Cuba lihat tajuk ku ari ni.. Kenapa boleh kuar tajuk macam tu? Sebenarnya ku agak geram dgn si suami.. okay2.. sebenarnya ari ni ku rasa sumer okay, berjalan lancar.. di ofis.. tapi bila balik ke rumah ku buka postbox ku lihat ada surat.. Surat utk ku yer.. n dari JPM Bhg Hartanah tau... n ku lihat lagi satu lagi surat mengenai kenderaan tersadai di perkarangan rumah.. n ku memang hangin sebab ku dah lama bagitau si suami tentang perkara ni.. ku tak suka.. bukan kereta ku BBM tu tapi ku yang dapat surat amaran.. sehingga ke ofis surat penarikan kereta sampai.. itu takpe la kan coz ketua & sahabat handai yang memahami.. tapi bila sampai surat kedua, dan kereta sudah dialihkan dari depan apartment hingga ke belakang apartment.. dah berbuih2 mulut ku pinta si suami pergi hantar kereta tu ke besi buruk ke, scrap ker.. tak buat2.. kalau betul2 busy ku faham.. tapi aktiviti memancing tak pernah miss.. hinggakan semasa ku menaip blog ni pun dia dah kuar memancing dan boleh balik awal dari sekolah kerana nak pergi memancing... Kenapa dia ni.. dia boleh pula kata ku bising2 kenapa?? Amboi senang nyer dia berkata.. bukan nama dia dalam surat.. dia tak fikir ke akibatnya nanti.. possibility yang akan terjadi.. dalam surat tu mention sekiranya kereta masih tidak dialihkan ke tempat2 lain, sebarang perbelanjaan menarik @ menunda kereta itu akan dibilkan ke atas nama ku.. adakah si suami tak fikir yang kesannya.. perbelanjaan yang sepatutnya dapat dielakkan.. tapi terpaksa pula dikeluarkan...? bukannya menda ni baru terjadi.. dari Adam @ Abang umur 3 bulan hingga la sekarang 3 tahun 3 bulan... dah 3 tahun berlalu dan tiada tindakan yang diambilnya.. ku bukannya nak mengadu nasib @ wat ever tapi.. kenapa la menda ni terjadi.. ?? ku tak suka nak mengadu pada ibu bapanya.. ku bukanla jenis orang begitu yer.. tak boleh ker dia amik tindakan segera.. sebab masanya banyak.. kalau tak banyak masa masakan leh pergi memancing..? Sumer kerja dirumah ditangguh2 kalau ku tak cakap dia buat lupa.. tapi kalau kerap cakap dia kata bebel.. ku boleh buat semua sendiri.. tapi nak buang sampah dambil mengendong 3 orang anak bagaimana pula.. ni cuma luahan rasa.. yang takkan dia, si suami ambil tau @ peduli.....
No comments:
Post a Comment