The loved ones..

The loved ones..

Saturday, April 30, 2011

Bila ada rasa tak penting??

Bila kita ada perasaan tak penting, kita mesti rasa susah hati.. rasa sangat tensen.. sangat marah.. dan segalanya.. Lagi2 bila kita sakit.. kita penat.. lagila tensen tu membuak2, marah tu menjadi2.. jadi semua kita nak marah, semua kita nak tengking2.. Kalau la duit byk di tgn mungkin tak tensen sgt.. leh shopping.. even pun tak leh gi window shopping.. leh screen shopping di internet.. skrg kan byk online shop, blogshop pun berlambak2.. takyah gi kedai sumer.. kan best.. bila shopping jadi tak tertekan.. kurang marah.. betul.. Ni namanya terapi shopping.. haha.. Itula ku sebenarnya.. rasanya dulu kurang tertekan, sebab duit sentiasa ada di tangan.. leh shopping mopping.. biarpun tetiba lepas beli barang2 tu iskh tak de kegunaan sangat pun barang ni.. Tapi keseronokan bershopping tu ada.. ada perasaan gembira yang muncul di hati.. Tapi sekarang bila semua duit rasa macam tak cukup.. bukan tak cukup sebab apa.. sebabnya ada keperluan lebih penting.. nak kena simpan utk barang2 anak, nak kena bayar bil itu ini, nak beli bekalan makanan & barang utk rumah.. mula la tensen tu muncul.. sebab dulu, ada juga bayar bil, ada juga beli barang anak2, ada jga beli bekalan makanan & brg utk rumah.. tapi xdelah sampai semua duit gaji ke situ.. sebab ada gak kongsi2.. tapi sekarang ketara sangat nampak duit gaji ku semuanya ke situ.. kalau tak wat potongan gaji dalam ASB & Lem Tabung Haji (itupun ciput jer potongannya..) takdela duit lain.. Sangat terukkan situasi sekarang.. bukan masalah anak makin bertambah atau apa.. itu takleh dijadikan alasannya.. sebab anak2 itu anugerah Allah.. kita kena jaga dengan baik.. cuba beri yang terbaik dan bersederhana, setakat kemampuan kita.. Tapi kekurangan duit ni terjadi bila org memang menaruh harapan pada kita saja.. Sebab orang tau kita mampu buat semua.. mampu bayar itu ini dengan duit kita.. Orang2 begini yang berubah bukan kerana keluarga tapi berubah kerana nak seronok hidup.. memang amat menyusahkan.. Memang amat menyakitkan.. Yang lebih pentingkan orang lain.. daripada ahli keluarga sendiri meaning.. isteri & anak2.. yang suka menipu utk kepentingan diri sendiri.. adalah lebih baik mereka2 ni,... duduk je sendiri.. tak payah ada keluarga...

nota kaki : Luahan dari hati,,,,,,,,,,,akibat terlalu sakit hati.. Maafkanlah...

Penyakit TIBI

APAKAH ITU PENYAKIT TIBI?


Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.

Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.

TANDA & GEJALA PENYAKIT TIBI PARU-PARU

Batuk berterusan lebih dari 2 minggu

Kahak yang mengandungi darah

Deman dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam

Susut berat badan dan hilang selera makan

Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang

Mudah letih

CARA JANGKITAN

Kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.

CARA MENGESAN TIBI

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi anda akan diminta :

Melakukan pemeriksaan kahak dan/atau,

Menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat.

RAWATAN TIBI DOTS

DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit Tibi.

Prinsip-prinsip DOTS adalah :

Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan

2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih

Pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik

PENCEGAHAN

Dapatkan suntikan BCG bagi
-Bayi yang baru lahir
-Murid sekolah : Darjah 1 (7 tahun) sekiranya tiada parut di lengan

Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan selama 2 minggu

Kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit tibi hendaklah tampil membuat pemeriksaan

NASIHAT AM

Banyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi.

Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap.

Amalkan cara hidup dan makan makanan yang seimbang.

KEMUDAHAN MENGESAN DAN RAWATAN

Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh diperoleh secara percuma di semua klinik dan hospital kerajaan.

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Bahagian Kawalan Penyakit,
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama
Institut Perubatan Respiratori

nota kaki : Saja cari info tibi ni coz aritu Nurse dtg n tgk ku batuk.. tanya batuk dh lama.. ya, sebelum bersalin lagi dah batuk.. non stop.. jadi dia suruh cek masa gi cek up 1 month nati di klinik.. next week dah 1 month.. jap jer.. rasa macam baru cuti.. em..

Friday, April 29, 2011

Em.. Sakit..

Arini Jumaat.. tapi rasa cam ari cuti lak.. Sebab budak2 n bapak budak sumer ada kat umah.. Mungkin ada hikmahnya juga.. leh la pa tolong2 tengok Afif & Anas.. Rupanya ari ni nak sakit.. Kul 4 pagi ku bangun.. sakit sangat gigi.. dan sebuk mencari stokin + Sweater.. rasa amat sejuk.. gi dapur cari la panadol.. tak tertahan sakit.. pastu bila siang.. mandi air suam pun masih mengigil lagi badan.. dahla selsema, batuk.. selamat demam tak kuat.. tapi dari sakit sikit2 je kepala, melarat sakit kepala.. hinggala bila nak bangun rasa nak jatuh.. iskh2.. tak leh wat satu apa menda pun arini.. tak larat.. Afif pun mandi kul 1 petang.. itupun, pa mandikan...em.. ni pun baru berpeluang tengok2 website.. sebenarnya nak kemaskini permohonan pertukaran pa.. sakit betul ati, bila mintak info tak dapat ni.. esok dah last.. iskh..

Wednesday, April 27, 2011

Tahniah Za & Mala..

Congrats pada Za & Mala, jiran kami kerana telah mendapat baby boy.. Selamat dilahirkan ari ini pukul 2 pagi.. Nanti dah pulang ke rumah, leh la kami gi jenguk.. Baby boy ni anak ketiga mereka.. Sebelum ni yang sulung & kedua, masing2 gegirl.. dah dapat la sorang boboy yer.. Ku juga lum sampai seru nak dapat baby gegirl.. takpela, asalkan anak2 semua sihat dan cerdas.. :)

Tuesday, April 26, 2011

Hari ke-19!!

Good morning.. masih morning lagi kah?? Cek time jap..masih lagi.. hehe.. Tadi ku terus bangun jer, dah tak landing2 dah.. so terus masukkan baju dalam mesin.. n menyapu sikit2.. mandi, mandikan Anas.. breakfast dan tgk tv sambil susukan Afif yang busyuk masam lagi sebab tak mandi.. haha.. awal lagi ni nak mandikan Afif.. (masa time tu la..) so around kul 9.30 pagi baru ler ada niat nak mandikan Afif.. tetiba terbuka lak Astro Ria.. eh.. ada citer "Ungunya Cinta" ala lakonan Leez AF4 dan sapa ntah heronya tu.. sebab ari tu ada tengok preview citer ni di blog MYsuperkids kelolaan Mommy Lyna.. so ternak lak tengok citer ni.. dah tengok mulala takleh gerak.. aiseh.. Afif, lambat sikitla mama mandikan Afif yer.. tetiba, pastu iklan, jadi siapkan jerla air mandi Afif.. then dengar ketuk2 di pintu.. Aiseh men.. sapa kah gerangan nya itu?? umah tak kemas lagi.. meaning, toto tak lipat bantal masih lagi selerak.. itu ajala yang tak kemas pun.. em.. NUrse la.. ceh.. selalu datang masa umah tengah selerak giler ni.. iskh2.. malu den... Lantakla.. nama pun ibu berpantang kan, mana la sempat nak wat semua keja laju2 siap sumer.. haha.. cek2.. Nurse pun kasi buka baju Afif.. timbang.. okies.. taknaik banyak pun.. last aritu timbang masa ari ke 11.. so ari ke 19 ni.. dia naik 200 gram dari aritu.. dah jadi 4kg.. okiesla naik gak.. so dah alang2 nurse datang, ku tanyala dia persoalan.. sebab masa Anas dulu.. 'membuang ari2.. sebab susu badan kan?? Tibe2 Afif ni 3 ari baru 'membuang.. jadi ada kerisauan di situ.. Then, baru rasa lega.. Nurse kata tak sumer budak sama.. lepas seminggu dua, budak2 ni walaupun menyusu badan, kadang2 ada yang membuang lepas 2,3 ari.. yang penting poo poo dia masih lembik dan cair.. tak keras.. dan tak campur any formula milk.. jadi tak jadi masalah yer.. oooo.. baru la kelegaan terasa.. hehe.. Kamu bikin mama risau jer Afif.. sebab kamu tu menyusu bukan main.. kencing banyak tapi poo poo.. aduhai.. legala ati mama.. Nurse balik dan set up tarikh sebulan pada 6 Mei nati.. (6 Mei baru sebulan..? lambat lagi...) em.. dan nurse pun pulang... dan tetiba.... eh eh ada call.. Mak la.. Mak call kata nak datang.. yalah, dah agak mak datang sebab ari ni mereka, (Mak, Abah,Alif & Nana) nak balik Terengganu.. Khamis baru balik sini.. mesti la mak dan abah datang dlu.. :) Bawak kan roti canai.. hehe.. jap jer mak n abah duk.. tapi sempat juga mak tolong angkat baju & sidai kan baju Afif.. selamatla baju afif tak banyak.. kalau tak kesian mak.. pastu mak balik.. eh sebelum mak balik sempat la ku mandikan afif.. susu dan dia tidur.. ku baru ler terhegeh2 di skrin komputer ni.. sebab sebenarnya nak tengok Akaun SSPN Adam, Abid & Anas.. nak anta form potongan gaji ke PTPTN.. sebab tak masukkan potongan ke akaun Anas.. dia masukkan double kat akaun Adam.. padanla banyak dalam akaun Adam.. :) takpela, masuk ke akaun anak2 juga.. kena top up balik la akaun Anas mana yang termiss.. k la.. nak tengok budak2 berdua tu jap.. diam jer.. tidur kah kedua2 nyer??

nota kaki : nati nak masukkan gambar Anas & Afif lagi ketika di umah.. sangat cute...

Monday, April 25, 2011

Em. Teringin............

Eh cam lagu lak teringin.. hehe.. adapun org yg sedang berpantang ini, em.. dah baper ari pantang yer?? Oh ari ni sudah masuk ari ke... ceh-ceh.. macam la dah nak masuk 44 ari.. haha.. ari ni baru masuk ari ke 17 berpantang.. masih jauh lagi nak ke 30 ari.. dah tambah lak lagi 2 minggu dari 30 ari tu baru abis pantang.. em.. okies.. sebenarnya ku ni nak makan coklat.. tapi susah tul nak suruh orang gi beli ni.. nati ada lah yang tak kena.. sama ada takde.. or salah flavour.. n macam lagi hal nyer.. adakah ku terlalu choosy?? eh betul ke ejaan itu?? Tidak.. tapi yalah kacang2 nie kureng sikit mendapat perhatianku.. lagipun awal2 ni tak elok sangat makan kacang2 ni.. angin.. hehe.. tak makan kacang pun angin juga.. tak taula napa.. dah makan ikut time pun angin juga.. pastu mula la letak minyak yu yee cap limau tu.. patut untuk Afif.. tapi mama dia yang guna.. haha.. bebanyak.. last2 dah tinggal sikit jer minyak tu.. lucky masih ada spare, minyak telon.. jadi afif leh lah guna yang tu aja.. pastu bila mama dia angin2, mulala Afif pun angin.. kesian dia.. tapi pelik la.. makan ikut time dah pun angin juga.. rasanya masa bersalin yang lain dlu, makan gitu juga.. rasa lagi kurang makan... tapi tak lak angin2 bagai ni.. susah tul.. em.. nak wat camna ya??

Saturday, April 23, 2011

Selamat Hari Lahir Cha Cha,


Hari ni 23 April 2011, adalah hari lahir anak buah ku Nur Darwisyah.. @ Cha cha.. Dah 4 tahun dah.. dah besar,, Semoga Chacha membesar sihat, cergas, cerdas dan sentiasa maju jaya di dalam apa yang diceburi.. Semoga panjang usia, murah rezeki & dirahmati Allah sentiasa..

Letih.. Panas...

Em.. itula yang dirasai arini.. letih.. panas.. walaupun takdela buat menda pun.. Badan rasa letih maybe sebab si Afif ni asik bangun jer.. nak menyusu.. dan tak sempat nak rehat.. Yalah, dah tidur si Afif nak kena tengok lak abang-abangnyer. Makan nak kena beri sumer.. Pampers nak kena tukar.. makan sendiri pun tak terjaga.. Pastu arini cam ada rasa bahang-bahang dari luar.. panas rasanya.. em... Inila akan terjadi bila sorang2 nak handle semua... sebab takde orang nak bantu.. Orang lebih suka habiskan masa di luar... walaupun dalam keadaan yang macam ni.. Sungguh orang itu mementingkan diri sendiri.. Tiada langsung pun mesej @ panggilan tanya kabar.. taknak tanya kabar orang besar pun, tanyala kabar orang2 kecik ni.. Manusia memang penting diri sendiri.. cuma orang2 sekeliling tak nampak jer.. Orang2 sekeliling cuma nampak kebaikan.. takde pun nak beri nasihat yang bagus sikit.. Mentang-mentangla ku reti wat semua sendiri.. Nampak buruk ku aja.. Buruk orang tak nampak.......................................... Tensen...

Thursday, April 21, 2011

Akhirnya.. jumpa juga..

Kelmarin.. em.. baper hb?? 19/4/2011 akhirnya.. Nurse dari KK Putrajaya jumpe juga rumahku ni.. yalah kan kena buat rutin cek up.. at least 3 ari kan?? Kelmarin tu dah hari ke 11.. So first time la Afif nak ditimbang beratnya.. Yihaa.. Afif juga tak mo kalah dengan sepupunya Hadeef.. dia pun turut naik berat juga.. tapi takkan la dalam 11 ari dah naik 1 kg kan.. naik ler juga.. Dah jadi 3.8 kg.. naik ler dalam 500gram.. okaylah juga.. tunggu nati pula.. :)

Monday, April 18, 2011

Sedikit kisah Afif..

Ari ni cek lagi darah di Klinik Kesihatan Putrajaya.. Hari ke 10.. Masa hari ke tiga jaundis Afif adalah 200. Cek lagi ari ke lima, jaundis nyer naik menjadi 239. Cek lagi ari ke tujuh, jaundisnyer turun ke 212. Dan repeat arini, jaundisnyer turun lagi.. kepada 193. Doktor sangat berpuas ati.. Cuma to confirm, yang jaundis nyer tak akan naik2 lagi, ari ke-14.. iaitu pada Jumaat 22 April 2011 ni kena repeat lagi sekali... hopefully jaundisnyer akan turun terus.. :) insyallah.. Lagipun Afif kuat minum susu, banyak buang.. jadi banyak la kuning2 tu kuar.. kan Afif kan..??

Sunday, April 17, 2011

Menunggu ketibaan mereka...

Sapakah mereka itu?? Mereka adalah kawan2 ku nak melawat katanya lepas lunch.. :) Sapa lagi, dari anak first hingga ke empat, tetamu yang sentiasa setia datang melawat ku ketika bersalin... Liza & Syaerie.. Tapi masa time Adam dlu, mereka masih bujang yer.. Sehingga time Abid pun Liza pun single lagi.. Sekarang ni Syaerie masih single.. single tapi tak tau la kalau tak available ker.. hehe.. Sekarang ni menunggu dorang datang.. Liza bersama Zukey + Bihah.. Syaerie + Kuchai.. sumer x-student PUO.. hehe.. sabar jer menanti nie.. kata Syaerie, dia n Kuchai dah berlingkar di umah Liza.. menunggu dorang suami isteri dan anak bersiap.. biasala.. dah jamu makan lunch, mestilah nak berkemas2 dlu pinggan mangkuk sumer.. pastu nak siapkan anak pulak.. lagi2 anak dara kena la disiapkan dengan cantik.. kan?? Nak kena ikat rambut kalau panjang, nak kena pakai riben ke apa ker.. biasala tu, i kan perempuan juga.. haha.. takkan i tak tau, walaupun i takde anak gadis di rumah ni... Sebab dlu masa i kecik2 dlu.. ceh2 i lak kan... masa nak gi tadika, mesti disiapkan abah.. :) Jangan tak percaya, abah yang siapkan.. sebab abah kan keja shif jadi ada waktu dia ada di umah.. dia la yang gosok baju, pakaikan baju dan ikat kan rambut.. siap ikat ketat2 rambut dua.. hehe.. terhoyong hayang juga seketika kepala i bila disikat rambut oleh abah.. abah tarik ke kanan, ke kanan la kepala i... begitu jugala bila abah tarik la rambut ke kiri, ke kiri lah kepala i.. ikut aja.. tak sanggup nak keraskan kepala.. hehe.. tapi budak2 sekarang ni, bila kita sikat lebih skit, mengaduh sakit.. susah betul.. kenapa yer?? iskh2.. dah lari tajuk ni... leh la mengimbau kenangan lalu.. ala, yang manis2 apa salah diimbau.. senyum juga seketika.. biarpun abah garang, tapi nampak lagi tanggungjawab dia.. Itulah Abah..

Friday, April 15, 2011

Afif lagi.........

Afif dah siap berpakaian tidur Afif baru lepas mandi.. nak touch up sikit
Afif baru lepas balik dari klinik..

Thursday, April 14, 2011

Sudah lama tak tulis blog.......

Tajuk pun dah tau kan.. itula.. memang lama tak tulis blog.. sebab masa sangat pack sekarang.. nak urus kan diri sendiri lagi, nak uruskan si kecik tu lagi.. selamatla anak2 besor tu papa dia uruskan.. dan makan pun buat masa ni diuruskan papa.. Tq yer.. nati next week kena la uruskan makan sendiri.. alah, sapa lagi yang nak makan pun.. diri sendiri juga.. kena makan, kalau tak macamana nak bagi makan si kecik tu.. ya tak?? Ari ni dah 14 hb April 2011. Dah masuk ari ke 6 la melahirkan Afif Muazzam.. walaupun ku letih menunggu dia keluar aritu, (almaklumlah terlebih ari lak..) dan letih juga nunggu dia kuar (masa kat labour room, dari kul 8 pagi hingga 12tgh... dalam sejarah.. paling lama nak kuar...) tapi alhamdullilah, dipermudahkan dan dilancarkan oleh Allah untuk melahirkan dia secara normal.. padahal bp - tekanan darah sangat tinggi.. dan juga lagi dipermudahkan Allah, tiada rasa sakit... percaya atau tidak, itulah kenyataannya.. tak sakit yer.. syukur... dan juga syukur alhamdullilah, lahirnya dia ke dunia ni, pandai dan terus minum susu badan.. n tak sampai sejam pun bersalin.. :) dan juga syukur alhamdullilah kerana Afif Muazzam tidak banyak ragam.. cuma takut mandi aja.. :) dan bangun hanya kerana pampers penuh atau nak minum aja.. Agaknya dia paham mama nya nak kena lihat abang2 juga.. especially abangnya yang manja, Anas.. Semoga segalanya dipermudahkan.. insyallah.. dan moga semua penyakit kuning - Afif dan darah tinggi - ku sendiri ni beransur2 pulih.. insyallah.. nota kaki : Terima kasih pada semua ahli keluarga, sedara dan kawan2 kerana sudi melawat... :) Sangat hargai lawatan itu... :)

Monday, April 11, 2011

Anak Lelaki Ku Yg Ke-4



Memperkenalkan Afif Muazzam Bin Khairul Hizard.. anak lelaki ku yang ke-4.. lahir pada 8 April 2011 di HUKM pada pukul 12.17 tgh secara normal, berat 3.33kg, panjang 49cm.. Alhamdullilah semua sudah selamat dan dipermudahkan Allah..

Wednesday, April 6, 2011

Happy Birthday Abgcik & Wafaa...

Hari ni birthday Abgcik @ Alif yang ke 24 tahun.. dan birthday Wafaa anak buah ku yang pertama!! Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah sentiasa.. Moga hepi2 selalu.. :)



Ni Abangcik @ Fadly Alif.. 24 years old.. today Ni Nur Wafa'a 1 yrs old today


nota kaki : Mana tau baby dalam perut mau kuar ari ni.. jadi dapatlah berkongsi hari lahir dengan Abgcik & Wafaa, kan?? Kan??

Tuesday, April 5, 2011

Mc..

Ari ni mc.. sebab apa mc..? Tak sakit pun.. cuma letih sikit jer sebab jaga Anas yang sakit.. sebab dia malam2 rengek2 sakit la.. nak air la.. macam2.. tapi biasala orang sakit.. manja pun lebih.. Jadi mamanyer sakit kepala sebab kurang tidur.. dah la makin susah nak tidur.. banyak betul menda nak pikir.. Nak pikir orang di luar, nak pikir orang di dalam perut lagi.. iskh.. doakan la semua selamat dan berjalan lancar.. kena banyak rest ni.. nati takde tenaga pulak.. k la..

Monday, April 4, 2011

Ke klinik lagi..

Tadi ke Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 3.. Nak cek kaki Anas yang bengkak.. (Arini lagi nampak sangat bengkak kakinya..) Nak mandi pun sakit.. lap slow2 dengan towel pun dia rengek "Ma, Akit..." Jadi tadi jupe doktor.. Doktor kata maybe alergik @ jangkitan kuman.. Jadi doktor bagi antibiotik dulu.. Suruh makan dlu antibiotik hingga abis n tengok dlu.. adakah makin teruk @ akan ok lepas makan ubat... arap2 bertambah baik la kan.. Dia time sakit camni, nak berdukung jer.. dan dengan pa pun x mo sangat.. tapi ku bila lenguh2 kaki bagi juga dia pada pa.. tak larat.. sakit sangat kaki.. ni pun siap berminyak bagai kat kaki.. sebab sangat lenguh dan sakit2.. pinggang sumer sakit sebab kendong dia.. tapi takkan tak nak kendong kan.. kesian dia.. dia sakit kaki.. berdiri pun goyang2.. em.. cepat la sihat Anas yer..

Tahniah..

Tahniah pada Azni kawan seopis yang telah selamat melahirkan baby girl secara operate Ahad lepas.. Patut due date nyer lambat lagi.. cepat lak dia bersalin.. Alhamdullilah.. dan juga pada Shikin Remli yang bersalin anak ke-4 baby girl juga pada 31 Mac 2011. Due date dia pun lambat lagi.. Ku juga tak bersalin lagi.. haha...

Baby Girl Azni.. Sangat cute n chubby... :)


~Gambar Ehsan dari Elizia.. - Mobile Upload FB~

Sunday, April 3, 2011

Susah ati.......

Tengoklah kaki Anas, bengkak kat betis.. Baring ajala.. dah demam...
Sangat susah ati...... Baru baik demam.. dah demam balik.. Sapa lagi... Anasla.. pastu tengok2 kaki dia bengkak pulak.. sampai nak berdiri pun cam tak kuat.. goyang2.. tak tau kena sengat dengan apa.. tak senang ati betul... kesian dia.. Doktor suruh mandikan dia lama2.. bagi sejuk badan.. tapi masa jumpa doktor bengkak kat kaki tu tak nampak pun lagi.. Bila balik dari umah mak tadi, lepas ku tanggal sumer pakaian dia, pun takde lagi bengkak tu.. then ku masuk bilik tengok dah ada merah bengkak tu.. iskh2.. Dahla Cabid & Abang dua2 sakit tekak.. Cabid dah tahap batuk.. yalah sekarang kan musim panas.. iskh2.. Susah ati betul.. em.. moga2 biarlah kalau bersalin dalam masa terdekat ni.. (haruslah kot.. dah lepas due date pun...) semoga dikurniakan Allah kekuatan untuk menjaga mereka semua.. Insyallah.. doakan ye kawan2... Amin..

Saturday, April 2, 2011

Saja nak tempek gambar buruk ni..


Haha.. sesaja je snap sendiri pics.. Gambar sendiri yang tak berapa nak lawa dengan tudung lawa pemberian Kak Sarina.. Tq Kak Ina.. Ni gambar sesaja jer.. tanda2 boring tahap maksima.. huang2x...

Masih belum lagi...

Ari ni dah 2 April 2011.. dan si kecik dalam perut masih tak mo kuar lagi.. very comfy agaknya dalam perut ku ni.. :) And tadi pepagi ajak pa gi breakfast kat Kedai Mamak Berkembar Presint 9 selain tu tujuan nak beli pampers Abang & Cabid.. iskh jap jer dorang ni nyer stok pampers, cam air jer mengalir.. takpe2.. sabar yer Fareen... tak lama lagi nak train Abang betul2.. lepas dia dah terror, train Cabid lak.. itulah tujuan mengambil cuti 90 hari.. selain dari menjaga dan menyusukan si kecik dalam perut ni dengan seeksklusifnya hanya dengan susu badan.. Insyallah.. Amin.. dan juga leh la susu Anas sekali semula.. :) Sekarang ni dia tak mo, sebab susu sekarang dah jadi kolostrum.. eh betul ke idak ejaan ni.. dia pun isap memula pastu geleng2.. iskh2.. tapi ada juga niat dia nak isap.. mungkin rasa tu tak kena citarasa.. hehe.. Tadi masa berpusing2 mencari parking di Kedai Mamak Presint 9 tu... terjumpa Ct, Adan dan anak2 dorang.. Damia & Affan.. eh betul ke Affan yer?? Rasanya.. tapi tak sempat nak berbual pun, nampak dari dalam keta.. dan sempat lambai2.. sebab ada keta di belakang.. Then bila ke kedai mamak, En Nazri dan Pn ASh bersama anak mereka juga ada.. comel sangat anak En Nazri.. muka seiras Pn Ash.. :) dan sangat suka senyum.. manis aja.. pastu makan2, then memula ingat nak gi potong rambut.. tetiba ku rasa cam malas.. ku rasa takpela, ku survive dengan rambut ni dlu.. maybe lepas pantang nanti baru trim sikit rambut.. sekarang pun takle tebal sangat.. okayla nak mengharungi masa berpantang nanti.. insyallah.. em.. skarang ni pa gi amik2 gambar di Presint 2.. ada F1.. dan ada Michael Schumacher.. ku dan anak2 tak gie.. lagipun inikan masa tidur tengahari anak2.. biarla dorang berehat.. dan ku lak nak kemas2 lagi umah ni.. banyak habuk la.. nak sapu2 umah.. dalam bilik lagi la.. iskh2.. katil nak kena diperkemaskan lagi.. nati baby nak kuar nak tidur atas katil tu.. jadi kena bagi harum dan berseri2.. :) Okla.. banyak la bebel2.. chow........ nanti bila sudah bersalin, dikhabarkan lagi.......... doakan semua selamat..

Friday, April 1, 2011

Macam2 skrg ni..


Cuba tengok ni? Sekarang macam2 kan.. ni ku tengok dalam Mudah.. comel jer kan.. selimut utk baby.. cute kan.. dah macam duduk dalam uncang lak..haha..
k

Dah 1hb April ni..

Hehe.. dah 1 April pun.. budak kecik dalam perut ni masih takde ciri2 mau keluar lagi.. takpela, selagi okay takpe.. maybe sgt comfort yer berada dalam perut ini.. hehe..