The loved ones..

The loved ones..

Monday, December 31, 2012

petua murah rezeki


Note: Sila ke bawah yer, sebab entri ni dipaste.. dan akan lama berada di atas..


Ya allah cukupkanlah aku dengan perkara yg halal daripada yg haram dan kayakanlah aku dengan anugerahmu drpd meminta2 kpd selainmu"

petua murah rezeki
* istighfar
* solat sunat taubat
* zikir ya wahhab 300x (60 x 5 slps solat)
* surah al-waqi'ah setiap mlm
* solat sunat dhuha
* selawat 3x setiap kali melalui pintu (rumah, kenderaan, ofis)
* semasa dlm perjalanan baca subhannallah & lailahailla anta 41x then psg niat bahawa aku akn dpt rezeki pd hari ni
* bismillah

nota kaki: dicopypaste drpd clothdnz... Tq kerana berkongsi...

Alhamdullilah..

Alhamdullilah akhirnya barang2 anak untuk sekolah dah setel!! Baju melayu + samping nyer + baju t putih nyer dah dibeli tadi di Presint Diplomatik.. Sekarang tinggal nak setelkan yuran sekolah Adam + yuran kafa Abid aja.. juga yuran taska Anas & Afif + yuran belajar Anas.. em.. pengsan juga papa..
hehe..

Saturday, December 29, 2012

Banyak nak kena setel..

Banyak benda nak kena setelkan,,,

- Anak2 masuk sekolah.. barang2 sekolah alhamdullilah hampir 90% setel.. sekarang tinggal baju melayu + samping.. dan yuran Adam.. juga buku2 kerja Adam.. yang belum lagi kena bayar..

- Barang2 orang baru .. nak kena basuh2, cuci2 simpan elok2 dalam storage bersih.. nak kena prepare beg.. untuk semua orang.. em...

- Kerja2 di opis kena bagi langsai.. (agar tak menyusahkan orang2 sekitar di kemudian hari)

-Kawasan dalam umah kena dikemaskini agar tak bersepah dan menyakitkan mata memandang!! (Tengah berusaha ke arah itu..)

Doakan berjaya.. insyallah.. Ameen...

Pendaftaran Sekolah

Hari ni 29 Disember 2012 adalah hari pendaftaran sekolah Adam n Abid.. Adam di darjah satu n Abid di pra sekolah.. Kelas Adam 1 Arif.. dan kelas Abid Mumtaz.. em.. yuran Abid pa dah setel, yuran abang ma belum setel lagi sebab lepas ujian untuk kelayakan tu ma tak tau nak ke mana and ma tengok sumer parents pun macam ramai dah beredar so ma pun beredar la sama.. dengan membawa ke-empat2 hero tu ke kereta..

Sampai tadi pendaftaran bermula 8.30 am.. dan mula taklimat @ 9 am.. adui ma ok mula2 sebab alone dengan afif jer di kerusi tu sebab pa bawa Anas bersama untuk taklimat & mesyuarat pra sekolah Abid di bangunan Pra Sekolah pula.. tiba2pa anta Anas sebab Anas duk menangis nak ikut mama.. Bila Anas dah ada, mula la Afif buat perangai.. dah mula la bergaduh berdua.. tertekan ma seketika..

Sampaila bila Afif dah start nangis.. ma gegas keluar,, taklimat belum abis lagi.. ma cari Adam.. n jumpa dia tgh amik ujian dalam kelas 1 Cendiakiawan.. aik.. bukan ke Adam suppose 1 Arif?? mungkin tempat xcukup kot.. dia tak buat apa2 cuma pegang pensel n conteng3.. bila nampak ma baru la dia bergerak tulis skit.. iskh.. nak macamana..

Arap2 nati ok yer Abang..

Thursday, December 13, 2012

Friday, December 7, 2012

akhirnya..

Terima kasih papa.. akhirnya mama dpt kamera baru.. leh la amik gambar anak2 macam dlu2 juga.. seronok.. dah lama tak amik gambr anak2 sebab gambar dah tak baper jelas dgn kamera SONY dlu.. namun itula kamera yang sangat berjasa.. akan disimpan dengan elok nyer bersama kamera2 mama yang lain.. :)

Thursday, December 6, 2012

SGt rindu budak2 ni..


Upin Ipin

Pastu nak beli ni juga!!!! Untuk Afif yang suka sgt Upin Ipin.. Aritu nak beli kat C4.. tetiba bile ada duit lebih skit... gi tengok dah takde.. uwaaa... nak macamana??

Saya nak beli ni!!!!

Saya bercita-cita nak beli ni.. untuk memudahkan anak2 saya yang tak berapa nak tinggi tu untuk naik ke toilet.. dengan mudah dan selamat.. Ni dah confirm.. gaji ni terus beli.. insyallah.. lagipun Anas dah bleh kot potty training.. jadi ni bagi menjayakannya lagi.. Insyallah.. doa2 kan...

:)