The loved ones..

The loved ones..

Saturday, March 13, 2010

Nursing Clothes Antara Penyumbang Kepada Kejayaan Penyusuan Susu Badan

Sekarang ni jika kita perasan, Nursing Clothes @ Baju Menyusu ni agak mudah dicari.. dan ada beberapa bloggers yang offer baju2 ni dgn harga yg berpatutan.. Semua bloggers2 ini dan penjual2 patut dipuji kerana memasarkan baju2 ni di pasaran yer.. Dan sekarang juga ada baju2 nursing yang diletakkan harga yang amat berpatutan & boleh dimiliki hampir semua golongan.. dan ini akan menggalakkan ibu2 untuk lebih mementingkan penyusuan susu badan berbanding susu formula..
Ada segelintir ibu2 yang tidak dapat melaksanakan penyusuan susu badan secara esklusif berikutan :
a) Susah nak bergerak ke mana2 contoh seperti ke kompleks membeli belah kerana tidak bebas utk menyusu.. (dah ada nursing clothes akan memudahkan.. )
b) Tiada sokongan dari ahli keluarga terdekat seperti suami, ibu dsb
c) Tiada ilmu penyusuan di mana susu boleh diperah, disimpan & diberi melalui sudu, cawan @ botol..
dan banyak lagi yer.. ini contoh2 ku sendiri yer.. Alhamdullilah anakku yang ketiga ini berjaya juga kucekalkan hati untuk menyusu secara esklusif.. dan target ku berjaya di capai..
Ku tetapkan target seperti berikut yer:
i) Menyusu badan secara esklusif semasa dalam tempoh berpantang iaitu 2 bulan - Berjaya..
ii) Menyusu badan secara esklusif selama 6 bulan - Berjaya
iii) Menyusu badan selama 2 tahun ~ insyallah...
Ku doakan semua ibu2 yang berniat ingin menyusu badan secara ekslusif berjaya dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut yer.. tetapkan target yang rendah dahulu sepertiku.. Alhamdullilah walaupun Anas tidaklah chubby @ montel tetapi dia sihat.. Perkembangannya pantas.. Ku tak suka membanding2kan anak2 dengan anak2 orang lain.. so di arap tiada orang2 lain membanding2kan anak2 ku dengan anak2 mereka.. Yang penting, anak2 ku semua cukup makan walaupun badan tidaklah montel.. mereka masih di tahap berat badan yang normal.. :) Di sini ku kongsi blog2 yang mempunyai nursing2 clothes...
a) NEYHAN
b) BUTIK MYDREAMS
c) MAMAYAYAZONE
& lots more, di mana ku kan update kemudian...

1 comment:

  1. Salam Fareen,

    Terima kasih kerana link kan blog saya di sini. Sgt2 berbesar hati, kembang semangkuk campur bangga sikit2 kerana sekurang2nya menjadi perhatian juga. Sy sgt baru dlm blogging.. sgt baru juga dlm breastfeeding.. dan jarang blog walking kecuali promote shj. Hari ini, saat ini, walau mata dh tegang, tertarik pula menjengah follower yg ada. Wah, panjang pula. Anyway, TERIMA KASIH! First time jumpa word 'NEYHAN' di personal blog yg link dgn begitu ikhlas (tanpa sebarang balasan).

    ReplyDelete