Adakah anda semua sudah dibanci? Kelmarin iaitu pada Sabtu 14/08/2010 ketika kami anak-beranak nak ke Jusco Balakong ada kertas di bawah pintu.. Ada borang banci diletakkan di situ.. dan ada makluman yang mengatakan bahawa si pembanci ini akan mengambil borang tersebut pada esok 16/08/2010 @ Isnin.. Tapi seperti ku sedia maklum.. ada 3 kaedah pembancian kali ini.. a) Temuramah b ) Isi borang kaji selidik c) Isi online... e-census..
dan ku memang nak isi online sebenarnya kerana a) sangat malas nak menulis b) takut banyak salah isi info c) kalau dah taknak tu memang banyak alasan... haha
Dan seperti yang ku sedia maklum juga di ruangan e-census tu.. ada dinyatakan sekiranya first user perlu diregister menggunakan id yang diberikan oleh si pembanci di dokumen 6 di main page @ di dokumen 2 di page 3 (yang ni yang ku dapat) tapi..... ruangan borang kaji selidik kami itu tidak diisi oleh si pembanci... Ku rasa macam ni macam ada 2 jer kaedah pembancian.. bukannya tiga.. si pembanci seolah-olah merasakan kami ni suka sangat nak isi form ni kot.. ku sangat malas isi form yer.. takut salah isi.. ku lebih senang & mudah mengisi secara online.. Lagipun zaman kan dah canggih.. em... esok ku nak telefon tele online e-census ni.. iaitu 1300-88-7828... arap2 dapat la id nyer... dan dapatlah ku isi secara online.. :)
No comments:
Post a Comment