu dua, budak2 ni walaupun menyusu badan, kadang2 ada yang membuang lepas 2,3 ari.. yang penting poo poo dia masih lembik dan cair.. tak keras.. dan tak campur any formula milk.. jadi tak jadi masalah yer.. oooo.. baru la kelegaan terasa.. hehe.. Kamu bikin mama risau jer Afif.. sebab kamu tu menyusu bukan main.. kencing banyak tapi poo poo.. aduhai.. legala ati mama.. Nurse balik dan set up tarikh sebulan pada 6 Mei nati.. (6 Mei baru sebulan..? lambat lagi...) em.. dan nurse pun pulang... dan tetiba.... eh eh ada call.. Mak la.. Mak call kata nak datang.. yalah, dah agak mak datang sebab ari ni mereka, (Mak, Abah,Alif & Nana) nak balik Terengganu.. Khamis baru balik sini.. mesti la mak dan abah datang dlu.. :) Bawak kan roti canai.. hehe.. jap jer mak n abah duk.. tapi sempat juga mak tolong angkat baju & sidai kan baju Afif.. selamatla baju afif tak banyak.. kalau tak kesian mak.. pastu mak balik.. eh sebelum mak balik sempat la ku mandikan afif.. susu dan dia tidur.. ku baru ler terhegeh2 di skrin komputer ni.. sebab sebenarnya nak tengok Akaun SSPN Adam, Abid & Anas.. nak anta form potongan gaji ke PTPTN.. sebab tak masukkan potongan ke akaun Anas.. dia masukkan double kat akaun Adam.. padanla banyak dalam akaun Adam.. :) takpela, masuk ke akaun anak2 juga.. kena top up balik la akaun Anas mana yang termiss.. k la.. nak tengok budak2 berdua tu jap.. diam jer.. tidur kah kedua2 nyer??

nota kaki : nati nak masukkan gambar Anas & Afif lagi ketika di umah.. sangat cute...

Monday, April 25, 2011

Em. Teringin............

Eh cam lagu lak teringin.. hehe.. adapun org yg sedang berpantang ini, em.. dah baper ari pantang yer?? Oh ari ni sudah masuk ari ke... ceh-ceh.. macam la dah nak masuk 44 ari.. haha.. ari ni baru masuk ari ke 17 berpantang.. masih jauh lagi nak ke 30 ari.. dah tambah lak lagi 2 minggu dari 30 ari tu baru abis pantang.. em.. okies.. sebenarnya ku ni nak makan coklat.. tapi susah tul nak suruh orang gi beli ni.. nati ada lah yang tak kena.. sama ada takde.. or salah flavour.. n macam lagi hal nyer.. adakah ku terlalu choosy?? eh betul ke ejaan itu?? Tidak.. tapi yalah kacang2 nie kureng sikit mendapat perhatianku.. lagipun awal2 ni tak elok sangat makan kacang2 ni.. angin.. hehe.. tak makan kacang pun angin juga.. tak taula napa.. dah makan ikut time pun angin juga.. pastu mula la letak minyak yu yee cap limau tu.. patut untuk Afif.. tapi mama dia yang guna.. haha.. bebanyak.. last2 dah tinggal sikit jer minyak tu.. lucky masih ada spare, minyak telon.. jadi afif leh lah guna yang tu aja.. pastu bila mama dia angin2, mulala Afif pun angin.. kesian dia.. tapi pelik la.. makan ikut time dah pun angin juga.. rasanya masa bersalin yang lain dlu, makan gitu juga.. rasa lagi kurang makan... tapi tak lak angin2 bagai ni.. susah tul.. em.. nak wat camna ya??

Saturday, April 23, 2011

Selamat Hari Lahir Cha Cha,


Hari ni 23 April 2011, adalah hari lahir anak buah ku Nur Darwisyah.. @ Cha cha.. Dah 4 tahun dah.. dah besar,, Semoga Chacha membesar sihat, cergas, cerdas dan sentiasa maju jaya di dalam apa yang diceburi.. Semoga panjang usia, murah rezeki & dirahmati Allah sentiasa..

Letih.. Panas...

Em.. itula yang dirasai arini.. letih.. panas.. walaupun takdela buat menda pun.. Badan rasa letih maybe sebab si Afif ni asik bangun jer.. nak menyusu.. dan tak sempat nak rehat.. Yalah, dah tidur si Afif nak kena tengok lak abang-abangnyer. Makan nak kena beri sumer.. Pampers nak kena tukar.. makan sendiri pun tak terjaga.. Pastu arini cam ada rasa bahang-bahang dari luar.. panas rasanya.. em... Inila akan terjadi bila sorang2 nak handle semua... sebab takde orang nak bantu.. Orang lebih suka habiskan masa di luar... walaupun dalam keadaan yang macam ni.. Sungguh orang itu mementingkan diri sendiri.. Tiada langsung pun mesej @ panggilan tanya kabar.. taknak tanya kabar orang besar pun, tanyala kabar orang2 kecik ni.. Manusia memang penting diri sendiri.. cuma orang2 sekeliling tak nampak jer.. Orang2 sekeliling cuma nampak kebaikan.. takde pun nak beri nasihat yang bagus sikit.. Mentang-mentangla ku reti wat semua sendiri.. Nampak buruk ku aja.. Buruk orang tak nampak.......................................... Tensen...

Thursday, April 21, 2011

Akhirnya.. jumpa juga..

Kelmarin.. em.. baper hb?? 19/4/2011 akhirnya.. Nurse dari KK Putrajaya jumpe juga rumahku ni.. yalah kan kena buat rutin cek up.. at least 3 ari kan?? Kelmarin tu dah hari ke 11.. So first time la Afif nak ditimbang beratnya.. Yihaa.. Afif juga tak mo kalah dengan sepupunya Hadeef.. dia pun turut naik berat juga.. tapi takkan la dalam 11 ari dah naik 1 kg kan.. naik ler juga.. Dah jadi 3.8 kg.. naik ler dalam 500gram.. okaylah juga.. tunggu nati pula.. :)

Monday, April 18, 2011

Sedikit kisah Afif..

Ari ni cek lagi darah di Klinik Kesihatan Putrajaya.. Hari ke 10.. Masa hari ke tiga jaundis Afif adalah 200. Cek lagi ari ke lima, jaundis nyer naik menjadi 239. Cek lagi ari ke tujuh, jaundisnyer turun ke 212. Dan repeat arini, jaundisnyer turun lagi.. kepada 193. Doktor sangat berpuas ati.. Cuma to confirm, yang jaundis nyer tak akan naik2 lagi, ari ke-14.. iaitu pada Jumaat 22 April 2011 ni kena repeat lagi sekali... hopefully jaundisnyer akan turun terus.. :) insyallah.. Lagipun Afif kuat minum susu, banyak buang.. jadi banyak la kuning2 tu kuar.. kan Afif kan..??

Sunday, April 17, 2011

Menunggu ketibaan mereka...

Sapakah mereka itu?? Mereka adalah kawan2 ku nak melawat katanya lepas lunch.. :) Sapa lagi, dari anak first hingga ke empat, tetamu yang sentiasa setia datang melawat ku ketika bersalin... Liza & Syaerie.. Tapi masa time Adam dlu, mereka masih bujang yer.. Sehingga time Abid pun Liza pun single lagi.. Sekarang ni Syaerie masih single.. single tapi tak tau la kalau tak available ker.. hehe.. Sekarang ni menunggu dorang datang.. Liza bersama Zukey + Bihah.. Syaerie + Kuchai.. sumer x-student PUO.. hehe.. sabar jer menanti nie.. kata Syaerie, dia n Kuchai dah berlingkar di umah Liza.. menunggu dorang suami isteri dan anak bersiap.. biasala.. dah jamu makan lunch, mestilah nak berkemas2 dlu pinggan mangkuk sumer.. pastu nak siapkan anak pulak.. lagi2 anak dara kena la disiapkan dengan cantik.. kan?? Nak kena ikat rambut kalau panjang, nak kena pakai riben ke apa ker.. biasala tu, i kan perempuan juga.. haha.. takkan i tak tau, walaupun i takde anak gadis di rumah ni... Sebab dlu masa i kecik2 dlu.. ceh2 i lak kan... masa nak gi tadika, mesti disiapkan abah.. :) Jangan tak percaya, abah yang siapkan.. sebab abah kan keja shif jadi ada waktu dia ada di umah.. dia la yang gosok baju, pakaikan baju dan ikat kan rambut.. siap ikat ketat2 rambut dua.. hehe.. terhoyong hayang juga seketika kepala i bila disikat rambut oleh abah.. abah tarik ke kanan, ke kanan la kepala i... begitu jugala bila abah tarik la rambut ke kiri, ke kiri lah kepala i.. ikut aja.. tak sanggup nak keraskan kepala.. hehe.. tapi budak2 sekarang ni, bila kita sikat lebih skit, mengaduh sakit.. susah betul.. kenapa yer?? iskh2.. dah lari tajuk ni... leh la mengimbau kenangan lalu.. ala, yang manis2 apa salah diimbau.. senyum juga seketika.. biarpun abah garang, tapi nampak lagi tanggungjawab dia.. Itulah Abah..

Friday, April 15, 2011

Afif lagi.........

Afif dah siap berpakaian tidur Afif baru lepas mandi.. nak touch up sikit
Afif baru lepas balik dari klinik..

Thursday, April 14, 2011

Sudah lama tak tulis blog.......

Tajuk pun dah tau kan.. itula.. memang lama tak tulis blog.. sebab masa sangat pack sekarang.. nak urus kan diri sendiri lagi, nak uruskan si kecik tu lagi.. selamatla anak2 besor tu papa dia uruskan.. dan makan pun buat masa ni diuruskan papa.. Tq yer.. nati next week kena la uruskan makan sendiri.. alah, sapa lagi yang nak makan pun.. diri sendiri juga.. kena makan, kalau tak macamana nak bagi makan si kecik tu.. ya tak?? Ari ni dah 14 hb April 2011. Dah masuk ari ke 6 la melahirkan Afif Muazzam.. walaupun ku letih menunggu dia keluar aritu, (almaklumlah terlebih ari lak..) dan letih juga nunggu dia kuar (masa kat labour room, dari kul 8 pagi hingga 12tgh... dalam sejarah.. paling lama nak kuar...) tapi alhamdullilah, dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah untuk melahirkan dia secara normal.. padahal bp - tekanan darah sangat tinggi.. dan juga lagi dipermudahkan Allah, tiada rasa sakit... percaya atau tidak, itulah kenyataannya.. tak sakit yer.. syukur... dan juga syukur alhamdullilah, lahirnya dia ke dunia ni, pandai dan terus minum susu badan.. n tak sampai sejam pun bersalin.. :) dan juga syukur alhamdullilah kerana Afif Muazzam tidak banyak ragam.. cuma takut mandi aja.. :) dan bangun hanya kerana pampers penuh atau nak minum aja.. Agaknya dia paham mama nya nak kena lihat abang2 juga.. especially abangnya yang manja, Anas.. Semoga segalanya dipermudahkan.. insyallah.. dan moga semua penyakit kuning - Afif dan darah tinggi - ku sendiri ni beransur2 pulih.. insyallah.. nota kaki : Terima kasih pada semua ahli keluarga, sedara dan kawan2 kerana sudi melawat... :) Sangat hargai lawatan itu... :)

Monday, April 11, 2011

Anak Lelaki Ku Yg Ke-4



Memperkenalkan Afif Muazzam Bin Khairul Hizard.. anak lelaki ku yang ke-4.. lahir pada 8 April 2011 di HUKM pada pukul 12.17 tgh secara normal, berat 3.33kg, panjang 49cm.. Alhamdullilah semua sudah selamat dan dipermudahkan Allah..

Wednesday, April 6, 2011

Happy Birthday Abgcik & Wafaa...

Hari ni birthday Abgcik @ Alif yang ke 24 tahun.. dan birthday Wafaa anak buah ku yang pertama!! Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah sentiasa.. Moga hepi2 selalu.. :)



Ni Abangcik @ Fadly Alif.. 24 years old.. today Ni Nur Wafa'a 1 yrs old today


nota kaki : Mana tau baby dalam perut mau kuar ari ni.. jadi dapatlah berkongsi hari lahir dengan Abgcik & Wafaa, kan?? Kan??

Tuesday, April 5, 2011

Mc..

Ari ni mc.. sebab apa mc..? Tak sakit pun.. cuma letih sikit jer sebab jaga Anas yang sakit.. sebab dia malam2 rengek2 sakit la.. nak air la.. macam2.. tapi biasala orang sakit.. manja pun lebih.. Jadi mamanyer sakit kepala sebab kurang tidur.. dah la makin susah nak tidur.. banyak betul menda nak pikir.. Nak pikir orang di luar, nak pikir orang di dalam perut lagi.. iskh.. doakan la semua selamat dan berjalan lancar.. kena banyak rest ni.. nati takde tenaga pulak.. k la..

Monday, April 4, 2011

Ke klinik lagi..

Tadi ke Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 3.. Nak cek kaki Anas yang bengkak.. (Arini lagi nampak sangat bengkak kakinya..) Nak mandi pun sakit.. lap slow2 dengan towel pun dia rengek "Ma, Akit..." Jadi tadi jupe doktor.. Doktor kata maybe alergik @ jangkitan kuman.. Jadi doktor bagi antibiotik dulu.. Suruh makan dlu antibiotik hingga abis n tengok dlu.. adakah makin teruk @ akan ok lepas makan ubat... arap2 bertambah baik la kan.. Dia time sakit camni, nak berdukung jer.. dan dengan pa pun x mo sangat.. tapi ku bila lenguh2 kaki bagi juga dia pada pa.. tak larat.. sakit sangat kaki.. ni pun siap berminyak bagai kat kaki.. sebab sangat lenguh dan sakit2.. pinggang sumer sakit sebab kendong dia.. tapi takkan tak nak kendong kan.. kesian dia.. dia sakit kaki.. berdiri pun goyang2.. em.. cepat la sihat Anas yer..

Tahniah..

Tahniah pada Azni kawan seopis yang telah selamat melahirkan baby girl secara operate Ahad lepas.. Patut due date nyer lambat lagi.. cepat lak dia bersalin.. Alhamdullilah.. dan juga pada Shikin Remli yang bersalin anak ke-4 baby girl juga pada 31 Mac 2011. Due date dia pun lambat lagi.. Ku juga tak bersalin lagi.. haha...

Baby Girl Azni.. Sangat cute n chubby... :)


~Gambar Ehsan dari Elizia.. - Mobile Upload FB~

Sunday, April 3, 2011

Susah ati.......

Tengoklah kaki Anas, bengkak kat betis.. Baring ajala.. dah demam...
Sangat susah ati...... Baru baik demam.. dah demam balik.. Sapa lagi... Anasla.. pastu tengok2 kaki dia bengkak pulak.. sampai nak berdiri pun cam tak kuat.. goyang2.. tak tau kena sengat dengan apa.. tak senang ati betul... kesian dia.. Doktor suruh mandikan dia lama2.. bagi sejuk badan.. tapi masa jumpa doktor bengkak kat kaki tu tak nampak pun lagi.. Bila balik dari umah mak tadi, lepas ku tanggal sumer pakaian dia, pun takde lagi bengkak tu.. then ku masuk bilik tengok dah ada merah bengkak tu.. iskh2.. Dahla Cabid & Abang dua2 sakit tekak.. Cabid dah tahap batuk.. yalah sekarang kan musim panas.. iskh2.. Susah ati betul.. em.. moga2 biarlah kalau bersalin dalam masa terdekat ni.. (haruslah kot.. dah lepas due date pun...) semoga dikurniakan Allah kekuatan untuk menjaga mereka semua.. Insyallah.. doakan ye kawan2... Amin..

Saturday, April 2, 2011

Saja nak tempek gambar buruk ni..


Haha.. sesaja je snap sendiri pics.. Gambar sendiri yang tak berapa nak lawa dengan tudung lawa pemberian Kak Sarina.. Tq Kak Ina.. Ni gambar sesaja jer.. tanda2 boring tahap maksima.. huang2x...

Masih belum lagi...

Ari ni dah 2 April 2011.. dan si kecik dalam perut masih tak mo kuar lagi.. very comfy agaknya dalam perut ku ni.. :) And tadi pepagi ajak pa gi breakfast kat Kedai Mamak Berkembar Presint 9 selain tu tujuan nak beli pampers Abang & Cabid.. iskh jap jer dorang ni nyer stok pampers, cam air jer mengalir.. takpe2.. sabar yer Fareen... tak lama lagi nak train Abang betul2.. lepas dia dah terror, train Cabid lak.. itulah tujuan mengambil cuti 90 hari.. selain dari menjaga dan menyusukan si kecik dalam perut ni dengan seeksklusifnya hanya dengan susu badan.. Insyallah.. Amin.. dan juga leh la susu Anas sekali semula.. :) Sekarang ni dia tak mo, sebab susu sekarang dah jadi kolostrum.. eh betul ke idak ejaan ni.. dia pun isap memula pastu geleng2.. iskh2.. tapi ada juga niat dia nak isap.. mungkin rasa tu tak kena citarasa.. hehe.. Tadi masa berpusing2 mencari parking di Kedai Mamak Presint 9 tu... terjumpa Ct, Adan dan anak2 dorang.. Damia & Affan.. eh betul ke Affan yer?? Rasanya.. tapi tak sempat nak berbual pun, nampak dari dalam keta.. dan sempat lambai2.. sebab ada keta di belakang.. Then bila ke kedai mamak, En Nazri dan Pn ASh bersama anak mereka juga ada.. comel sangat anak En Nazri.. muka seiras Pn Ash.. :) dan sangat suka senyum.. manis aja.. pastu makan2, then memula ingat nak gi potong rambut.. tetiba ku rasa cam malas.. ku rasa takpela, ku survive dengan rambut ni dlu.. maybe lepas pantang nanti baru trim sikit rambut.. sekarang pun takle tebal sangat.. okayla nak mengharungi masa berpantang nanti.. insyallah.. em.. skarang ni pa gi amik2 gambar di Presint 2.. ada F1.. dan ada Michael Schumacher.. ku dan anak2 tak gie.. lagipun inikan masa tidur tengahari anak2.. biarla dorang berehat.. dan ku lak nak kemas2 lagi umah ni.. banyak habuk la.. nak sapu2 umah.. dalam bilik lagi la.. iskh2.. katil nak kena diperkemaskan lagi.. nati baby nak kuar nak tidur atas katil tu.. jadi kena bagi harum dan berseri2.. :) Okla.. banyak la bebel2.. chow........ nanti bila sudah bersalin, dikhabarkan lagi.......... doakan semua selamat..

Friday, April 1, 2011

Macam2 skrg ni..


Cuba tengok ni? Sekarang macam2 kan.. ni ku tengok dalam Mudah.. comel jer kan.. selimut utk baby.. cute kan.. dah macam duduk dalam uncang lak..haha..
k

Dah 1hb April ni..

Hehe.. dah 1 April pun.. budak kecik dalam perut ni masih takde ciri2 mau keluar lagi.. takpela, selagi okay takpe.. maybe sgt comfort yer berada dalam perut ini.. hehe..

Thursday, March 31, 2011

Anas yang cewek..

Uish.. budak kecik ni makin dekat nak dapat adik, makin mengada2.. kadang2 sakit gak ati ni.. Masa tengah taip entri ni pun sibuk2 jer tekan2 keyboard la, tarik2 keyboard la.. pastu tolak2 meja komputer ni.. pastu sengih cam tak bersalah aja.. tapi bila tengok muka sengih dia tu, adui.. terus cair.. tak jadi nak marah.. pelik lak.. kalau Adam ke Cabid ke yang wat muka camtu kena marah juga.. haha.. apa ilmu Anas pakai yerk?? Dahla asik2 mintak biskut.. "Ma, nak ket".. Pastu bila suruh pa amik, dia tak mo.. padahal papa dia dah bawak ke tangan dia.. Last2 pa bagi biskut kat ku n ku yang beri kat Anas.. baru dia amik.. Mengada sungguh budak tecit ni.. macam2.. camna la dah ada adik nanti.. iskh2..

Ari due....!!

Arini ari due date ku.. tanda? Em.. perut keras aja dari semalam lagi.. tapi xde lak tanda2 lain.. jadi susah nak wat pertimbangan.. apa-apa pun ku cuba siapkan kerja dulu.. Ari ni kan ari nak buat gaji PRE.. jadi siapkan yang ni dulu la.. k... chow..

Wednesday, March 30, 2011

Kelakar betul budak2 ni..



Pagi tadi sebelum ke opis, ku masuk la bilik air dulu.. pastu terdengar abang nangis yang beriya-iya.. Ingatkan gaduh dengan Cabid ke and kena marah dengan pa sebab pagi2 dah bergaduh.. Rupenya......Dia takut dengan kupu2.. aiseh men.. yang Cabid lak dah kejang dah duk kat tepi kerusi cam patung.. Menjerit2 dorang cam kena histeria bila kupu2 tu terbang ke arah dorang.. Iskh.. sejak bila lak takut menda ni.. sebelum ni tak de lak takut apa2.. iskh2.. anak2 lelaki pulak tu... iskh2. Aritu masa ke Lumut, si Cabid yang histeria bila lalat hinggap kat tangan dia.. melalak tak ingat,, sampai tak mo makan.. dasat tul lak anak ni.. kadang2 nak gelak pun ada,, haha

Monday, March 28, 2011

Anak buah ku..


Ala tomeinya.. sepet matanya.. Perkenalkan Hadeef Zaffran.. anak pada adik iparku Aeem dan biras, Ajla..

5S di opis..

Ari ni gotong royong sempena 5s. Hehe.. Kami cabut turn guna no.. 1,2,3. 1 - Pantri di bawah jagaan Kak Nor.. 2 - Bilik Fail di bawah jagaan Pn Shikin dan 3 - Bilik Mesyuarat & keja tambahan shredder.. di bawah jagaan Kak Ina.. Memula ku dapat 1 tetiba rombak balik, dapat 2.. Tapi disebabkan keadaan yg tidak mengizinkan.. (perut yang sudah besar.... haha) ku ditukarkan ke 3 di bawah bilik mesyuarat.. Apakah kerja kami disini?? Kami perlu susun atur kerusi.. meja memang takleh susun atur.. sebab dah lekat.. huang2x.. Pastu kena tagging2.. puasla si Wanie n Nick gi print out.. pastu laminated.. haha.. pastu kami gunting2 dan lekat double sided tape.. dan lekat kat kusi n meja.. pastu potong bunga lak kecik2.. lekat laminated dan gunting lagi.. haha... pastu lekat double sided tape lekat kat meja mesyuarat untuk etika bilik Mesyuarat.. siap amik kesempatan lagi, laminated gambar peribadi.. sebab ada space.. apa salahnya.. bazir tau plastik tu... kan nick, kan wanie?? haha.. puas cari gambar budak bertiga tu tapi takdela.. dah bawak balik so ku laminated gambar nikah ajala.. haha.. walaupun xde menda berat dibuat, penat juga rasa.. kenapa ya?? ntah.. jawab la sendiri.. yang penting sumer lum siap lagi.. banyak lagi menanti untuk dikemaskan.. :)

Sunday, March 27, 2011

Sgt suka gmbr ni..

Selamat pagi dan Selamat berhujung minggu..

Selamat pagi.. Bukan selalu bangun pagi ari2 minggu ni.. Tapi sebab si kecik Anas yang demam ni pepagi lagi dah kejut.. "Ah Ma, nak air..." itula yang dia kata.. so, ku yang kesiankan dia.. bangun ler.. dan buatkan susu untuk dia.. Yalah semalaman dia tak makan sangat sebab demam.. so walaupun pagi ni suhu badan dia masih lagi rasa suam2 tapi dia dah nampak aktif dan nak makan.. pas jer minum susu, dia kata lagi;"Ma nak kut..." (Ma nak biskut..) Ambil pula biskut bagi kat dia.. dan masa menaip ni pun sibuk minta biskut lagi.. ku cuma bleh kata "Jap.. ye ye.. jap yer.. sikit jer.. jap2.." Takleh tinggi suara sikit dah rengek.. haha.. cian lak.. Dahla muka sangat kiut.. tak leh nak marah.. em.. okayla.. nak gi berkemas2 sebab semalam tak wat apa..sebab kul 6 petang lebih baru balik dari umah mak.. Oh ya, Jumaat tu tidur umah mak dan bersantai2 sampai Sabtu petang sebab pa ada organise pertandingan CBS sempena Earth Day.. Risau kot2 terbersalin lak bila duk kat umah.. payah juga kan.. k la.. dah makin bising mulut si kecik ni.. hehe.. chow ya..

Saturday, March 26, 2011

Anas demam...

Alahai.. Anas demam pulak.. dari Jumaat petang.. Bila makan ubat demam, demam pun kebah.. pastu datang balik demam.. em.. Abang pun asik batuk2 jer, sakit tekak agaknya.. Yala sekarang kan cuaca panas.. em.. Jangan la bersalin lagi ya, sebab kesian pada Anas.. Dia bila demam ni tak mo gi dengan orang lain.. Dia nak mama dia jer.. Tak senang ati ni.. Cepat2 sihat ya sayang...

Thursday, March 24, 2011

Cek up 39 weeks..

Em.. cek up 39 weeks.. pergi sorang2 jer.. tak amik hb pun arini coz last week dah amik.. jadi urine test pastu terus masuk bilik misi.. ingatkan setel awal lah kan.. tetiba masa nurse cek perut, dia kata kecik.. last week 37 cm, sekarang dia cek hanya 30cm.. pastu dia cek lagi dan lagi.. then last dia suruh nurse lain cek lak.. nurse tu cek 32cm.. iskh.. pastu dia kata refer doktor la.. biar doktor scan.. adui... mesti lama ni... pastu dengar dia call bilik doktor tu, doktor takde lagi dalam bilik!! argh.. mesti pepagi tadi patient ramai.. so baru doktor leh kuar makan, so balik pun agak lewat la sikit.. takpe2.. satu lagi berat pun naik sangat banyak, dan kaki pun bengkak!! hah?? adoila tak pernah ku bengkak2 kaki.. kali ni bengkak lak.. berat last week 66.4kg sekarang naik lagi ke 68.3kg...hah?? dah nak bersalin makin berat lak.. patutla rasa berat jer.. haha.. (tak sedar diri selera makan menjadi2 sekarang ni...).. oh ya.. tunggu punya tunggu.. masuk juga ke bilik doktor kul 3.30ptg.. scan sumer.. doktor kata, sumer ok.. kepala baby dah engaged.. apa engaged tu? bukan macam telefon busy engaged tu tau.. engaged maksudnya kepala dah masuk laluan.. doktor cek jumlah air ketuban pun ok.. tak kurang pun.. jantung baby pun normal.. doktor kata, just beware of the signs ajala.. jangan risau coz serba serbi ok.. insyallah.. so ku balik dkt kul 4 ptg.. singgah jap c4 beli barang2 makan anak2.. dan singgah food court beli nasi ayam utk dorg juga.. gi taska amik dorang.. n terus balik.. sampai sama macam balik kerja biasa juga.. :) n here i am.. okla.. nak gi kemas2 pulak.. c ya...........

Wednesday, March 23, 2011

Congrats... for the new born..

Congrats ya untuk adik iparku, Aeem dan isteri, Ajla kerana telah mendapat cahaya mata pertama mereka tadi.. A baby boy.. Alhamdullilah semua selamat... Ni gambar ku amik dari blog kakak Ajla.. Nama baby pun dah ada... :) Iras muka maknya.. Selamat berpantang pula ye Ajla.. :) Dah bertambah cucu mak bapak.. semua 4 orang lelaki.. dan bertambah anak buahku, dah ada 5 orang la sekarang.. Alhamdullilah syukur....

Tekun bekerja..

Haha.. arini ari tekun bekerja.. kenapa? Baru skarang pun leh masuk nak menaip2 untuk blog ni.. Hehe.. sebab memang betul2 bekerja arini.. (Apakah selalu tak betul bekerja?? ...hehe) Idakla.. bukan begitu.. tapi sebab ari2 lain selalu bekerja juga cuma tak terlalu penuh dengan kerja.. hari ni sebab kerja kena memerah otak.. hah?? Kenapa nak memerah otak ya?? Sebab ari ni kena mencipta memo yang agak complicated juga.. dan taula nama aja orang melayu tapi bahasa melayu agak hampehs sekali.. kesian kan.. haha.. gitula sebenarnya.. ni baru dapat berblog sekejap.. :) Menghilangkan kekusutan kepala sikit.. hehe

Monday, March 21, 2011

Autumnz Nursing Poncho


Wish list lagikah ini?? Em.. bukan takde nursing cover.. cuma yang ada tu tak tutup di belakang.. hanya tutup di depan.. dan taula, bila anak dah besar.. dia suka selak2.. iskh payah tul.. sebab ku dah alami dah masa bf Anas aritu.. sebuk je tangan kecik dia selak2 kain tu.. sakit tul rasa.. haha.. tapi ini tunggu dlu.. sehingga ada rezeki berlebih-lebih nanti.. insyallah.. haha..
nota kaki : Kalau boleh, sumer menda nak.. memang giler shopping tul.. haha

Daftar Adam masuk sekolah..

Em.. sedar tak sedar dah besar dah Adam ni.. tahun depan dah 6 tahun.. sekarang ni JPWP Putrajaya dah buat pendaftaran prasekolah dan darjah satu Online.. Boleh klik sini ----> Didik
dan daftar anak2 yer.. untuk pendaftaran pra sekolah hanya untuk tahun 2012 manakala untuk pendaftaran darjah satu untuk tahun 2012 dan 2013. Jangan lambat2 daftar ya, nanti takde tempat pula.. dan sistem ni akan tengok pada alamat rumah kita.. sebab bila ku daftar jer, pilihan sekolah presint 16 takde dalam tu.. iskh2.. lepas siap daftar, kena print satu salinan.. dan hantar ke sekolah pilihan kita tu dalam masa 14 hari @ 2 minggu dari tarikh daftar.. di salinan itu juga ada senarai semak dokumen sokongan apa lagi yang diperlukan.. so, apa lagi.. cepat2 daftar yer.. especially untuk pra.. sebab masa ku daftar tu, sekolah2 di presint 9 untuk pra, dah takde tempat lagi.. Segera.. segera...

Spectra Dew n Spectra 3

Beza ke kedua2 pump ni..?? Okay2 kite memang dah sedia tau yang Spectra3 ni memang best.. cuma satu jerla.. dia hanya guna adapter, takde bateri power.. so agak payah kalau tempat2 persembunyian kita untuk pump tu takde elektrik plug.. So, bila keluarnya edisi Spectra Dew ni.. ingatkan ada pembaharuan la.. maybe ianya boleh guna 2 cara, iaitu cam Medela Swing.. Leh guna plug or battery power.. oh tidak juga..


Ni Spectra3.. Ni pulak Spectra Dew..

Dah jelas beza nya pada bentuk.. dan harga spectra Dew mahal sikit.. yalah menda baru kan?? Dan dew ni ada suction yang lebih bagus dari Spectra3. Em.. bagusnya, kedua-duanya adalah pump yang senyap.. dan leh jadi double pump cuma kena tambah breastshield aja.. tapi tula, ku ingat kan Dew ni ada beza pada power source nya.. em takde juga.. yalah sebab kalau nak yang double pumping pump yg ada kedua2 power source - adapter n battery, harganya fuh.. memang mahal.. kalau cash or even kutu.. sebab kalau kutu pun dekat RM300 per month.. terpaksa pendam ajala impian itu.. sehingga ada rezeki nanti.. insyallah..

Harga Ayam naik..


Uiskh.. dahla anak2 suka makan ayam.. sekarang harga naik pulak.. tapi nak wat camna anak2 suka makan.. jadi kenala beli juga.. walaupun bukan ari2 makan ayam.. Hopefully harganya dipantau nanti.. so takler terasa sangat...

Sunday, March 20, 2011

Anas masa 6 bulan

Cabid masa 6 bulan..

Adam masa 5 bulan..

Entri backdated..

Cupcake cute-cute untuk yang menyambut bday..
Antara yang diraikan.. yang sambut bday dan yang bertukar keluar..

Cari nama dlu..
Yes, saya pun dapat kek kiut ni..

Sign jangan tak sign.. kalau tak, tak dapatla door gift..
Iza.. n belakang tu Sasi.. sekejap jer di Bhg Akaun..
Mie pun kena daftar juga..
Gadis2 dan wanita di Kaunter Pendaftaran..
Kak Ina jadi penyambut tetamu
Antara wanita2 yang menjaga kaunter pendaftaran..

Saja share sikit gambar masa perhimpunan bulanan last year.. akhir tahun yang dianjurkan oleh Seksyen P&K..

Peristiwa di opis..

Makan2 ringan sempena keberangkatan Kak Hanum (CC Perkhidmatan) ke Mekah, menunaikan umrah.. Moga dipermudahkan dan dilancarkan perjalanan ke sana.. Amin..
Tiga orang kuat Seksyen P & K.
CC Admin (Kak Nor), CC Perkhidmatan (Kak Hanum) & CC Kewangan (Kak Ina)

Mari kita mengoyak kertas.. ni untuk 5s.. Sisih ye..

Shredder sumer dokumen yang melibatkan personal kakitangan..

Inilah ketua zon kami.. Pn Shikin, my boss.. :)

Saturday, March 19, 2011

Karnival Belon Panas @ Putrajaya

Hari ini dalam sejarah.. setelah sekian lama ku duduk di Putrajaya, ini barula kali pertama ku jejakkan diri di karnival yang dianjurkan di dalam kawasan Putrajaya ni.. hehe.. walaupun kami pergi sekejap jer, sangat puas ati.. sebab tergambar kegembiraan pada anak2.. itu yang penting.. mereka seronok walaupun setakat tengok dari tepi.. :)

Ni masa dlm keta.. tgk sesak2.. cari parking..
Anas wat muka cute..
Ni dah kat sebelah belon.. cuma tak betul2 sebelah lah kan..

Yg nak naik belon dewasa bayar RM 10, kanak-kanak RM 5. Tapi, ibu mengandung & kanak2 bawah ketinggian 1 meter dilarang naik...

Anak2 memandang dari tepi jer.. Jadik la.. asalkan nampak belon.. Dah hepi sangat dah..

Dan tambah hepi bila mama belikan dorang bola.. yang ni kecik sikit, RM 10 sebijik.. Selamat RM 10 sebijik, kalau mahal lagi ma tak beli la.. mana nak cekau duit untuk 3 bijik bola kan.. kalau rega RM 20 sebijik ker.. uish2.. kecik2 pun besar tau..

Anas pun tengok dari tepi.. dan memang hepi.. :)

Friday, March 18, 2011

Sangat letih..

Letih?? Buat apa?? Bukan berlari marathon pun.. cuma letih bila asik ke toilet.. aduhai.. baper kali mau cirit...?? Susah oo dengan perut besar ni nak asik main lari2 ke toilet.. iskh2.. pastu gi juga le ke klinik sebab rasa bazir lak cuti kan asik nak emergency jer.. padahal memang confirm n sah lagi leh dapat mc.. Jadi ku gi le ke Klinik Kesihatan Putrajaya tu.. eh eh.. bukan di Presint 9 ya.. pengsan kalau di presint 9 bila setakat cirit ni.. nak tunggu lama giler.. lagi ku bukan alone.. ku dengan tiga hero kecik ni.. iskh2.. jadi ku tadi ke Klinik Kesihatan Putrajaya kat Presint 3.. Senang jer ke sana.. cuma tak ler besar cam KLinik Presint 9.. dan kemudahan tak banyak.. semua manual.. takde komputer2.. kalau rasa tak mo bayar singgit masa daftar, bawakla gerenti letter bagi yang keja gomen.. tapi ku malas aaa nak bawak gerenti letter tu.. padahal memang ada pun.. sebab better simpan untuk hal2 kesihatan dan kecemasan yang lebih serius.. so bayar jer la RM 1.. ala singgit jer.. bayar untuk mc private tu sampai puluh ringgit leh lak ya.. ku daftar lebih kurang kul 10.15pagi.. pastu terus ke kaunter triage. Nurse amik blood preasure ngan suhu badan.. of coz la blood preasure ada naik sikit dan nadi agak laju coz memang benar sakit perut kan.. then nurse akan anta kad rawatan kita tu ke bilik2 pemeriksaan.. ku ingat dia anta dalam bilik 6 tadi.. tup2 nombor kuar, kena panggil di bilik 7.. yalah cirit jer kan, MA jela yang tengok.. Dr akan observe pesakit yang lebih serius.. biarla kan, tak kecik ati pun.. niat ku nak dapat mc jer.. dan ubat ORS untuk ku and Anas.. yalah anas tu dah cirit dari Rabu ptg.. bila minum ORS baru nampak bertenaga sikit.. dan bekalan ORS kat umah ni pun dah abis.. so memang kena amik ubat.. n Anas dapat juga Multivitamin.. sebab MA tu tengok perut dia besar.. iskh2.. pastu siap jer cek, kami diberi slip ubat.. letak kat bakul farmasi.. tak lama pastu pegawai farmasi lak panggil.. hah.. cepat kan.. dan kami kenala masuk tiket no giliran tu kat muka2 senyum tu.. ala yang cemerlang, baik, memuaskan & tak bagus tu.. so memang ku masukkan kat cemerlang.. sebab ku takyah tunggu lama, layanan nurse, MA dan pegawai farmasi sangat baik.. yala orang tak ramai kan, dorang pun tak stress.. tapi kat Klinik Presint 9 tu pun hampir semua nurse, MA dan Dr pun sangat2 bagus.. termasuk kerani2 di kaunter pendaftaran.. sumer baik dan ramah tamah.. cuma ada sikit terkilan di kaunter amik darah HB jerla.. untuk ibu2 preggy, sebab kena nunggu lama.. kita dah datang tepat kul 2.. amik urine test jap jer.. pastu tunggu nak amik hb sampai dekat kul 3.. iskh2.. tapi semalam masa gi cek up.. okayla, HB dah cepat.. sampai tak lama nunggu.. Alhamdullilah.. agaknya ada yang komplen kot.. jadi cepatla ke bilik nurse plak..
Uish.. panjang lebar lak stori ya.. apa2 halpun, kalau kawan2 di Putrajaya ni sakit kepala ker, sakit perut ke, leh la gi ke Klinik Kesihatan Presint 3 Putrajaya.. tak le lama sangat nunggu. Lebih kurang sejam jer.. :) tak tau la nanti kot2 dah ramai lak kan..?? chaos ya..

Wednesday, March 16, 2011

Iskh.. masih lagi suka shopping..

Tadi gi Carrefour... nak cari susu Anas kononnya.. last2 ada barang sampingan.. 'Terbeli' lak tshirt untuk budak2.. Tshirt Transformers.. hik hik.. budak2 tu sekarang suka betul robot2 ni.. Asik2 "Pa, pasang robot..." Yang si kecik tu, Si Anas pun suka tul.. 'Bot2.. hehe.. dah macam bunyi boat pun ada.. nak beli robot Transformers tu takleh lagi.. dorang ni masih tak reti jaga barang mainan elok2.. N nak dijadikan stori... semalam, dorang buat lagi hal yang sama.. dorang leh buang mainan, dan anak2 patung mama ke bawah.. dari tingkap bilik dorang.. Ada yang tersangkut kat tepi tingkap tu.. dan ada yang pa kutip kat bawah.. mesti ada banyak yang jatuh kat rumah orang.. Marah betul papa dan mama.. Selamatla abang tuan punya kedai makan bawah tu kutip mainan2 tu.. especially ma nyer katak dan kucing (anak patung sebelum kawin ni...) dan letak dalam plastik.. Bila pa turun cari, dia beri.. iskh anak2 ni.. Pa memang marah betul.. kena la sedas dua.. ma pun marah juga.. Tapi cuba jer lebih banyak bersabar.. betul2 geram.....

Monday, March 14, 2011

Macamana yer?

Pening sangat kepala ni.. Adam dah nak masuk 5 tahun ujung tahun ni, Cabid pulak nak masuk 4 tahun.. Masalahnya dua2 dah diajar potty training.. tapi still wat cam tak de apa2.. Ku dan papa sudah pening.. bila tak dipakaikan pampers, mulala merata2 dikeluarkan pembuangan.. padahal setiap 5 minit ku tanya nak kencing tak, nak yak tak?? adoi.,. susah betul.. dorang buat tak paham jer.. Adam lagila, makin besar ni, makin kerap basah & penuh pampers dia.. ku sangat pening.. dah nak masuk sekolah next year.. apa nak buat ni.. dalam keadaan ku yang memboyot cam ni, ku memang tak larat nak bersihkan pembuangan mereka berdua tu.. tapi ku try juga nak bagi dorang no more pampers.. ada idea?? Tolong bantu ya...

Godek-godek terjupe.. :)


Saja godek2.. pastu jupe lak gambar ni.. ala kiutnya.. dah besar dah dia.. Chubby kan.. masa ni baru 4 bulan.. :) Adam Mustaqim, anak sulung ku ni...