The loved ones..

The loved ones..

Thursday, November 4, 2010

Majlis Sempena Kak Ina pergi Menunaikan Haji

Ini antara juadah.. hampir kesemuanya pun.. hehe
Cik Mimi, Kak Ina & Abg Shar

Beramai-ramai menanti majlis bermula

Sedikit pemberian untuk Kak Ina..

Orang jauh datang.. hehe.. kak Su yang dah makin gebu..

Wednesday, November 3, 2010

Anas yang bersukaria..hari Jumaat 29 Oktober 2010

Sayala Anas Muyassar..
Bestnyer main belon...
Bestnyer juga main pashmina ni..

Ala.. jatuh lak..

Dapat menyelimutkan diri.. dan berpose kiut.. hehe..

Sambutan Bday Cik Mimi - 29 Oktober 2010

Masa ni tengah menunggu ketibaan tetamu kehormat.. n tengok2.. ada tetamu kecil.. :)

Sebelah sini pun ada juga, siap sandar2 kat dinding lagi..


Ya, sayala yang pertama sampai!!!

Sementara menunggu, layanla kakak ni main belon!! haha..

Seronoknya dapat main belon sama kakak2 cantik...

Senyum!!!

Ketibaan Cik Rugayah @ Cik Mimi.. :) Bday girl...

Cik Mimi memotong kek bday nyer yang cute..

Inila kek birthday Cik Mimi.. :)

My lovely children...

Sumer berbaju Batman..:)
Ala.. gambar abang tak terang sangat lah..
Cabid control hensem..
Anas yang sentiasa pose terkejut

Tuesday, November 2, 2010

Flash Cards & Wooden Educational Toys

Semalam, bawa Adam ke check-up di Hospital Putrajaya untuk ujian Audiologi (Pendengaran) & Speach Threaphy (Percakapan & Perbualan). Untuk Audiologi, didapati gegendang telinga masih tidak bergetar dengan normal.. berkemungkinan disebabkan infeksi akibat selsema.. di mana ada macam nanah di belakang gegendang yang menyebabkan ia tidak dapat bergetar normal seperti gegendang telinga kita.. Em.. dan akan repeat test pada minggu depan, Rabu.. dan besar kemungkinan, Adam akan diberi ubat tidur untuk membuatkan dia tak meronta2 semasa ujian dijalankan.. Sebabnya, masa pergi ENT aritu.. telinga dia kena cuci.. jadi dia trauma bila ada jer alat didekatkan ke telinga.. adala langkah2 yang perlu diambil sebelum ujian dijalankan..

Untuk Speach Threaphy pula, kaunselor kata.. kena bagi dia stimulate kata2 contohnya memperkenalkan warna.. contoh yang diberikan .. dalam sehari.. maybe ari ni.. kenalkan pada dia.. hanya warna merah.. jadi tunjukkan objek2 berwarna merah sahaja.. seperti epal, baju, topi, kereta dan sebagainya.. dan ada diberikan sekeping kertas sebagai panduan untuk mengajar.. Kaunselor turut berkata.. sekiranya Adam tak tau sesuatu perkataan itu.. boleh la kita ibu bapa menyebut berulang kali.. sehingga dia paham.. :) Banyak benda sebenarnya... dan ku tadi dah beli Flash Card kat C4.. tapi macam nak cari Pretend Wooden Food Toys.. seperti gambar ni...
dan jumpa di satu blog.. murah sikit dari tempat2 lain.. Boleh klik sini. ------> Precious

Saturday, October 30, 2010

Suntikan perancang keluarga tambah berat??

Ya, memang benar 1 dalam setiap 4 wanita yang mengamalkan perancang keluarga dengan cara suntikan didapati akan mengalami pertambahan berat badan bukan sahaja berlaku di perut tetapi di bahagian paha dan punggung juga. Kebanyakan masalah ini disebabkan oleh pemakanan yang berlebihan DAN kurang bersenam. Oleh itu, jika menjaga diet dan bersenam secara teratur, maslaah perut buncit boleh diatasi walaupun menggunakan suntikan depo-provera sebagai perancang keluarga.

Rujukan : Majalah Pa & Ma Edisi November 2010 Ruangan Tanya Pakar

Thursday, October 28, 2010

Happy birthday Nana!!!

Hari ni 28 Oktober 2010 adalah hari lahir adikku Farena Azmira @ Nana yang ke 18 tahun!! Sweet 18!!! Semoga dirahmati Allah, dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki... dan semoga sukses selalu.. terutamanya dalam pelajaran.. & kehidupan yang bakal mendatang.. Amin
Inilah orangnyer.. yang menyambut hari lahir ke 18 tahun pada hari ini...

Sunday, October 24, 2010

Mall World

Hah apakah itu?? Itulah application terbaru yg ku main sekarang di Facebook.. haha.. sesaja je.. ada lak rasa nak main.. padahal dah lama dah tak usik apa2 application di FB ni.. macam best bunyiknyer, Mall World.. sesuai untuk orang2 sepertiku yang rajin window shopping n so on.. huang2x.. Kalau kawan2 buak cubala cari application ni.. mana la tau kot2 ter addicted sekali.. haha..

Saturday, October 23, 2010

Sabtu yang begini la...

Ari Sabtu yang beginila yang ku & anak2 nak sangat.. bangun pagi2, siap2 dan breakfast di luar satu family.. bukankan sangat bahagia anak2..? Dapat bersama papa & mama walaupun cuma menjamah roti telur saja.. Ada terukir senyuman pada wajah mereka kerana dapat keluar dari rumah walaupun cuma ke Restauran berdekatan.. Balik saja ke rumah sudah bleh mulakan kerja rumah yang banyak sungguh terbengkalai.. Yalah, masa hari bekerja sikit punya tak rajin ku ni nak wat apa2.. ntahla kenapa.. sangat rasa letih & MALAS.. haha.. em.. nati ku update lagi banyak lagi nak dipersiapkan di rumah.. harap siap hampir 50% or maybe 80% or mana tau 100% sumer kerja2 rumah ni.. so esok Ahad will be my off day.. Yeah!!!!

Friday, October 22, 2010

Waktu Rehat Yang Meriangkan

Ari ni kan hari Jumaat... sudah semestinya ditunggu2 kawan segomen semuanya.. haha.. Rehat lama.. dari 12.15 tgh hingga 2.45 ptg.. Ada siap balik tidur di rumah, ada yang masa ni lah nak jalan shopping jauh2.. ada gak yang duk jer kat ofis wat taik mata.. haha.. macam2 yang pekerja gomen ni wat.. cuma pekerja gomen lelaki jer yang beragama Islam sahaja masa agak terhad.. kerana kena menunaikan solat Jumaat.. :) Tapi jangan lah pulak kawan2 lelaki itu dengki dengan yang perempuan yer.. Okies2.. masa rehat ku tadi, ku bersama-sama Nik dan Ct gi ke Pasar Tani dulu.. ala yang dekat jer tu dengan auditorium tu.. ku beli Laksa, Cendawan Goreng Original (hehe sebab ada 2 perasa, satu lagi Cendawan black pepper) dan juga bahulu + keropok jejari.. Pastu kami ke Jualan setiap hari Jumaat di Kesihatan... terbeli la 2 selendang plain kaler ijau yang amat terang & kuning ala2 oren.. harga nyer rm 15 utk dua helai.. ku sebenarnya cari kaler pink.. untuk Nana.. tapi kalau ada kaler pink tu agaknya memang cepat dirembat orang... so takde rezeki lagi la untuk Nana kali ni.. Maybe next time lebih tuah.. insyallah... Pastu ku & Nik singgah dalam kafe kesihatan dulu.. beli air.. n ku tambah jambu.. then kami gegas pulang ke E12 and singgah kat Taska Anas.. amik budak kecik tu dlu.. :) Seperti hari Jumaat sebelum2nya juga..
Lupa nak bawak botol susu Anas naik, so kesian dia nak minum air pun abis tumpah2.. dan dia wat keja lak.. pampers ada kat sini cuma towel takde.. iskh.. kena simpan satu towel ni kat sini.. senang kalau ari macam ni datang lagi.. Anas sangat hepi berjalan ke sana ke mari.. dan senyum saja.. :) Inilah waktu rehat ku yang meriangkan...

Thursday, October 21, 2010

Sambutan Hari Raya di Taska De Sayang, KPM

Ni gambar terakhir ku amik sebenarnya di Taska.. pastu gegas nak ke Hospital..masa ni Anas baru bangun.. comot muka.. tak mandi lagi.. ku terus je bawa gi Hospital sama.. senyum dia bangun2 nampak ku & abang2 depan mata..
Wafa'a dengan gaya tersendiri

Ni la si kiut Raudhah.. comel kan..?

Tengok, ibu-ibu sedang wat perbincangan dengan cikgu Claudia.. anak2 dengar jer.. macam paham..
Dari kiri : Kak Wan, Kak Fiza dengan Azim di riba, Claudia sedang meriba Arjah..

Ini Arjah bersama cikgu Claudianyer.. rindunya kat cikgu Claudia..

Isyah bergaya dengan baju kurung satin putih.. cam nak kenduri kawin lak..
Cabid malu2 nak amik gambar.. iskh cam tak biasa..
Si kiut ni pun pandai dah tengok kamera untuk amik gambar.. Ni la Wafa'a
Abang suka jer amik gambar dengan Wafa'a
Masa ni adalah sambutan Hari Raya yang dianjurkan Taska De Sayang.. tempat di mana anak2 ku tinggal & belajar bersama rakan2.. masa ni ku baru saja balik dari Alamanda.. sebabnya leh lak tertinggal botol susu Abang & Cabid.. jadi kena gi beli kat C4.. haha.. tapi tak sempat jamah apa2.. sebab tolong anta abah ke hospital masa ni.. luckily abah tak apa2.. :)

Sambutan Hari Raya 2010 Bahagian Akaun, KPM

Haha.. kan ku dah kata.. ku ada banyak entri tau.. nak kongsi2 gambar.. cuma masa majlis sambutan hari raya 2010 ni.. ku tak bawak kamera Lumix tu.. yang amat power amik gambar dalam dewan tertutup... ku cuma dapat bawak Sony ku yang banyak berjasa ni.. sebabnyer pa nak guna.. jadi ini jerla gambar yang ada.. enjoy!!!

Lihat2.. sapa kata KA tak boleh menyanyi & menari..? Beliau sedang berduet dengan Puan Noraida Alias..lagu raya la.. kan tema hari raya...

Ini pula persembahan tarian daripada budak2 muda ini..
Dari kiri : Suhaila,Elizia,Hafiz(satu-satunya lelaki..),Erlis & Jaja.

Ini sajala gambar ku yang leh kata lawa sikit dari biasa.. huang2x.. bersama si kiut Nick..

Iza ni memang sentiasa cool dengan peace di tangan..

Puan Shikin & Kak Ina sedang menjamu selera..

Majlis perpisahan Puan Hana..

Semua ni semua dah pun berlalu.. tapi ku baru nak wat entri.. haha.. biasala.. nak kongsi gambar2... dan masa ni majlis diadakan di Kelab Tasik Putrajaya di Presint 8.. Makanan yang dihidangkan adalah secara ala-carte.. dan ku tak sempat nunggu sampai desert.. kerana dah lewat.. ku kena gi tengok Anas.. lagipun layanan mereka di Kelab Tasik Putrajaya ni agak lambat berbanding sebelum ni masa kami pergi dulu.. Okies2 cek the pic yer...
UNIT KEWANGAN BHG AKAUN (tanpaku..uwaaa...)

SUMER YG SAMBUT BIRTHDAY
TETAMU YANG DIRAIKAN.. 'PN NORHANA MARZUKI'
HIRUP SUP DULU.. HIDANGAN LAIN BELUM TIBA..

ANTARA LAUK YANG DIHIDANGKAN

PEMBERIAN HADIAH PERPISAHAN BUAT PUAN HANA

PUAN HANA MEMBERI SEPATAH DUA KATA

CIK MIMI MEMBERI SEPATAH DUA KATA

INI AJALAH GAMBAR KU.. BERSAMA NICK YG KIUT..


NICK YANG SEDANG MEMBERTULKAN TUDUNG.. DAN CT YANG ASIK BERCAKAP
KAK INA & IZA YANG COOL

SEORANG JE JEJAKA DAN SI BUJANG DALAM UNIT KEWANGAN.. CEPAT!! ZURAIMI