The loved ones..

The loved ones..

Sunday, December 4, 2011

Anak2..



 Masa ni Afif demam.. 


 Abid tolong tengok adik..
 Bukan kat situ la tampal coolfever tu Abang
 Wat muka comel..
 Excited..

Sudah lama sangat ku tak hapdet blog ni.. n sudah lama juga gambar dalam kamera Sony tu tak diupload.. jadi arini.. ku curik masa upload sekejap..

Saturday, November 12, 2011

Al-Fatihah

Semalam, kami semua di Bhg Akaun terkejut mendengar berita pemergian seorang sahabat di ofis.. Nurul Huda Binti Yusuf.. Arwah masih muda, baru berusia 26 tahun.. Walaupun tidak kenal rapat namun terkedu juga seketika. Ajal maut tidak mengenal usia dan juga sihat @ tidak seseorang itu.. Arwah disyaki meninggal berikutan denggi berdarah.. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman di sana.. Amin.. ~Al-Fatihah~

Thursday, November 3, 2011

Monday, October 10, 2011

Kenapa??

Apa yang terjadi dengan google arini? Adoila.. daripada tadi nak buka takdapat.. baik dari email hingga ke blog.. aiseh… ni pun ku post guna email.. em.. email opis.. saja je sebenarnya.. J

 

Fareen Azlen

 

Kementerian Pelajaran Malaysia is fully Exchange 2010

This E-mail is confidential.

It may also be legally privileged. If you are not the addressee you may not copy, forward, disclose or use any part of it. If you received this message in error, please delete it and all copies from your system and notify the sender by return E-mail.

Internet Communication cannot be guaranteed to be timely secure, error or virus-free. The sender does not accept liability for any errors or omissions

Saturday, October 8, 2011

Thursday, October 6, 2011

Adui.. sangat teringin..

Teringin apa itu?? Iskh tak tahan.. sangat teringin.. Daku mahu.!!!! Tolong hadiahkan... haha...
 Yang ni dah siap jadi baju... 
Yang ni lak b4 jadi baju.. 

Ini dia... Cantek kan?? Yee ha.. ku dah letak order dah ni.. iskh bila nak dpt confirmation email ni.. Sangat tak sabar okay.. ? Bayangkan diri ku yang sangat2 'comel' nie bila pakai baju bercorak cute2 macam ni.. mesti lagi sangat comel... kan? kan? (Sesi memerasankan diri sendiri..) Leh didapati di Feyza Collection.. Banyak lagi tau corak2 menawan kalbu.. tapi kena banyak bersabar dan cuba tidak mementingkan diri sendiri.. haha.. tapi corak yang ku oder bukan la yang di atas.. Tunggu.............. haha..

Wednesday, October 5, 2011

Yahoo.............

Apa yang Yahoo..? Hehe... Yahoo la.. Handphone baru dah tiba.. Thanks Abangcik @ Alif sudi gi belikan.. hehe... adui canggih dari hp sebelum ni.. puas juga ku godek.. n terkial2 juga bermesej.. haha.. Saya budak baru belajar...

Cek up Afif.. 6 months

Ari ni ke Klinik kesihatan putrajaya utk pemeriksaan rutin Afif yang ke 6 bulan.. Sudah ku agak berat merundum.. yalah dia kan baru sangat baik demam.. Oleh kerana berat turun begitu, next month kena lagi ke klinik untuk monitor berat dia.. even dia nampak cergas sekali.. Ke klinik dalam ujan sangat lebat.. namun digagahkan juga kerana sangat malas nak time off lagi di waktu lain.. Everything smooth aja.. hingga selesai cek up.. aduhai, kereta tak boleh start.. iskh2.. adui.. kulupa tutup lampu.. silap sendiri.. mula la godek hp mencari no hp abang Joe.. ingatkan nak minta tolong.. tapi tiba2 keta diketuk.. Orang yang parking bersebelahan bertanya dan sudi membantu.. Alhamdullilah.. Syukur masih ada lagi yang prihatin.. Semoga Allah melimpahkan kurnia dan memurahkan rezeki beliau dan keluarga beliau.. Amin... :) Ku gembira even letih berujan..

Thursday, September 29, 2011

Afif demam

Arini KHamis 29.9.2011.. em.. Afif demam.. makin kuat pula.. semalam malam dah cam demam sikit tapi cam skit jer panasnyer.. sekarang makin kuat.. dah bagi makan ubat.. ubat demam yg dapat masa dia gi inject tu.. Masa inject tak pernah demam, so memang banyak koleksi ubat demam tu.. tapi kalau esok masih tak reda, kenala juga ke klinik... em.. kesian dia.. muka merah aja.. tapi masih juga nak main.. budak..

Anak buah... Kesayangan....

Friday, September 16, 2011

Hari Malaysia...

Selamat Menyambut Hari Malaysia.. hari ini 16 September 2011. SAngat2 bermakna dan meriah kerana disekalikan dengan sambutan Hari Merdeka.. :)

Makanan Bayi: Cara Yang Betul Kendalikan Frozen Puree


Kali ni saya nak kongsikan sedikit kesilapan saya dalam menyediakan puree bayi yang dibekukan. Klik di sini untuk cara-cara penyedian makanan puree bayi. Setiap penyediaan makanan bayi adalah kritikal (sebenarnya setiap penyediaan makanan untuk orang dewasa juga penting). Tetapi disebabkan perut bayi lebih sensitif dan masih berkembang, adalah perlu untuk lebih berhati-hati. Saya akui, saya juga banyak membuat kesilapan. Huhu… lepas memaksa diri baca dan baca, barulah sedar kembali, dan betulkan kembali kesalahan itu. Apa dia kesilapan saya?
Kesilapan saya adalah:
  1. Apabila saya membuat puree bayi, saya masukkan puree tersedut ke dalam bekas ais yang tidak mempunyai tutup. Oh, ini salah ye kawan-kawan. Sepatutnya anda masukkan ke dalam bekas ais yang mempunyai penutup supaya tiada bakteria berpeluang masuk ke dalam puree semasa proses pembekuan di dalam freezer.
  2. Saya tidak membuat label tarikh kepada makanan beku bayi. Oh, makanan bayi yang telah dibekukan haruslah digunakan dalam tempoh sebulan sahaja paling lewat ok.
  3. Jangan letak dalam bekas plastik seperti di bawah ni (kesilapan lepas… hehe). Ini kerana setiap kali penyediaannya, anda perlu cairkan terlebih dahulu, dan kemudian ambil sedikit bahagian untuk digunakan, kemudian simpan kembali ke dalam freezer, yang mana membuatkan makanan bayi beku tersebut lebih banyak terdedah kepada perubahan suhu yang melampau, meningkatkan risiko pembiakan bakteria. Pastikan untuk membekukan makanan bayi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit supaya mudah diambil untuk setiap hidangan.  Contoh, satu kiub untuk satu hidangan.Maklumat tambahan untuk penyediaan makanan beku bayi (yang saya tak buat silap, hehe).
    1. Makanan puree bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam fridge (peti sejuk bukan freezer) maksimum selama 48 sahaja. Sebaiknya terus masukkan ke dalam ruang freezer.
    2. Sekiranya anda mahu sejukkan makanan bayi sebelum mengisar menjadi puree, pastikan tidak melebihi 2 jam di dalam suhu bilik, kerana dikhuatiri akan membiakkan bakteria ke dalam makanan. Pastikan bekas makanan sentiasa bertutup.
    3. Jikalau mahukan makanan segar buat bayi anda, yang mana anda tidak mahu bekukan makanan tersebut, buatlah setiap hari. Ini applicable untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah ya. Lebih sihat gitu. Bukankah bila kita tidak bekerja, seharusnya semua adalah lebih baik dan lebih berkualiti. Ya, masa berkualiti untuk anak, makanan berkualiti untuk anak, pendidikan rumah (informal dan formal) yang lebih berkualiti untuk anak-anak. Jangan pulak terbalik ye. Hehe. Perlu diingat, makanan air tangan ibu yang dibekukan adalah lebih baik dari instant baby food di pasaran.
  4. Kebaikan menyimpan makanan bayi beku ni ialah sekiranya bayi anda menolak makanan tersebut, anda boleh cuba memasukkan resepi makanan tersebut mungkin seminggu atau 2 minggu selepas itu. Yelah, mana tahu tiba-tiba bayi anda tukar selera kan? Hehe.                                                                Nota kaki : Ehsan www.ibucergas.com 

Sunday, September 11, 2011

Dah pandai??

Tadi tengahari saja jer try test tengok Afif.. perah susu semalam simpan di chiller aja.. dan arini panaskan di warmer murah ku itu.. dan masukkan ke dalam botol MAM seperti di pics atas.. n terus suakan ke mulut Afif.. dia nyot2 sampai abis.. try test tu cuma 2 oz jer.. maybe kalau letak lebih tak tau ler bagaimana.. em try lagi esok.. hehe

Friday, September 2, 2011

2nd Birthday Anas!!!


 Cupcake Size Large... Perisa Vanila, Topping pelbagai, ada White Choc lagi..
Nilah budak yang berusia 2 thn tu.. 

Ni backdated entri.. hehe.. Anas dah berusia 2 tahun sekarang.. pada 2 September 2011 ari Jumaat bersamaan dengan 4 Syawal.. em.. ni jerla yang Ma sempat beli.. itupun luckyily ada kawan papa, Su namanya.. yang membuat cupcake yg sangat cute dan menarik ni.. Layan gambar yer..

Thursday, September 1, 2011

Reunion Papa di Umah Mak Bapak di T.I

Hari raya ketiga aritu, telah berlangsungnya reunion papa bersama kekawan sekolah rendah nya di umah mak bapak.. Menu nyer adalah Mee Kari air tangan Mak.. ada juga puding dan karipap.. + air oren.. juga ada kek coklat sedap berhias strawberry buatan Su.. (kawan pa). Sedikit pics untuk dikongsi bersama..
 Gambar di download di Muka Buku.. dan diupload oleh Aziem..(Anas tido)
 Antara kawan2 perempuan.

 Yang lelaki bersantai di kerusi rotan...
 Kek Coklat Strawberry sumbangan Su..
 Mengimbau kenangan lalu
 Juadah yang ada..
 Di rumah Am..
 Beraya sambil melawat kembar Miza..
Comel kan si kembar gegirl Miza.. Tahniah pada beliau & suami.. 

Eceli ku baru kenal jer kekawan pa ni.. except for Azim dan isterinya Farah jer.. Best nya walaupun reunion tu reunion mereka.. iskh tak dapat terbayang bila ada reunion ku lak.. sama ada reunion SK Sri Kelana ker?? or maybe x-Seaport ker.. em bestnya.. dan juga maybe reunion Puo ker?? best nyer.. bila2 kome nak lakukan?? meh decide bersama... 

Wednesday, August 24, 2011

Afif akhirnya meniarap...

Hah.. Akhirnya Afif meniarap sendiri.. (Abaikan gambar di atas - hanya hiasan.. gambar latest meniarap tak diambil..) Seronok rasa.. tengok dia membetulkan tangan...haha

Sunday, August 21, 2011

Sangat byk perkara tapi...

Itula yang sering terjadi.. Banyak tul perkara nak dilakukan tapi jadi kelam kabut.. nampak gayanya ku kena sedia jadual.. list n tick.. when done.. gitula la gamaknya.. semoga segalanya selesai.. :)

Friday, August 19, 2011

Seronoknya tgk Afif senyum & gumbira...

Arini kan lunch sangat panjang.... Afif ku bawa naik atas selepas ku ke Pasar Tani, ke Anjung dan ke KKM.. hehe.. risau jer nak lama2 tadi sebab Afif lum menyusu langsung dari pagi.. Jadi terus ku gegas ke Taska, n tengok Afif masih lagi lena tidur.. Ku angkat jer.. Bawa sekeping pampers n wet2.. tapi susu dlu..
Pastu baru naik.. Seronok aja Afif main dengan selimut ber'Bear'tu dan juga satu lagi rattle yang lekat di tangan.. haha.. (Mama memang suka shopping...) em...........

Helena Clutch - Kaler Oren!!!

Helena Clutch  - Lawa tak??? Colour Orange Brown Stripes.. dah terima!!! Thanks to         Chantek Dress ... Cepat Servisnyer.. dah sampai ke tangan ku... Arini sepadan dengan Clucth ni.. haha.. adakah dah nak rasmikan?? em... Malas nya nak transfer2 barang.. maybe..? Maybe not.. haha..

Selimut Ber'Bear' dah tiba..

Akhirnya..... lama sangat rasanya nak sampai.. em.. tapi takpela sampai juga dah.. sebab ku dah order Isnin lagi.. pymt pun dah buat.. Ari Jumaat baru sampai.. em.. Selimut ber'Bear' utk Afif.. ala kiutnyer mendanya.. sangat kecik tomei jer sizenya.. Jangan ada rasa sesalan ya.. okayla cam handkerchief utk Afif gentel2.. (Afif sangat suka main kain). Ku beli dari FabulousMom.. gambar tak amik.. sebab Sony takde battery.. :( Mana ntah charger nyer.. biarpun Sony tu agak version lama tapi ku sukaa...... sebab ia sangat muat dalam handbag, tak besar dan ringan.. so senang la ku nak snap2 gambar di waktu2 tidak dijangka.. mana tau sedang berehat2 di Taska, tetiba Afif meniarap ker.. kan leh amik gambar.. iskh2.. sedih.. lama dah tak amik gambar anak2.. even Lumix masih available.. tak senang nak membawanya.. besar sikit sizenya.. em... Insyallah nati jupe charger tu..
 Ini nak lock peti sejuk.. Asik2 Anas buka.. eee.. geram
 Inila selimut ber'Bear'tu.. kecik aja.. size kain tu 23cm x 23cm.. haha,, sangka besar sikit..
Ini Strap - beli utk letak pada beg Anas.. masa balik dari Taska jer.. sebab Anas suka sangat lari melulu.. risau kena langgar keta.. aritu ku sempat tarik rambut dia.. nakal Anas sekarang..
Yang ni lak.. beg air dry jingle jungle - untuk keringkan parts bpump lepas guna.. (Saja je beli.. kwang2)


Thursday, August 18, 2011

Promote sikit


Marilah jenguk2 blog kawan ku ni.. HM2udeco.. dia wat coklat, wat cupcake, wat apam polkadot.. leh tempah.. :) Klik jer kat HM2udeco ni... Nampak best jer kan.. leh gi jenguk disana..

Wednesday, August 17, 2011

Selamat Hari Lahir Abang..

Dah lama tak update blog ni.. di kesempatan ini, cuma nak wish Abang ku.. Selamat Hari Lahir ke 33. Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dirahmati Allah sentiasa.. dan berbahagia selalu..
Pulangla..............


Thursday, August 11, 2011

Kesejukan...

Sangat sejuk arini.. di opis..? Mengapa?? Selalu tak sejuk begini... iskh2.. rasa cam duk dalam ais batu lak.. (Haha.. macam pernah duk dalam ais batu..) Musti Afif pun sejuk kan.. arap2 Cikgu Ita bedung la dia bagi dia hangat dan selesa.. :)

Monday, August 8, 2011

Bonus.. Alhamdullilah...


Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam

08/08/2011 6:15pm

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

Sangat lama..

Arini.. dah masuk hari ke 8 kita menyambut bulan Ramadhan.. Masih puasa penuh ker?? Tidak nampaknya.. nak buat macamana dah begitu lumrah perempuan.. Em.. Apa citer menarik sepanjang minggu??
Isnin.. 1/8/2011.. Tak teringat..
Selasa 2/8/2011 - 7 tahun servis di dalam Gomen.. :)
Rabu 3/8/2011 - Cek up Afif.. dan Anas.. Afif cuma naik 100gram jer.. 6.3kg skrang.. Yalah, dia selsema dan banyak kahak.. jadi menyusu tersekat2.. arap2 Afif leh menyusu seperti biasa semula.. Anas pula 9.99kg.. Haha.. Bundarkan saja ke perpuluhan terdekat.. But b4 that, arini sangat banyak dugaan.. Nak kuar ke Klinik keta diblock tapi pinjam keta ANgah untuk ke sana.. (Tq Angah!!) dan pulangkan around kul 6.30 ptg.. Aduhai,  wahai owner2 kereta yang suka block keta orang, apa kata tinggalkan no telefon supaya mudah dihubungi.. Jangan suka menyusahkan orang lain.. Kesian anak2 ku tu, dah dibawa ke kereta yang panas dan duduk dalam keta setengah jam, tapi tak dapat keluar.. muka masing2 merah padam kepanasan.. Kalau kena batang hidung sendiri baru tau...
Khamis 4/8/2011 - Apa menarik?? em.. tak baper nak ingat juga,, cuma best dapat Blueberry Tart dan Apam Polkadot dari Mie.. hehe.. order dengan jiran kakak Mie.. haha.. best woo..
Jumaat 5/8/2011 - Ingat nak balik awal skit.. tapi xjadi awal juga.. tulis borang kebenaran keluar kul 3.30 petang, tapi lastly keluar hanya setengah jam awal dari waktu balik biasa.. dan gi ke Petronas Presint 16 untuk tampal tyre.. tapi tyre tu tak dapat diselamatkan lagi.. tyre bengkak.. dan perlu diganti.. aduhai.. dugaan.. terbang duit kami RM 100++.. Terpaksa hanya tukar satu tyre.. Insyallah tukar lagi next month another tyre.. dan balik ke T.I selepas berbuka juga.. nak wat macamana.. dan perjalanan amat lama.. sebab kami dua2 ngantuk.. sampai satu tempat kami singgah tidur jap.. dan ku pula drive.. uish dugaan betul.. ku bawak dalam keadaan mengantuk!!! Iskh bahaya.. dan sampai di umah T.I pada pukul 1 pagi!!! Itulah fist time ku sangat ngantuk...
Sabtu 6/8/2011 - Pa keluar dengan Bapak memancing.. then balik around kul 9.30 pagi, kami bersiap ke The Store,, Mak beli kan baju untuk anak2.. Terima kasih mak, bapak.. selalu belikan baju raya untuk anak2.. Rasa sangat menyusahkan saja.. Petang - Ku dan Pa ke Bazar Ramadhan, cari Popia Basah.. naik skuter.. haha.. gayat, dah lama sangat tak naik motor.. iskh2.. rasa macam muda2 dulu jer.. haha.. sangat perasan..
N, Aeem, Ajla, Adeef tiba betul2 lepas kami pulang dari Bazar.. Akim pula 10 minit sebelum waktu berbuka.. Kami berbuka Mee Rebus & Mee Kari.. Ada pengat pisang juga.. Terima kasih mak atas juadah yang enak2.. Minta maaf tak dapat menolong sangat... Malam pun tak dapat tolong langsung.. kesian mak sangat letih..
Ahad 7/8/2011 - Masa sahur baru dapat makan pengat pisang.. haha.. then tidur semula dan bangun untuk bersiap2 pulang.. Perjalanan sangat smooth.. kerana tak banyak kereta,, n ku tak langsung membawa kereta kali ni.. :) Sekarang sumer lelaki di rumah dah tidur.. ku jer tidak.. em.. sebab banyak lagi tak siap.. rungsing.. tapi tak kemas2 juga.. haha.. K la....... Chaos.......

~ Semoga hari esok lebih baik buat kami semua~ Amin~ 

Thursday, August 4, 2011