a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Nombor 7
Nombor 7 dan PC
Nombor 7 dan ‘other'
Botol susu bayi yang bebas B...PA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
nota kaki : diamik dr group "Kumpulan Ibu2 Menyusukan" dari FB..
The loved ones..
Wednesday, June 29, 2011
Tuesday, June 28, 2011
Lg 12 hari... Lg 8 hari...
Apakah itu? Kiraan hari? Lagi 12 hari adalah 12 hari lagi ku masuk kerja.. tapi kalau ikut cuti bersalin sepatutnya masuk pada 7 Julai ni tau.. tapi oleh kerana 7 Julai adalah hari Khamis.. ku pun decide untuk mengambil cuti pada 7 & 8 Julai.. so, Isnin 11 Julai la baru masuk kerja.. (Bagi duit lebeh sikit pada Iza.. hehe..) dan lagi 8 ari itu adalah hari cek up Afif untuk 3 bulan, jap jer dah 3 bulan dia.. tak sabar nak tau berat dia n tinggi dia.. kalau ukur tinggila kan?? 5 & 6 Julai ni ada exam KPSL W27 nati.. tapi aduhai masa tu lum lagi masuk keja, camna ya?? tak dapat amik la jawabnya sumer exam2 yang ada pada tahun ni.. :( sedih tull takpe, next time la ya?? Lagipun xajar lagi Afif guna botol.. em.. camna nak tggl kan? Kesian pulak cikgu cikgi nanti.. bukan Afif sorang nak dijaga.. takpe2, i tunda la amik exam tu tahun depan.. :)
Saturday, June 25, 2011
Iman Muda Musim Kedua..
Sebelum ni ku tak pernah pun mengikuti Rancangan Iman Muda ni.. serius.. baru2 ni ku amat tertarik dengan cabaran2 yang iman2 muda ni kena hadapi.. Antaranya masa mereka bertemu banduan akhir, masa mereka memandikan mayat berisiko tinggi dan juga episod ke 9 tadi, mereka berjumpa warga emas di Pusat Jagaan Orang-Orang Tua.. amat memilukan bila hanya mendengar warga-warga tua tu berbicara.. mungkin bukan semuanya dibuang anak mereka ke sana.. mungkin anak mereka mempunyai masalah menjaga mereka.. mungkin.. tapi apa salahnya jika walaupun tiada rezeki menjaga mereka, apa salahnya.. jika menjenguk mereka.. sesekali, bergenang juga air mata.. betul kata Iman Muda Hassan kita cuma akan rasa betapa pentingnya ibu bapa kita hanya bila kita kehilangan mereka.. Jadi, renung2 kan la.. opps.. dan Iman Muda yang ke final ialah Iman Muda Hassan - org Perak ni.. selalu dia speaking loghat Perak.. dan Iman Muda Nazrul seorang guru besar.. sangat muda, sudah bergelar GB.. em.. bagus2 dorang ni tau..Dah ku agak mereka ni dapat ke final.. selain tu ku agak Iman Muda Fakhrul pun tapi yalah, ke final hanya 2, bukan 3. k la..
Friday, June 24, 2011
Afif yang tembam..
Ni sumer gambar Afif masa sebulan lebih.. Gambar latest masih xamik lagi sebab charger kamera ntah di mana.. iskh2.. sekarang Afif dah cerah sikit.. (Sikit aja..haha) n dah makin sweet.. sebab sangat suka bercakap2 dan senyum nganga mulut luas2.. suap nasi pakai senduk pun muat.. haha.. Sangat manja.. macam Anas. Bila bangun, nak lihat ku ada.. bila nangis pa amik, tak mau diam.. Bila dengar jer suara mamanya terus diam.. anak2.. :)
Kesayanganku...
Walaupun selalu sakit kepala sebab mereka yang sangat aktif, sakit tekak juga sebab jerit2 menegah mereka dari bahaya juga menegah mereka bergaduh.. tapi bila takde, rindu tau..? Tapi pernahkah tiada?? Tak pernah lagi, n hopefully jangan pernah.. (tipulaa satu ari nati akan terjadi juga kan)
Tali Pinggang...
Skrg kan glamer anak2 dara mahupun mak2 bdk yang bergaya memakai tali pinggang begini.. jenis yg besar2 di pinggang, untuk menampakkan kerampingan, kelangsingan si pemakai.. em.. mengikut kesesuaian susuk tubuh juga.. kalau jenis bergelambir di perut, macam ku... haha.. agak2 sesuwai ke?? haha.. gelak dlu.. tapi mna tau.. kot2 bergaya dan menawan.. (Cewah.. masuk bakul angkat sdiri) Nati pa kata.. buang tebiat apa ma ni..? haha...
Kiut Miut beg2 ni..
Ini adalah cooler bag.. yg bersaiz comel.. kiut kan?? Boleh memuatkan lebih kurang 4-6 botol milk storage tu yg 5 oz setiap satu.. dan leh la muat lbh kurang 3-4 pcs ice packs..
Yang ni adalah Autumnz - Casual Chic Cooler Tote leh didapati di OnebabyWorld..
Di mana beg ni ciri-cirinya adalah :-
Yang ni adalah Autumnz - Casual Chic Cooler Tote leh didapati di OnebabyWorld..
Di mana beg ni ciri-cirinya adalah :-
- Corak yang kasual.. sesuai utk anda yg bergaya
- Luas - boleh memuatkan 4-6 botol + 3 pcs Autums ice packs + breastpump manual
- Pratikal - 4 cara menggunakannya iaitu dibahu, bawa di lengan, di tangan juga sangkutkan di stroller. (Ada butang yg akan memastikan jika disangkut di stroller xjatuh..)
- Harganya juga murah.. Cuma RM 18.90 (harga biasa) tapi oleh kerana sekarang mega sale.. harga nya cuma RM 15.12!!!
- Ada 2 warna - Merah & Orange.. Warna yang ceria tau...
Yang ni pula ialah Jingle Jungle - Pro Exec Cooler Bag boleh didapati di Fabulos Mom.
Ciri-ciri beg nya ialah :-
- Murah
- Bergaya
- Boleh memuatkan 4-6 botol dan masih mempunyai ruang untuk 2-4 ice packs
- Talinyer boleh dilaras mengikut keselesaan.
- Boleh dibawa dengan tangan atau disangkut pada bahu
- Mempunyai poket di tepi maybe utk menyimpan kunci, hp etc..
- Mempunyai 4 warna iaitu Hitam, Biru berbelang, Orange berbelang & Coklat Berbelang.
- Harga nya cuma RM 28.90 tapi oleh kerana Mega Sales harganya cuma RM 23.12!
Bestkan?? Kiut pulak tu.. hehe.. berkenan?? Pergila dapatkan satu.. jangan risau, sales lama lagi.. sampai 31 Ogos nanti.. :) Selamat bershopping..........
Wednesday, June 22, 2011
Arini bangun!!!!
Yes.. akhirnya pagi ni ku bangun... bangun untuk sahur.. ala, itupun sebab Afif melalak2.. gatal kot.. ku pun gatal juga.. agaknya toto tempat tidur kami tu dah miang.. jadi bawa dia masuk bilik, tukar pampers dia.. susu dia.. then dia tidur.. kul 4 pagi.. hehe.. ku malas nak tidur dah, takut terlepas waktu sahur.. Imsak kul 5.32 pg.. arini cuma makan sup Campbell segera - secawan, air Incomix coffee - secawan, Coklat Crispy - 2 bar kecik dan Air masak - 3 gelas.. uish.. sumer nyer berbentuk cecair.. moga dapat bertahan hingga ke waktu berbuka.. Tak sempat nak masak yg berkhasiat sikit.. (kena berkhasiat kan sbb nak menyusukan si Afif).. tomorrow nyer sahur will do.. Sekarang menunggu masa untuk solat Subuh.. dan membangunkan anak2 nanti untuk ke Taska.. lagipun arini nak ke opis juga untuk sign autograph.. huang2x.. ntahla apa yang nak disign.. tunggu jer nanti jap gi.. lepas acara sign leh la pulang ke umah dan menidurkan diri.. kalau yala, tidur.. hehe.. kalau Afif tak tidur takleh gak tidur.. em....
Tuesday, June 21, 2011
Baju2 cute.. emmm
Baju ni rupanya dijual 4pcs ni pada 1 harga.. Ingatkan rm49 per set..(sesetengah blogshop la) comel gak kalau si Afif memakainya.. :) (Angan2..) haha..
Bila ada,sakit kepala.. bila takde sunyi + rindu..
Hah.. itula terjadi apabila ketiga2 hero ada kat umah.. Arini ku dah lambat sedar, jadi..... malas la nak anta dorang gi taska.. duk jela kat umah.. lagipun sakit sgt kaki ni akibat maybe dari berjalan2 membeli barang2 dapur semalam.. di Mydin dan juga Carrefour.. tangan pun amat lenguh coz menahan kepala Afif.. walaupun ada bantuan sling (kalau takde sling, lagi la puas.... sakit kedua2 tangan..) tangan masih lenguh sangat.. agak2nye baper berat kepala Afif sahaja yerk?? haha.. opps.. sudah lari tajuk..
Bila ketiga2 hero (Adam, Abid & Anas) ada di umah.. sudah tentu umah jadi sangat tak kemas dan suasananya amat bising... mana tak bising, dengan dorang jerit2 dan lari2 kulur kilir.. dan juga mama dorang pun turut sama menyumbangkan suara.. dengan jeritan2 yang amat nyaring sekali...
Sesekali, mama mereka akan "Diam!!!! Baby nak tidur" uish pening juga, bukan apa.. kalau Afif tu bangun lagila tak leh nak buat menda pun.. asik duk menyempitla dia denganku.. haha.. biasala bila lagi nak menyempit kan, masa kecik2 ni la... hehe.. Tapi bila dorang ada ni, riang ria juga umah.. dahla jiran sebelah dah pindah keluar.. dapat kuarters teres kat Presint 15.. Tahniah Za & Mala.. lum sempat lagi melihat baby ketiga mereka.. baby boy tu.. kerana kesibukan lelaki tua di rumah ini... Rezeki baby ni dapat umah bawah.. senang nak bawa bapa ke hospital.. rindu plak nak dengar pintu dibuka, dan ada kepala terjembul keluar.. "Hai baru balik ke?? " "kenapa umah gelap" pastu ada ketuk2 pintu.. haha.. Maisara.. seusia Adam cuma tua sebulan lebih aja.. Okies2.. stop sini dlu.. nak wat sikit housework.. haha.. sikit jer, housework kat umah ni BANYAK tau!!! Terlebih max... haha.. bila la nak abis, kalau nak wat sikit jer ari2.. huang2x..
Bila ketiga2 hero (Adam, Abid & Anas) ada di umah.. sudah tentu umah jadi sangat tak kemas dan suasananya amat bising... mana tak bising, dengan dorang jerit2 dan lari2 kulur kilir.. dan juga mama dorang pun turut sama menyumbangkan suara.. dengan jeritan2 yang amat nyaring sekali...
Sesekali, mama mereka akan "Diam!!!! Baby nak tidur" uish pening juga, bukan apa.. kalau Afif tu bangun lagila tak leh nak buat menda pun.. asik duk menyempitla dia denganku.. haha.. biasala bila lagi nak menyempit kan, masa kecik2 ni la... hehe.. Tapi bila dorang ada ni, riang ria juga umah.. dahla jiran sebelah dah pindah keluar.. dapat kuarters teres kat Presint 15.. Tahniah Za & Mala.. lum sempat lagi melihat baby ketiga mereka.. baby boy tu.. kerana kesibukan lelaki tua di rumah ini... Rezeki baby ni dapat umah bawah.. senang nak bawa bapa ke hospital.. rindu plak nak dengar pintu dibuka, dan ada kepala terjembul keluar.. "Hai baru balik ke?? " "kenapa umah gelap" pastu ada ketuk2 pintu.. haha.. Maisara.. seusia Adam cuma tua sebulan lebih aja.. Okies2.. stop sini dlu.. nak wat sikit housework.. haha.. sikit jer, housework kat umah ni BANYAK tau!!! Terlebih max... haha.. bila la nak abis, kalau nak wat sikit jer ari2.. huang2x..
Monday, June 20, 2011
Apabila hati dah sakit...........
..........................????..........................
Itula terjadi apabila hati dah sakit...
Sekian...
nota kaki : xde apa pun sebenarnya.. dah lma tak update.. huang2x..
Itula terjadi apabila hati dah sakit...
Sekian...
nota kaki : xde apa pun sebenarnya.. dah lma tak update.. huang2x..
Thursday, June 16, 2011
Pembersihan Blog..
Apa itu?? Taklah ku folo byk blog.. dari yg meniaga hingga tak niaga.. so mna2 blog yg tak aktif ku akan delete la.. so leh tambah blog lain dlm list.. :)
Entri tiada tajuk
Well, sebenarnya arini opps.. 15 Jun 2011 ni adalah tarikh pemberitahuan sama ada pertukaran papa ke Putrajaya berjaya @ tidak.. dan.... tadi excited nak cek.. tapi nampaknya Allah masih nak memberi ku lebih sikit cabaran tahun depan.. keputusan BPSM adalah......................................... tidak diluluskan pertukaran... Macam2 rasa berkecamuk.. tapi nak buat macamana, maybe ada hikmahnya pertukaran itu tidak lulus.. em.. tahun ni maybe tak rasa sangat lagi, tapi tahun depan.. Adam & Cabid dah masuk Kemas.. maybe lebih sikit penatnya.. nak anta mereka ke Kemas pastu kena rush gi opis, anta Anas dan Afif ke taska lak.. nak kena susu Afif lagi.. maybe ku akan turun lagi 5-10 kg.. haha.. sapa tau..?? Itu adalah satu kelebihannya.. pandang dari sudut positif.. n satu lagi lebih masa dgn anak2.. dapat pastikan dorang makan apa tengahari sebab ku sendiri akan gi amik.. pastu nak gi anta tempat transit pula.. em.. busy women ni pada tahun 2012.. biarpun masih ada lagi setengah tahun untuk alaminya.. :) Well, insyallah... i'll manage somehow...
Saturday, June 11, 2011
Asik2 kna tinggal..
Arini kena tggl lagi dgn anak2 mcm biasa.. kul 3 pagi dah kuar bertolak ke Gopeng.. konon2 nak tengok tempat utk pertandingan CBS.. tapi pegi mengalahkan nak tgk, mcm nak pindah aja.. Hah.. apa salahnya bawak je kuar semua barang2 pancing tu menyemak aja.. napa tak bawak je barang2 pancing satu bilik tu.. pastu tinggal je kat sana.. senang lain kali nak repeat pancing tak yah nak bawak kulu kilir barang dah.. dah jimat tenaga dan masa.. Ingatkan bila dah keja gomen ni reti la nak duk umah.. @ at least tak le lelama sangat melepak sana sini.. ini idak, lagi banyak masa untuk diri sendiri.. bukan utk famili.. Suruh beli breakfast pepagi pun kul 8 pagi takleh bangun lagi.. ini kul 3 pagi leh sedar sendiri.. kalau nak seribu daya, kalau dah taknak tu memang susah nak bangun.. Menyakitkan ati aja..............
Friday, June 10, 2011
Tiba-2...
Tiba2, rasa nak marah.. tiba2 aja perasaan marah tu dtg.. sakit jiwa ke tiba2 nak marah?? Mesti ada sebab bila tiba2 nak marah.. takkan la takde apa2 tiba2 leh lak marah2.. itu sudah tentu sakit jiwa... Perasaan itu ada tiba2.. ada sebab, ada alasan bila tiba2 nak marah.. tapi malas nak kata.. saja je nak taip2 kat sini, biar perasaan tiba2 nak marah tu surut & lelama ilang.. hopefully..
Monday, June 6, 2011
Ada sikit rehat..
Bukan tak suka, suka.. bila ada anak2 di rumah.. lagi2 tgh cuti macam ni.. Malas sebenarnya nak anta gi Taska, malas nak drive.. nak cari parking lagi.. tapi bila semua ada di rumah, mulala suara dah macam tarzan, menjerit sana sini... cakap slow2 anak2 wat tak dengar jer.. agaknya dah biasa dengar suara menjerit baru nak ikut.. memang susah nak relaks.. dahla tak leh relaks.. kerja yang berlambak2 pun tak jalan.. Yang ni bertiga tu anta pun, (Adam, Cabid, Anas) tinggal Afif jer pun.. bukan banyak kerja leh jalan.. Afif ni asik nak belaian manja aja.. sikit2 rengek bagai.. panas agaknya.. yala, skrg ni panas, angin pun tak mo masuk.. iskh.. Mama tak mampu la Afif nak pasang aircond.. Hah, dah nangis... stop dlu la......
Saturday, June 4, 2011
A visit to Angah House..
Arini seperti dijanjikan pada Angah dan anak2.. nak ke rumah Angah.. sebab lagipun dah lama tak jupe Angah n famili.. rindu pada anak2 sedara juga.. Tiba di sana (lepas menyiapkan 4 anak lelaki itu...) kul 10 pagi.. dan Angah dah prepare nasi lemak tau.. em.. seronok jer tengok anak2 makan.. gembira kerana dapat makan dan gembira kerana ramai makan bersama.. :) Ada 7 org kanak2 makan bersama.. (eceli ada 8 org budak.. tapi sorg budak tak makan lagi.. masih menyusu aja.. haha.. Afif la..) Angah yang suapkan utk breakfast.. n lepas ku susukan Afif baru ku makan... hehe.. siap tambah lagi... enak ya bila kakak dan mak yang masak.. (haha.. ku tak pandai masak.. pastu malas belajar pulak tu.. iskh2.. berubah la sikit..) duk lepak2.. borak2 sikit.. anak2 sumer seronok bermain.. Ayim dan Cha rajin juga menjaga Afif.. tolong tepuk dan duduk bersama Afif.. tq yer.. :) Hampir kul 3 lebih baru ku pulang.. Angah dan keluarga nak bertolak ke Langkawi malam ni.. nak cuti cuti Malaysia.. :) Seronok nyer.. Apa2 pun semoga bergembira di sana, dan semoga dipermudahkan segalanya dan selamat perjalanan pergi balik.. Amin..
Thursday, June 2, 2011
Ngantuk.....
Arini cam lalok sikit.. kenapa?? Sebab pagi tadi kami anak beranak gi anta papa kul 2 pagi ke Sri Kembangan.. nak kemas barang2 dan kemudian bertolak ke KLIA untuk berlepas ke Bintulu, Sarawak untuk satu trip memancing… Alhamdullilah Abang & Cabid juga Anas tak mengamuk2.. dan elok mereka temankan ku masa dalam perjalanan pulang.. ala bukan jauh pun sebenarnya.. tapi waktu masa tu.. Kul 2 pagi.. dan tempat tak biasa lak tu.. Kat area kedai2 tu..dah kata dah mesti sesat punye dalam area kedai2 tu.. selamat pandai pusing balik dan cari jalan balik ke Putrajaya.. pastu sampai Putrajaya, mencari parking pula.. lagi cuti sekolah ni.. ramai sedara mara jiran tetangga datang berkunjung.. maka penuh la parking2 keta di rumah ni.. Em berpusing-pusing lebih kurang 10 minit juga.. dan akhirnya ku tawakal jer parking tepi jalan.. Cuma pastikan betul2 tepi sidewalk tu supaya tak ler menghalang kereta kuar masuk nanti.. dan ada sikit ruang antara keta ku dengan keta yang satu lagi untuk menyenangkan untuk mengeluarkan stroller.. Ku angkut Anas & Afif atas stroller dan Abang & Cabid berjalan.. sampai rumah ku paksa dorang tidur balik.. sebab baru kul 2 lebih pagi jer.. n lastly dorang tidur.. dan ku bangun ngam2 kul 7 pagi.. kepala sakit dan memang rasa lesu sikit tapi gagahkan juga bangun sebab nak menghantar anak2 besar ni ke Taska.. mandikan dorang, beri pakai baju, dan minum susu.. pastu ku gi mandi.. lepas mandi dan bersiap2 ku tukar pampers si kecik Afif dan susukan dia dlu sebelum gerak ke Taska.. masa tu sudah pukul 7.30 pagi dan masa itu adalah masa puncak kereta2.. so kuar lewat sikit la.. dari stuck dalam jammed buat apa.. kuar lebih kurang 2 minit ke pukul 8 pagi.. dan anta dorang.. Ingat lepas anta dorang nak singgah Petronas cari makan, tapi makcik Taska ada lak kelebihan bihun paru.. amik ajala.. karang bayar.. nak bayar duit taska pun terlupa bawak duit kuar dari keta.. petang karang la..
Tuesday, May 31, 2011
Takziah..
Ucapan Takziah pada Pn Fazila Din Pen. Akauntan W32 di mana suaminya telah kembali pada penciptaNya pada pagi tadi.. Sangat sedih juga even cuma membaca perihal perginya suami Pn Fazila tu di blog Anis & Syam.. Kita di dunia hanya sementara cuma tak tau bila kita dijemput.. Semoga roh suami Pn Fazila dicucuri rahmat dan semoga dipermudahkan segala urusan... Amin..
Thursday, May 26, 2011
Etiqa Insurance..
Adoi.. ingatkan dah takde la potongan dalam bank statement.. masih ada lagi... Dah anta surat dah aritu.. apa lagi dia nak?? Macamana nak berhentikan potongan setiap bulan ni.. ?? ada yang tau caranya.. nak terminated kan kontrak tu.. macamana yer?? Susah betul... Dahla potong setiap bulan, pastu kita lak kena bayar caj bulan2 dalam Maybank.. masa sign kontrak takde pun kata ada caj.. Pastu kalau takde duit dalam bank pun kena tolak juga caj dalam bank.. apa ni..?? Dah baper banyak service caj yang diambil.. kira2 dapat kot RM 60++.. iskh.. apa ni.. susah la gini..
Wednesday, May 25, 2011
5 ari saja lagi.........
Lagi 5 ari saja tempoh mak, abah, Nana, Abangcik duk di Putrajaya.. di rumah kuarters Presint 16 itu.. tidakla dapat ku berkunjung setiap ujung minggu seperti biasa.. Akan berkunjung ke Sungai Buloh juga, tetapi mungkin tidak seperti kunjungan di Presint 16 yang bila2 masa bleh rasa nak pergi.. nak pergi pagi okay, even pergi petang pun orite.. Kalau nak pergi Sg Buloh kenala pergi pagi2.. dan at least bermalam seari disana baru pulang semula ke rumah.. barula padan dengan jaraknya.. Tidakla boleh nak lari lagi jika merajuk dengan papa.. kalau dulu boleh merawat hati pergi ke rumah mak.. walaupun bukan mak pujuk, bukan abah pujuk.. sekadar ke sana, rajuk sumer dilupa.. padahal bukan diberi emas permata sekadar dapat berborak kosong.. gosip artis, borak tentang drama2, tentang drama indon, telenovela.. citer pasal anak2.. bukan yang tersangat penting pun, tapi memang merawat hati.. Balik rumah Presint 9 hati dah okay, dah tak pikir pun majuk sama papa.. kan bagus begitu.. tak sakit hati.. hubungan pun tidaklah renggang atau bermasam muka lama sangat.. sekejap sangat.. lagi2 dengan papa yang memang kalau ku majuk pun, tak sampai 2,3 jam dah berborak semula, cuma ku jer kadang2 terover.. merajuk berpanjangan.. konon2 manja la tu.. (Sebenarnya nak manja2.. tapi lelaki itu @ papa tak paham.. dia bukan romantis.. haha) Yalah kenal dah lama.. jadi pasangan suami isteri dah 5 tahun ++.. Anak dah 4.. takkan nak manja2 sikit takleh.. nak juga jadi macam masa2 bercinta dlu.. kan manis, kan indah.. apa salahnya... bukan ker dituntut lagi.. lagi bagus apa bila dah jadi suami isteri ni lagi romantis, lagi manja2.. jalan berdua2 skali skala.. macam ada kawan2 ku tu.. ala seronoknya mereka.. sesekali time bekerja amik cuti, tapi anak anta taska, anta pengasuh.. ala gi la wat kerja2 yang memerlukan, tapi sambil2 tu menyelam minum air, gi tengok movie.. gi shopping berdua.. gi lunch berdua.. tidakkah seronok, bahagia itu?? em... Paham kan dia........?? Em... dan kini lagi tempat rawat hati dah jauh.. adui..
Monday, May 23, 2011
Wow.. dah abis pantang.. :)
Yer.. arini ku dah abis pantang.. yabeda bedu... ari ni adalah hari ke 45.. officially abis pantang.. tapi masih kena tapis2 lagi makan tu yer.. ais sumer, pedas sangat pun xleh.. sebab apa?? Sebab masih susu kan Afif kan.. jadi sejuk2, pedas2 semua tu kena kurang.. n kalau boleh jangan amik langsung.. nati budak kecik tulak yang efek.. cian dia.. okies2.. arini ari abis pantang, kami sekeluarga ke Hospital Putrajaya sebab ada dua appointment.. Satu untuk Abang.. ada terapi kerja.. dan satu lagi Afif di Klinik Paedatrik.. Berita gembira nyer.. Afif dah bebas tiroid.. ya, bacaan nyer dari 11 aritu.. dah menjunam ke 3.33.. sangat bagus.. walaupun kuning tu masih ada.. tapi dah sangat rendah kata doktor tadi.. Alhamdullilah.. sangat suka.. n sebelum berjumpa doktor tadi, nurse ada amik berat dan panjang Afif.. pada usia nyer 45 ari, Afif adalah seberat 5.5 kg dan sepanjang 57 cm.. ada perkembangan yer.. Masa cek up sebulan aritu, Afif seberat 4.5kg dan sepanjang hanya 54cm.. alhamdullilah.. dah naik berat Afif.. ku sangat GUMBIRA..
Dan, Abang pula.. pa kata tadi takde apa2 sangat.. dia kena next appointment pada 13.6.2011 ni.. tadi hanya diinterview jer sikit2.. ditanya apa kegemaran abang dan apa2 aktiviti yang dia suka, dia tak suka.. itu aja.. Itupun dkat sejam juga.. dari 11.30 pagi hingga 12.30tgh.. Puasla ku nunggu di luar bersama tiga lagi anak teruna ku, Cabid, Anas & Afif.. dahla si Afif ni nak ngempeng jer.. adui... selamat ada nursing cover.. sesekali tensen juga bila Afif gamuk2, then nursing cover tu macam tak jadi nursing cover yela terbuka di sana sini, tapi ku cuber juga bertenang dan mengawal situasi... alhamdullilah.. jika ada keinginan insyallah ada kejayaan.. Dalam menyusu, menjaga Anas & Cabid juga.. okayla.. ada juga masam di muka seketika tapi dapat dicover kemudiannya.. Kena banyak sabar.. barula penyusuan jadi lancar dan selesa.. Insyallah dipermudahkan Allah.. Pastu sempat kami ke Nursing Room, sebab Afif membuat 'kerja'. Dan ingatkan Afif sorang jer, Anas pun sama.. tukar la ketiga2 pampers bebudak itu.. dan bergerak semula kami ke Bilik Rehabiltasi tu.. tak siap lagi rupanya pa n abang.. kami pun melabuhkan punggung depan kedai2,, dan Afif sebuk nak menyusu lagi.. beri anak2 tu makan roti krim.. jadi senang la nak kawal si Afif yang menyusu.. dan pa dan abang akhirnya sudah juga.. kami pun pulang ke rumah............ Seronok bila mudah kerja.. Alhamdullilah..
Dan, Abang pula.. pa kata tadi takde apa2 sangat.. dia kena next appointment pada 13.6.2011 ni.. tadi hanya diinterview jer sikit2.. ditanya apa kegemaran abang dan apa2 aktiviti yang dia suka, dia tak suka.. itu aja.. Itupun dkat sejam juga.. dari 11.30 pagi hingga 12.30tgh.. Puasla ku nunggu di luar bersama tiga lagi anak teruna ku, Cabid, Anas & Afif.. dahla si Afif ni nak ngempeng jer.. adui... selamat ada nursing cover.. sesekali tensen juga bila Afif gamuk2, then nursing cover tu macam tak jadi nursing cover yela terbuka di sana sini, tapi ku cuber juga bertenang dan mengawal situasi... alhamdullilah.. jika ada keinginan insyallah ada kejayaan.. Dalam menyusu, menjaga Anas & Cabid juga.. okayla.. ada juga masam di muka seketika tapi dapat dicover kemudiannya.. Kena banyak sabar.. barula penyusuan jadi lancar dan selesa.. Insyallah dipermudahkan Allah.. Pastu sempat kami ke Nursing Room, sebab Afif membuat 'kerja'. Dan ingatkan Afif sorang jer, Anas pun sama.. tukar la ketiga2 pampers bebudak itu.. dan bergerak semula kami ke Bilik Rehabiltasi tu.. tak siap lagi rupanya pa n abang.. kami pun melabuhkan punggung depan kedai2,, dan Afif sebuk nak menyusu lagi.. beri anak2 tu makan roti krim.. jadi senang la nak kawal si Afif yang menyusu.. dan pa dan abang akhirnya sudah juga.. kami pun pulang ke rumah............ Seronok bila mudah kerja.. Alhamdullilah..
Tuesday, May 17, 2011
Power Pumping..
Nak buat power pumping ni.. bukan nyer apa.. nak juga bagi tau Cik B bahawa demand adalah sangat banyak.. sudah buat stok susu sikit2 incase Afif tak dapat taska di bawah (Taska De Sayang) @ sekiranya kena exam @ berkursus jauh dari Ofis.. adalah baik.. sekarang baru ada 4 botol saja.. itupun bukan tiap2 ari pumping.. tapi nak kena lebih usaha ni.. tadi tandem pump.. Afif susu sebelah, and pumping sebelah lagi.. memang laju jer la susu tu diperah juga sebab ada Afif.. Itulah keajaiban nyer.. camna pun baby itulah stimulasi paling kuat.. dan berkesan.. Jap gi kena pumping lagi.. Semoga Allah jauhkan sikap malas dalam diri.. Amin..... Ku banyak korek2 info mengenai power pumping dari Harlinda Halim juga dari Miakiddies.. Alinalan.. sangat berguna info2 itu..........
Sunday, May 15, 2011
Astro First
Astro kan dah ada movie di rumah.. Reganya RM 15.00 + 6% gomen tax.. akan dicaj dalam bil semasa.. So aritu ku amik la satu movie.. hik hik.. gatal.. Merong Mahawangsa.. asik dengar orang jer kata. so nak gak tengok.. dahla dah lama giler tak tengok movie.. last ku tengok movie masa tu masih bujang dengan Nana.. and even kakak ku masa tu pun lum kawin lagi.. hah.. dasat kan.. lama benar.. sekarang ni ada tanggungjawab, takkan setakat nak tengok movie, nak suruh orang jaga anak2..? Ku bukanla seperti itu.. maybe kalau teringin sangat pun, maybe akan amik cuti.. haha.. gi ari bekerja.. pulun abis-abisan tengok movie.. camna?? gitu takpekan.. haha.. Merong Mahawangsa.. citer nyer sangat okay.. even Adam pun tengok sampai abis movie nie.. Dia memang suka adegan lawan.. Ku yang suka sangat bila si Merong kata :Sudahla hodoh, mulut berbau.." rasa macam lawak dlu2 kala.. Yalah, orang yang dia kata tu bukan reti bahasa melayu.. huang2x.. N rasa sangat kagum juga pada puteri China.. yang tau pelbagai bahasa.. dasat.. N bagaimana orang kata mengenai cinta pandang pertama.. hah begitu jugala halnya Putera dari Rome itu dan Puteri dari Negara China.. tu.. romantis yang tak keterlaluan.. ku juga suka inang nyer.. pabila sampai rombongan putera tu.. yang sibuk2 memperkatakan mengenai tegapnya badan, n so on.. hehe.. dah leh hafal lak citer itu.. bukan nya apa.. dah bayar RM 15.90(termasuk tax) so ku pulun tengok banyak kali.. lagipun citernya tak boring.. suka2.. bagi 5 bintang untuk movie ini.. Tahniah2..
nota kaki : biarpun citer ni dah lama di pasaran, and ku baru saja nonton.. tak kisah.. ia sangat best........!!
nota kaki : biarpun citer ni dah lama di pasaran, and ku baru saja nonton.. tak kisah.. ia sangat best........!!
Tuesday, May 10, 2011
Rasa letih......
Bukan buat apa pun.. tapi rasa sangat letih.. sangat penat satu badan.. Rasa panas luar dalam.. Berpeluh macam pergi bersukan.. Sekarang ni musim panas.. sangat panas.. hinggakan tak keluar ke mana2 pun masih rasa hangat lagi.. bilik walaupun malam sangat berbahang.. Kesian dengan Afif susah nak tidur.. last2 tadi, ku ikat selimut kat grill kat ruang tamu nak bagi redup sikit.. sebab angin diruang tamu tak ler sebahang angin dalam bilik.. barula tidur budak Afif tu.. barula dapat gerak wat kerja lain dan istirehat sebentar di depan pc ni.. k la... esok bday Abah ke 60.. tapi tak beli apa2.. tak dapat lagi beli.. maybe lewat sikit ya abah.........
N arini bday Amy Mastura.. haha.. tapi xsure yang ke berapa.. ceh ceh.. ku dlu memang minat sangat Amy.. tapi sekarang slow sikit.. sebab dah jadi mama orang2... hehe..
N arini bday Amy Mastura.. haha.. tapi xsure yang ke berapa.. ceh ceh.. ku dlu memang minat sangat Amy.. tapi sekarang slow sikit.. sebab dah jadi mama orang2... hehe..
Friday, May 6, 2011
Afif sebulan...
Ari ni Afif cek sebulan.. Pergi dengan pa & dengan semua anak2.. Pa pun gi amik mc kat klinik, sebab sakit perut...... Berat Afif... 4.475, Lebar badan 3.8 cm, Pjg Badan 54cm, Diameter kepala 3.8cm.. Okies la tu.. tidakla obes, dan tidakla kurang berat... :)
And, ku lak.. berat sudah turun la.. tapi lum lagi sampai 40 kg.. haha.. takkan la sampai 40kg.. aduhai.. tu nati cam rangka jer berjalan.. bmi tak sesuai.. haha.. sekarang nyer berat ni dah okay bmi.. tapi nak turun lagi 2 @ 3 kg lagi... em.. sampai ke idak ntah.. sebab malas nak bengkung, malas nak tungku.. (sekali jer tungku), xsempat pakai cream panas tu... n macam2 lagi.. em... okies2.. last berat masa ditimbang adalah 69 .5kg.. berat tu....... dan sekarang berat sudah jadi 56.2kg.. Jadi penurunan untuk sebulan adalah 13.3 kg.. okies gak tu kan.. nati nak ukur lilit pulak.. haha.. cam lah sempat nak ukur lilit... hee
And, ku lak.. berat sudah turun la.. tapi lum lagi sampai 40 kg.. haha.. takkan la sampai 40kg.. aduhai.. tu nati cam rangka jer berjalan.. bmi tak sesuai.. haha.. sekarang nyer berat ni dah okay bmi.. tapi nak turun lagi 2 @ 3 kg lagi... em.. sampai ke idak ntah.. sebab malas nak bengkung, malas nak tungku.. (sekali jer tungku), xsempat pakai cream panas tu... n macam2 lagi.. em... okies2.. last berat masa ditimbang adalah 69 .5kg.. berat tu....... dan sekarang berat sudah jadi 56.2kg.. Jadi penurunan untuk sebulan adalah 13.3 kg.. okies gak tu kan.. nati nak ukur lilit pulak.. haha.. cam lah sempat nak ukur lilit... hee
Thursday, May 5, 2011
Cuti best @ tertekan??
Cuti tu akan jadi best bila kita leh kuar jalan2.. or kalau duk umah pun, umah berseri2.. dan kemas sentiasa.. Tapi akan jadi tertekan sangat cuti ni bila duk kat umah dgn umah yang sepah2, yang sana sini menyakitkan mata memandang.. dah puas kemas sepah balik, dan tak sempat nak kemas.. tak sempat nak makan sebab sebuk nak kemas umah.. mulala sakit perut bagai sebab sumer lewat dilakukan.. pastu tak dapat bantuan apa2 lak tu.. bila dah sound siren banyak kali baru nak beri bantuan.. kalau tak wat tak tau... Pengalaman berpantang kali ini amat memeritkan... bukan perit sebab apa.. perit sebab takde bantuan.. perit bila orang2 sangka kita ni berpantang bukan macam berpantang... leh wat sumer menda sendiri.. kira cam superwoman lah gitu.. kalau tak de siren berbunyik, takde langsung bertanya.. takde langsung nak cuba hulur bantuan sendiri2.. tanpa ditanya @ dipinta @ diperli.. Minggu depan akan lebih tertekan.. dengan adanya budak berdua yang besar tu pulak.. dah la yang ada ni tak tertahan aja nak menjaga.. Ni bukannya sebab apa, Afif ni jenis yang suka menyusu banyak kali hinggakan nak wat keja lain pun susah.. Anas tak susah jaga.. dia banyak dengar walaupun kadang kala tu merjauk, menangis, melalak juga.. Tapi sesetengah orang ni dah tengok keadaan yang macam tu, sampai hatikah nak menambah pulak beban menjaga lagi yang lain?? Pastu nak suruh potty training pulak?? Ya pada permulaannya ku setuju, sebab ku sangka kan anak ni (Afif) tak jenis meragam macam Anas juga.. jadi senang la kalau nak train yang berdua sibudak besar tu potty training.. ni dah macam ni.. laratkah ku?? Sedangkan takde mereka berdua pun ku dah habis tenaga.. langsung tiada masa rehat.. hati sakit memikirkan rumah sepah, berselerak.. em.. soal hati pulak yer.. apa salahnya potty training tu tetap dipratik cuma bersambung dengan di taska.. tak boleh ker?? Susah bila orang hanya nak tau senang aja.. tak nak susah menghantar anak.. kononnya taknak balik lambat.. tapi pleasela.. bila tak amik anak lagi la balik lewat.. percayala.......... sedangkan amik anak ari2 pun bleh kuar balik dan balik lewat.. nati bila dah tak de tanggungjawab menghantar mengambil anak lagila menjadi.........
nota kaki : Saja lepas geram..................... supaya tak simpan dalam hati dan jadi gila..
nota kaki : Saja lepas geram..................... supaya tak simpan dalam hati dan jadi gila..
Saturday, April 30, 2011
Bila ada rasa tak penting??
Bila kita ada perasaan tak penting, kita mesti rasa susah hati.. rasa sangat tensen.. sangat marah.. dan segalanya.. Lagi2 bila kita sakit.. kita penat.. lagila tensen tu membuak2, marah tu menjadi2.. jadi semua kita nak marah, semua kita nak tengking2.. Kalau la duit byk di tgn mungkin tak tensen sgt.. leh shopping.. even pun tak leh gi window shopping.. leh screen shopping di internet.. skrg kan byk online shop, blogshop pun berlambak2.. takyah gi kedai sumer.. kan best.. bila shopping jadi tak tertekan.. kurang marah.. betul.. Ni namanya terapi shopping.. haha.. Itula ku sebenarnya.. rasanya dulu kurang tertekan, sebab duit sentiasa ada di tangan.. leh shopping mopping.. biarpun tetiba lepas beli barang2 tu iskh tak de kegunaan sangat pun barang ni.. Tapi keseronokan bershopping tu ada.. ada perasaan gembira yang muncul di hati.. Tapi sekarang bila semua duit rasa macam tak cukup.. bukan tak cukup sebab apa.. sebabnya ada keperluan lebih penting.. nak kena simpan utk barang2 anak, nak kena bayar bil itu ini, nak beli bekalan makanan & barang utk rumah.. mula la tensen tu muncul.. sebab dulu, ada juga bayar bil, ada juga beli barang anak2, ada jga beli bekalan makanan & brg utk rumah.. tapi xdelah sampai semua duit gaji ke situ.. sebab ada gak kongsi2.. tapi sekarang ketara sangat nampak duit gaji ku semuanya ke situ.. kalau tak wat potongan gaji dalam ASB & Lem Tabung Haji (itupun ciput jer potongannya..) takdela duit lain.. Sangat terukkan situasi sekarang.. bukan masalah anak makin bertambah atau apa.. itu takleh dijadikan alasannya.. sebab anak2 itu anugerah Allah.. kita kena jaga dengan baik.. cuba beri yang terbaik dan bersederhana, setakat kemampuan kita.. Tapi kekurangan duit ni terjadi bila org memang menaruh harapan pada kita saja.. Sebab orang tau kita mampu buat semua.. mampu bayar itu ini dengan duit kita.. Orang2 begini yang berubah bukan kerana keluarga tapi berubah kerana nak seronok hidup.. memang amat menyusahkan.. Memang amat menyakitkan.. Yang lebih pentingkan orang lain.. daripada ahli keluarga sendiri meaning.. isteri & anak2.. yang suka menipu utk kepentingan diri sendiri.. adalah lebih baik mereka2 ni,... duduk je sendiri.. tak payah ada keluarga...
nota kaki : Luahan dari hati,,,,,,,,,,,akibat terlalu sakit hati.. Maafkanlah...
nota kaki : Luahan dari hati,,,,,,,,,,,akibat terlalu sakit hati.. Maafkanlah...
Penyakit TIBI
APAKAH ITU PENYAKIT TIBI?
Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.
Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.
TANDA & GEJALA PENYAKIT TIBI PARU-PARU
Batuk berterusan lebih dari 2 minggu
Kahak yang mengandungi darah
Deman dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
Susut berat badan dan hilang selera makan
Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
Mudah letih
CARA JANGKITAN
Kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.
CARA MENGESAN TIBI
Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi anda akan diminta :
Melakukan pemeriksaan kahak dan/atau,
Menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat.
RAWATAN TIBI DOTS
DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit Tibi.
Prinsip-prinsip DOTS adalah :
Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan
2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih
Pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik
PENCEGAHAN
Dapatkan suntikan BCG bagi
-Bayi yang baru lahir
-Murid sekolah : Darjah 1 (7 tahun) sekiranya tiada parut di lengan
Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan selama 2 minggu
Kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan
NASIHAT AM
Banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi.
Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap.
Amalkan cara hidup dan makan makanan yang seimbang.
KEMUDAHAN MENGESAN DAN RAWATAN
Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh diperoleh secara percuma di semua klinik dan hospital kerajaan.
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Bahagian Kawalan Penyakit,
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama
Institut Perubatan Respiratori
nota kaki : Saja cari info tibi ni coz aritu Nurse dtg n tgk ku batuk.. tanya batuk dh lama.. ya, sebelum bersalin lagi dah batuk.. non stop.. jadi dia suruh cek masa gi cek up 1 month nati di klinik.. next week dah 1 month.. jap jer.. rasa macam baru cuti.. em..
Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.
Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.
TANDA & GEJALA PENYAKIT TIBI PARU-PARU
Batuk berterusan lebih dari 2 minggu
Kahak yang mengandungi darah
Deman dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
Susut berat badan dan hilang selera makan
Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
Mudah letih
CARA JANGKITAN
Kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.
CARA MENGESAN TIBI
Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi anda akan diminta :
Melakukan pemeriksaan kahak dan/atau,
Menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat.
RAWATAN TIBI DOTS
DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit Tibi.
Prinsip-prinsip DOTS adalah :
Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan
2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih
Pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik
PENCEGAHAN
Dapatkan suntikan BCG bagi
-Bayi yang baru lahir
-Murid sekolah : Darjah 1 (7 tahun) sekiranya tiada parut di lengan
Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan selama 2 minggu
Kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan
NASIHAT AM
Banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi.
Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap.
Amalkan cara hidup dan makan makanan yang seimbang.
KEMUDAHAN MENGESAN DAN RAWATAN
Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh diperoleh secara percuma di semua klinik dan hospital kerajaan.
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Bahagian Kawalan Penyakit,
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama
Institut Perubatan Respiratori
nota kaki : Saja cari info tibi ni coz aritu Nurse dtg n tgk ku batuk.. tanya batuk dh lama.. ya, sebelum bersalin lagi dah batuk.. non stop.. jadi dia suruh cek masa gi cek up 1 month nati di klinik.. next week dah 1 month.. jap jer.. rasa macam baru cuti.. em..
Friday, April 29, 2011
Em.. Sakit..
Arini Jumaat.. tapi rasa cam ari cuti lak.. Sebab budak2 n bapak budak sumer ada kat umah.. Mungkin ada hikmahnya juga.. leh la pa tolong2 tengok Afif & Anas.. Rupanya ari ni nak sakit.. Kul 4 pagi ku bangun.. sakit sangat gigi.. dan sebuk mencari stokin + Sweater.. rasa amat sejuk.. gi dapur cari la panadol.. tak tertahan sakit.. pastu bila siang.. mandi air suam pun masih mengigil lagi badan.. dahla selsema, batuk.. selamat demam tak kuat.. tapi dari sakit sikit2 je kepala, melarat sakit kepala.. hinggala bila nak bangun rasa nak jatuh.. iskh2.. tak leh wat satu apa menda pun arini.. tak larat.. Afif pun mandi kul 1 petang.. itupun, pa mandikan...em.. ni pun baru berpeluang tengok2 website.. sebenarnya nak kemaskini permohonan pertukaran pa.. sakit betul ati, bila mintak info tak dapat ni.. esok dah last.. iskh..
Wednesday, April 27, 2011
Tahniah Za & Mala..
Congrats pada Za & Mala, jiran kami kerana telah mendapat baby boy.. Selamat dilahirkan ari ini pukul 2 pagi.. Nanti dah pulang ke rumah, leh la kami gi jenguk.. Baby boy ni anak ketiga mereka.. Sebelum ni yang sulung & kedua, masing2 gegirl.. dah dapat la sorang boboy yer.. Ku juga lum sampai seru nak dapat baby gegirl.. takpela, asalkan anak2 semua sihat dan cerdas.. :)
Tuesday, April 26, 2011
Hari ke-19!!
Good morning.. masih morning lagi kah?? Cek time jap..masih lagi.. hehe.. Tadi ku terus bangun jer, dah tak landing2 dah.. so terus masukkan baju dalam mesin.. n menyapu sikit2.. mandi, mandikan Anas.. breakfast dan tgk tv sambil susukan Afif yang busyuk masam lagi sebab tak mandi.. haha.. awal lagi ni nak mandikan Afif.. (masa time tu la..) so around kul 9.30 pagi baru ler ada niat nak mandikan Afif.. tetiba terbuka lak Astro Ria.. eh.. ada citer "Ungunya Cinta" ala lakonan Leez AF4 dan sapa ntah heronya tu.. sebab ari tu ada tengok preview citer ni di blog MYsuperkids kelolaan Mommy Lyna.. so ternak lak tengok citer ni.. dah tengok mulala takleh gerak.. aiseh.. Afif, lambat sikitla mama mandikan Afif yer.. tetiba, pastu iklan, jadi siapkan jerla air mandi Afif.. then dengar ketuk2 di pintu.. Aiseh men.. sapa kah gerangan nya itu?? umah tak kemas lagi.. meaning, toto tak lipat bantal masih lagi selerak.. itu ajala yang tak kemas pun.. em.. NUrse la.. ceh.. selalu datang masa umah tengah selerak giler ni.. iskh2.. malu den... Lantakla.. nama pun ibu berpantang kan, mana la sempat nak wat semua keja laju2 siap sumer.. haha.. cek2.. Nurse pun kasi buka baju Afif.. timbang.. okies.. taknaik banyak pun.. last aritu timbang masa ari ke 11.. so ari ke 19 ni.. dia naik 200 gram dari aritu.. dah jadi 4kg.. okiesla naik gak.. so dah alang2 nurse datang, ku tanyala dia persoalan.. sebab masa Anas dulu.. 'membuang ari2.. sebab susu badan kan?? Tibe2 Afif ni 3 ari baru 'membuang.. jadi ada kerisauan di situ.. Then, baru rasa lega.. Nurse kata tak sumer budak sama.. lepas seminggu dua, budak2 ni walaupun menyusu badan, kadang2 ada yang membuang lepas 2,3 ari.. yang penting poo poo dia masih lembik dan cair.. tak keras.. dan tak campur any formula milk.. jadi tak jadi masalah yer.. oooo.. baru la kelegaan terasa.. hehe.. Kamu bikin mama risau jer Afif.. sebab kamu tu menyusu bukan main.. kencing banyak tapi poo poo.. aduhai.. legala ati mama.. Nurse balik dan set up tarikh sebulan pada 6 Mei nati.. (6 Mei baru sebulan..? lambat lagi...) em.. dan nurse pun pulang... dan tetiba.... eh eh ada call.. Mak la.. Mak call kata nak datang.. yalah, dah agak mak datang sebab ari ni mereka, (Mak, Abah,Alif & Nana) nak balik Terengganu.. Khamis baru balik sini.. mesti la mak dan abah datang dlu.. :) Bawak kan roti canai.. hehe.. jap jer mak n abah duk.. tapi sempat juga mak tolong angkat baju & sidai kan baju Afif.. selamatla baju afif tak banyak.. kalau tak kesian mak.. pastu mak balik.. eh sebelum mak balik sempat la ku mandikan afif.. susu dan dia tidur.. ku baru ler terhegeh2 di skrin komputer ni.. sebab sebenarnya nak tengok Akaun SSPN Adam, Abid & Anas.. nak anta form potongan gaji ke PTPTN.. sebab tak masukkan potongan ke akaun Anas.. dia masukkan double kat akaun Adam.. padanla banyak dalam akaun Adam.. :) takpela, masuk ke akaun anak2 juga.. kena top up balik la akaun Anas mana yang termiss.. k la.. nak tengok budak2 berdua tu jap.. diam jer.. tidur kah kedua2 nyer??
nota kaki : nati nak masukkan gambar Anas & Afif lagi ketika di umah.. sangat cute...
nota kaki : nati nak masukkan gambar Anas & Afif lagi ketika di umah.. sangat cute...
Monday, April 25, 2011
Em. Teringin............
Eh cam lagu lak teringin.. hehe.. adapun org yg sedang berpantang ini, em.. dah baper ari pantang yer?? Oh ari ni sudah masuk ari ke... ceh-ceh.. macam la dah nak masuk 44 ari.. haha.. ari ni baru masuk ari ke 17 berpantang.. masih jauh lagi nak ke 30 ari.. dah tambah lak lagi 2 minggu dari 30 ari tu baru abis pantang.. em.. okies.. sebenarnya ku ni nak makan coklat.. tapi susah tul nak suruh orang gi beli ni.. nati ada lah yang tak kena.. sama ada takde.. or salah flavour.. n macam lagi hal nyer.. adakah ku terlalu choosy?? eh betul ke ejaan itu?? Tidak.. tapi yalah kacang2 nie kureng sikit mendapat perhatianku.. lagipun awal2 ni tak elok sangat makan kacang2 ni.. angin.. hehe.. tak makan kacang pun angin juga.. tak taula napa.. dah makan ikut time pun angin juga.. pastu mula la letak minyak yu yee cap limau tu.. patut untuk Afif.. tapi mama dia yang guna.. haha.. bebanyak.. last2 dah tinggal sikit jer minyak tu.. lucky masih ada spare, minyak telon.. jadi afif leh lah guna yang tu aja.. pastu bila mama dia angin2, mulala Afif pun angin.. kesian dia.. tapi pelik la.. makan ikut time dah pun angin juga.. rasanya masa bersalin yang lain dlu, makan gitu juga.. rasa lagi kurang makan... tapi tak lak angin2 bagai ni.. susah tul.. em.. nak wat camna ya??
Saturday, April 23, 2011
Selamat Hari Lahir Cha Cha,
Letih.. Panas...
Em.. itula yang dirasai arini.. letih.. panas.. walaupun takdela buat menda pun.. Badan rasa letih maybe sebab si Afif ni asik bangun jer.. nak menyusu.. dan tak sempat nak rehat.. Yalah, dah tidur si Afif nak kena tengok lak abang-abangnyer. Makan nak kena beri sumer.. Pampers nak kena tukar.. makan sendiri pun tak terjaga.. Pastu arini cam ada rasa bahang-bahang dari luar.. panas rasanya.. em... Inila akan terjadi bila sorang2 nak handle semua... sebab takde orang nak bantu.. Orang lebih suka habiskan masa di luar... walaupun dalam keadaan yang macam ni.. Sungguh orang itu mementingkan diri sendiri.. Tiada langsung pun mesej @ panggilan tanya kabar.. taknak tanya kabar orang besar pun, tanyala kabar orang2 kecik ni.. Manusia memang penting diri sendiri.. cuma orang2 sekeliling tak nampak jer.. Orang2 sekeliling cuma nampak kebaikan.. takde pun nak beri nasihat yang bagus sikit.. Mentang-mentangla ku reti wat semua sendiri.. Nampak buruk ku aja.. Buruk orang tak nampak.......................................... Tensen...
Thursday, April 21, 2011
Akhirnya.. jumpa juga..
Kelmarin.. em.. baper hb?? 19/4/2011 akhirnya.. Nurse dari KK Putrajaya jumpe juga rumahku ni.. yalah kan kena buat rutin cek up.. at least 3 ari kan?? Kelmarin tu dah hari ke 11.. So first time la Afif nak ditimbang beratnya.. Yihaa.. Afif juga tak mo kalah dengan sepupunya Hadeef.. dia pun turut naik berat juga.. tapi takkan la dalam 11 ari dah naik 1 kg kan.. naik ler juga.. Dah jadi 3.8 kg.. naik ler dalam 500gram.. okaylah juga.. tunggu nati pula.. :)
Monday, April 18, 2011
Sedikit kisah Afif..
Ari ni cek lagi darah di Klinik Kesihatan Putrajaya.. Hari ke 10.. Masa hari ke tiga jaundis Afif adalah 200. Cek lagi ari ke lima, jaundis nyer naik menjadi 239. Cek lagi ari ke tujuh, jaundisnyer turun ke 212. Dan repeat arini, jaundisnyer turun lagi.. kepada 193. Doktor sangat berpuas ati.. Cuma to confirm, yang jaundis nyer tak akan naik2 lagi, ari ke-14.. iaitu pada Jumaat 22 April 2011 ni kena repeat lagi sekali... hopefully jaundisnyer akan turun terus.. :) insyallah.. Lagipun Afif kuat minum susu, banyak buang.. jadi banyak la kuning2 tu kuar.. kan Afif kan..??
Sunday, April 17, 2011
Menunggu ketibaan mereka...
Sapakah mereka itu?? Mereka adalah kawan2 ku nak melawat katanya lepas lunch.. :) Sapa lagi, dari anak first hingga ke empat, tetamu yang sentiasa setia datang melawat ku ketika bersalin... Liza & Syaerie.. Tapi masa time Adam dlu, mereka masih bujang yer.. Sehingga time Abid pun Liza pun single lagi.. Sekarang ni Syaerie masih single.. single tapi tak tau la kalau tak available ker.. hehe.. Sekarang ni menunggu dorang datang.. Liza bersama Zukey + Bihah.. Syaerie + Kuchai.. sumer x-student PUO.. hehe.. sabar jer menanti nie.. kata Syaerie, dia n Kuchai dah berlingkar di umah Liza.. menunggu dorang suami isteri dan anak bersiap.. biasala.. dah jamu makan lunch, mestilah nak berkemas2 dlu pinggan mangkuk sumer.. pastu nak siapkan anak pulak.. lagi2 anak dara kena la disiapkan dengan cantik.. kan?? Nak kena ikat rambut kalau panjang, nak kena pakai riben ke apa ker.. biasala tu, i kan perempuan juga.. haha.. takkan i tak tau, walaupun i takde anak gadis di rumah ni... Sebab dlu masa i kecik2 dlu.. ceh2 i lak kan... masa nak gi tadika, mesti disiapkan abah.. :) Jangan tak percaya, abah yang siapkan.. sebab abah kan keja shif jadi ada waktu dia ada di umah.. dia la yang gosok baju, pakaikan baju dan ikat kan rambut.. siap ikat ketat2 rambut dua.. hehe.. terhoyong hayang juga seketika kepala i bila disikat rambut oleh abah.. abah tarik ke kanan, ke kanan la kepala i... begitu jugala bila abah tarik la rambut ke kiri, ke kiri lah kepala i.. ikut aja.. tak sanggup nak keraskan kepala.. hehe.. tapi budak2 sekarang ni, bila kita sikat lebih skit, mengaduh sakit.. susah betul.. kenapa yer?? iskh2.. dah lari tajuk ni... leh la mengimbau kenangan lalu.. ala, yang manis2 apa salah diimbau.. senyum juga seketika.. biarpun abah garang, tapi nampak lagi tanggungjawab dia.. Itulah Abah..
Friday, April 15, 2011
Thursday, April 14, 2011
Sudah lama tak tulis blog.......
Tajuk pun dah tau kan.. itula.. memang lama tak tulis blog.. sebab masa sangat pack sekarang.. nak urus kan diri sendiri lagi, nak uruskan si kecik tu lagi.. selamatla anak2 besor tu papa dia uruskan.. dan makan pun buat masa ni diuruskan papa.. Tq yer.. nati next week kena la uruskan makan sendiri.. alah, sapa lagi yang nak makan pun.. diri sendiri juga.. kena makan, kalau tak macamana nak bagi makan si kecik tu.. ya tak?? Ari ni dah 14 hb April 2011. Dah masuk ari ke 6 la melahirkan Afif Muazzam.. walaupun ku letih menunggu dia keluar aritu, (almaklumlah terlebih ari lak..) dan letih juga nunggu dia kuar (masa kat labour room, dari kul 8 pagi hingga 12tgh... dalam sejarah.. paling lama nak kuar...) tapi alhamdullilah, dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah untuk melahirkan dia secara normal.. padahal bp - tekanan darah sangat tinggi.. dan juga lagi dipermudahkan Allah, tiada rasa sakit... percaya atau tidak, itulah kenyataannya.. tak sakit yer.. syukur... dan juga syukur alhamdullilah, lahirnya dia ke dunia ni, pandai dan terus minum susu badan.. n tak sampai sejam pun bersalin.. :) dan juga syukur alhamdullilah kerana Afif Muazzam tidak banyak ragam.. cuma takut mandi aja.. :) dan bangun hanya kerana pampers penuh atau nak minum aja.. Agaknya dia paham mama nya nak kena lihat abang2 juga.. especially abangnya yang manja, Anas.. Semoga segalanya dipermudahkan.. insyallah.. dan moga semua penyakit kuning - Afif dan darah tinggi - ku sendiri ni beransur2 pulih.. insyallah.. nota kaki : Terima kasih pada semua ahli keluarga, sedara dan kawan2 kerana sudi melawat... :) Sangat hargai lawatan itu... :)
Monday, April 11, 2011
Wednesday, April 6, 2011
Happy Birthday Abgcik & Wafaa...
Hari ni birthday Abgcik @ Alif yang ke 24 tahun.. dan birthday Wafaa anak buah ku yang pertama!! Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah sentiasa.. Moga hepi2 selalu.. :)
Ni Abangcik @ Fadly Alif.. 24 years old.. today
nota kaki : Mana tau baby dalam perut mau kuar ari ni.. jadi dapatlah berkongsi hari lahir dengan Abgcik & Wafaa, kan?? Kan??
Tuesday, April 5, 2011
Mc..
Ari ni mc.. sebab apa mc..? Tak sakit pun.. cuma letih sikit jer sebab jaga Anas yang sakit.. sebab dia malam2 rengek2 sakit la.. nak air la.. macam2.. tapi biasala orang sakit.. manja pun lebih.. Jadi mamanyer sakit kepala sebab kurang tidur.. dah la makin susah nak tidur.. banyak betul menda nak pikir.. Nak pikir orang di luar, nak pikir orang di dalam perut lagi.. iskh.. doakan la semua selamat dan berjalan lancar.. kena banyak rest ni.. nati takde tenaga pulak.. k la..
Monday, April 4, 2011
Ke klinik lagi..
Tadi ke Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 3.. Nak cek kaki Anas yang bengkak.. (Arini lagi nampak sangat bengkak kakinya..) Nak mandi pun sakit.. lap slow2 dengan towel pun dia rengek "Ma, Akit..." Jadi tadi jupe doktor.. Doktor kata maybe alergik @ jangkitan kuman.. Jadi doktor bagi antibiotik dulu.. Suruh makan dlu antibiotik hingga abis n tengok dlu.. adakah makin teruk @ akan ok lepas makan ubat... arap2 bertambah baik la kan.. Dia time sakit camni, nak berdukung jer.. dan dengan pa pun x mo sangat.. tapi ku bila lenguh2 kaki bagi juga dia pada pa.. tak larat.. sakit sangat kaki.. ni pun siap berminyak bagai kat kaki.. sebab sangat lenguh dan sakit2.. pinggang sumer sakit sebab kendong dia.. tapi takkan tak nak kendong kan.. kesian dia.. dia sakit kaki.. berdiri pun goyang2.. em.. cepat la sihat Anas yer..
Tahniah..
Tahniah pada Azni kawan seopis yang telah selamat melahirkan baby girl secara operate Ahad lepas.. Patut due date nyer lambat lagi.. cepat lak dia bersalin.. Alhamdullilah.. dan juga pada Shikin Remli yang bersalin anak ke-4 baby girl juga pada 31 Mac 2011. Due date dia pun lambat lagi.. Ku juga tak bersalin lagi.. haha...
Baby Girl Azni.. Sangat cute n chubby... :)
~Gambar Ehsan dari Elizia.. - Mobile Upload FB~
Sunday, April 3, 2011
Susah ati.......
Sangat susah ati...... Baru baik demam.. dah demam balik.. Sapa lagi... Anasla.. pastu tengok2 kaki dia bengkak pulak.. sampai nak berdiri pun cam tak kuat.. goyang2.. tak tau kena sengat dengan apa.. tak senang ati betul... kesian dia.. Doktor suruh mandikan dia lama2.. bagi sejuk badan.. tapi masa jumpa doktor bengkak kat kaki tu tak nampak pun lagi.. Bila balik dari umah mak tadi, lepas ku tanggal sumer pakaian dia, pun takde lagi bengkak tu.. then ku masuk bilik tengok dah ada merah bengkak tu.. iskh2.. Dahla Cabid & Abang dua2 sakit tekak.. Cabid dah tahap batuk.. yalah sekarang kan musim panas.. iskh2.. Susah ati betul.. em.. moga2 biarlah kalau bersalin dalam masa terdekat ni.. (haruslah kot.. dah lepas due date pun...) semoga dikurniakan Allah kekuatan untuk menjaga mereka semua.. Insyallah.. doakan ye kawan2... Amin..
Saturday, April 2, 2011
Saja nak tempek gambar buruk ni..
Masih belum lagi...
Ari ni dah 2 April 2011.. dan si kecik dalam perut masih tak mo kuar lagi.. very comfy agaknya dalam perut ku ni.. :) And tadi pepagi ajak pa gi breakfast kat Kedai Mamak Berkembar Presint 9 selain tu tujuan nak beli pampers Abang & Cabid.. iskh jap jer dorang ni nyer stok pampers, cam air jer mengalir.. takpe2.. sabar yer Fareen... tak lama lagi nak train Abang betul2.. lepas dia dah terror, train Cabid lak.. itulah tujuan mengambil cuti 90 hari.. selain dari menjaga dan menyusukan si kecik dalam perut ni dengan seeksklusifnya hanya dengan susu badan.. Insyallah.. Amin.. dan juga leh la susu Anas sekali semula.. :) Sekarang ni dia tak mo, sebab susu sekarang dah jadi kolostrum.. eh betul ke idak ejaan ni.. dia pun isap memula pastu geleng2.. iskh2.. tapi ada juga niat dia nak isap.. mungkin rasa tu tak kena citarasa.. hehe.. Tadi masa berpusing2 mencari parking di Kedai Mamak Presint 9 tu... terjumpa Ct, Adan dan anak2 dorang.. Damia & Affan.. eh betul ke Affan yer?? Rasanya.. tapi tak sempat nak berbual pun, nampak dari dalam keta.. dan sempat lambai2.. sebab ada keta di belakang.. Then bila ke kedai mamak, En Nazri dan Pn ASh bersama anak mereka juga ada.. comel sangat anak En Nazri.. muka seiras Pn Ash.. :) dan sangat suka senyum.. manis aja.. pastu makan2, then memula ingat nak gi potong rambut.. tetiba ku rasa cam malas.. ku rasa takpela, ku survive dengan rambut ni dlu.. maybe lepas pantang nanti baru trim sikit rambut.. sekarang pun takle tebal sangat.. okayla nak mengharungi masa berpantang nanti.. insyallah.. em.. skarang ni pa gi amik2 gambar di Presint 2.. ada F1.. dan ada Michael Schumacher.. ku dan anak2 tak gie.. lagipun inikan masa tidur tengahari anak2.. biarla dorang berehat.. dan ku lak nak kemas2 lagi umah ni.. banyak habuk la.. nak sapu2 umah.. dalam bilik lagi la.. iskh2.. katil nak kena diperkemaskan lagi.. nati baby nak kuar nak tidur atas katil tu.. jadi kena bagi harum dan berseri2.. :) Okla.. banyak la bebel2.. chow........ nanti bila sudah bersalin, dikhabarkan lagi.......... doakan semua selamat..
Friday, April 1, 2011
Macam2 skrg ni..
Dah 1hb April ni..
Hehe.. dah 1 April pun.. budak kecik dalam perut ni masih takde ciri2 mau keluar lagi.. takpela, selagi okay takpe.. maybe sgt comfort yer berada dalam perut ini.. hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)

