The loved ones..

The loved ones..

Saturday, August 31, 2013

Petua hilangkan kahak

Ma google dan dapat ni dari satu blog.. http://azurabagus.blogspot.com.. sebab nya si kecik ni
 
AFIQ MUAYYAD sangat teruk kondisi nyer.. batuk sebab gatal tekak.. penuh kahak tapi xmo kuar. Tak macam abang2 nyer.. dia nyer kahak memang susah sangat nak keluar.. jadi ma google..

Ni antara petuanya..

Cara-cara nak hilangkan kahak
   
 1)Air kelapa   
 Minum air kelapa yang pure, yang tanpa gula. 
Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis. 
  
2) Madu   Guna madu asli.
    cth; madu El-Ejib 
 Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air.. 
Kalau baby, madu + air.. 
Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa 
  
3) Teknik tepuk @ percussion 

4) Gas nebulizer  Untuk cairkan kahak. Kahak akan keluar melalui najis. 

5) Rawatan hemeopati  Ubat hemeopati Asmakur 

6) 2ulas bawang putih + minyak masak 
     Cara : -bawang putih dibakar hingga lembut 
               -lenyekkan + cikit minyak masak 
               -lulur ke leher, dada, belakang baby 
  
7) Daun kaduk + kapur + air   
Cara : - daun kaduk + kapur + air di ramas-ramas   
           - lulur ke dada, leher, belakang baby 
     
8) Thermal steam therapy   
    - duduk dekat air humidifier beberapa minit  atau letak muka over mangkuk air panas
       
9) Hidung tersumbat   
Ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi menegak

Ma nak cube ya no 6 tu.. jap g la.. sebab rumah ni anak2 ni sepahkan.. aduhai.. mentang2 ma tidur awal sikit semalam.. actually xawal pun cuma mereka ni tidur lewat dari biasa semalam.. so..paham2 jerla.. sob-sob.. puas la ma nie.. sakit jiwa..

Friday, August 30, 2013

Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia

Tujuan

Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membanti penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimilki dan berkualiti.


Ciri-ciri Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)


Saiz : 1000 - 1500 kaki persegi

Harga : Bergantung pada kaki persegi yang dipohon
              1000 - dari RM 150k-RM220K
              1200 - dari RM 221K-RM260K
              1500 - dari RM 261K-RM300K
Pendahuluan : Minima (RM2K)
Moratorium : 10 tahun

Kos pindah milik dan duti setem : Dikecualikan

Syarat2 Kelayakan Permohonan


1. Warganegara Malaysia

2 Keutamaan kepada pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM 8K.
3. Terbuka kepada Anggota Perkhidmatan Awam dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan
4. Keutamaan diberikan kepada pekhidmat yang bekerja di Putrajaya

5. Tidak diisytiharkan muflis

Fasa Pertama Pelaksanaan PPA1M


1.Plot 17RK5 Presint 17


Melibatkan 1000 unit merangkumi 424 unit berkeluasan lantai 1000 kaki, 288 unit berkelulusan lantai 1200 kaki, 288 unit berkeluasan lantai 1500 kaki. Dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta (1 kereta, 1 rumah) surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan lain. 

dan sebagainya.. so sila check status anda yang mana dah apply yer.. nati ada sekali lagi bulan Disember plak.. tak dapat sekarang maybe dapat yang seterusnya.. insyallah.. 


Alhamdullilah rezeki anak2.. :) 

Nama: FAREEN AZLEN BINTI ABD RAHIM 
Kad Pengenalan: 810310145462 
Status: Permohonan anda telah berjaya di sesi cabutan undi PPA1M (Fasa 1) yang telah diadakan pada 29 Ogos 2013. 
Surat Makluman Keputusan Undian boleh dicetak pada 30 September 2013 melalui laman ini.


(Nak tunggu 30 September 2013 pula.. tunggu ajala.. )

Tudung...

Aritu.. bukan baru sangat la juga.. b4 raya aritu.. ada beli tudung ni.. dari Happy Life Shoppe
Nama tajuk tudung Lubna.. Instant tudung.. dengan awning yang tak keras.. (oh my favourite ni..)
kain cotton yang sangat lembut.. dan senang dipakai & comfort.. :) best giler.. ada pelbagai saiz.. Dari S -XL.. Pilihan warna pun banyak.. masa tu.. tapi sebab kekangan kewangan jadi hanya mampu beli 3 saja dlu.. hopefully akan restock lagi di masa2 akan datang.. Yalah bagi ibu2 yang sangat busy di pagi hari.. (macam saya.. huhu) tudung ini memang sangat sesuai.. Aritu beli saiz M.. memang sedang2 elok.. tak le singkat macam biasa saya beli tulis saiz M tapi singkatnya macam saiz S. Malu nak letak gambar sendiri.. ni la kaler 2 yang saya beli.. (pinjam gambar dari HLS - dengan model yang sangat manis dan jelita..)
Soft Pink

Black

Yellow
Yang bagusnya, perkhidmatannya amat bagus.. efisien.. Cepat dah terima.. alhamdullilah.. moga bertambah2 rezeki mereka.. Ameen.. dan selain saya dapat tudung yang saya suka jenisnya iaitu yang instant, senang dipakai, awning tak keras, labuh nyer pun bersesuaian, kain nyer juga sangat berkualiti dan lembut, comfy dipakai.. sejuk jer..memang recommend pada kekawan.. :) Saya pun akan beli lagi insyallah jika diberi rezeki yang lebih..

Thursday, August 29, 2013

Stainless Steel Multifunctional Electric Boiler

Ari tu ada membeli Stainless Steel Multifunctional Electric Boiler di Lelong.. Suka beli di Lelong sebab barangnya cepat penghantarannya.. ada pernah beberapa kali juga order barangnya malam, esok dah sampai.. Itu barula namanya Pos Laju.. hehe..

Kelebihan2 nya :

1. Leh la nak masak instant noodle senang2 jer.. sebab memang cepat dia didihkan air.. 
2. Boleh juga nak wat hot pot.. masukkan makanan dan keluarkan bila dah rasa2 cam dah masak.. huhu..
3. Boleh juga nak wat egg custard.. (apa ni ya..)nati nak g google..
4.Masak bubur pun boleh.. cepat juga.. cuma nak kena slalu kacau.. kalau tak hangit.. (function xseperti slow cooker ye.. di mana biarkan saja bubur tu dah masak..)
5. nak steam / boiling telur pun bleh. ada disediakan steaming rack..
6.Jadi warmer pun bleh.. letakkan makanan dalam pinggan @ mangkuk yg disediakan.. knala masuk air sikit.. letak atas steaming rack.. on ler.. pastu periksa semula kemudian.. 
7. Senang dibawa kemana2.. sebab saiznya yang compact.
8. Pakai elektrik.. 
9. Harganya berpatutan cuma RM 49 dan pos RM 10. Mereka hantar pakai courier..

Kelemahan2 nya:
1. Kat knob tu tulisannya dalam chinese.. oh luckily ingat kat mna beli dalam lelong ni.. so tgk smula gambarnya.. coz dlm manual takde lak mention..
2. steel body nyer tu takleh nak basuh sampai ke bawah.. sebab attached skali dgn letrik menda bawah tu.. adui camna nak explain.. so kenala basuk bahagian dalam dengan sangat berhati2 agar tak terkena bahagian bawah tu..

aritu ada masak bubur utk budak sakit, Afif.. em.. banyak sangat menda buat sekaligus (konon2 terer la kan), tiba2 hangit.. adui then tertengok benda ni kat lelong.. huhu.. cam nak lak kan.. haha.. pemalasnya saya...



function :-
  • Heat & non-stick pan safe
  • Silicone legs are dishwasher safe
  • Withstand temperatures up to 300° F
  • All sorts of custards, sauces and soups can be stirred
  • With 3-speed settings
 Harga : lingkungan RM 25 - RM 40. (kenala pandai survey,  mana company yang leh bagi murah lagi kan??) 

Tuesday, August 27, 2013

Oh anak.. Mengapa???

Aduhai.. @ 12.30 am 27/8/2013 papa pulang dari meeting dengan kekawan di bawah umah. dan bawa sekali sekeping kertas A4 cam sijil layaknya.. Tetiba pa kata.. macamana sijil APC ma ni leh ada kat bawah?? What?? Bukan ke sijil APC tu dalam file mama di mana dalam fail tu sumer sijil2 penting ma di dalam tu?? Starting dengan surat beranak, kemudian SPM, kemudian Diploma, Diploma Translaction, Transkrip2 Dari Sem 1 - Sem 6 sepanjang di PUO, Sijil PMR, UPSR dll.. + beberapa surat - pelantikan, pengesahan jawatan, taraf pencen.. Sijil APC, and sijil2 lain yang ma ingat2 lupa.. 
Jadi, cepat ma cari fail hijau ma itu.. oo fail tu ada.. tapi??? Majoriti sijil2 lain dah takde.. hanya ada Diploma transclation dan transkrip2 itu alhamdullilah complete set.. yang lain?? oh sumer gone by the wind... kami cari lagi dalam bilik.. jumpa la Surat beranak mama.. alhamdullilah.. surat beranak yang ada banyak sentimental value ya.. dengan kaler yang usang2 gitu.. dan segala cop di belakang.. :) + sijil APC yang ada hamba Allah lekatkan di papan kenyataan di bawah rumah.. yang lain.. ntah.. arap2 ada la orang tampalkan di papan kenyataan lagi.. biarla orang semua tahu apa pun.. asalkan jupe semula.. tapi jika tidak.. terpaksa la.. gi amik salinan..

1.Sijil SPM, PMR takpe tak jauh sangat.. kat Lembaga Peperiksaan jer,,, 
2.Surat2 leh cuba cari dalam fail peribodi.. huhu..

satu jer la.. Sijil Diploma tu... em tadi search dalam politeknik nyer website aka KPT.. hanya boleh didapati salinan nya daripada politeknik yang mengeluarkannya saja.. ooo.. adakah memang sudah suratan takdir nak kami kembali ke sana ?? Ke ipoh?? haha.. mungkin...

Oh tapi hati masih geram.. masih lagi marah.. aduhai anak.. kenapa?? kerja?? Adam Mustaqim & Anas Muyassar,, agaknya seronok tengok kertas2 berharga mama tu terbang melayang2 semasa dibaling keluar tingkap.. lagi2 umah kita tingkat 11.. lagi best,, 

Ya Allah, berikan la aku lebih kesabaran.. Ameen...

Wednesday, August 7, 2013

Alhamdullilah..

No. Kad Pengenalan:  810310145462
Nama Penuh:  FAREEN AZLEN BINTI ABD RAHIM

Kod SkimJawatan
Keputusan Temu Duga
   2200
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
Anda telah dikategorikan sebagai calon simpanan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Keputusan temuduga adalah tertakluk kepada pengiktirafan kelayakan dan pengemukaan dokumen-dokumen berkaitan; contoh salinan sijil SPM dan Diploma/ STPM atau Peperiksaan Khas KPSL.  
Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Keputusan temu duga ini akan dipaparkan dalam tempoh tiga (3) minggu daripada tarikh paparan di Portal SPA