The loved ones..

The loved ones..

Wednesday, June 10, 2009

Pemakanan Semasa Hamil

Pemakanan yang seimbang semasa hamil merupakan permulaan yang baik untuk anda dan bayi anda. Anda tidak perlu makan untuk dua orang, tetapi anda perlu mempelbagaikan makanan anda. Makan secara teratur, 3 makanan berat dan sedikit snek diantaranya sehari dari semua kategori dalam piramid makanan.
Tujuannya ialah :{mosimage}

Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung.
Berapa Banyak yang Perlu Makan
6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti.
3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin C dan satu dalam vitamin A)
2-4 hidangan susu atau produk tenusu
3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
6-8 gelas air.
Makanan Yang Boleh Dipilih
1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi khasiat seperti:

Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
Vitamin A (hati, susu, telur)
Vitamin B Kompleks (hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
Vitamin C (jambu, betik dan limau)
Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.
Kurangkan atau jauhkan
{mosimage}Makanan:

tinggi gula,

tinggi lemak dan

tinggi garam

terutamanya bagi anda yang menghidap penyakit berkaitan seperti kencing manis dan darah tinggi.
Berjaga-jaga
{mosimage}Semasa hamil, pastikan anda tidak mengambil makanan yang berbahaya untuk bayi dalam kandungan seperti:

Salmonella - dalam telur, ikan, daging yang tidak dimasak sempurna
Salad atau ulam-ulam yang tidak dimasak termasuk coleslaw
Makanan bungkus yang mungkin dipanaskan berulangkali
Hati ayam/lembu- terlebih vitamin A boleh memudaratkan bayi dalam kandungan
Kafein - Kafein termasuk kopi, teh dan kebanyakan air soda. Jangan lebih secawan sehari.

Kacang tanah - Jika anda atau pasangan punya sejarah alahan terhadap kacang atau lain-lain makanan, elakkannya untuk mengelakkan bayi mendapat alahan.
Utamakan ikan kecil daripada ikan besar
Asid Folik
{mosimage}Asid folik perlu diambil untuk mengelakkan kecacatan bayi terutamanya di trimester pertama (sehingga 3 bulan).
Sebaik-baiknya, ibu hamil mengambil suplemen 400mcg asid folik.
Makanan yang banyak mengandungi asid folik termasuk bijirin sarapan, sayur bayam, roti dan lain-lain.

Ehsan dari ratuhati.com

No comments:

Post a Comment