The loved ones..

The loved ones..

Sunday, May 3, 2015

Wrap??

Gambar sekadar hiasan


Macam best je.. haha.. tetiba macam nak ber'wrap' pulak dengan Aisy.. huhu.. gara2 tertengok video senang nya pakai wrap... haha.. teringin nak juga.. pastu aritu ada tertengok sorang mommy tu bawa anak dia gne wrap.. Ya Allah.. nampak macam senang je dia bawa.. :) tiba2 teruja pula nak dapatkan satu.. Apa salahnya kan..?? jikalau menyenangkan.. Ergo aritu penah beli juga masa time Afiq.. tapi tak sesuai je rasa.. nak let go.. tak terlet go lagi.. nyanyi lagu Let it Go jela.. bila ye.. nak snap2 pic barang2 nak let go tu.. ada warmer yang tak penah gne.. rasa dah abis warranty pun.. ada lagi 2,3 barang yang nak di letgo kan.. dapatla fund skit kan.. bukan banyak pun skit pun jadi la..

Arap2 malam ni tidur mimpi wrap.. kalau mimpi maknanya KENA DAPATKAN SATU.. Ahaks.. 
(Tapi daku kan tak bergaji April & Mei ni..huhu...)

Thursday, April 30, 2015

Aisy Muhaimin

Introducing my 6th son...

  • Aisy Muhaimin.. 
  • Bermaksud : Mewah @ Kaya Raya dan Yang memelihara & Mengawal.. 
  • Lahir pada 14 Mac 2015
  • Di Hospital Putrajaya
  • Sepatutnya di'induce' tapi tidak perlu.. :) 
  • Berat 3.11kg / 49 cm
  • 14 Mei 2015 ni dua bulan sudah..
  • Aritu @ 1 Month check up Aisy dah 4.3kg.. dan yang paling tak sangka,, panjang naik 55cm -setanding dengan kenaikan berat badan.. coz my other son jarang naik panjang nye.. lambat la skit.. yang ni ikut mama ke? Tinggi dari kecik? hehe..
  • Semoga Aisy senang dijaga.. dan jadi anak soleh.. Ameen..













Thursday, April 16, 2015

Afiq Muayyad







Alhamdullilah.. dah besar dah anak mama yang kelima nie,, makin nakal.. dan makin besar makin cerah.. pakai Que Putih ke..? haha.. dah jadi abang pun.. sangat sayangkan adik dia.. dukla cium sampai si kecik selsema.. aii.. tengokla kenakalan dia nie..
duk kacau abang2 sembahyang...

Tuesday, May 20, 2014

Bila abang afif memimpin...

Bahagia bila mereka rapat.  Hopefully hingga akhir hayat rapat.. ♡♥♡

Thursday, April 17, 2014

Wednesday, December 18, 2013

Cute kan..

Nice kan.. harus dapatkan satu.. :) hehe..

Sunday, September 29, 2013

Hujung minggu saya... yang sedih...



Sebenarnya amat la berhajat nak balik umah mak di Sg Buloh.. sangatla berhajat nak mendukung si comel Adeel.. em.. dah la belum bersua muka lagi.. aduhai.. kesiannya saya.. oh selamat ada gambar comel ni..
Dan juga alhamdullilah ari2 saya di hujung minggu tak la sunyi sebab umah ni banyak bising ooo...sebab ada insan2 istimewa di bawah ini...:)
Adam Mustaqim aka Abang


Abid Mursyaffa aka Cabid

Anas Muyassar aka Anas


Afif Muazzam aka Adik Besar

Afiq Muayyad aka Adik Kecik

Mereka la yang suka sangat bagi saya menjerit setiap masa setiap ketika... 

Sunday, September 15, 2013

Giler shopping?


Saya amat teringin beli carrier ni.. mungkin akan lebih kejap dan senang handle.. 

Tapi.. saya baru beli buggy ni.. em...

Alkisahnya buggy ni dibeli untuk memudahkan saya mengangkut Afif.. terutama bila dia sakit macam aritu.. puas saya dukung kedua2 nyer.. dengan beg2 yang berduyun2.. oh tapi teringin tu ada.. tapi perlukah?? dah ada sling ni kan..? em..

Sling Mummy Hugs ni dah banyak berjasa.. dari 2009 lagi.. masa ni Anas baru 3 bulan..:) hingga sekarang masih guna..
Cuma bezanya masa angkat Anas dan Afif takde la macam angkat Afiq.. bukannya Afiq tu lebih berat tapi Afiq tu pada usia dia sekarang bergerak2 tak ingat dunia.. jadi sling ni bergerak2 sampaikan ma sakit bahu, sakit pinggang.. padahal ikut berat Afif lebih lagi chubby.. em.. pikir lagi ya..

Anak buah baru...!!

Alhamdullilah akhirnya adik ipar saya Farhana @ Nana besar telah selamat melahirkan anak sulungnya bersama adik saya Alif.. - baby boy.. alahai sorila cik Lin xsempat lagi melawat.. Lahir pada 12.43tengah malam 15.09.2013.. berat 4.06kg!!! Panjang 52cm.. chubby.. :) suka sangat.. 


Nama pun dah ada.. cuma biarla mama papa/ ayah ibu /daddy mummy/ ummi abi/ abah mak..ntah mana satu ya..akan umumkan.. :)

Saturday, August 31, 2013

Petua hilangkan kahak

Ma google dan dapat ni dari satu blog.. http://azurabagus.blogspot.com.. sebab nya si kecik ni
 
AFIQ MUAYYAD sangat teruk kondisi nyer.. batuk sebab gatal tekak.. penuh kahak tapi xmo kuar. Tak macam abang2 nyer.. dia nyer kahak memang susah sangat nak keluar.. jadi ma google..

Ni antara petuanya..

Cara-cara nak hilangkan kahak
   
 1)Air kelapa   
 Minum air kelapa yang pure, yang tanpa gula. 
Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis. 
  
2) Madu   Guna madu asli.
    cth; madu El-Ejib 
 Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air.. 
Kalau baby, madu + air.. 
Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa 
  
3) Teknik tepuk @ percussion 

4) Gas nebulizer  Untuk cairkan kahak. Kahak akan keluar melalui najis. 

5) Rawatan hemeopati  Ubat hemeopati Asmakur 

6) 2ulas bawang putih + minyak masak 
     Cara : -bawang putih dibakar hingga lembut 
               -lenyekkan + cikit minyak masak 
               -lulur ke leher, dada, belakang baby 
  
7) Daun kaduk + kapur + air   
Cara : - daun kaduk + kapur + air di ramas-ramas   
           - lulur ke dada, leher, belakang baby 
     
8) Thermal steam therapy   
    - duduk dekat air humidifier beberapa minit  atau letak muka over mangkuk air panas
       
9) Hidung tersumbat   
Ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi menegak

Ma nak cube ya no 6 tu.. jap g la.. sebab rumah ni anak2 ni sepahkan.. aduhai.. mentang2 ma tidur awal sikit semalam.. actually xawal pun cuma mereka ni tidur lewat dari biasa semalam.. so..paham2 jerla.. sob-sob.. puas la ma nie.. sakit jiwa..

Friday, August 30, 2013

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia

Tujuan

Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membanti penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimilki dan berkualiti.


Ciri-ciri Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)


Saiz : 1000 - 1500 kaki persegi

Harga : Bergantung pada kaki persegi yang dipohon
              1000 - dari RM 150k-RM220K
              1200 - dari RM 221K-RM260K
              1500 - dari RM 261K-RM300K
Pendahuluan : Minima (RM2K)
Moratorium : 10 tahun

Kos pindah milik dan duti setem : Dikecualikan

Syarat2 Kelayakan Permohonan


1. Warganegara Malaysia

2 Keutamaan kepada pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM 8K.
3. Terbuka kepada Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan
4. Keutamaan diberikan kepada pekhidmat yang bekerja di Putrajaya

5. Tidak diisytiharkan muflis

Fasa Pertama Pelaksanaan PPA1M


1.Plot 17RK5 Presint 17


Melibatkan 1000 unit merangkumi 424 unit berkeluasan lantai 1000 kaki, 288 unit berkelulusan lantai 1200 kaki, 288 unit berkeluasan lantai 1500 kaki. Dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta (1 kereta, 1 rumah) surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan lain. 

dan sebagainya.. so sila check status anda yang mana dah apply yer.. nati ada sekali lagi bulan Disember plak.. tak dapat sekarang maybe dapat yang seterusnya.. insyallah.. 


Alhamdullilah rezeki anak2.. :) 

Nama: FAREEN AZLEN BINTI ABD RAHIM 
Kad Pengenalan: 810310145462 
Status: Permohonan anda telah berjaya di sesi cabutan undi PPA1M (Fasa 1) yang telah diadakan pada 29 Ogos 2013. 
Surat Makluman Keputusan Undian boleh dicetak pada 30 September 2013 melalui laman ini.


(Nak tunggu 30 September 2013 pula.. tunggu ajala.. )

Tudung...

Aritu.. bukan baru sangat la juga.. b4 raya aritu.. ada beli tudung ni.. dari Happy Life Shoppe
Nama tajuk tudung Lubna.. Instant tudung.. dengan awning yang tak keras.. (oh my favourite ni..)
kain cotton yang sangat lembut.. dan senang dipakai & comfort.. :) best giler.. ada pelbagai saiz.. Dari S -XL.. Pilihan warna pun banyak.. masa tu.. tapi sebab kekangan kewangan jadi hanya mampu beli 3 saja dlu.. hopefully akan restock lagi di masa2 akan datang.. Yalah bagi ibu2 yang sangat busy di pagi hari.. (macam saya.. huhu) tudung ini memang sangat sesuai.. Aritu beli saiz M.. memang sedang2 elok.. tak le singkat macam biasa saya beli tulis saiz M tapi singkatnya macam saiz S. Malu nak letak gambar sendiri.. ni la kaler 2 yang saya beli.. (pinjam gambar dari HLS - dengan model yang sangat manis dan jelita..)
Soft Pink

Black

Yellow
Yang bagusnya, perkhidmatannya amat bagus.. efisien.. Cepat dah terima.. alhamdullilah.. moga bertambah2 rezeki mereka.. Ameen.. dan selain saya dapat tudung yang saya suka jenisnya iaitu yang instant, senang dipakai, awning tak keras, labuh nyer pun bersesuaian, kain nyer juga sangat berkualiti dan lembut, comfy dipakai.. sejuk jer..memang recommend pada kekawan.. :) Saya pun akan beli lagi insyallah jika diberi rezeki yang lebih..

Thursday, August 29, 2013

Stainless Steel Multifunctional Electric Boiler

Ari tu ada membeli Stainless Steel Multifunctional Electric Boiler di Lelong.. Suka beli di Lelong sebab barangnya cepat penghantarannya.. ada pernah beberapa kali juga order barangnya malam, esok dah sampai.. Itu barula namanya Pos Laju.. hehe..

Kelebihan2 nya :

1. Leh la nak masak instant noodle senang2 jer.. sebab memang cepat dia didihkan air.. 
2. Boleh juga nak wat hot pot.. masukkan makanan dan keluarkan bila dah rasa2 cam dah masak.. huhu..
3. Boleh juga nak wat egg custard.. (apa ni ya..)nati nak g google..
4.Masak bubur pun boleh.. cepat juga.. cuma nak kena slalu kacau.. kalau tak hangit.. (function xseperti slow cooker ye.. di mana biarkan saja bubur tu dah masak..)
5. nak steam / boiling telur pun bleh. ada disediakan steaming rack..
6.Jadi warmer pun bleh.. letakkan makanan dalam pinggan @ mangkuk yg disediakan.. knala masuk air sikit.. letak atas steaming rack.. on ler.. pastu periksa semula kemudian.. 
7. Senang dibawa kemana2.. sebab saiznya yang compact.
8. Pakai elektrik.. 
9. Harganya berpatutan cuma RM 49 dan pos RM 10. Mereka hantar pakai courier..

Kelemahan2 nya:
1. Kat knob tu tulisannya dalam chinese.. oh luckily ingat kat mna beli dalam lelong ni.. so tgk smula gambarnya.. coz dlm manual takde lak mention..
2. steel body nyer tu takleh nak basuh sampai ke bawah.. sebab attached skali dgn letrik menda bawah tu.. adui camna nak explain.. so kenala basuk bahagian dalam dengan sangat berhati2 agar tak terkena bahagian bawah tu..

aritu ada masak bubur utk budak sakit, Afif.. em.. banyak sangat menda buat sekaligus (konon2 terer la kan), tiba2 hangit.. adui then tertengok benda ni kat lelong.. huhu.. cam nak lak kan.. haha.. pemalasnya saya...



function :-
  • Heat & non-stick pan safe
  • Silicone legs are dishwasher safe
  • Withstand temperatures up to 300° F
  • All sorts of custards, sauces and soups can be stirred
  • With 3-speed settings
 Harga : lingkungan RM 25 - RM 40. (kenala pandai survey,  mana company yang leh bagi murah lagi kan??) 

Tuesday, August 27, 2013

Oh anak.. Mengapa???

Aduhai.. @ 12.30 am 27/8/2013 papa pulang dari meeting dengan kekawan di bawah umah. dan bawa sekali sekeping kertas A4 cam sijil layaknya.. Tetiba pa kata.. macamana sijil APC ma ni leh ada kat bawah?? What?? Bukan ke sijil APC tu dalam file mama di mana dalam fail tu sumer sijil2 penting ma di dalam tu?? Starting dengan surat beranak, kemudian SPM, kemudian Diploma, Diploma Translaction, Transkrip2 Dari Sem 1 - Sem 6 sepanjang di PUO, Sijil PMR, UPSR dll.. + beberapa surat - pelantikan, pengesahan jawatan, taraf pencen.. Sijil APC, and sijil2 lain yang ma ingat2 lupa.. 
Jadi, cepat ma cari fail hijau ma itu.. oo fail tu ada.. tapi??? Majoriti sijil2 lain dah takde.. hanya ada Diploma transclation dan transkrip2 itu alhamdullilah complete set.. yang lain?? oh sumer gone by the wind... kami cari lagi dalam bilik.. jumpa la Surat beranak mama.. alhamdullilah.. surat beranak yang ada banyak sentimental value ya.. dengan kaler yang usang2 gitu.. dan segala cop di belakang.. :) + sijil APC yang ada hamba Allah lekatkan di papan kenyataan di bawah rumah.. yang lain.. ntah.. arap2 ada la orang tampalkan di papan kenyataan lagi.. biarla orang semua tahu apa pun.. asalkan jupe semula.. tapi jika tidak.. terpaksa la.. gi amik salinan..

1.Sijil SPM, PMR takpe tak jauh sangat.. kat Lembaga Peperiksaan jer,,, 
2.Surat2 leh cuba cari dalam fail peribodi.. huhu..

satu jer la.. Sijil Diploma tu... em tadi search dalam politeknik nyer website aka KPT.. hanya boleh didapati salinan nya daripada politeknik yang mengeluarkannya saja.. ooo.. adakah memang sudah suratan takdir nak kami kembali ke sana ?? Ke ipoh?? haha.. mungkin...

Oh tapi hati masih geram.. masih lagi marah.. aduhai anak.. kenapa?? kerja?? Adam Mustaqim & Anas Muyassar,, agaknya seronok tengok kertas2 berharga mama tu terbang melayang2 semasa dibaling keluar tingkap.. lagi2 umah kita tingkat 11.. lagi best,, 

Ya Allah, berikan la aku lebih kesabaran.. Ameen...

Wednesday, August 7, 2013

Alhamdullilah..

No. Kad Pengenalan:  810310145462
Nama Penuh:  FAREEN AZLEN BINTI ABD RAHIM

Kod SkimJawatan
Keputusan Temu Duga
   2200
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
Anda telah dikategorikan sebagai calon simpanan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Keputusan temuduga adalah tertakluk kepada pengiktirafan kelayakan dan pengemukaan dokumen-dokumen berkaitan; contoh salinan sijil SPM dan Diploma/ STPM atau Peperiksaan Khas KPSL.  
Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Keputusan temu duga ini akan dipaparkan dalam tempoh tiga (3) minggu daripada tarikh paparan di Portal SPA

Wednesday, July 31, 2013

Happiness...





Result peperiksaan Anas Pertengahan Tahun

Alhamdullilah.. dah setel exam dan dapat result pun.. huhu.. Anas dapat nombor......
21 daripada 31. Okayla tu.. Insyallah akan naik result tu nati.. kalau ikut Anas dia nak nombor 31 sebab nombor paling besar.. haha.. besar meaning lebih bagus.. Boleh macam tu?? huhu..

Tuesday, July 23, 2013

Afiq 6 months!!

Alhamdullilah Afiq dah 6 bulan arini.. sekejap jer masa berlalu ya.. Ma nak start solid food plak untuk Afiq.. nak prepare cam prepare untuk Afif dlu.. hopefully dia pun berselera macam Afif dlu.. :) Gambar nati nak upload skali.. gambar budak tecik yang sangat aktif ni.. :)

Wednesday, July 17, 2013

Dah lama tak hapdet sini..

Lama betul baru la kesempatan sekejap je ni.. curi2 masa..

-Abang @ Adam Mustaqim - alhamdullilah abang dah leh membaca.. walaupun slow.. tapi dia berusaha,, dia dah suka sekolah.. mungkin dah leh get along dengan kawan2 dan cikgu.. :)

-Cabid @ Abid Mursyaffa - alhamdullilah cabid lebih lancar membaca.. dan banyak membantu abang membaca.. puasa pun dah tahan,, alhamdullilah..

-Anas Muyassar - Anas.. em.. alhamdullilah dia dah okies dah memang jarang sangat basah suar dalam nyer.. :)

-Afif - Adik besar ni.. dah pandai berkata2.. alhamdullilah juga.. dan suka senyum..

-Aby - Afiq Muayyad ni.. sangat la cepat perkembangannya.. skrg ni dah macam nak duduk.. belum lagi 6 months.. kejap jer masa berlalu.. dah besar dah pun.. :)

Tuesday, June 4, 2013

Bercuti - terpaksa..

Assalamualaikum..
dah lama rasanya tak update blog ni.. dibiarkan sepi dan bersawang.. em.. pagi ni baru berkesempatan menaip seketika.. Tengah bercuti.. bercuti kerana terpaksa.. Sebab Afif kena chicken pox.. aduhai.. dah sikit dah pada muka dan badan.. cuma kat tangan masih ada yang masih ada air.. alahai.. kena tunggu surut yang di tangan tula nampak gayanya.. dan bersediala untuk membayar cuti separuh gaji ya.. em..

Thursday, April 11, 2013

bosan tahap ultraman

Ari ni kna jg kaunter.  Adus sgtla tertekan. . Sgt bosan actually. . Adoi mcm nk pecah kepala bosan. Haha..

Monday, April 8, 2013

birthday afif yg ke2

Sekejap je afif pn dh menginjak usia arini.. dh 2 thn arini... semoga membsr cergas cerdas & sihat × jd anak yg soleh ya dik bsr..



(bersiaran dr klinik..)

Saturday, March 30, 2013

Official Music Video | Tasha Manshahar & Syed Shamim - Be Mine

Adui mcm addicted pulak.. padahal lagunyer lagu remaja gitu.. haha.. best lagu dan nyanyiannya bagus.. semoga sukses selalu pada mereka berdua..



best.. iskh... dikurniakan bakat begitu... alhamdullilah.. pastu satu lg.. ni bawh ni.. adui.. bagusnya sore..



:D bawah ni dgn adik Shila Hamzah.. @ senang citer anak ND Lala..

Friday, March 1, 2013

Kutu..

Bukan.. bukan kutu di rambut tu.. tapi kutu ala yang kita kumpul ramai2 then baru dapat dalam satu masa tu gilir2.. alah cam la tak tau.. Actually citer ni berkenaan kutu2 yang bukan setakat kutu duit sekarang ni.. ada juga kutu untuk barang.. yela cam bayar installment juga la kan.. Daku ni bukan jenis orang yang bayar lambat2 kutu ni.. sebab tak suka tau bila turn kite kalau boleh pun kita tak mo orang wat delay2 kita nya turn.. pls la.. main kutu ni kita kena la give and take kan.. lain la kalau memang tak berkesempatan.. ada juga yang lewat.. contoh cam macam baru pas bersalin aritu.. lewat skit bayar kutu januari 2013. sorila dah bersalin ari sama dengan gaji.. pastu balik2 umah mana dan nak gi menghadap komputer terus.. daku bukanla orang yang biler berpantang tu memang 100% ada orang jaga makan minum segala.. so.. memang lewat beberapa hari,, tapi itu ajala.. bukan nak kata apa..

ada main kutu baby bullet skrg ni.. rm 38 per month selama 5 bulan.. so skrg dah masuk bulan ketiga.. bayar b4 10th each month.. oleh kerana tak mo pisang berbuah 2 kali.. jadi kali ni bila main kutu ni, sumer resit maybank2u daku simpan dalam fail.. risau oo.. sebab aritu masa main kutu cp - sweet n cozy pun jadi gitu juga.. padahal dah tulis email pada transaksi tu.. dah inform pada organizer kutu dalam post kutu dia.. tapi silap nyer tak simpan salinan resit dalam fail komputer.. dah setel dah pymt 5 bln.. tetiba dia minta salinan resit bulan kedua pembyrn yg dah tentu2nya takde dlm maybank2u lagi sebab dah lepas 3 month.. then dia leh kata dia xdpt pymt..? padahal dah paste dalam posting kutu tu ref no transaksi tu.. such as date time amount no ref.. aduhai.. n masalahnya dalam word sheet excel pymt tu dah ada menda2 tu di dalam.. cuma dia takde email dari maybank2u mengatakan ada pymt masuk dalam ac.. dia kata daku tak bayar lagi?? wat the h***?? adui malas betul.. sejak tu memang serik.. tapi nak dapatkan barang2 yg rege ratus2 ni mnala mampu nak dapat byr cash gitu.. so mmg bagus kutu ni.. tapi INGATLA KAWAN2KU SEKALIAN.. SILA SIMPAN RESIT TRANSAKSI PEMBYRN TU KALAU BAYAR ONLINE @ KALAU TRF GUNA MESIN SILA PRINT SALINAN RESIT KECIK TU.. So takler menyusahkan korang kelak.. dah byr sampai dah nak abis, tetiba kata ada tak bayar.. kalau mmg tak bayar takpela.. memang sakit hati.. Sekarang ni mac 2013 tetiba organizer kutu baby bullet ni plak tetiba mintak pymt bulan ni..?? padahal dah inform dalam posting dalam group kutu tersebut... dan yang bestnya org yang trf after daku nyer payment dia dah update dalam sheet kutu tu ?? aik.. cer cek betul2 pls la.. tengokla betul2.. kalau baru bayar lain la.. dari dapat gaji dah buat payment.. dah baper arini.. dah dekat seminggu.. jangan la buat macam ni.. bukan semua orang tak responsible yer nak diingatkan baru nak bayar.. Pls la..

# meluahkan perasaan aja.. sebab banyak kali dah terkena # sangat tak suka #