The loved ones..

The loved ones..

Saturday, October 30, 2010

Suntikan perancang keluarga tambah berat??

Ya, memang benar 1 dalam setiap 4 wanita yang mengamalkan perancang keluarga dengan cara suntikan didapati akan mengalami pertambahan berat badan bukan sahaja berlaku di perut tetapi di bahagian paha dan punggung juga. Kebanyakan masalah ini disebabkan oleh pemakanan yang berlebihan DAN kurang bersenam. Oleh itu, jika menjaga diet dan bersenam secara teratur, maslaah perut buncit boleh diatasi walaupun menggunakan suntikan depo-provera sebagai perancang keluarga.

Rujukan : Majalah Pa & Ma Edisi November 2010 Ruangan Tanya Pakar

Thursday, October 28, 2010

Happy birthday Nana!!!

Hari ni 28 Oktober 2010 adalah hari lahir adikku Farena Azmira @ Nana yang ke 18 tahun!! Sweet 18!!! Semoga dirahmati Allah, dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki... dan semoga sukses selalu.. terutamanya dalam pelajaran.. & kehidupan yang bakal mendatang.. Amin
Inilah orangnyer.. yang menyambut hari lahir ke 18 tahun pada hari ini...

Sunday, October 24, 2010

Mall World

Hah apakah itu?? Itulah application terbaru yg ku main sekarang di Facebook.. haha.. sesaja je.. ada lak rasa nak main.. padahal dah lama dah tak usik apa2 application di FB ni.. macam best bunyiknyer, Mall World.. sesuai untuk orang2 sepertiku yang rajin window shopping n so on.. huang2x.. Kalau kawan2 buak cubala cari application ni.. mana la tau kot2 ter addicted sekali.. haha..

Saturday, October 23, 2010

Sabtu yang begini la...

Ari Sabtu yang beginila yang ku & anak2 nak sangat.. bangun pagi2, siap2 dan breakfast di luar satu family.. bukankan sangat bahagia anak2..? Dapat bersama papa & mama walaupun cuma menjamah roti telur saja.. Ada terukir senyuman pada wajah mereka kerana dapat keluar dari rumah walaupun cuma ke Restauran berdekatan.. Balik saja ke rumah sudah bleh mulakan kerja rumah yang banyak sungguh terbengkalai.. Yalah, masa hari bekerja sikit punya tak rajin ku ni nak wat apa2.. ntahla kenapa.. sangat rasa letih & MALAS.. haha.. em.. nati ku update lagi banyak lagi nak dipersiapkan di rumah.. harap siap hampir 50% or maybe 80% or mana tau 100% sumer kerja2 rumah ni.. so esok Ahad will be my off day.. Yeah!!!!

Friday, October 22, 2010

Waktu Rehat Yang Meriangkan

Ari ni kan hari Jumaat... sudah semestinya ditunggu2 kawan segomen semuanya.. haha.. Rehat lama.. dari 12.15 tgh hingga 2.45 ptg.. Ada siap balik tidur di rumah, ada yang masa ni lah nak jalan shopping jauh2.. ada gak yang duk jer kat ofis wat taik mata.. haha.. macam2 yang pekerja gomen ni wat.. cuma pekerja gomen lelaki jer yang beragama Islam sahaja masa agak terhad.. kerana kena menunaikan solat Jumaat.. :) Tapi jangan lah pulak kawan2 lelaki itu dengki dengan yang perempuan yer.. Okies2.. masa rehat ku tadi, ku bersama-sama Nik dan Ct gi ke Pasar Tani dulu.. ala yang dekat jer tu dengan auditorium tu.. ku beli Laksa, Cendawan Goreng Original (hehe sebab ada 2 perasa, satu lagi Cendawan black pepper) dan juga bahulu + keropok jejari.. Pastu kami ke Jualan setiap hari Jumaat di Kesihatan... terbeli la 2 selendang plain kaler ijau yang amat terang & kuning ala2 oren.. harga nyer rm 15 utk dua helai.. ku sebenarnya cari kaler pink.. untuk Nana.. tapi kalau ada kaler pink tu agaknya memang cepat dirembat orang... so takde rezeki lagi la untuk Nana kali ni.. Maybe next time lebih tuah.. insyallah... Pastu ku & Nik singgah dalam kafe kesihatan dulu.. beli air.. n ku tambah jambu.. then kami gegas pulang ke E12 and singgah kat Taska Anas.. amik budak kecik tu dlu.. :) Seperti hari Jumaat sebelum2nya juga..
Lupa nak bawak botol susu Anas naik, so kesian dia nak minum air pun abis tumpah2.. dan dia wat keja lak.. pampers ada kat sini cuma towel takde.. iskh.. kena simpan satu towel ni kat sini.. senang kalau ari macam ni datang lagi.. Anas sangat hepi berjalan ke sana ke mari.. dan senyum saja.. :) Inilah waktu rehat ku yang meriangkan...

Thursday, October 21, 2010

Sambutan Hari Raya di Taska De Sayang, KPM

Ni gambar terakhir ku amik sebenarnya di Taska.. pastu gegas nak ke Hospital..masa ni Anas baru bangun.. comot muka.. tak mandi lagi.. ku terus je bawa gi Hospital sama.. senyum dia bangun2 nampak ku & abang2 depan mata..
Wafa'a dengan gaya tersendiri

Ni la si kiut Raudhah.. comel kan..?

Tengok, ibu-ibu sedang wat perbincangan dengan cikgu Claudia.. anak2 dengar jer.. macam paham..
Dari kiri : Kak Wan, Kak Fiza dengan Azim di riba, Claudia sedang meriba Arjah..

Ini Arjah bersama cikgu Claudianyer.. rindunya kat cikgu Claudia..

Isyah bergaya dengan baju kurung satin putih.. cam nak kenduri kawin lak..
Cabid malu2 nak amik gambar.. iskh cam tak biasa..
Si kiut ni pun pandai dah tengok kamera untuk amik gambar.. Ni la Wafa'a
Abang suka jer amik gambar dengan Wafa'a
Masa ni adalah sambutan Hari Raya yang dianjurkan Taska De Sayang.. tempat di mana anak2 ku tinggal & belajar bersama rakan2.. masa ni ku baru saja balik dari Alamanda.. sebabnya leh lak tertinggal botol susu Abang & Cabid.. jadi kena gi beli kat C4.. haha.. tapi tak sempat jamah apa2.. sebab tolong anta abah ke hospital masa ni.. luckily abah tak apa2.. :)

Sambutan Hari Raya 2010 Bahagian Akaun, KPM

Haha.. kan ku dah kata.. ku ada banyak entri tau.. nak kongsi2 gambar.. cuma masa majlis sambutan hari raya 2010 ni.. ku tak bawak kamera Lumix tu.. yang amat power amik gambar dalam dewan tertutup... ku cuma dapat bawak Sony ku yang banyak berjasa ni.. sebabnyer pa nak guna.. jadi ini jerla gambar yang ada.. enjoy!!!

Lihat2.. sapa kata KA tak boleh menyanyi & menari..? Beliau sedang berduet dengan Puan Noraida Alias..lagu raya la.. kan tema hari raya...

Ini pula persembahan tarian daripada budak2 muda ini..
Dari kiri : Suhaila,Elizia,Hafiz(satu-satunya lelaki..),Erlis & Jaja.

Ini sajala gambar ku yang leh kata lawa sikit dari biasa.. huang2x.. bersama si kiut Nick..

Iza ni memang sentiasa cool dengan peace di tangan..

Puan Shikin & Kak Ina sedang menjamu selera..

Majlis perpisahan Puan Hana..

Semua ni semua dah pun berlalu.. tapi ku baru nak wat entri.. haha.. biasala.. nak kongsi gambar2... dan masa ni majlis diadakan di Kelab Tasik Putrajaya di Presint 8.. Makanan yang dihidangkan adalah secara ala-carte.. dan ku tak sempat nunggu sampai desert.. kerana dah lewat.. ku kena gi tengok Anas.. lagipun layanan mereka di Kelab Tasik Putrajaya ni agak lambat berbanding sebelum ni masa kami pergi dulu.. Okies2 cek the pic yer...
UNIT KEWANGAN BHG AKAUN (tanpaku..uwaaa...)

SUMER YG SAMBUT BIRTHDAY
TETAMU YANG DIRAIKAN.. 'PN NORHANA MARZUKI'
HIRUP SUP DULU.. HIDANGAN LAIN BELUM TIBA..

ANTARA LAUK YANG DIHIDANGKAN

PEMBERIAN HADIAH PERPISAHAN BUAT PUAN HANA

PUAN HANA MEMBERI SEPATAH DUA KATA

CIK MIMI MEMBERI SEPATAH DUA KATA

INI AJALAH GAMBAR KU.. BERSAMA NICK YG KIUT..


NICK YANG SEDANG MEMBERTULKAN TUDUNG.. DAN CT YANG ASIK BERCAKAP
KAK INA & IZA YANG COOL

SEORANG JE JEJAKA DAN SI BUJANG DALAM UNIT KEWANGAN.. CEPAT!! ZURAIMI

Hari terakhir bersama Puan Hana..




Inila antara gambar2 hari terakhir bersama Puan Hana di Bahagian Akaun, KPM.. Puan Hana sudah pun bertukar ke Pejabat Tanah Hulu Langat yang terletak di Bangi.. berdekatan dengan rumahnya.. Semoga Puan Hana akan lebih maju jaya di sana.. Amin.. Jasa baik dan tunjuk ajar Puan Hana takkan dapat kami balas.. Terima kasih untuk semuanya..

Wednesday, October 20, 2010

Terima kasih kawan-kawan!!

Arini.. 19 Oktober 2010, ku ada membawa lebihan Busha Legging & Rompers yanga ritu ku beli untuk dijual untuk di'clearance'kan.. So, pepagi lagi.. after breakfast, ku curik masa sikit.. menaip email untuk pegawai & kakitangan Bahagian Akaun untuk mempromosikan 'peng'clearan ini..
Semua pada harga RM 8.00 sehelai.. :) .. Dah memang nak kasi clear kan..Dan alhamdullilah, sesudah je email di'send'.. ada sudah warga Bahagian Akaun yang berminat dan sudah datang ke tempat ku ni.. sehinggala kul 11 lebih pagi.. Bagus rasanya.. Terima kasih kawan-kawan kerana menyokong & membeli.. Walaupun lum finish lagi stock di tangan, tapi dah hampir clear.. :)
Busha cuma tinggal 2 design.. masing2 cuma 1 size.. Rompers pun masih ada 9 helai rasanya.. Terima kasih kawan2.. bagi yang terus membayar tu, lagi jutaan terima kasih.. dan yang belum lagi membayar tu, takpe.. gaji nanti bayarla.. tak lari ku ni ke mana2.. :) Thanks again my frens.. next stock arrive, ku inform lagi yer.. chaos..........

Jual susu badan??

Allo.. sesaja je ku ni.. masa ku melayari internet di rumah, ku buka la website olx.com.my untuk melihat2 barang2 jualan di situ.. especially barangan bayi la.. :) Biasala, monitor shopping.. (tengok2 jer..) dan ku tertarik melihat iklan ni..

Fresh Frozen Breastmilk For Sale
I am a Chinese mother who is producing 3x too much for my 6 weeks old daughter. I am selling my extra fresh breast milk to any mother who has not enough for her baby.I am healthy and don't use drugs or smoke. I am especially interested in finding local buyers.If you are interested in receiving milk on a weekly basis, please let me know. Thanks!shevaun_tst@yahoo.com


Sebenarnya apa yang ingin ku maklumkan di sini, yalah sedangkan ibu ini seorang kaum Cina.. yalah dah produce breastmilk lebih.. nak menjual breastmilknyer yang dianggapnya berlebihan kepada orang2 lain.. Yalah.. dalam Islam pun ada mengatakan tentang penyusuan susu ibu.. Di mana.. sekiranya kita (ibu @ bapa) tidak mampu menyediakan susu badan kepada anak kita, adalah diwajibkan mencari ibu susuan untuk anak kita itu.. (eh.. tak tau la wajib ke tak yer.. nanti tengok balik okies..). Apa sebenarnya yang nak kutekankan ialah... ada segelintir ibu-ibu yang menyusu badan, dan amat banyak produce susu... tetapi susah @ rasa geli untuk susukan anak orang lain walaupun anak orang lain tu anak saudara @ kawan sendiri.. Alasan.. gelila.. apa la.. kenapa agaknya ya?? Takpela, itu susu badan dia.. takkan kita nak paksa2 dia bagi pulak kan..??
~Saje je nak jadikan stori~
-Tiada kena mengena dengan sesapa, yang masih hidup @ sudah tiada-

Monday, October 18, 2010

Memulakan hari baru di minggu baru...

Assalamualaikum & Selamat pagi.. :)
Semoga hari ni dijalani dengan lebih ceria & gumbira..
Hariku seperti biasa dimulakan dengan jeritan Tarzan Wanita.. haha.. menjerit menyuruh lelaki2 itu bangun.. haha.. pastu mulala bawak keta seperti pemandu F1. fuyoh.. adui..
Sampai je kat tempat parking, Anas muntah.. dia demam.. em... takpe2.. cuci dulu.. baju & seat.. pastu gegas nak naik.. Alahai.. lif belakang dua2 rosak pulak...takpe2.. gi anta budak2 gi Taska dulu.. buka je pintu.. ramai je duk tunggu depan Taska.. la.. pintu Taska tak buka lagi? Padanla tadi nampak cef tu gi bus stop... dia nak patah balik naik bas gi amik kunci?? Aiseh.. tapi luckily Pn Amnah, the owner ada datang pagi ni.. dan dia ada kunci.. kalau tak, pukul baper la kami semua leh setel..

Sunday, October 17, 2010

Kenangan masa kecik Adam & Cabid




Saja search dalam folder mama.. hehe.. comel jer gambar ni.. upload jer la.. saja boring2 ni..

Saturday, October 16, 2010

Sedikit panduan tentang penyusuan bayi

"Benarkah susu ibu lebih baik untuk bayi?"

Ya!!! Berikut adalah sebabnya...

  • Bayi yang menyusu susu ibu lebih sukar mendapat jangkitan dan penyakit lain. Kenapa?? Kerana sistem imuniti mereka dipertingkatkan dengan antibodi yang diperolehi dari ibu melalui susunya.. ~ tapi.. bukan semua bayi kuat imun nyer, kadang2 jangkit juga dengan kawan2 di Taska.. tapi jangkitan tu tak lama~
  • Susu ibu mengandungi asid lemak DHA - ianya sangat penting untuk perkembangan otak
  • Kebarangkalian bayi yang menikmati susu ibu mengalami berat berlebihan atau gemuk adalah lebih rendah
  • "Adalah disyorkan agar anda hanya menyusukan bayi dengan susu ibu selama 6 bulan selepas melahirkannya?" Ya! kami syorkan begitu kerana susu ibu membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh bayi sepanjang 6 bulan pertama tersebut.
~Dipetik dari Risalah keluaran Drypers Soft~ Helo Mama!~

Bajet 2011

Dah dengar ke bajet 2011 yang dibentangkan Oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak pada 15 Oktober 2011 di Dewan Rakyat??

Adakah kawan2 rasa seronok?? Ku ada rasa seronok.. :) Ku dengar masa dalam kereta on the way balik dari Carrefour.. masa tu ku dengar tentang penambahbaik cuti bersalin bagi penjawat awam.. :) Di mana kerajaan memberi fleksibiliti kepada seseorang penjawat awam itu untuk menentukan sendiri cuti bersalin beliau bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada kelayakan selama 300 hari sepanjang perkhidmatan. - Nanti kita tunggu pekeliling untuk maklumat lebih lanjut ya?? Ku rasa camni.. contoh la.. ku dah pernah bersalin 3x.. dan diberi cuti bergaji penuh 60 hari setiap kelahiran x 3.. jadi 180 hari.. Maka, 300 hari - 180 hari = 120 hari lagi.. maknanya kalau untuk kelahiran akan datang ku cadang nak amik 90 hari.. maknanya 120 hari -90 hari... adakah gitu?? jangan la gitu ya.. sebab kalau gitu.. kalau la katakan ada kelahiran ke 5 pula.. (hehe.. kononla tu..) takkan dapat cuti bergaji penuh utk 30 hari jer.. yang lain kena cuti tanpa gaji la yer.. haha..

Yang kedua, ku juga amat bersyukur kerana ada nyer bantuan kewangan buat semua penjawat awam sebanyak RM 500 buat Gred 54 ke bawah.. termasuk pekerja kontrak.. Alhamdullilah.. namun, ada juga mulut2 yang tidak ada rasa syukur ya.. pertikai kenapa tidak dapat bonus dan sebagainya.. aduhai.. ada juga dari tak dapat langsung.. bersyukur la kawan2..

Yang ketiga, PTK dimansuhkan..Adakah gembira?? Ada ujian lain bakal digantikan?? Apa dia yer? Tak berdebar ke tunggu ujian baru tu...??

Yang ke-4, Pinjaman Perumahan dimudahkan.. banyak mengenai Pinjaman Perumahan ni..

Yang ke-5, mengenai wanita2 ibu tunggal, dan sebagainya akan diberi bantuan untuk mencari rezeki.. iskh.. banyak ni..

Selain itu, ada juga lagi pelepasan cukai untuk individu yang menjaga ibu bapa di naikkan lagi..
Bayaran mengurus jenazah dari RM 1000 ke RM 3000. Fuh.. memang la dasat bajet 2011.
Bersyukurla yer.. insyallah ada kelebihannya.. jangan duk pandang kelemahan bajet tu je.. cuba pandang dari sisi positif.. :) and buat ku.. ku rasa HAPPY Sangat!!!! Terima kasih PM!!

Katakan Ya pada Coklat

Antara kelebihan coklat :
  • Membantu meningkatkan daya hafalan dan menguatkan memori
  • Membantu memulihkan saraf yang letih
  • Melambatkan proses penuaan
  • Membantu meningkatkan kemampuan mengatasi tekanan
  • Membantu menajamkan mata dan minda
  • Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

~ Rujukan ~ Majalah Pa & Ma~ Keluaran November 2010

Info mengenai Diet

Kaitan Antara Rasa Lapar Dengan Waktu Tidur

Saintis telah menjalankan permerhatian terhadap sesetengah orang obesiti. Permerhatian ini bukan dilakukan dengan melihat tabiat makan mereka sahaja bahkan juga tabiat tidur. Akhirnya mereka mendapat keputusan iaitu orang yang obes adalah mereka yang tidak mendapat tidur yang cukup dan mudah merasa lapar waktu mereka berjaga. Oh gitu yer?? Apabila aturan tidur mereka dibetulkan, saintis mendapati mereka kurang merasa lapar dan semakin kurus. Merujuk kepada saitis, kekurangan tidur menyebabkan tubuh menghasilkan hormon meningkatkan selera makan yang berlebihan. Apabila kita mendapat tidur yang cukup, hormon lebih seimbang, perut kurang merasa lapar, makan semakin sedikit dan turun berat badan.. Uiskh.. adakah benar artikel ini ya? Kerana ku memang kurang tidur.. (haha.. nak kata tak cukup tidur lah tu, padahal melantak tak hingat punyer.. kwang2)

Majalah Rapi ~ Info Diet ~ Keluaran 15 Oktober 2010

Wanita menangis 64 kali setahun

Menurut satu kompilasi kajian saintifik yang dijalankan oleh Persatuan Oftamologi Jerman, secara puratanya, wanita menangis di antara 30 hingga 64 kali setahun. Sedangkan lelaki hanya menangis sekitar 6 hingga 17 kali dalam tempoh yang sama. Tempoh tangisan lelaki biasanya berlangsung di antara 2 hingga 4 minit manakala sesi tangisan wanita pula kira-kira 6 minit. Para penyelidik mendapati wanita menangis ketika dibelenggu masalah yang sukar diselesaikan atau apabila terkenang kenangan lampau. "Lelaki pula lazimnya menangis apabila mengasihani orang lain atau ketika berdepan dengan kegagalan sesuatu hubungan,"jelas salah seorang penyelidik. Fungsi sebenar menangis masih tidak dikenalpasti. Namun, tangisan dipercayai menjanjikan suatu kesan yang melegakan tuan empunya badan.

Dipetik dari Majalah Rapi keluaran 15 Oktober 2010.

I love my life..

Eh? Apa kah pernyataan di atas itu?? Ku sebenarnya tengah nak memotivasikan diri sendiri ya..? nak cuba membuang perasaan benci, cemburu, malas, berputus asa, kecewa dan sebagainya yang tak baik lah kan... yang baik2 tu tak yah la buang2.. simpan elok2..
apasal tetiba jer ni..?? coz ku rasa macam dah selalu sangat negatif... sampaikan kepala sakit jer selalu memikir itu ini.. ku nak sentiasa gembira.. hepi.. dan sentiasa bermotivasi.. agar anak2 mendapat rahmat dari sikapku itu.. kalau ada perasaan yang tak baik tu, ku sentiasa marah2, sentiasa sakit kepala n so on.. ku nak ajar diriku agar lebih bersabar.. tapi boleh ker??
kena cuba la kan.. tak cuba mana nak tau.. semua pun mesti ada cuba.. kenala usaha dulu, pastu tawakal.. n ku nak cuba ubah diri.. doakan yer kawan2.. biar ku tenang selalu.. jadi anak2 pun tak la asik kena marah dan bebel jer.. haha.. :)

Wednesday, October 13, 2010

Sangat bagus...

Arini ku baru masuk kerja.. dan sesudah buat keja.. (gaji jerla.. yg eSPKB sumer tak wat lagi..) ku pun saja search yahoo untuk mencari artikel berkenaan 'Potty Training" @ bahasa melayunyer "Latihan Ke Tandas". Ku mula2 search 'Potty Training"so mulala.. sumer kuar artikel English la kan... jadi ku tukarkan search tu ke Latihan ke Tandas.. yes.. dapat gak artikel dalam bahasa melayu yang lebih ku fahami.. haha.. dan dapatlah ku menjengah ke satu website yang diuruskan oleh Ummu Solihin... iaitu AnakkuSoleh.. banyak info2 menarik dan dapat kita jadikan pembelajaran bersama.. yela, kan mencari ilmu itu dituntut..seperti peribahasa " Carilah ilmu sehingga ke tembok China" lebih kurang gitula kan... ? Ku masih lagi mencari artikel2 lain yang berguna.. Tujuan mencari artikel itupun kerana Adam & Cabid sepatutnya dah boleh ke tandas sendiri.. n tak perlu memakai pampers lagi.. em.. ada silap dalam latihan ke tandas yang kulakukan sebelum ini.. Silapnyer ialah ku ni kurang sabar.. bila Adam terkucil sahaja, ku dah marah2.. dan mengamuk.. silap ku sebenarnya.. padanla dia takut.. dan risau.. akan ku cuba kawal kemarahan.. actually ramai kekawan ku mengatakan, bila mereka (anak2 kita yang hendak kita latihkan ke tandas ni..) terkucil kita kena marah.. jadi bila mereka takut, mereka akan belajar.. Tapi tidak pada Adam.. nampaknyer cara mereka (kawan2 ku tu) tak berkesan untuk Adam.. n kedua, langkah yang perlu diambil untuk melatih anak ke tandas ialah.. kena konsisten.. (itupun satu lagi kesilapan ku..) iaitu kalau tak pakai pampers tu.. kena tak pakai pampers berturut2 hari nyer.. maknanye seminggu direct.. takleh la ari ni pakai esok tak @ pun kat taska pakai, kat umah tak pakai.. so ku kenala bekalkan training pants tu ke taska.. so.. baru leh praktis.. or cara lain.. yang mana tahun ni dah tak berkesan.. cuti seminggu dan ajar anak di rumah.. em.. camna nak amik cara tu?? cuti pun tinggal berapa kerat jer lagi.. em... ku akan cuba pratikkan.. insyallah.. doakan berjaya..

Tuesday, October 12, 2010

EL sebab sakit.. tapi............

Harini ku el.. sebab sangat sakit kepala, sakit tekak dan sakit hidung.. Ini sumer gara2 selsema dan batuk yang melampau.. biler ntah kena selsema ni.. Mungkin semalam masa ke klinik.. sangat2 panas.. sebab tu lah jadi selsema.. iskh2.. kalau boleh nak dielak2 kan cuti.. nak save cuti.. nak bawak ke tahun 2011 lebih.. em.. :( Ku baru lega sikit pukul 11.30 pagi.. dan baru leh bangun ke dapur n so on... menjelang 1.00 ptg.. kepala makin ok tapi tekak dan hidung masih k.o.. kesian kat anak2.. tapi ku beri dorang makan biskut.. at least takler kelaparan tahap gaban.. haha.. papa sepatutnya ada arini.. sebab dia mc dua ari dari semalam.. tapi dari pukul 9.50 pagi dia kuar sampai sekarang... masih tak balik2 lagi.. tadi kata balik petang.. tapi bila ku mesej minta belikan makanan, dia kata dia masih kat Shah Alam.. Busy apa bendala yang sampai tak ingat nak balik umah.. ku tadi kesian anak2.. ku gagahkan juga.. bawa diaorang kuar makan di Kedai Mamak.. makanla nasi goreng biasa untuk dorang dan nasi goreng cili api untuk ku.. memang dorang lapar.. cian sangat.. Sori anak2.. ma akan jaga kesihatan biar korang tak lapar sebab ma tak larat... sori.. dan pastu ke Darussalam pasar borong beli roti untuk bekalan dorang esok & lusa di Taska.. dan sikit barang2 makanan umah.. :) Pastu 8.30 malam tepat kami balik.. kami kuar selepas Maghrib.. okiesla kan.. dan pulang sejurus azan Isyak.. n sampai umah.. ku rehat2 badan.. rasa sangat letih.. baju tak gosok lagi.. barang anak tak kemas lagi.. so kemas dulu la.. pastu leh pekena ubat, tidur sampai pagi.. :) and moga pagi esok segar dan sihat sejahtera untuk ke tempat kerja.. Amin..

Monday, October 11, 2010

Saturday, October 9, 2010

Apa kabar??

Lama sungguh rasanya tak update apa2 dalam blog ni.. bukan tak jengah, ada ku jengah cuma nak update entri memang tidak mempunyai masa.. di ofis ku buka blog ni.. tapi bila2 ada time free nak update entri2 pun susah sikit.. sebab biasala internet di ofis ku tu.. sumer di block.. kami bukannya senang nak buka apa2.. padahal bukan buka kalau ada keja melambak.. pelik juga.. cuma ofis kami jer yang diblock.. pejabat2 kerajaan lain masih ramai lagi dapat membuka FB dan sebagainya.. sedangkan ofis kami ni, ... mudah pun takleh buka.. kalau boleh pun page pertama.. bila klik page kedua, loading nyer mengalahkan apa jer.. pas tu lama2 hilang, connection tiada.. Hai.. janganla kejam sangat.. bukannya kami kemaruk nak berFB ker.. ber Friendster ker?? lagi2 ku, memang tak heran sangat.. tapi apa salahnya beri saja peluang pada kawan2 yang takde internet di rumah.. FB kalau pandai menjaga limit takpe.. yalah.. kita sumer dah dewasa.. takkan berFB 24 jam?? FB ni bagus mencari kawan2 lama.. berhubung semula.. kebaikannye itu.. dan macam2 invitation dibuat dengan FB.. tak gitu?? jangan nafikan yer.. sebenarnya apa yang ingin ku utarakan di sini ialah.. kalau taknak sumer pakai FB.. jangan si pemblock boleh pakai pula.. cubala bersikap adil yer..

Friday, October 8, 2010

Gambar budak nakal....

TENGOK DIA TARIK APA TU...
NAMPAK DAH KAN?? GAGANG TEPON OFISKU TAU...

PASTU SENGIH... CEH.. SELAMAT COMEL...
INILAH ANAS MUYASSAR YANG NAKAL...TAPI SANGAT2 MANJA