n' inilah gambar perkahwinan kami.. yang rasa2 macam besh jer.. sebab ku suka betul gambar ni nampak ikhlas.. kami duk berborak2 lepas bersanding selepas g menyapa tetamu yang hadir.. Gambar ni candid oleh photographer kami merangkap kawan seopis hubby ku.. Anas.. Thanks yer Anas..
N' cerita perkenalan kami bermula 10 tahun yang lalu.. semasa kami study di Poli Ungku Omar, Ipoh.. perkenalan kami bermula semasa di Sem 1 lagi.. dan tak disengajakan.. Sebenarnya aku dipaksa kawan seblok ku, sebelah bilik ku turun ke kafe temankan dia jumpa seorang mamat ni.. namanya Sam.. so ku jadila 'pasu' n temankan dia.. Alkisahnya Sam ni adalah kawan kepada hubby ku ni.. dan masa di kafe tu tetiba jer hubby ku ni muncul and berkata2 dengan Sam ni.. tapi memang la hubby ku ni sombong bangat.. n tak pedulik langsung kewujudan ku, kawanku ni dia dah kenal..
Sam ni lak ramah tamah n memperkenalkan ku dgn hubby ku ni.. tapi memang sombong hubby ku ni.. dia tak pandang langsung diri ku n tak senyum skit pun.. aiseh ku pun rasa bengang coz ku bukan pun nak gorat dia, ku dah ada bf dah pun masa ni.. sikit pun ku tak heran.. lalu ku terlepas kata, "Sam, kalau ko nak kenalkan aku.. ko kenalkan lah aku dengan budak yang leh berkata2, bukannya budak bisu macam budak ni.." Apa lagi terkejut la hubby ku ni.. lalu dia pun duduk sekali di meja kafe tu n dengan sendirinya n memperkenalkan dirinya sendiri pada ku n sejak dari ari tu kalo hubby ku (pada masa itu merangkap kawan ku @ boyfren orang) n ku (girlfren somebody masa tu) berkawan n selalu lepak2 kafe utk berborak2.
Hinggala masuk Sem 2 ku tak duk hostel dah, kena bagi freshie lak menginap di sana. Ku duduk di umah sewa dengan kekawan ku yang lain... ku tak sangka jumpa lagi hubby ku ni.. tapi alkisahnya dia lalu depan umah sewa ku n ternampakku lalu dia pun stop n bertanya kabar.. n kami tak putus kawan la.. n adala sekali sekala ku keluar gi makan2 dengan dia n kawan2 serumah ku n kawan2 serumah dia.. ku kan ramah masa ni.. n ku dengan boyfren ku masa sem 1 tu dah putus pun.. tapi ku dengan hubby ku ni hanya kawan jer..
tapi itulah sebab dah rapat, senang borak dengan hubby ku ni.. selalu sangat jumpa.. dan bila dah tak jumpa ku rasa lain sangat.. Bayangkan dalam kelas, ku leh nampak dia.. aik.. angau apa ku ni.. bila ku berbasikal ke kelas, motor yang lalu sumer ku nampak macam dia.. aiksh.. dasat ni.. kawan2 serumah ku sumer pasan perubahan ku ni.. iskh2.. adoi tak senang idup la.. sampai ku hampir2 nak berlanggar dengan keta sebab ku macam ternampak dia n ku pusing pandang.. haha.. tapi ku tak mau simpan apa2 feeling sebab ku tau dia dah berpunya..
ku cuba jauhkan dia.. bila jumpa kat pasar, ku buat2 tak nampak.. n terus balik umah sewaku.. dia pelik ku tak ramah macam biasa.. dia datang ke umah sewaku dan bertanya.. ku kata ku tak mau dekat sangat dia.. ku takut awek dia kata apa2.. dan akhirnya dia berterus terang dia kata dia dengan awek tu dah takde apa2.. so ku senang sikit ati coz tak la ku berkawan dengan boyfren orang.. tapi kusimpan feeling lagi.. malu la..
tapi esoknya.. kawan2 serumah dia datang berjumpaku n mengatakan yang dia mahu couple dengan ku.. tapi ku nak dengar dari mulut dia sendiri.. dia datang n malam tu, 28 Januari 2000 kami pun couple dan macam2 kami lalui.. susah senang.. ku penah eksiden dengan dia di Ipoh ni, patah kaki lagi.. mengamuk abahku masa ni..
tapi jodohku dengan nya panjang.. ku pun bernikah dengan hubby ku pada 10 Mac 2006 di masa hari lahirku yang ke 25.. dan dah hampir 4 tahun kami berkahwin & dikurniakan 3 cahaya mata, kesemuanya lelaki.. n ku amat2 bertuah dapat suami seperti dia.. biasala gaduh2 tapi dia selalu mengalah sebab ku ni kepala angin sikit.. dari dulu sampaila sekarang pun.. tapi ku memang bahagia dengannya.. ku berdoa agar perkahwinan ni kekal hingga akhir hayat kami berdua.. Amin.. itulah sebabnya ku nak sangat masuk Giveaway ni.. nak mengimbas memori dulu.. :)
So macamna, rasa2 ada peluang tak ku menang giveaway ni..? Ku berserah jer.. kalau menang, alhamdullilah kalau tidak pun ku sertai ni pun suka suki ku jer.. ok2 cuba kita lihat2 syarat2 giveaway ni adakah ku dah patuhi??
SYARAT2 SAH PENYERTAAN...
Jadik FOLLOWER blog ni dan blog sponsor - done
Letak BANNER yg Puan Mai dah tulun buat diatas kat entry dan sidebar blog kowang dan link ke entry ni -done
Buat entry lam blog kowang dgn hanya menggunakan tajuk "Seindah Butterfly" Giveaway Kategori A - done
Upload hanya SEKETUL gambar kawen kowang yg sgt sweet...... -done
Pastu cerite kisah menarik petame kali bertemu ngn hasben/wife kowang ker atau tatkala cinta stat berputik ker, ok! (mane yg lbh menarik) - done
Makesure insan lam gambar adalah hasben/wife anda, ok!! done
Kowang jugak dipersilakan untuk menerjah blog sponsor dan di entry anda nnt bgtau 3 shawl yg kowang minat. Mane tau powan eila terharu lalu diberinye ketiga2 itu kepada pemenang - (ni Shawl yg ku terpikat .. 1Happy Paisley - HPPink, 2Funky Dual Tone Shawls -FK Darkblue Turquise n 3Fantasia - FF Black) - done
Tinggalkan link entry kowang lam comment box entry ni.- done
Sy akan tinggalkan jejak di entry anda, I'Allah..
Tarikh luput : 06 / 12 / 2009
Hadiah disponsor oleh :
EILA http://khayra-beauty-shoppe.blogspot.com/
salam...
ReplyDeletesori yek sy xnmpk plak bloglist awk....
♥ iRMa ♥
ok, cuns ;)
ReplyDeletetengkiu n gudlak ;)
♥ iRMa ♥