The loved ones..

The loved ones..

Monday, February 14, 2011

Cuti hari Wilayah di Lumut

Aritu masa cuti hari wilayah & CNY, kami suami isteri telah mengambil cuti pada 31 Januari 2011 dan 2 Februari 2011.. so kami dapat direct cuti selama 9 hari!!! Dasat kan... tapi oleh kerana sekolah pa ada program pada Sabtu & Ahad 29-30 Januari 2011 tu, kami hanya dapat pulang ke Teluk intan pada 30 Januari 2011 n waktu malam.. selepas melawat kawan ku Siti Latifah yang melahirkan baby keduanya, baby boy di Hospital Putrajaya.. ada entrinya di sini. ------> sila klik.
N masa kami gi ke Lumut ni pada Isnin 31 Januari 2011 ni, pa ada pinjam kamera Nikon kawan dia.. so gambar2 nyer amat cantik sikit.. (Walaupun Lumix dan Sony pun gambar memang dah cun..) so.. mehla kongsi2 tengok pics anak2.. di sana.. mereka suka la, sebab yang paling utama --------------------------> KAMI DAPAT MANDI SWIMMING POOL!! Sapa letih?? Papa, Mama & Pak Su la.. sebab kena jaga dorang dalam air.. meh2 saksikan..
Gambar anak2 dengan Pak Su nyer..
Sumer ada kecuali papa.. tulah, tak bawak tripod..
Masa ni sesi melihat cerminAnas dah tak mo masuk air..
Cabid memang suka air
Abang wat terjun tiruk..

Anas nak melarikan diri...

Masa ni Anas dah start nangis2..


Baru nak kuar ke swimming pool

Tengok dlu swimming pool kat bawah..

Pa bawak naik Anas, ma tak larat...

Anas tengah duk usha ikan Flower Horn..

Ma memang selekeh sangat..

Anas yang sangat cute dengan topi ni...

Sibuk aja Anas ni..

Anas duk makan biskut tapi beg tetap taknak buka
Abang pun makan biskut juga

Cabid baru sudah makan biskut

Ala mama.. tak yah la buka beg.. inikan beg Anas..

Abang Cabid pun xbuka beg..

Jom dah nak gi taska dah...

Mama, sebelum gi nak mamam biskut dulu...

Anas ni tak padan dengan kecik, bila tengok abang-abangnya pakai beg.. dia pun nak pakai beg juga.. last2 jalan pun cam nak terbalik.. turun keta tengok abang-abang pakai beg, dia pun cari beg nak pakai.. haha...

Bersantai-santai menunggu papa sampai




Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya (ADHD)

Pendahuluan
ADHD adalah satu kecelaruan tingkahlaku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak.Ia
melibatkan 3 jenis kepayahan :
• Kurang tumpuan
• Hyperaktif
• Menurut kata hati (Impulsiviti)
Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan
seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak
lelaki.
Tiada punca utama diemui walaupun faktor genetik dan ketidak-seimbangan bahan kimia di
dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.


Tanda & gejala
Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih
dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.
A. Kurang tumpuan
Kanak-kanak sentiasa :
• Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
• Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
• Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
• Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
• Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
• Tidak berupaya mematuhi arahan
• Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
• Mudah hilang perhatian
• Pelupa

B. Hyperaktif
Kanak-kanak sering :
• Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat
duduknya
• Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
• Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
• Bising waktu bermain
• Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
• Banyak bercakap

C. Menurut kata hati (Impulsiviti)
Kanak-kanak akan :
• Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
• Tidak sabar menunggu giliran
• Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain
• Tambahan :
o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
o Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
o Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah,
rumah, tempat awam
o Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
o Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
o Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di
sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya
Sekiranya anak anda memenuhi kriteria saperti di atas, sila mendapat bantuan profesional
dengan segera.

Komplikasi
• ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional
Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah
dan pembangkang.
• Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan
rakan.
• Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat
memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

Rawatan
Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka
untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa
panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak
berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan
sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan
tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan
sampingannya perlu dipantau.

Pemulihan
Intervensi tingkahlaku
Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh
berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :
• Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut
memberi perhatian dan memahaminya.
• Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan
rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda
berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
• Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik.
Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak
berkelakuan dengan lebih baik.
• Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang
berlaku setiap hari.
• Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan mennyediakan senarai
semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
• Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum
mengeluarkan kata-kata.
• Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik
beratkan pada kelemahannya sahaja.
• Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
• Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang
mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.

Pendidikan Khas
Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas.
Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada
mereka

Speedmart, pasar mini baru buka..

99 SpeedMart tambah 34 lagi cawangan

PENGENDALI rangkaian pasar mini 99 Speed Mart Sdn Bhd (99 SpeedMart), mensasarkan pembukaan 34 cawangan baru pasar mini itu yang membabitkan pelaburan lebih RM13 juta di Lembah Klang menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besarnya, Quek Teng Hiong, berkata ketika ini syarikat memiliki 236 cawangan pasar mini berkenaan di Lembah Klang termasuk terbaru di Presint 9, Putrajaya.

Beliau berkata, syarikat mempunyai matlamat bagi menyediakan kemudahan beli-belah yang paling hampir kepada masyarakat setempat bagi mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu bersusah payah ke pasar raya.

“Lebih menarik 99 Speedmart menyediakan pelbagai barangan keperluan dengan harga yang kompetitif dan berpatutan.

“Berdasarkan itu, syarikat meletakkan margin rendah supaya pelanggan dapat membeli barangan dengan harga lebih murah,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian cawangan baru 99 Speedmart di Presint 9, Putrajaya, kelmarin.

Perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK), Datuk Rohani Abdul Karim.

Teng Hiong berkata, secara purata jumlah pelaburan yang diperlukan bagi membuka sebuah cawangan 99 Speedmart adalah antara RM400,000 dan RM500,000 termasuk barangan yang disediakan.

Beliau berkata, pihaknya turut mempunyai perancangan bagi memperluaskan perniagaan itu di luar Lembah Klang, tetapi tidak dalam tempoh terdekat.

Apa yang penting, katanya, buat masa ini, syarikat akan memberi tumpuan terhadap meluaskan pasaran di Lembah Klang terlebih dulu selari dengan matlamat syarikat mahu membuka antara 400 dan 500 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Pembukaan cawangan di luar Lembah Klang akan dilakukan apabila syarikat berpuas hati dengan dengan pencapaian pasar mini sedia ada,” katanya.

nota kaki: Tula kulihat dah ada Speedmart ni kat tempat Perodua dlu.. tapi aritu lalu, masih belum buka.. Kalau barang lebih murah, bagusla.. tapi kat situ susah sangat nak parking.. terutama weekends sebab jalan depan Food Court Presint 9 tu selalu ditutup sebab ada pasar.. susahkan??

Sunday, February 13, 2011

Tidak lama lagi...

Antara sedar dengan tidak, hanya tinggal 46 hari saja ahli keluarga ku ni nak bertambah sorang lagi.. :) Hanya yang tak pasti, adakah ahli baru itu adalah seorang 'hero' lagi ataupun seorang 'heroin' pula?? Hehe biarlah rahsia... sedangkan ku & papa pun tak tau.. sebab tak scan pun jantina nya. Yang ku harapkan cuma biarlah semua berjalan lancar, dan si dia, ahli baru itu keluar sihat, cergas.. Memang ada terdetik di hati 'Bestnya dapat baby girl pula kan??" tapi semua tu kan tentuan daripada-Nya.. Apa-apapun tunggu ya berita nanti lagi sebulan setengah lebih kurang.. @ maybe awal lagi sebab kelahiran anak2 sebelum ni semua tak tentu, ada yang awal sangat, ada awal sikit & ada yang cuma awal sehari... so yang kali ni tak tau la awal baper ari lak kan?? So tunggu..............

Friday, February 11, 2011

Ke Kesihatan

Tadi akhirnya ku decide gi Kesihatan jerla untuk membeli makanan + menjamu mata.. Tapi biasala kalau kul 1 ptg baru ke sana masa hari Jumaat ni, alamatnya lauk-pauk udah abis la dan kalau tak abis tinggal sisa2 jerla.. tapi luckily for me, ada lagi nasi ayam.. beli ajala.. dan ku sambar betik sebungkus.. hehe.. kuar ke tempat jualan yang berlokasi di luar kafe Kesihatan tu, terserempak dengan mak.. :) Mak pun sorang juga.. mak bagi botol air Tupperware tu kaler ijau.. :) Terima kasih mak.. mak banyak memberi.. bila la ku nak balas2 ni.. minta maaf mak.. Tak lama lagi pun mak dah bersara.. dah nak masuk 58 tahun mak rupanya.. tapi gaya macam baru 40 an.. percayala.. ibuku itu memang muda remaja.. memang ramai yang tak menafikan..
Then, mak pun kata nak ke dalam kafe, nak beli makanan.. n dia rasa nak makan laksa.. so ku kata, ku nak pulang ler ke ofis.. leh lelap2 mata jap.. on the way, lalu jualan tu... dan saja2 singgah kat baju budak, cari2 kot ada terbekenan nak beli untuk 3 hero tu.. takde la nampak nya.. so ku teruskan perjalanan ke tempat jam kanak2.. ala baru RM 5 jer satu... saja nak beli untuk Adam & Cabid.. Anas takpela dia kecik lagi.. beli yang ultraman.. sangat kiut.. ingat nak carikan Cabid yang Mickey Mouse.. tapi xde yang cutela.. opps terlupa lak before gerak ke baju budak2 tadi, ku singgah tengok sandal ala2 Crocs tu.. tapi bukan Crocs ya, Croos.. haha.. ku beli satu lagi kaler grey.. sebab aritu yang beli, berat.. lenguh kaki ku ni bila berjalan.. yalah dalam keadaan yang begini... then lepas tu jumpa Kak Rahani.. borak2 sekejap.. jalan lagi terus pulang ke ofis aja.. sebab dah tak tau nak wat apa.. makan dulu.. then ku mula kan entri ni.. begitulah kisah ku yang boring.. haha.. dlu leh main2 dengan Anas.. rindu nyer Anas...

Cermin mata mainan

Adam tak baper cute pakai cermin mata ni.. (maybe kena pakai cermin mata yg lebih canggih..)
Cabid memang terserlah..

Anas lagila sangat kiut..

Happy Birthday Papa!!!

Hari ni ari lahir suamiku yang ke-30!! Sudah 30 tahun ya? Ku bakal ikut jejak nyer lagi sebulan dari tarikh ari ini.. hehe.. Sudah makin tua.. iskh2.. mana ada yang sambut birthday makin muda kan??




Memang suka mancing
Sentiasa hepi dapat ikan

Baru balik dari Johor - Kenduri Aeem-Ajla

Saja jenguk2 Anas
Tak ingat gi mana
Anyway, untuk papa... Khairul Hizard Bin Amirul Ihsan.
  • Hepi birthday 30th.
  • Moga panjang usia, murah rezeki, dirahmati Allah & hepi selalu di samping kami sumer.. :)
  • Kami sayang papa selalu...

nota kaki : Papa walaupun selalu gi mancing tapi dengan anak2 masih sangat kamceng & rapat.. malahan dorang sumer memang nampak sangat rapat dengan papa banding dengan mama.. mungkin sebab mama mereka garang.. haha...

Kesian Cabid

Ku ari ni tak tau napa asik sakit perut.. n tadi sebab sakit perut, mula la rasa nak marah.. pastu dah marah Cabid.. kesian dia.. nangis2 dia takut.. sori Cabid..

Wednesday, February 9, 2011

My lovely, cutie, handsome sons....

Anas :)
Cabid :)

Adam a.k.a Abang
Saja-saja wat ngantuk..

Tengokla muka nakal masing2.. hehe

Tuesday, February 8, 2011

Tahniah pada Sepupu ku Huda..

Tahniah pada Huda & hubby kerana mendapat baby boy ari Selasa aritu.. 8 hb Februari.. tak sempat melawat di Hospital.. kerana bersalin kul 4 pagi.. Insyallah akan menyusul di Kajang.. Sepasang dah cucu Ayahid & Cik Su.. :)

nota kaki : Ramai betul yang bersalin kan?? :)







Sunday, February 6, 2011

Tahniah Awien..

Tahniah pada kawan ku Nurul Azuin Bt Fuad yang selamat melahirkan baby girl yang merupakan anak sulung nyer, seberat 2.65 kg secara normal di Hospital Putrajaya pada 6 Februari lalu.. dah overdue pun.. Ku berpeluang melawat dia & baby girl nyer di Wad 2A pada Isnin 7 Februari 2011. :) Sangat cute macam dia juga.. Dia berpantang di Cyberjaya.. :) Tahniah sekali lagi ya Awien.. (Tak sempat bawak kamera.... :( )

nota kaki : Baby girl nyer kena admit ward sebab kuning.. tapi dia takleh join sama sebab ward penuh, kesian dia..

Sunday, January 30, 2011

Baby Boy Ct..

Cam best jer kan..? Ct dah ada sepasang dah anak.. :) Tahniah pada Ct yang dah melahirkan baby boy pada 30hb Januari 2011 aritu.. kul 10 pagi dengan berat 2.4kg. Sangat kiut miut anak teruna dia.. Dia pun dah amik cuti 90 hari tau...!! hehe.. Ku nak tak amik cuti 90 ari?? Kena tunggu ada taska ke takde la ni.. sebab macam full jer.. ala.. tak sukanya..

Saturday, January 29, 2011

Dah ada reply

Siti kata dia dah admit ward semula.. di Putrajaya.. tadi mesej dia tengahari.. katanya, dah ada rasa kontraksi.. so all the best to CT & Adan.. Moga dipermudahkan.. insyallah.. sama2 kita doakan.. Amin..

Friday, January 28, 2011

Tak reply pun...

Em.. si Siti ni dah kena tahan balik masuk wad.. kata Kak Ina.. arini masuk hospital balik.. tadi mesej2 tak berjawab pun.. mungkin kah tengah berperang di dewan bersalin?? Apapun didoakan semoga sabar & tenang.. insyallah anakanda akan keluar dengan selamat & sejahtera.. dan semoga dipermudahkan dan dilancarkan kelahirannya.. Amin.. All the very best to Siti & Adan... juga si kakak, Damia.. :)

Pedih Ulu Hati

Pengenalan
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi
kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak
tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini
akan menyebabkan kesan kimia terjadi.
Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi
selepas makan berat.
Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu
dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap
hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian
perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Feflux Disease(GERD)
Tanda dan Gejala
Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:
o Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
o Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
o Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin
di belakang tekak
o Sendawa
o Batuk yang teruk
o Suara menjadi serak
o Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.
Komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux,
Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan
dignosa tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret's
oesophagus.
Rawatan
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidak selesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan
cara hidup sihat dan ubat ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi sekiranya ia semakin teruk,
ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda
mengalami(GERD) anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.
Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh menghilangkannya dengan
menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu. Antacids atau
bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid
perut bagi serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi
berhampiran anda. Metaclopramide juga diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar
segera.
Pembedahan
Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan lower oesophageal sphincter dan
memberhentikan tidak balas refluk asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan
laparoskop dan hanya memerlukan rawatan beberapa hari di hospital.
Gastroscopy perlu dilakukan hanya sekali sebelum pesakit menjalani pembedahan untuk
melihat sejauh mana komplikasi seperti Barret's esophagus (keadaan kanser yang berpotensi,
keadaan kanser dan akibat terlalu lama terdedah dengan asid) atau kanser esofagus. Sekiranya
Berret's esophagus ditemui, proses gastroscopy tahunan perlu dilakukan bagi melihat
perkembangan kanser maglinan.
Pencegahan
Sukatan pemakanan
Menukar amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan gejala pedih ulu hati:
o Mengenalpasti dan mengelakkan makanan yang sangat memberi kesan kepada anda.
Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan
makanan yang diawet.
o Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi
akibat memakan makan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan
menambahkan rasa perut yang penuh
Pengubahsuaian Cara hidup
o Amalkan jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan lebih
kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.
o Makan perlahan lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya
anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.
o Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan
tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan
ketidakhadaman dalam perut .
o Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan
dan ketidakcernaan


-nota kaki- sebab ku tengah pedih ulu ati ni!!!! Argh!!!!!!-

Penyusuan Susu Ibu Yang Berkesan

Apabila ibu-ibu menyusukan bayi, perhatikan tanda-tanda penyusuan ibu yang berkesan seperti berikut:
1.Tanda penghisapan yang berkesan
1.hisapan perlahan dan dalam
2.nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan
3.dengar bunyi bayi menelan
4.hisapan cepat dan cetek

2.Kekerapan penyusuan
1.susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuannya, “on-demand feeding“
2.sentiasa bersama bayi supaya boleh menyusukannya dengan kerap
3.minggu pertama – susukan bayi lebih kerap
4.bayi yang tidur lama (lebih daripada 2-3 jam) perlu digerakkan untuk disusukan
5.menyusu kerap pada waktu malam
6.purata penyusuan 8-12 kali dalam 24 jam

3.Tanda bayi mendapat cukup susu
1.bayi berhenti sendiri apabila kenyang
2.penyusuan kerap 8-12 kali dalam 24 jam
3.kencing lebih 6 kali dalam 24 jam
4.kekerapan membuang air besar yang normal (4-8 kali dalam 24 jam)
5.bayi kelihatan puas, ceria dan kulit bayi sihat
6.payudara ibu penuh sebelum menyusu dan ‘ringan’ selepas menyusu

4.Memberhentikan penyusuan
1.biar bayi melepaskan puting payudara dengan spontan
2.payudara kedua diberi selepas bayi selesai menghisap payudara pertama
3.berikan kedua-dua payudara secara bergilir selagi bayi hendak terus menyusu
4.jangan alihkan bayi dari payudara selagi dia sedang menyusu kecuali untuk membetulkan pelekapan
5.untuk memberhentikan pelekapan bayi, masukkan jari kelingking ke tepi mulut bayi untuk mengeluarkan puting payudara dari mulutnya
Adaptasi daripada Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM

Taken from : http://www.momschoice.com.my

-nota kaki- ku amik dari blog Miakiddies yang sangat banyak info-:)

Barang2 dah sampai


Ni Herba Mandian Aura.. ku beli dari mamamodern.com.. Bagus sangat.. n nanti repeat order lagi untuk Kak Ina & Kakak Mie.. :) Hanya RM 32.90 untuk 3 pack.. berbaloi2.. Gi la tengok web dia.. ada banyak lagi item lain.. Nursing bra, krim dan sebagainya.. mana tau kot2 ada korang terpikat..
nota kaki : dah arrived pun item2 yang diorder pada Rabu 9.2.2011 aritu.. Thanks Pn Fazidah for speedy delivery..

9 Fadhilat Mengasihi Anak-anak

9 Fadhilat Mengasihi Anak-anak
By Ummu Solihin ·

Subhanallah!! Sayangnya Allah swt kepada kita..
Dia bukan sahaja kurniakan kita dengan anak-anak..
Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yg diberikan oleh Allah swt ini pun, Dia akan berikan kita pahala..


1.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
2.Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
3.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
4.Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
5.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
6.Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
7.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
8.Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
9.Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Senangnya nak buat pahala, kan? Jom buat pahala banyak-banyak!! Semoga Allah swt memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu ini kepada orang lain.

Wallahua’lam

-dipetik dari web anakku soleh.com-

Thursday, January 27, 2011

Malas

Oh.. tolongla beri ku kerajinan..... sangat MALAS ari ini... sangat NGANTUK.. pergilah jauh2 rasa MALAS & NGANTUK!!! Jangan datang-datang masa ku di ofis... Please!!!

Tuesday, January 25, 2011

Demam..

Semalam demam.. hingga sangat sakit badan, takleh nak bangun.. Dari Sabtu dah rasa lain macam.. Ahad pagi masih ok cuma batuk dah teruk sikit.. Bila balik ke Putrajaya terus down.. petang tu terus demam.. Makan panadol.. okayla kuar peluh sikit.. Pagi bangun saja menggigil tak ingat.. dah demam.. sangat sakit badan, tak larat angkat badan.. selamatla pa sanggup cuti.. bukannya apa, kesian kat anak2 kalau ku sakit tinggal sorang2 dirumah, sapa nak tengokkan dorang..?? Makan minum, mandi sumer.. ?? em.. Thanks pa..

Saturday, January 22, 2011

Baju kaler pink??

Tadi masa gi Carrefour.. hehe.. niat untuk beli susu ANas jer.. sebab susu Lactogen tu tak sesuai la untuk si kecik tu.. tapi terbeli yang lain juga.. apa tu?? Cuba tengok tajuk entri.. sudah tahu?? Bukan lagi rahsia.. hehe.. Tadi ada clearance baju2 baby.. so ada baju pink + suar pink, yang lengan panjang & yang lengan pendek juga.. baju masing2 RM 5.. seluar pula, tak kira la pendek & pjg rega nya RM 3 sehelai.. so ku belila.. sebab kaler pink tu aja ada sepasang.. size 12-18 bulan.. so beli untuk sikecik tu.. ala.. baru RM 16 utk dua pasang.. baju kaler pink.. rasa sangat worth duit itu.. then.. orang kata lelaki pakai pink?? Ku rasa tak salah.. sedangkan lelaki dewasa yang normal pun ada pakai kaler pink.. so, inikan pulak budak kecik usia baru setahun 4 bulan, yang mama dia ready baju dia, yang pakaikan baju untuk dia, yang pilih baju apa yang dia patut pakai aritu.. hah.. so, jangan pertikai yer kawan2.. tak salah tau... itukan hanya baju.. tak berbentuk ladies pun baju itu.. cuma kalernya lembut.. itu saja, tak jadi lembut ya anak ku itu.. pls..

Macam2 rasa..

Tadi ada rasa.. rasa yang macam2.. sumer dah bergaul-gaul rasa itu.. Eceli kejadian itu dah menunjukkan ketidakprofesionalan si pemilik kata-kata.. Suka mencari salah silap orang lain tanpa pedulikan kesilapan diri sendiri.. Manusia memang gitu.. tapi manusia yang satu ni, ada terlebih sikit.. Tak boleh dikata oleh orang, diperbetulkan lagi tidak boleh.. Dia 'besar'.. jadi sapa boleh kata dia?? Apa yang ku boleh kata?? Hanya ku boleh kata pada hati & rasa ni, sabar la yer.. tapi sabar sampai bila?? Sampai bila nak menurut kata sahaja?? Lastly, bila pulang ke rumah, citer dengan pa, ku rasa relieve.. sangat best.. ilang rasa yang macam2 tu.. tak peduli apa 'si Dia yang besar' sangat tu nak kata.. if so, jumpala secara berdepan.. bersemuka la.. kenapa kata di belakang2..?? Salah orang semua nampak, salah diri sendiri?? Ada tau?? Ada perasan?? Tiada.. bila orang tegur, mulala cari salah orang yang menegur.. sudahla.. kita yang menjadi mangsa, cuma boleh doa.. agar Allah bersihkan hati kita semua.. dan moga hati si Dia yang besar tu pun turut bersih.. barula tak pandai nak cari salah silap orang untuk tutup salah silap sendiri... Lama-lama pikir pun menyakitkan ati.. luahkan saja.. biar sumer ilang dari lubuk hati..:)

Thursday, January 20, 2011

Siti dah berkampung di Hospital

Ini kawan ku, Siti Latifah @ Ct dah start berkampung di Hospital Putrajaya.. untuk melahirkan anak keduanya..due pada 3 Februari 2011. Semoga segalanya lancar.. insyallah.. akan dipermudahkan Allah.. Mesti seronok Damia nak dapat adik.. :) Ni gambar Ct dengan Iza.. masa perhimpunan Bahagian Akaun aritu..tahun 2010.

Monday, January 17, 2011

Katak2!!!

Bib
Selimut berhud kepala

Sling

Beg Kanak-Kanak

Beg Sling Kanak2

Bip

Beg Kanak2

Macamana?? Cute kan..? Sumer boleh didapati di Onebabyworld.. :) opps kecuali sling.. boleh cari kat Mudah yer..

Saturday, January 15, 2011

Baju Penyusuan

Sekarang ni kita lihat makin banyak baju untuk penyusuan di mana2.. i mean di mana2 tu.. yang kita bleh gi premis tu @ shopping online.. dengan harga yang berpatutan dan dengan kualiti yang bagus.. contoh, cam jenama Autumz tu.. dulu ada clothdiaper jer tau.. skarang dah ada storage bottle untuk ibu2 yang nak simpan ebm untuk anak2 mereka, ada juga cooler bag yang sangat trendy, baju2 menyusu,dari yang takde lengan hingga ke pyjamas tau.. selain dari barang2 lain juga.. n kebanyakan barang2 keluaran Autumz ni leh didapati di OnebabyWorld.
Bling boutique pun dah dipromote di Majalah Pa & Ma keluaran Februari 2011. Keluaran Bling Boutique sangat menarik.. ku pun nak cuba nanti.. (hik hik.. kalau banyak $$$$ la..) Ada juga Adrinis.. Hilyah design yang berdesign muslimah dan juga tidak lupa Neyhan.. (ada tu ku dah terpikat satu.. cuma tunggu wit gaji aja ni..) then Mums Dreams yang ada cawangan di Bangi & Kelantan.. :) Terujanya.. walaupun dah kurang susu kan Anas.. yalah dia kan dah besar sikit.. susu badan bila di rumah especially waktu malam aja.. Takpe2 tunggu sikenit kuar lak.. :)

Tuesday, January 4, 2011

Anas Muyassar


Kenapa ada gambar budak cute kecik ni?? Sebab mama dia rindu dia.. walaupun jumpa ari2.. tapi sekarang dah tak dapat jupe dia waktu lunch.. sebab dia dah pindah bilik.. Bilik yang tak leh mama gi jupe.. sedih betul... tu yang tempek gambar dia ni.. bila lunch jer rasa cam pilu2 jer.. tengokla budak yang cewek ni.. manja pun.. cute sangat.. rindula.. jap gi jupe yer..