The loved ones..

The loved ones..

Sunday, March 27, 2011

Selamat pagi dan Selamat berhujung minggu..

Selamat pagi.. Bukan selalu bangun pagi ari2 minggu ni.. Tapi sebab si kecik Anas yang demam ni pepagi lagi dah kejut.. "Ah Ma, nak air..." itula yang dia kata.. so, ku yang kesiankan dia.. bangun ler.. dan buatkan susu untuk dia.. Yalah semalaman dia tak makan sangat sebab demam.. so walaupun pagi ni suhu badan dia masih lagi rasa suam2 tapi dia dah nampak aktif dan nak makan.. pas jer minum susu, dia kata lagi;"Ma nak kut..." (Ma nak biskut..) Ambil pula biskut bagi kat dia.. dan masa menaip ni pun sibuk minta biskut lagi.. ku cuma bleh kata "Jap.. ye ye.. jap yer.. sikit jer.. jap2.." Takleh tinggi suara sikit dah rengek.. haha.. cian lak.. Dahla muka sangat kiut.. tak leh nak marah.. em.. okayla.. nak gi berkemas2 sebab semalam tak wat apa..sebab kul 6 petang lebih baru balik dari umah mak.. Oh ya, Jumaat tu tidur umah mak dan bersantai2 sampai Sabtu petang sebab pa ada organise pertandingan CBS sempena Earth Day.. Risau kot2 terbersalin lak bila duk kat umah.. payah juga kan.. k la.. dah makin bising mulut si kecik ni.. hehe.. chow ya..

No comments:

Post a Comment