The loved ones..

The loved ones..

Friday, October 30, 2009

Cek up yang tak jadi..

Khamis 29 Okt 2009

Klinik & Tatacara Temujanji Baru
Ari ni kami bersiap2 nak ke Klinik coz Cabid nyer appointment. Tapi sebenarnya cek up dia semalam 28 Okt 2009 bersamaan dgn birthday Nana yang ke17!! Happy birthday nana. All the best..!! Well nak dijadikan citer, aku, Anas n Cabid diberhentikan di Klinik.. n amik no dlu.. tapi oleh kerana kami ni dah terlepas temujanji semlm, dikira tanpa temujanji.. n kena la amik noo giliran tanpa temujanji.. tak tau lah plak bile ada no camni kan) n aku perhatikan sumer org yg dtg lepas aku sumer dh kena panggil and aku dah tggu dekat sejam.. Sampai Angah pun dah datang.. iskh2.. n no giliran Angah pun dah dekat.. so aku n pa bercadang nak tunda jer ke satu tarikh yang kami rasa boleh nati.. hehe.. better kan dari nak tunggu berjam2.. dahla anak kecik.. susah..
Tukar Sofa? Tambah duit lagi...
n lepas je dari klinik, kami ke Sri Kembangan ke Kedai Perabot Jin Tat.. (eh.. betul ke ejaannya yer..) kerana... nak tukar sofa baru.. Sofa yang baru di umah kami tu dah koyak bahagian bawah tempt duduk nyer n pa dah gi tanya pada owner kedai Perabot tu samada leh tukar ke idak, dia kata orite.. so kami g la today.. n nak dijadikan lagi citer ni mengancam, Abang adalah menconteng sarung2 Sofa yang 2 seater dengan marker pen hitam.. permenant tau!! Aiseh puas la kena pukul abang tu smlm cian gak.. tapi xkenal reti serik.. mana ntah dia juper marker tu, aku pun xtau.. n puas la kami memberus, letak vanish, letak itu letak ini.. berus, rendam n so so on.. tak ilang.. Last2 harga sofa kami di rumah ni 800+ tapi Kedai amik 700+ jer coz sarung bantal dah kena conteng.. tertekan.. dah le tukar sofa (yang better skit la..) nak kena up lagi wit.. aiseh.. pening gak kan..
Ring Sling yang cute...
n today aku dah dapat ring sling dari Littlebutterangel.blogspot iaitu Pn Raha.. Thank you la..comel sangat ring sling.. tak sia2 menunggu.. cian dia asik kena ganggu jer dengan aku coz asik tanya bile sling nak sampai.. akhirnya sampai juga.. Seronok sangat.. tu yang gi klinik terus pakai sling.. padahal tak tau pun nak wat camna.. asal kuat n selesa Anas tido itu dah cukup baik.. n sememangnya lena tau dia tidur.. fuyoh cayala... n senang skit nak selak baju susukan dia.. tertutup abis.. just kalo di khalayak ramai xleh ler coz blkg ada skit seksi.. kalo perut cantik & x der any lemak2 pun xleh tau show off.. Dosa! haha..
Perkembangan Anas ter'latest'
n ari ni Anas dah banyak lagi susun kata2 yang takde orang paham tu.. haha.. n dah leh gelak pulak tu.. Alhamdullilah.. terhibur kami.. n Cabid & Abang pun okay ari ni.. x banyak sangat wat hal tak besh ari ni.. takut kena balun lagi la tu... k la .. saja je ni.. chaos..

Monday, October 26, 2009

Monday already maa...

Isnin 26 Oktober 2009

Dh ari isnin dh.. jap jer masa berlalu.n today tak ke mana2 duk umah jer.. bgn pn tak la awal pn.. actually mcm2 set nak wat ari ni. tp Malas dh dtg.. em.. ntahla.. susah btul kan..? sebenarnya ku ni tgh blur, nak pilih wat bisnes kecik2.. tp xtau nak wat bisnes apa.. pening gak.. bknnyer apa smentara ada wit skit ni saja nak tambah2 pendptan.. Pbelanjaan pn bkn makin skit, makin bertambah ada la.. em.. susah gak yer.. pening.. takut gak.. kot2 beli2 byk2 tiba2 tak terjual.. tp org kata, mna nak tau kalo tak usaha.. kna la berani tanggung risiko, begitula org berniaga.. mula2 ni kalo beli dlm kuantiti skit knala jual harga mahal skit dlu.. bila dh ada untung bru la leh jual harga murah.. n tentunya masa tu leh la kaut lg ramai customer.. rite? ntahla.. nati kte try yerk.. n bile dh try, jengah2 la website ni @ another link.. haha.. ntahla bila doa2kanlah yer,,

Saturday, October 24, 2009

Relaks..

Sabtu 24 Okt 2009

Hari ni bgn lmbt.. naper? yala bdk2 kecik ni sumer tido lewat.. tu pn ku dh halau abg & cabid ke dlm bilik suruh g tidur.. kalo tak kul baperla dorg ni reti nk tido.. Pa dh kuar g mancing pagi2.. n tepat spt katanya, dia balik tghari.. n tido jap.. rehat la kot.. n anas nmpknya diam jer pas minum tidur.. abang & cabid pun dh tido dr kul 2 lebih tadi.. sampai skrg lum bgn2 lg.. n cadangnya nak g C4 ari ni.. tp mak plak nak dtg jap g.. ala.. mcmana ni? ble ckp nk g c4 dia kata lak tak elok mlm bdk kecik kuar.. em.. susah la cam ni.. aku xsuka nk g siang esok coz mesti belambak org lg.. ntahla kna tanya pa la mcmana ni yer.. ???

Thursday, October 22, 2009

My peberet person..


ADAM MUSTAQIM BIN KHAIRUL HIZARD AKA ABANG

ABID MURSYAFFA BIN KHAIRUL HIZARD AKA CABID

ANAS MUYASSAR BIN KHAIRUL HIZARD AKA CADIK

FROM LEFT : CABID, ABANG & CADIK.. MY CUTE, HANDSOME & CHUBBY SONS.. :)

GAMBAR SISI.. TETAP CUTE.. :)

Monday, October 19, 2009

Naper...

Isnin 19 Oktober 2009

Actually supposed nyer mlm ni ke C4 utk beli brg2 umah skit.. spt yg tlh dijanjikan.. tapi tiba2 xleh.. ku kan rasa macam sakit hati jer skrg ni.. sejak2 dah keja gomen ni, konon2 dpt life la skit.. tak kena keja teruk cam dlu.. kul 5 lbh pagi dh kuar naik motor nak kejar masuk keja kul 7 pg, n kalo shift ptg lik lak kul 12 tgh mlm.. keja shif mlm lak kuar dlm kul 9 lbh mlm lalu la jln ujtan yg gelap gelita.. tp bila dh keja gomen, amik kesempatan lak.. patut balik dr sekolah kul 4.30 ptg.. kul 7 pn tak sampai2 lagi.. kul 7 tu kira awal lah gak.. kdg tu leh lak balik dlu n kuar balik.. pastu balik umah balik kul 12 tgh mlm, or paling awal tgk la kul 9 ker rasanya2 la paling awal.. n skrg leh lak ada rancangan nak g camping sambil fishing.. takpela.. g la.. tapi kenapa nak bawak keta? knapa nak tgglkan ku n anak2 kat umah mak abah? knapa??? nak menyusahkan ku aja.. n + menyusahkan org lain jer.. alasannya tak cukup keta.. apasal lak.. dlu bleh jer g tumpang org.. napa lak.. mentang2 nama keta tu nama dia.. k la takpe.. kalo macam tu ku jual jer motor tu.. nama ku n dh tentu2 mmg harta ku.. bkn atas dasar nama je.. ku sakit ati ni sangat.. makin mjadi2.. takde life dlu konon.. kalo mcm ni bru dia kata ada life, lbh baik duk je tmpt lain n blik le umah ni ujung minggu.. at least ku mmg tau dia takde.. dr tau ada tp takde.. malas ku.. ku malas nak kemas umah ke, nak masak ke.. biarla.. org lain kalo nak isteri masak, dukla umah tlg jaga anak2.. ni tidak.. dah makin sakit ati.. tolongla jgn sakit ati sgt.. tp xleh tahan.. sakit sgt hati.. SAKIT SGT HATI NI..

Shopping Online

Isnin 19 Oktober 2009

Topik ari ini.. Shopping online.. apa pdpt korang? ku ni sebenarnya antara seorang manusia yang suka shop online ni.. napa? Sebabnya tak payah kuar, xsusah2 nak bawak anak2, n' takla bazir kalo kuar g shop kat kedai ni nati ada je benda lain nak beli.. n paling pentingnya kalo nak kuar beli kat kedai ni, kalo kedai nya kat tempat sesak, nak merempuh jammed lagi.. n nak bersesak2 dengan umat2 manusia lagi.. n pas tu mula la cepat lapar, dahaga kna shop makanan plak kan..

Tapi ada buruk nyer gak shop online ni? Apa dia..? yala, kdg2 tu barang yang kita beli tu tak spt jangkaan kita, mungkin kita kena tipu.. tgk dalam web or blog dorang ni nampak cantik jer.. nampak elok jer.. bila sampai.. aiseh.. ada koyak ke, ada la yang tak elok nyer.. tapi sepjg ku shop online ni ku tak pnah lagi dpt brg yg tak elok, cuma satu jer.. ada alat mainan ku beli dr online mmg la murah RM 5 tapi bila campur dengan postage adalh dkt rm 15.. n tak besh nye dlm online tu tak ler plak ditunjukkan @ dinyatakan tmpt penutup bateri tu xde.. so bila dpt, tmpt penutup bateri tu hanya ditutup dgn kertas kotak yg dipotong dan ditampal elok2 dgn kemas ditmpt penutup bateri tu.. at least kaborla kan.. bkn marah pn.. just terkilan.. skrg mainan tu dah musnah anak2 ku kerjakan.. tapi ku xler marah kan. sbb dpt pn dh gaya tu.. n shop online ni gak kita ada la kena byr postage kan.. kdg2 skit postage nyer, kdg2 lebih.. tp sama gak mcm kita g shop.. nk kna byr minyk gak, mkn minum lg, kalo lalu tol kena byr tol.. sumer tu kira kos jgk.. mna2 pun style shopping yang korang suka, sama ada maya @ live sumer ada byk kos.. kan? just ikut kita, mna kita lebih prefer.. n ku suka kedua2nya sekali.. :) sbb ku tak suka nak shop brg2 umah online.. sbb nak pkai, nk mkn ni kna tgk btul2.. kalo ku shop online ni, mcm baju anak2 ke, mainan anak2 ker, tdung ker, menda2 kesihatan ker.. n ada la skit2 lg.. n paling latest, ku shop online adalah ring sling. ku belum dpt lagi.. tapi insyallah ok.. yg penting orang2 yang jual kat online ni dia kna la menjual dengan niat yg baik, yg membolehkan customer dia yakin dgn dia.. n buat masa ni alhamdullilah, ku yakin lagi.. n hopefully sampai bila2 la keyakinan tu ada.. :)

Wednesday, October 14, 2009

Pil Perancang

(diambil dr..http://faiezahfamily.blogspot.com)

Pil Perancang- untuk bacaan 18 tahun ke atas
Terdapat 2 jenis pil perancang yang saya tahu iaitu

1.Pil yang yang mengandungi gabungan hormon-hormon estrogen dan progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk gabungan hormon yang diambil secara oral ini dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari serta endometrial. Pil kontraseptif ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali mereka yang merokok atau mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung. Pil kontraseptif ini juga tidak sesuai untuk wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku.

Antara kesan sampingan pil kontraseptif yang boleh dilihat ialah mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan antara haid, dan masalah tekanan. Kesan sampingan ini hanyalah sementara. Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia berkekalan atau anda berasa bimbang tengang kesan sampingannya.

2.Pil yang mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin sesuai untuk wanita yang menyusukan anak serta mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Kesan sampingan ini hanyalah sementara. Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia berkekalan atau anda berasa bimbang tentang kesan sampingannya.

Penggunaan pil perancang dengan betul dapat memastikan anda dapat merancang keluarga anda dengan betul. Penggunaan pil perancang mempunyai kadar 99.5% kejayaan. Keburukan penggunaan pil perancang adalah :-

* Tidak sesuai dengan sesetengah wanita. Terdapat masalah alahan atau penyakit.
* Kadang-kala terdapat gangguan pada kitaran haid.
* Tidak berkesan sekiranya terlupa memakan pil perancang setiap hari.

Namun adakah kita sedari apabila memakan pil perancang secara automatiknya ia mengubah kitaran yang sepatutnya berlaku dalam tubuh kita. Secara peribadi pada saya,sebab itu disarankan bagi wanita yang mengambil pil perancang perlu ambil B complex sebagai supplement harian untuk membantu menstabilkan semula hormon.

Yang peliknya bagi orang yang kurang membaca mereka pasti akan mengeluarkan kata-kata sumbang:
1. B complex buat saya berselera la
2. B complex buat badan saya gemuk la
3. B complex buat saya cepat lapar

Apa yang orang tak faham?
Sebenarnya B complex merupakan spark plug dalam badan. Ia akan membakar gula (daripada makanan ) untuk menghasilkan tenaga. Orang yang mendapat diabetes adalah mereka yang kurang B complex dalam badan sebab itu gula itu tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Rasa lapar atau berselera adalah satu tanda tubuh kita memerlukan gula untuk ditukarka kepada tenaga. Saya sendiri tidak gemuk walau kuat makan, salah satunya faktor menyusukan anak namun ada juga teman saya berisi walau menyusukan anak kerana kebanyakkan makanannya tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.

Dalam post sebelum ini...

1. TANDA-TANDA KEKURANGAN B-COMPLEX

• Mental & Emotion – Depression, Anxeity, Moodiness, Difficulty concentration.
• Keletihan / tidak bermaya.
• Tidak dapat duduk diam (resah-gelisah).
• Panik (Mengelabah / buntu).
• Sedih tanpa punca (termenung).
• Kekurangan selara makan.
• Sembelit.
• Water retention
• Sensitivity to light
• Dandruff
• Pre-menstrual tension

2. SEVERE DEFICIENCY
- Boleh lihat ‘crack mouth corners, mata
- Sore lips
- Sore tounge
- Digestion – showing of excessive gas

3. SEBAB-SEBAB KEMUSNAHAN B COMPLEX

• jenis larut air - perlu sentiasa di ganti
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak.
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B complex. Eg satu botol Coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex.
• Stress - tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex.
• Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex.
• Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.

3. FUNGSI B-COMPLEX

• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan

4. UNTUK SIAPA

• Orang demam
• Stress
• Kaki Arak
• Mereka yang terlibat dengan aktiviti yang meletihkan
• Pengguna pil perancang
• Jerawat (acne)
• Alahan dari perasa MSG
• Gementar (nervous)
• Membantu dalam masalah berkaitan PMS, Mengandung dan masalah Menopause – terutama B6 , Awas B6 tidak boleh diambil secara tersendiri ia mesti di gabungi dengan ke lapan-lapan keluarga B

Vitamin B yang baik ialah :

• The only yang lengkap (Complete B) - Mengandungi 8 keluarga B.- Jika salah satu daripadanya kurang Vitamin B berkenaan tidak berkesan. Keluarga B yang di maksudkan adalah: B1(Thiamin), B2(Riboflavin), B3 (Niacin), B5(Pantothenic acid), B6 (Pyridoxine), B12 (Cyanocobalamin), Biotin, dan Asid Folic. Bacalah label pada bottle dengan terliti agar tidak menanggung kerugian.
• Biotin dan Folic Asid di beri dalam kadar 100% .

~patutla .. so kna la makan yer.. padan le aku ada simpton2 ni.. ~

Ni lak gambar2 Abang & Cabid + Anas...






hehe...

Anas bergaya dengan CD..

Rabu 14 Oktober 2009
Ari tu ada beli Cd - bukan Cd Compact Dics tau.. CD ni Cloth Diaper.. So baru sekarang dipakaikan pada Anas.. n yang bagusnya malam semalam.. lena jer dia tidur.. :) Alhamdullilah.. Ni antara kaler yang dibeli.. jenama Babyland.. Kalau ada sapa nak beli leh bagitau.. :)


Amacam ensem tak Anas dalam Cd?? Tapi sekarang ni Anas masih pakai pampers pakai buang sebab mama dia tak mampu beli banyak2 lagi CD.. tapi kalo kawan2 mama dia nak try, leh la bagitau mama dia so leh la beli sama2 n dapat harga murah.. :) Ok??

Sunday, October 11, 2009

A fine sunday..

11 Oktober 2009 Ahad

Ari ni ku bangun lwat skit.. around kul 10.15 pagi coz semalam tido pun kul 5 pagi coz takleh nak melelapkan mata. Takleh jadi ni kena tune balik waktu tidur, nati dah keja susah oi...Anak2 pun nak kena train balik ni so dorang senang nak bangun pagi.. Ari ni pagi Pa masak nasi goreng & aku wat air Nescafe.. n skrg pa kuar g kedai Ah Boy, gi Alamanda n g umah mak amik nasi dagang. So malam dinner is served already! :) Anak2 skrg tengah menidurkan diri termasukla si kecik tu.. Anas dah bangun tadi tapi ku suakan susu n dia dah terlelap balik, n ku bedungkan so dia rasa masih ada pegangan.. hopefully dia tidur lama skit., so sempat ler ku ber'internet' dan berkemas dalam bilik.. coz cadangnyer nak orang maintenance datang pasang water heater.. so kenala kemas bilik skit coz sangat2 la bersepah nyer, mentang2 ler ku tak kemas.. baju yang dah lipat tak disimpan dalam almari.. n so so on.. biasala anak2 teruna berdua tu pandai mengemas dalam bilik ku tu.. termasukla papa dorang sekali.. so paham2 jerla mengemas tu apa kan.. k la.. gtg.. nak kemas2 lak.. chaos..

Monday, October 5, 2009

Isnin yang ceria..

Isnin 5 Oktober 2009

Ari ni bangun kul 7 tepat coz Anas sedar time tu.. n today adalah hari utk melihat perkembangan Anas.. yeah2.. hari ni petang kena cek up Anas.. n keputusannya adalah ::

Berat : 4.4 kg
Panjang : 56 cm
Lilit kepala : 36 cm

tak sangka betul naik berat 1.2 kg . rasa seronok plak.. tapi ada yang tak besh didengar.. Angah hantar sms kata takleh anta Anas kat taska tahun ni.. giler ker? kalo ada driver takpela, dah la sendri drive.. bukan sorang nak handle, ada tiga orang.. fuh.. tertekan.. aku dah kata dengan pa suruh g esok gak g tanya.. n paling senang sekali minta no phone Pn Amnah tu tanya dia sendri.. aku dah mintak dari aku mula2 tau aku preggy lagi.. please la.. susah la macam ni..

tertekan...

Friday, October 2, 2009

ANAS & ABANG2 NYER..







Memperkenalkan Anas Muyassar

ANAS MUYASSAR BIN KHAIRUL HIZARD 02.09.2009 6.45PM 3.2 KG 51 CM
CABID, MA, ANAS & CABANG RAYA 2009 HARI PERTAMA DI SG BULOH
GAMBAR ANAS XPANDANG KAMERA

Thursday, October 1, 2009

Genap sebulan...

1 Oktober 2009 Khamis

Hari ni genap sebulan, Anas Muyassar dilahirkan.. :) n dah sebulan ku berpantang tapi macam tak baik2 lagi.. kalo nak tahu, inilah rasa sakit yang paling lama dan paling ku takut sekali.. naper? mana taknye banyak sangat jahitnyer.. gara2 jururawat yang duk push sangat2, sampaikan ku dah tak tahan, terus teran tak ingat nyer.. dah banyaklah jahitan yang ku terima. dan pengalaman dalam toilet untuk kelahiran yang kali ni, (kelahiran ketiga lak tu.. iskh2..) memang amat2 menakutkan.. ku rasa macam nak masuk toilet just utk mandi and buang air kecik jer.. air besar ku arap leh la kuar ikut tempat lain.. takut.. seksa.. sakit sangat.. nangis2 ku ni.. masa anak ketiga pula baru rasa trauma.. em... bila la nak baik kalo baru nak baik dah teran2 sebab nak buang air besar.. mana nak baik kan??
kesimpulannya, walaupun Nurse marah macam nak giler... pedulikan dia.. sebab yang akan tanggung azab sakitnye diri sendiri n bukan nurse tu.. ok.. ni pengajaran tau, especially utk ku sendiri.. n pedoman utk kawan2.. hehe..

Sunday, September 27, 2009

Kawan2 datang beraya...

Sabtu.. 26 September 2009

Hari ni kawan2 datang beraya di rumah.. Liza +Cukey & daughter, Nabihah.. Syaerie + Syura.. n Along @ Erda.. Thanks kawan2 coz datang.. :) Seronok sangat sumer datang..

Thursday, September 24, 2009

Hari Raya...

24 September 2009

Raya ke 5.. Anas dah berusia 3 minggu 1 hari.. n kami baru balik dari Teluk Intan semalam, raya ke 4.. balik yang tergesa-gesa sebab g klinik amik darah lagi.. (Anas) dan, alhamdullilah.. Tsb dah turun dari 188 ke 143.. oklah tu.. dan hari ke 30, meaning sebulan, Sekali lagi jika masih kuning dari fizikalnya.. darah Anas akan ditest sekali lagi untuk jaundis.. hopefully sumer dah vanish time tu.. insyallah..
Anas pun berat dah bertambah.. kuat minum, kuat tidur.. jadi chubby sangat...
Cabid pun dah membesar, tak tau la baper berat dia.. tapi semangat tau. cuma Abang jer maintain, tapi maintain pun, semangat gak nak angkat.. aii.. bila la nak upload gambar Anas ni.. asik lupa jer.. n ada something di rumah, hadiah dari Pa.. :) alhamdullilah ada rezeki sikit raya ni.. :) k la.. nak rehat2 la.. jap g kena kejutkan si Anas minum susu lagi.. k yer.. nak stori banyak ni.. tapi nak cari artikel jap dalam internet mengenai susu ibu, prolong Jaundis n etc.. nite,,

Tuesday, September 15, 2009

Tenang sikit...

Selasa..15 Sept 2009

Ari ni rasa tenang sikit.. sebab budak berdua tu takde.. takler letih nak menjaga Anas.. sebab sunyi tanpa sore budak2 tu especially Cabid yang suka sangat melalak sekarang ni.. padahal tak marah pun.. tegur jer dia terus nangis kuat2.. wat sakit ati jer.. kalo budak anas tak terjaga takpela. sensitif lak dengar bunyi kuat2.. ari ni baru rasa free skit.. n leh kemas dapur skit3..nak cuci baju masih belum lagi tadi.. diri pun nak kena rehat2 gak.. kan? k la..

Saturday, September 12, 2009

Kelahiran Anas Muyassar

Sabtu 12 September 2009

Ari ni ku baru berpeluang type in dalam blog ni.. haha.. last sekali posting pada hari Merdeka ari tu.. 31 ogos 2009. Ari Rabu 2 September 2009 akhirnya lahirla anak ketiga kami, pada pukul 6.45 petang di Hospital Putrajaya dengan berat 3.2 kg. Lelaki lagi.. takpela asal kan sihat.. alhamdulillah.. rasa macam susah jer bersalin walaupun pa kata yang ni lagi cepat keluar nyer.. duk le semalam.. gambar nati ku upload yer.. dah amik gambar dia dah,, :)

Tapi dia dah detect kuning @ jaundis dari dia hari pertama.. masa kat hosp lagi.. esoknyer dah kena g klinik amik darah.. cian sangat dia.. dah pastu repeat amik darah kat hosp sabtu & ahad, then repeat kat klinik.. n terus admit wad semalam.. turun 187. discaj.. dan repeat balik amik darah, naik balik. aiseh.. sedihnye.. sampai ari ni masih nampak kuning lagi.. tapi alhamdullilah dia aktif dan terjaga bila time nak minum susu.. n bila dah banyak basah..

eh kayla, sambung nati.. dah nangis plak si Anas.. chow..

Monday, August 31, 2009

Merdeka... Yang ke 52 tahun!!

Isnin 31 Ogos 2009

Ari ni hari merdeka, namum tahun ni tak disambut meriah coz bulan ramadhan.. jadi sama2 la kita sambut merdeka dalam cara yang lebih simple dan berdoa atas kesejahteraan Malaysia. Amin.. n today aku dah masuk 39 weeks and 4 days.. meaning another 3 days to go.. tapi cam takde tanda2 jer.. ku ni risau.. ingat nak ajak pa gi scan.. ku bukannyer perasan sangat baby ni gerak baper kali.. bukan sedar pun lagi2 skrang ni dia gerak dah slow.. em.. keras2 perut tu biasala.. em.. camna yer..

Sunday, August 30, 2009

Ahad yang damai...

Ahad 30 Ogos 2009

Ari ni kami tak bangun sahur kul 5 pagi sebab kami dah tido lambat tengok Movie.. kat HBO jer.. haha citer lama Titanic so abis jer citer kul 2.45 pagi, kami terus melantak.. tapi aku tak melantak.. coz cirit birit.. pa sorang jer yang makan.. n pagi ni masih cirit lagi so aku tak ler pose ari ni.. nak tengok leh stop tak cirit ni.. sampai sakit2 punggung rasanya.. dahla aku ni risau , baby ni cam tak banyak gerak.. tapi kena tunggu sampai kul 9 malam karang la baru tau dia cukup gerak ke dak 10 kali.. dalam masa 12 jam.. emm.. adik banyakkan bergerak yer.. ma risau ni.. dah la adik taknak kuar2 lagi.. risau giler dah.. Abang & Cabid dah bangun dah. dorang semalam tido kul 11 dalam bilik dorang sendiri.. n sekarang tengah tengok Playhouse Disney citer Handy Mandy versi Melayu.. napa versi Melayu?? Bapak mentua aku la.. kata kalo Bahasa iNggeris dorang tak belajar nak bercakap.. macam2 la.. n siap ada cadangan nak bawak Abang gi specialist pula.. kadang2 tu aku terasa gak.. nak risau pun biarla berpada.. malas aku nak cakap apa2, isu ni sensitif.. aku diamkan jerla sendiri2.. n pasal berpantang, aku dah decided berpantang umah mak seminggu.. then balik umah.. cian plak kat mak.. n aku tengok muka Pa macam ada lega jer bila aku kata aku nak pantang umah mak.. sah2 tak nak tanggung susah sorang2.. ntahla. aku tak suka nak pikir bukan2 tapi memang nampak riak muka happy bila aku kata aku pantang umah mak.. emmmmmmm.. aku tak paham sungguh.. k la.. aku hot ni.. aku xsuka orang yang tak reti nak amik responsibility lebih dari biasa.. sumer arap kat orang jer.. takleh try wat sendiri.. k la.. malas nak taip dah kan banyak entry yang lagi menyakitkan ati.. aku nak g masak bubur ni.. k la.. bye..

Saturday, August 29, 2009

Cirit...

Sabtu 29 Ogos 2009

Hi sumer.. aku masih belum bersalin lagi.. tak taula naper anak ni tak mo kuar lagi.. Dia nak tunggu biler la agaknya.. em.. sebenarnya dalam 2,3 ari ni aku asik cirit jer tak tau makan apa.. ingatkan pasal susu.. sebab pagi2 aku rajin minum susu panas.. tapi semalam langsung tak minum susu pun cirit jugak. sampai pedih2 punggung.. iskh.. nak jalan pun menderita.. em.. semalam gak, abang sakit perut sangat.. kembung.. menangis2 sepanjang malam.. puasla pa tuam, buh minyak lagi.. aku nak tolong, aku pun sakit perut, angin gak.. pastu kami berdua dah terlajak sahur.. sedar2 jam dah kul 6.. em... kalo at least sedar kul 5.30 ke leh la mium air seteguk dua.. takpela.. lagipun ari ni cuti.. pa suruh aku jangan pose.. tapi aku tengok dlu la.. kalo cirit lagi, aku buka la.. kalo tak maintain jerla.. ari ni dah masuk ari ke 8 berpose.. alhamdullilah, anak dalam perut ni nak aku berpose banyak ari.. :) aku cuma doa, moga kelahiran ini selamat dan semuanye dipermudahkan-Nya.. Amin.. k la.. ari ni ingat nak kemas2 rumah, cuci2 baju yang berlonggok dan sental apa yang leh sental.. itupun kalo larat la nak wat sumer...tapi at least ada gak yang bergerak la dari tak de wat apa2 langsung kan... chow...:)

Tuesday, August 25, 2009

Exam day!!! PTK

Selasa 25 Ogos 2009

Ari ni PTK.. aiseh men.. sumer soalan yang kuar sumer En Arif ajar dalam kursus PTK tergesa2 ari tu.. tapi tula, aku tak wat revision langsung.. jadi memang rasa nak melalak jer, pakai bantai jerla.. haha...sakit perut dari pagi, cirit.. gaji dah masuk n dah tggl skit.. sebab membyr hutang.. n bil2.. aiseh.. k la.. chow..

Monday, August 24, 2009

Menghitung hari...

Isnin 24 Ogos 2009

Ari ni mata masih xok lagi but better dari last week.. pa dah keja tapi pa kata pa balik half day. G klinik tengahari nati.. mata aku kelabu lagi especially belah kiri. em.. susah tul.. kena matahari pun terkejip2.. payah kan..? anak2 dah bangun... Cabid dah tido semula pun.. haha.. abang jer yang ada duk asik " Nak-nak" haha.. dia nak biskut.. jap yer abang.. bila adik ni nak kuar agaknya tak sabar rasanya.. ke dia ikut kata papanye, tggu ari gaji baru kuar.. esok la tu.. ntahla.. yang penting kuar nye sihat macam abang2 dia.. :) berdebar2 sebenarnya... pa pun berdebar2 gak.. baju2 abang & cabid yang lama2 dah dicuci.. tapi baru jupe plak stokin2 cabid.. nak kena cuci dlu gak ni.. jap g la aku masuk kan dalam washing machine.. aku ni lum bersiram lagi.. haha.. nak g bersiram dulu.. k la.. chaow..

Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan...

Sabtu 22 Ogos 2009

Ari ni merupakan hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan dalam tahun 2009 ni.. And, aku masih belum bersalin.. tapi memang kali ni xlarat sangat rasanya.. bila agaknya adik nak kuar yer.. ari ni rutin kami bangun sahur.. n then lepas Subuh, tido balik n terlelap sampai kul 11!!! aiyoh.. n besh sekali abang & cabid masa kami bangun sahur, dorang pun bangun mintak susu.. haha.. then kul 12 cadangnye nak g kedai gunting rambut, utk memotong rambut aku yang dah panjang & tebal.. Allah tu maha besar, hari ni redup sekali dengan angin sejuk menderu2.. kami ke Presint 9 umah ijau dulu tapi xjadi, then ke Pasar Presint 16 tapi orang gunting rambutnya takde.. so kami gerak ke C4, beli skit barang2 n susu spare utk adik.. itu pun dkt 60 inggit.. aiseh.. skit jer barang tu.. em.. then kami ke Pasar Presint 8 n tunggu giliran potong rambut.. and dah pendek dh rambut aku.. :)n then beli sayur2 skit n balik.. siap2 barang masak, pa masak.. dah siap kami buka.. rest2 skit.. n now i'm infront of computer.. n today ari mengada2 anak2..
Cabid taknak pakai baju.. abang lak asik wat hal jer.. em.. pening tul.. bila la nak bersalin ni ... dah tak sabar rasanya.. dah tak larat.. k la..

Thursday, August 20, 2009

Saja nak kongsi gambar...


- Cabid -

- Abang @ Adam -

-Dalam keta -

- MAin Bola -

- Lelaki2 kesayangan ku.. -

Wednesday, August 19, 2009

Dari Kerana Mata....

Rabu 19 Ogos 2009

Ari ni aku masih mc lagi coz keadaan mata yang masih belum pulih2 lagi bahkan bertambah buruk.. n today pa pun mc.. dan pepagi (tak ler pagi sangat..) dalam kul 9.30 pagi, dia kuar n g ke opis mak.. ada la something.. biarlah rahsia..
n tengahari kami bersiap2 coz aku nak ke Klinik utk rutin check-up.. 37 weeks n 6 days.. tomorrow will be 38 weeks.. so dapatla mc lagi 2 ari.. hehe.. meh tengok gambar mata,,,

Pecaya tak? inilah buktinya.. bukan sesaja nak mc tau.. taknak mc pun.. tapi memang tahap kronik sampai asik 2,3 minit skali g bersihkan mata.. camna nak bawak keta.. kna cahaya mentari lagi la teruk.. rasa2nya lah kan, inila sakit mata paling teruk...
k la..

Tuesday, August 18, 2009

Bengkak daaa,,,

Selasa.. 18 Ogos 2009

Supposed g exam KPSL W27 ari ni.. tapi mata dah macam gam, takleh buka langsung.. mata dah bengkak teruk.. asik berair jer.. susah tul la.. pa nyer mata nampak cam dah ok.. dia pun g keja gak jap.. sebab ada exam Permata Pintar kat sekolah dia... aku ni jerla duk dengan budak2.. cian budak2 kelaparan, aku try wat pancake tadi tapi sumer hangus.. naper yer? api kuat sangat ker.. em.. stop dlu la.. rest kan mata jap.. tapi orang kata kalo nak restkan mata jangan pandang komputer.. kalo pandang komputer lagi teruk.. tapi badan aku pun rasa tak bermaya sangat.. macam lemah sangat sebab sakit mata jer.. iskh2... stop dlu la.. c ya..

Monday, August 17, 2009

Sakit Mata...

Isnin.. 17/8/2009

Ari ni terkena sakit mata.. aiseh.. rasa panas jer mata pagi tadi masa bangun dari tidur.. dah sah2 sakit mata. bermula dengan mata kanan.. tapi g gak keja sebab nak siapkan SG20 Oktober.. Rabu ni tarikh last anta.. dahla selasa & rabu exam KPSL.. em.. tadi dah g klinik dengan pa, dapat mc ari Selasa & Rabu gak.. tapi dah apply cuti tanpa rekod sebab nak g exam.. tapi... skrg kepala plak rasa berat, badan rasa bahang sangat.. padahal dah minum air, n dah mandi.. tak segar2 gak.. rasa cam nak demam.. iksh.. minta la dijauhkan.. n arap2 anak tak kena sakit mata... amin.. k la.. kna tengok dlu la malam karang camna keadaan.. kalo rasa teruk, xg la exam... nak wat camna.. chow..

Saturday, August 15, 2009

Gambar edited Anak2..

Hati luluh..

Sangat2 sedih.. kecewa.. tapi apakan daya.. sumer suratan yang ditentukan.. Mungkin ini dugaan.. baru aja nak gembira, tapi berita macam ni plak yang diterima.. macamana ni.. aku susah dah nak berkata apa2.. pilu jer rasa.. sebak giler..

A very cozzy Saturday...

Sabtu 15 Ogos 2009

After a very good rest last nite, sakit di perut pun ilang.. n adik syok menendang dari tadi... n kuat gerak.. Alhamdullilah.. abang & cabid dah mandi n sekarang tengah tengok tv.. sambil makan oreo.. pa dah kuar g beli barang dapur skit.. jap g nak start mengemas umah, mencuci baju, melipat dan menyimpan baju.. banyak giler.. n then mengemas barang2 abang & cabid ke taska.. n also... mengemas baju2 abang & cabid utk emergency case.. paham2 jer la kan..?? em.. stop dlu.. nati sambung lagi yerk.. chow..

Friday, August 14, 2009

Sakit...

Jumaat 14 Ogos 2009

Ari ni g keja cam biasa.. ada kursus, from yesterday.. Kursus Bimbingan Ptk di Aras 8 E12 jer.. :) but today, sakit sangat perut... tapi bukan cam kontraksi.. em.. apa yer.. nak jalan pun sakit sangat... pelik tul.. jap g nak goreng bebudak nasi.. makan nasi goreng jer la mlm ni yer abang, Cabid.. Pa dah g main tenis dari petang.. hopefully apa2 pun biarla pa dah ada kat umah.. risau lak.. barang2 abang & Cabid tak kemas lagi.. n dengar citer tadi, Angah demam.. camnala nak anta kat umah dia kalo dia tak sihat.. em... susah ati tul.. pinggang asik sakit jer.. kaki pun cam dah surut bengkak.. tapi tadi dah siap sumer SG20 Okt 2009. Alhamdulilah.. cuma tak fotostat lagi sebab Pn Hana lum sign.. em.. camna ni ye.. adik dah nak kkuar ari ni ker???

Sunday, August 9, 2009

Ahad yang biasa,,,

Ahad 9 Ogos 2009

Ari ni sebenarnya aku dah bangun dari kul 3 pagi.. so dah takleh nak tido plak.. tengok tv jerla.. n tv tu tak tutup2 dari semalam.. n skrg dah kul 10.30 pagi.. n ada orang tu janji nak g umah mak kul 10 pg.. tapi kejut2 dia gerak kening pun idak... tensen je aku ni.. anak2 dah siap mandi, minum susu n skrg tgh tgk tv citer katun favourite dorang 3 siri berturut2.. Mickey Mouse Clubhouse.. em.. aku lum mandi lagi.. berpeluh2 jer dari pagi.. kena g mandi ni tapi jap ler kot, baru sangat makan Maggi.. so restkan perut dlu.. haha.. orang mandi dlu baru makan, aku ni makan dlu baru mandi.. esok ingat nyer nak pose.. ganti lagi seari.. last.. arap2 termakbul.. n kena studi ni utk exam Kpsl 18-19 Ogos ni kat Upm.. dah kata dengan kak Wa nak tumpang dia.. sebab tak berani plak nak bawak keta.. lagi2 keta camtu n keadaan aku yang camni.. minggu ni jer dah nak masuk 37 weeks.. so anytime jer.. aku kna start kemas barang2 anak.. skit2 just nak wat dorng tumpang jap umah angah kalo bersalin.. em... tak kemas lagi.. cadar lum pasang2 lagi.. susah kena wat sumer menda sorang2 ni.. n last but not least, tak bagitau mak lagi yang aku bercadang nak berpantang kat umah jer.. arap takde yang tarik muka.. sorila.. aku akan cuba... try test.. insyallah boleh.. kalo pa leh bagi kerjasama baik dengan menghantar & mengambil abang & cabid kat taska.. insyallah... sumer akan berjalan lancar.. Amin..
k la.. aku ingat nak jalankan mesin basuh lagi la.. banyak lak baju tak bercuci lagi.. ada 2 bakul setengah lagi.. iskh..susah ati betul.. dahla sampah lum buang2 lagi.. pa tolong la bangun...

Saturday, August 8, 2009

Risau.. Bimbang..

Sabtu 8/8/2009

Hari ni mak dan bapak dah balik sebab dorng nak bermalam di rumah Aeem plak..
Semalam kami ke Parkson Alamanda, sebab mak nak cari sandal Scholl.
Bapak n pa gi main tenis. n then kami balik ke rumah around kul 9.30 mlm. aku sekrang ni risau dengan gejala H1N1 ni.. Cabid dari selsema jer dah batuk plak.. abang pun sama.. aiseh.. aku dah cakap dengan pa suruh bawak g klinik.. biarla dari awal kita bendung.. aku risau.. dia kata nati.. suruh makan ubat dlu.. aku takut jer.. ni yang aku amik dari email yang Kak Wa send..

High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die.

tak takut ke aku..??

Thursday, August 6, 2009

Hello..

KHamis 6 Ogos 2009

Hari ni aku pose.. n ada ceramah kat Aras 9.. bertajuk.. Hukuman Sebat & Tali Gantung... okla.. at least dapat la sehari kursus.. hehe.. dapat sijil tau..
semalam gi check-up.. Abang dah naik 12 kg n Cabid naik 10.62kg.. okla tu.. n aku pun naik gak.. 69 kg dah!!! aiseh.. pose pun naik lagi.. and aku kena cek up lagi 19 Ogos nati.. em... masa tu dah 37 weeks..

Monday, August 3, 2009

Kadang2 terfikir...

Em.. aku ni sekarang asik melayari blog2 jer di internet.. sebab aku teruja tengok mainan2 berjenama, dan barang2 utk budak2 n baby.. em.. aku ada niat nak membeli, tapi cuma tak berwang jer.. Terasa macam happy bila dapat tengok anak2 aku happy main mainan ni sumer..tapi kekadang terfikir, takleh beri segala kesenangan sangat,, tak tau apa akan jadi di masa depan dorang nati bila dah selalu senang.. biarla dorang xde menda2 tapi jadi orang berguna & paling penting hormat orang tua & tak tinggal suruhan Allah.. Amin...

Hari yang biasa.. tak busy.. tak juga senang..

Isnin 3 Ogos 2009

Hari ni bangun awal.. dah set dalam kepala nak ganti pose ari ni + tomorrow. cuma Rabu nak rest sebab check up petang.. n sambung balik Khamis & Jumaat.. pastu setel la.. harap2nyer.. amin.. ari ni di opis tak ler begitu busy, dan takleh begitu tak busy.. sedang2 jer.. tapi bila balik umah, mengantuk tahap gaban.. mungkin sebab cahaya matahari yang terik.. lagi2 dah kekeringan duk dalam aircond plak tu kan..? tadi berbuka dengan Nasi Goreng Belacan + Air Bandung Panas.. alhamdullilah.. jap lagi nak siapkan barang2 anak + gosok baju keja pa + tudung sdiri.. n then nak masak nasi + nak kemas dapur skit2.. napa tah malas tul nak wat awal2.. haha.. ramai dah kata, mata nampak sembap.. yalah tak cukup tidur.. em.. kaki pun dah bengkak..perut asik keras.. pinggang pun dah sakit2.. em...
Tadi dah buat gaji pekerja2 kontrak Rancangan Ransangan Ekonomi tapi gaji Abangcik takwat lagi..



Dah Monday??

Isnin 3 Ogos 2009

Dah monday? haha.. bahasa apa nie.. rojak betul.. actually mata menang dah ngantuk.. almaklumlah, bangun awal kul 7.30 pagi n tak tido2 langsung pun dari pagi hinggala skrg.. em.. ari ni sekejap lagi.. adalah merupakan hari yang sibuk.. naper? yala, banyak kerja nak wat.. nak wat gaji pks n pekerja kontrak lagi.. n ot lagi.. yang dah ada atas meja dah sah2 ada 2.. yang belum sampai?? luckily i'm not doing' all grade 17 nyer.. em.. kayla.. nak kongsi.. kaki aku dah bengkak tahap gaban.. tak pernah2 bengkak.. padanla rasa sakit jer tadi.. rupanya bengkak.. em... jangan la apa2 hal kan.. n perut ni mengeras jer.. n pinggang ada skit sakit.. mungkinkah sebab menulis tadi menunduk sangat?? arapnyer yer la.. k la.. nak tgk2 blog jap.. hehe shop jer window internet.. :) choaus..

Sunday, August 2, 2009

A quiet Sunday...

Ahad 2 Ogos 2009

Hi.. Mornin' everybody.. ingatkan aku ni bangun lewat la coz semalam tak tidur2.. hehe.. last2 at 7.30 am aku dah leh bangun. Kira bagus la ni.. n yang terkejut giler nyer.. anak2 aku tu lum bangun lagi.. penat + ngantuk giler ni la tu semalam.. haha...still xbreakfast lagi.. xtau nak makan apa.. yang surenya nak kena masak kalo nak makan.. haha.. pagi2 lagi mak dah call, tak tau napa.. saja nak cek ker @ wat eva donno.. aku sekarang ni duk terpikir, macamana caranya nak bagitau mak abah yang aku nak pantang kat umah sendiri.. coz aku pikir kan :-
a) sebab umah mak abah bukan ada bilik yang kosong utk aku + pa + anak2 duk.. kalo nak duk bilik nana lagi macam 2x bersalin dlu aku dah xsanggup.. puasla aku nak menjaga budak2 besar dua orang tu nati dari mengodek barang2 mak su dia
b) dalam bulan pose plak tu.. iskh...
c) n nati aku berebut2 toilet dengan dorg yang nak g keja + sekolah pepagi.. n bila aku siap lambat mulala bising.. nati dengan nak siap budak2 lagi.. em..
d) aku x leh nak tengok tv sgt coz abah yang kontrol remote.. and anak2 pun xleh tengok citer katun lagi coz abah dah tukar rancangan, tak amik lagi rancangan katun dorang...
e) ntahla.. aku xtau napa.. insyallah aku leh jaga diri sendiri.. n aku percaya pa akan banyak membantu.. memangla kekdang tu tengok pa macam tu, tapi aku ni bertuah... walaupun dia x ler seperfect mana, tapi diala lelaki paling baik dengan aku.. yang leh dengar, yang leh beralah dengan aku.. Tq pa.. memangla nobody perfect.. tapi pa memang banyak kebaikan dari keburukan.. sori pa kalo selama ni terkasar bahasa dan sikap.. mulut tak reti jaga.. sori sangat..
aku ni emo plak pagi2 ni kan.. hehe.. tula bila senyap sangat.. haha... suma emosi kuar.. hua2x.. n one more thing to share with all of u..
It's only 32 days left... apa tu?? iskh korang ni,,? aku nak bersalin anak ketiga ni la... uish.. berdebar2 ni.. jantina apa kah dia nanti..? berpeluang tak aku beli kan baju yg pelbagai fesyen di pasaran tu..haha.. tapi.. if jantina dia still sama dengan abang2 nyer.. tak apa pun.. asalkan dia kuar sihat dan kuat.. n dia senang dijaga.. insyallah.. Ari rabu ni 5hb Ogos, aku check up 35 weeks n 6 days.. n esoknya Khamis 6 Ogos. aku akan genap 36 weeks.. :) dah masuk zon selamat..
n on 5th juga, anak2 teruna aku tu pun cek up.. utk tahu berat badan dorang ok ke tak, n perkembangan dorang.. aku dah minta pa amik half day ari tu on the afternoon so, senang... n bila dah masuk Ogos.. aku rasa macam relieve skit coz gaji pa akan masuk bulan ni.. memang la ujung bulan but aku baru rasa macam senang skit.. lagipun anak no tiga dah nak kuar,, so aku arap sumer dah stabil.. amin..
Tq for those yang memberikan bantuan semasa kewangan kami yang tak stabil sangat2 ni.. aku amat2 appreciate sangat.. walaupun sekecil mana pun bantuan yang diberi.. n aku rasa seronok coz anak2 aku.. masih leh minum susu + pkai pampers lagi walaupun kegawatan mama & papa dia.. masih x kurang lagi.. ada yang lebih susah dari aku.. aku bersyukur atas rezeki yang Allah berikan.. aku akan cuba lebih berjimat cermat & tak terlalu boros.. (susah sebenarnya.. aku ni dah la kaki shopping..) haha.. tapi insyallah jika Allah mengizinkan, aku boleh!!! yeah.. k la panjang sangat ari ni.. nak letak pic gak sebagai penyeri.. hehe.. cek it out...

Sunday already..?

Ahad 2 Ogos 2009

Kalo ikutkan, tarikh hari ini adalah tarikh aku melapor diri dalam sektor Kerajaan 5 thn yang lalu.. :) wah2.. tak sedar yer, dah 5 thn berlalu rupanya.. Sekarang aku dah bertukar status pun, dari bujang ke berkahwin.. + 2 sons.. n coming to be 3.. (cuma tak tau jantina apa jer.. hehe) kalo ikut ticker, 32 days left jerk.. ahaks.. berdebar2 gak ni.. walaupun dah ketiga..
sebenarnya mata dah agak penat dah, tapi macam malas nak tidur lagi.. nak kemas dulu apa2 yang patut.. sambil melayari internet ni.. hehe.. anak2 dah tido n papa gak.. perjalanan masih panjang lagi.. so lot to do.. k la.. gtg..

n here my sons pics to share...




Thursday, July 30, 2009

Letih...

Khamis.. 30 Julai 2009

Ari ni tak pose.. supposed nak pose.. tapi xbangun langsung sebab tido lewat semalam.. sebab Cabid tak tidur.. ari ni tak ke mana2 pun.. makan pun kat bawah jer.. tapi letihnya macam jalan jauh.. esok nak ke pejabat pos, nak pos barang guna pos daftar.. nak g balut dlu.. chaow..

Wednesday, July 29, 2009

Kegemaran Masa Kini Abang & Cabid

Saja je nak upload gambar ni.. Kegemaran masa kini anak2 teruna aku.. haha




Gembira kan dorang? hehe

Tuesday, July 28, 2009

Kehidupan yang biasa..

Selasa 28 Julai 2009

Ari ni xpose.. tapi esok nak pose.. lusa pun nak pose.. coz ada lagi 5 hari lagi tak ganti pose haha.. n another 3 days maybe next week abiskan all.. moga dapat habiskan next week.. hehe.. ari ni cam biasa,, tak de kerja sangat.. tapi sibuk gak.. sebab mencari baucer 2008 yang M.I.A. iskh.. camnala leh ilang ni.. pelik + ajaib lak kan.. em.. kain x baper banyak yang laku.. pa kata tak banyak cikgu.. aku ingat nak advertise dalam blog lah plak.. hopefully ada yang nak beli.. biarlah dapat wit skit untuk cover bulan ni yang kesusahan betul.. nak camna, gaji pa takde lagi.. bulan depan pun 25/8 baru gaji pa masuk.. arap2 itu akan memudahkan kami nanti.. esok nak ke pos ofis coz nak renew lesen.. + nak beli stok setem.. :D abang & abid ok ari ni.. sumer orite.. pa pun g main tenis lepas solat maghrib tadi.. jap g nak kemas barang2 anak2 n tengok Csi and masak nasi dlu.. n tido.. sebab esok nak bangun awal, nak makan sahur dlu.. kalo tak si kecik dalam perut ni duk menendang jer tanda lapar.. haha... k la chow.. ada gambar nak kongsi sebenarnya, tapi lum upload lagi.. sat g la.. :) chaow..

Monday, July 27, 2009

Hari yang biasa...

Isnin 27/07/2009

Ari ni pose.. tapi terlewat bangun., Sedar2 dah kul 5 lebih (jam hp) sempat ler mentedarah air Coffeemix segelas + 2 gelas air masak.. cam mual jer sebab minum laju2.. haha.. tula.. tidur lagi lewat2.. padan dengan muka.. :)
Mie n Ct dua2 El ari ni.. So kena la wat keja ct sikit2.. takpela dari takde keja langsung.. haha.. n sedang menaip profail Tang Soo Do pa.. berjalan skit jari2 ni.. petang karang nak singgah Petronas jap.. amik wit untuk bayar Taska.. n duit buku Anak lagi.. segan lak nak pinjam wit.. tapi nampak gayanya cam terpaksa gak ler nanti.. k la.. karang malam sambung lagi.. chaow..

Sunday, July 26, 2009

Anak-anak bersantai..

Ahad 26 Julai 2009

Ari ni cam biasa la. Hari mencuci, menjemur, melipat & menyimpan baju2.. Banyak gila baju2.. haha.. macam lah duduk sepuluh orang kat umah ni.. Hua2x.. PAstu anak2 dah tidur kul 2 tadi.. n ni pic Cabid guling2 kat tepi pintu bilik.. n gambar Abang yang masih tidur lagi.. hehe..

Saturday, July 25, 2009

Anakku yang seksi..

Sabtu 25 Julai 2009

KAh2.. dorang ni naik basikal bersama2.. kalo dah time baik tu...

Besh kan tengok dorang ni.. hehe...

A going to be a busy Saturday..

Sabtu 25 JUlai 2009

Ari ni tak ler bangun awal tapi around the clock la gak.. around kul 9 am.. Abang dah bangun siap2.. mentang2 la dia tidur awal semalam. :) Cabid masih lagi terlentang tidur with Pa.. em.. dah bagi anak2 minum susu, n dah start washing machine.. b4 going to umah mak.. camna yer nak cakap dengan mak..?? em.. still tengah cari ayat yang sesuai n matching.. hehe.. nak upload gambar2 utk jual dalam blog.. tapi napa tak leh nak edit yer.. payah tul lah macam ni.. susah tul.. eh.. tadi botol softlan jatuh & pecah tutup.. abis jatuh n melimpah ruah belakang washing machine.. em.. pembaziran tul dah la softlan baru.. takde rezeki.. k la.. .. c ya..


GAMBAR MASA KAT KUCHING, SARAWAK

Monday, July 20, 2009

Cam apa jer..

Isnin. 20 Julai 2009

Ari ni aku tak bangun awal sangat, mana taknya dah tido pun lewat.. dekat kul 2 pagi.. so, memang ngantuk.. tapi still manage bangun kul 6.30 dah siap mandi n siap bagi anak2 minum susu.. Baju pun dah ada satu yang bergosok + tudung.. so tak ler rush sangat.. we arrive early at office today.. :)
sampai opis buka komputer n terus check website Maybank2u.. tapi masih lum clear lagi.. aku rasa cam desperate jer.. (bukan desperate housewives tau.. hehe) Memikirkan bekalan anak2 yang berkurangan n tak pernah kurang sampai gini tau.. Pampers anak Drypers abis langsung.. Lucky for me, dulu ada beli Mamy Poko Pants Value tu.. so, ada lah dari takde langsung.. :) So, leh la tunggu clear dlu.. n tomorow mesti g Klinik cepat, so cepat balik n then leh singgah C4 n shop barang2 anak especially nyer.. Hopefully sumer dah clear.. :)

Sunday, July 19, 2009

Hadiah bermakna..

Saja je nak kongsi.. :) Ni hadiah2 nyer.. gambar masa mengambil hadiah2 ni tak dapat lagi.. Isnin kot.. hehe.. nati upload yer..



Saturday, July 18, 2009

Sabtu yang sibuk...

Sabtu 18 Julai 2009

Ari ni takler pepagi bangun.. tapi pagi lah dari hari Sabtu yang biasa.. siap2 kan barang anak2.. nak g ot ari ni.. tapi tiba2 pa kata dia jaga anak kat umah.. aiseh.. kalo tau dari awal kan dah leh g ot... tak ler lama2.. banyak la jugak keja yang siap.. em.. ni dah balik sebab pa nak g mancing.. esok dia kata mak n bapak dia nak datang pulak, nak g beli baju raya anak2.. em.. aku kena gi ot lagi esok.. ntahla.. kalo tak gie la without me.. apa salahnya.,.. takkan la 3 org dewasa takleh nak jaga 2 budak kecik.. kan?? em.. ni pa dah kuar g mancing pun.. bukan leh duk rehat gak.. dapur sepah2.. baju ntah kan basuh entahkan tidak.. nak kena gosok baju kerja lak.. memang ari yang busy.. rumah mak tak gilah nampaknya minggu ni.. sori mak.. k la.. nak g angkat baju yang lipat2 sambil rehat2 kan punggung jap.. chow..