The loved ones..

The loved ones..

Saturday, January 30, 2010

Sakit...

Iskh2.. sepatutnya ku n family lik ke T.Intan minggu nitapi xjadi coz ku yg sakit.. naper? gara2 berpindah di ofis, ari Jumaat pagi kudah ada rasa sakit2 kepala.. tapi ala biasala sakit kepala ni so buat dek jer.. dah tu pagi Jumaat ni lak ada skit salah faham dgn si suami so ku n anak2 gerak ke bawah umah sendirian jerla.. puas la ku menolak stroller dgn beg2 dan mengendong Anas.. di sini sling ku banyak membantu.. luckily membeli.. dah sampai ok lagi.. tapi bila meeting nak susu kan Anas.. n naik semula.. dah rasa lain macam.. walaupun hidangan yang Kak Nor (our admin cc) jamukan memang semua menyelerakan, ku cuma dapat jamah sedikit jer gara2 sakit kepala yang kepalang.. n tengahari ku temankan Nik seketika katanya ada sale kat kesihatan.. n ku gila.. n beli pulak blok2 murah utk Abang & Cabid.. kalo pecah pun tak ler terasa sgt.. n beli baju2 utk dorang bertiga utk dipakai basahan.. masa tu rasa berdingit2 kepala yala masa nak pilih baju tu gerainya betul2 bawah matahari.. uish.. pastu Nik gi ke pasar, cadang nak follow tapi kepala dah berat.. lagi pun nak siapkan gaji PRE.. so amik Anas di taska n naik atas.. then membawa ke ptg dah mula sakit badan menjadi2, n dah demam.. masa balik pun ku tunggu sampai kul 5.30 petang baru gerak keta.. n bila sampai ke parking keta kat umah, ku minta pa turun.. ku cuma membawa diri jer.. dah tak tahan.. n sampai rest2 jap mandi... n susukan Anas n tidur.. n pa pulak dah tak jadi balik kg gi lak main tenis.. emmmm... ku dah tak hirau apa dah, selamatla Abang & Cabid behave.. n memang memahami.. :)

Thursday, January 28, 2010

Renovation day..

Ari ni kami sumer di Seksyen P & K takleh wat keja apa pun melainkan berkemas dan berkemas.. puas la mengangkat almari, meja dsb.. n at last kul 4 ptg setel kemas, pasang pc sumer balik.. test network, test line tel.. n lastly... bos kata... saya nak 3 org ni tukar posisi.. adoila... kalo ikutkan dia nak wat A.S.A.P tapi ku minta tangguh next week.. ku dah penat sgt.. dorang pun sama.. Mie lagi kesian sampai ptg still pindah2 lagi.. ku pun balik dekat 5.30 ptg.. tempat nampak luas.. tapi x yer.. kami tak luas sgt... kami terpaksa clearkan laluan yer atas arahan bos.. yalah tempat kami kan dekat dengan exit kecemasan.. so senang la org nak lari.. incase la.. letih kan..? n balik nak kemas barang utk balik T.Intan plak.. uish.. k la..

Tuesday, January 26, 2010

Busy.. Careless...

Ari ni ku bawa abang & cabid walaupun dorang cam tak sihat lagi.. n sumer ok alhamdullilah.. ku ari ni cukup busy.. dgn byk kesilapan yg ku buat.. iskh.. serik2.. cuai sungguh.. doakan ku dapat perbetul sumer silap yer.. Ku ni agak bosan.. esok masih banyak kerja yang menanti, surat2 yang perlu dibuat, sg20 yg perlu diwat lagi, kerja2 memfilling tak usah la kata memang melambak.. belum tgk lagi fail2 baucer utk disemak.. iskh.. tak menang tangan.. dahla takde stok susu utk anas tapi takpe ku leh jer turun susukan.. tapi bila keadaan terdesak (e.g : di atas sangat busy, tapi panggilan anas perlu dijawab iskh... susah..) tapi kan ku usahakan supaya kehendak anas dapat ditunaikan dan kerja2 sumer lunas.. :) bagus tak penggunaan ayat ku ari ni.. hehe.. macam la hebat sangat bahasa melayu nyer ek? haha... sebenarnya ada banyak yang ingin ku kongsi bersama.. tapi panggilan dari bantal mendayu2.. jadi lebih baik ku beransur dlu.. siapkan barang2 anak.. n then leh la ke bantal.. haha.. bye...

Sunday, January 24, 2010

Takde mood

Sakit tekak, sakit kepala sumer ada.. iskh2,, n today tak dapat ku gi ot sebab sumer sakit yang dinyatakan tersebut... n sakit hati juga.. malas nak stori panjang2 lagi coz hati belum tenang.. k la..

Thursday, January 21, 2010

Geram...

Napala asyik macam ni.. ada ke patut ku ni bebel sepanjang masa & ketika? tak patut sebab memeningkan kan? tapi ada ke patut ku mendiamkan diri sepanjang masa & ketika? Lagilah tak patut!! sebab bila ku mendiamkan diri ku la yang akan letih, penat & tensen sepanjang masa.. kenapa ku akan letih, penat & tensen?? yalah sebab bila ku mendiamkan diri, sudah pasti banyak lagi kerja remeh menanti.. n bila lagi banyak kerja remeh, lagi la letih, penat & tensen.. kan?? kenapa ku leh ada perasaan seperti di atas?? sebab ku amat tensen, bila ku berkata kata ku banyak bebel n so on.. tapi ku rasa dia.. faham jela sapa yer... kalau tak kena bebel banyak yg miss.. ku rasa dia nak ku buat semuanya kat rumah ni.. okay jer.. lebih baik ku berhenti kerja ja.. so bila dah berhenti, baru la leh wat sumer kejer kat umah.. xsuruh2 dia lagi... x minta2.. xbebel2.. kan?? tapi bila dah berenti kerja, kna la pandai lak cari income tang lain.. sebab banyak perbelanjaan.. n maybe korang rasa, ku sebagai isteri kenala berdiam diri jer n buat sumernya dengan ikhlas kan.. tapi ku takleh.. hati ku ni memberontak.. sakit, geram jer ati ku ni.. ku cuba ikut satu petua yang ku baca dari email di yahoo.. katanya, jika geram @ marah pada si hubby.. fikirkan sumer kebaikannya.. ku dah cuba buat.. hubby ku memang baik.. ku tak nafikan.. cuma dia tak pedulikan kerja rumah tangga jer.. dia cuma tak bantu.. dia itu, dia ini..
ku letih tau.. memang ofis ku dekat lagi dengan rumah, tapi u ols kena paham, ku bukan bawak diri jer yer, ku bawak 3 org hero kecik lagi tiap2 ari bekerja.. kat ofis memang busy.. masa senang lum tiba lagi... n bila balik umah kena tempuh jammed dulu.. n sampai jer nak setel itu ini.. anak kecik menyusu lagi.. n biasa, dia susu lepas mandi ptg tu.. sampai tertidur sejurus lepas azan maghrib berkumandang.. then baru leh wat keja lain skit.. n memang ku akui ku tak masak.. tapi kalo leh dia nak gak suruh masak, okies leh.. nak suruh juga suapkan anak2.. baju2 nak sidai, nak lipat lagi.. barang2 anak nak kemas.. barang sendiri lagi.. nak gosok baju lagi.. iskh.. pastu mesti ada time (itupun sehari jer sminggu) nak tgk citer kegemaran.. hah.. nak kena lak kemas dapur lepas dia masak.. tak kira lagi nak sapu menyapu.. umah dahla sentiasa abuk.. n okies2 ni sumer tanggungjawab isteri.. tapi please la, takkan takleh bantu..? takkan nak kata baru bantu? pastu kata jadi kuli.. kena wat itu ini.. kalo tak kata sumer wat sendiri.. bila dah wat sumer sendiri.. memang menang tangan lak.. lepas gitu jer.. jadi macamana?? pening.. ku sampai tak rasa ngantuk sebab geram.. nak nangis pun ada.. letih la benda remeh camni.. please la, ku pun letih bebel, sakit kepala gak asik banyak cakap.. tapi takkan takleh cuba paham.. cubala bantu tanpa disuruh.. ku tensen ni.. nak senyum pun dah takleh.. tertekan betul.. cool down babe.. cool down.. cuba gi baring, tenangkan diri.. gerenti tak marah, gerenti tak geram.. jom cuba baring... k la..

Tuesday, January 19, 2010

ku amik dari ratuhati.com utk muhasabah diri sendiri.. supaya jgn ku terpengaruh @ terdengar mulut2 berkata mengenai penyusuan ni lagi..


Antara Skil 'Bunuh Diri' dalam Penyusuan Ibu
Saturday, 16 January 2010 13:04 Nora Herni Abdul Rahim

Secara asasnya, apabila sebut sahaja penyusuan ibu, kita tidak lari daripada memikirkan perkara-perkara berikut yang secara tidak langsung mencipta alasan dalam menjayakan penyusuan ibu. Antaranya ialah:1. "Susu tidak cukup."2. "Saya ibu bekerja, mustahil saya boleh lakukan."3. "Saya terlalu sibuk."4. "Saya bertubuh kecil."5. "Saya dah cuba bermacam-macam cara, tetap tidak berhasil."6. "Orang boleh kata apa sahaja, tetapi saya yang alaminya."7. "Keturunan saya memang tiada susu badan." Saya yakin pasti tidak cukup ruangan comel ini dengan pelbagai lagi alasan, kerana manusia yang lemah sentiasa mencipta seribu satu alasan. Mahu marah dengan pernyataan saya? Rasa geram? Itu perkara normal selagi kita bernama manusia.Ibu-ibu sekalian, percayalah tidak ada jalan mudah untuk kita menjayakan penyusuan. Mengapa agaknya kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka dengan penyusuan ibu kelihatan begitu taksub apabila membicarakan berkaitan hal ini? Meriakkah mereka? Apa tujuan mereka?Mari saya kongsikan. Dunia penyusuan ibu bukanlah semudah yang kebanyakan orang bayangkan. Produksi susu tidak akan datang dan melimpah dengan takdir dan bantuanNya semata-mata. Produksi susu ibu tidak hadir kerana keturunan mereka yang terkenal dengan susu yang melimpah ruah. Produksi susu ibu tidak hadir hanya dengan goyang kaki. Tetapi produksi susu ibu hadir bersama doa, harapan, usaha, ilmu dan disiplin yang tinggi.Ibu-ibu semua, jangan kita dengki dan mengutuk mereka yang kelihatan begitu teruja mahu berkongsi kisah penyusuan mereka. Jangan kita membentak mereka dengan kata-kata yang melukakan hati. Ketahuilah, itu adalah antara cara dan usaha mereka memotivasikan diri. Percayalah, bukan mudah mereka melaluinya. Guna Botol vs Secara TerusRamai di kalangan para ibu yang mahu menjayakan penyusuan melalui botol tidak sedar mereka secara tidak langsung telah 'membunuh diri' mereka sejak dari awal tempoh pengenalan botol. Mengapa saya berkata begitu?Mari kita bincangkan dengan lebih terperinci. Perasankah ibu-ibu semua, kebanyakan daripada kita yang menggunakan botol mesti mempunyai bajet jumlah kandungan susu yang perlu ada di dalam botol itu. Dalam erti kata lain, ramai para ibu terbiasa dengan konsep 'Sukat Susu Ikut Umur'.Konsep ini memang biasa dipraktiskan kepada bayi yang minum susu formula. Contohnya:Bayi dalam pantang: 2 ozBayi 3-4 bulan: 3ozbayi 5-6 bulan: 4-5oz dan sebagainya.Inilah yang saya panggil skil 'bunuh diri'. Kita kaji dengan lebih mendalam. Saya kongsikan sendiri pengalaman saya sebagai seorang ibu yang pernah menyusukan secara terus selama 1.4 tahun.Bayi yang menyusu secara terus mengikut pengalaman saya sebenarnya tidak terlalu memberi fokus kepada jumlah kandungan susu mereka, tetapi lebih kepada kekerapan mereka menyusu. Pernyataan ini tidak ditujukan kepada bayi di dalam tempoh pantang. Mengapa? Ini kerana bayi di dalam tempoh pantang memang kuat menyusu dan ini membantu mereka mematangkan sistem tubuh yang ada serta membesar dengan lebih cepat dan sempurna.Apabila kita sudah mula mengajar kita minum dengan jumlah yang banyak sejak kecil, secara automatik kita mendesak diri kita bekerja dengan lebih keras bagi memenuhi keperluan bayi kita. Kepada para ibu yang mempunyai disiplin yang tinggi, pasti tidak timbul masalah. Tetapi bagaimana dengan para ibu yang sering culas dan mencipta pelbagai alasan. Saya ada seorang kawan yang sudah menyusukan anak lelakinya selama lebih setahun, tetapi masih mempraktikkan kandungan susu sebanyak 3oz bagi setiap sesi menyusu. Sehingga sekarang, alhamdulillah, langsung tiada masalah di dalam sistem yang diciptanya. Malah, anaknya tetap membesar dengan aktif, sihat dan mempunyai badan yang 'tegap'.Perspektif Saiz BayiSatu lagi faktor bunuh diri sekaligus menjadi mitos di dalam dunia penyusuan ibu ialah saiz badan bayi. Kepada ibu-ibu yang terperangkap dengan mitos ini, tenangkan diri anda bagi menangkis kata-kata luar yang memedihkan hati.Ayat 1. "Patutlah anak dia semangat, minum susu badan katakan."Ayat 2. "Cuba tengok anak awak ni, kurus dan kecil semacam sahaja. Itulah, asyik minum susu badan sahaja, mana cukup. kasihan bayi ni. Cuba bagi minum susu formula, mesti sihat gebu macam anak si polan."Berdasarkan ayat-ayat di atas, apa kesimpulan yang ibu-ibu semua dapat? Betapa kebanyakan manusia tidak pernah bersyukur dan suka mencari jalan menjatuhkan semangat orang lain. Kurus ditegur, berisi pun menjadi buah mulut.Ibu-ibu jangan kecewa apabila melihat tubuh anak anda tidak membesar seperti yang diharapkan. Perasankah ibu-ibu semua, walaupun tubuh anak kita yang menyusu badan tidak besar mana, tetapi badan mereka lebih mantap dan beruas tulangnya daripada bayi yang menikmati susu formula? Tubuh badan bayi kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor paling dekat ialah faktor keturunan. Hairankah melihat ibu bapa yang kecil, tetapi anak mereka yang menyusu badan sihat 'semacam', ada juga ibu bapa yang besar, anaknya kecil melidi. Fikir dengan lebih jauh, mungkin atuk, nenek atau moyang mereka bertubuh begitu. Jangan sempitkan fikiran kita. Sentiasa positif dan berbaik sangka. InsyaAllah, jiwa tenang, produksi pun meningkat =)Nota comel: Ini adalah konsep dan teori yang saya kaji sendiri. Tiada istilah BETUL dan SALAH. Ibu-ibu semua bebas untuk percaya mahupun tidak =)
Satu soalan biasa.. ku dapat dari ratuhati..

Soalan: Kenapa wanita selepas melahirkan anak akan menjadi gemuk?
Jawapan: Ada beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak menjadi gemuk. Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi. Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air. Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak. Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan. Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.
Petikan daripada: Soalan Lazim, Masalah Berat BadanPortal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia

Kerana mulut badan binasa

Hah.. cuba tengok tajuk ku kali ni? naper ku wat tajuk camtu? ku tak maksudkan sapa2, ku pun terbiasa terlepas kata.. Maafkanlah ku yer.. jika andai ada yang terasa denganku.. kadang2 tak sedar, cuba2 la sedarkan ku yer.. kerana tajuk ni ada berkaitan dengan kisah ku semasa sekolah rendah dlu jadi biarla ku citer tanda kebenaran tajuk ni.. Satu ari di waktu tengahari, ku bersama kawan2 ku merangkap jiran ku berjalan pulang ker rumah.. kami sama2 naik van ke sekolah.. n kawan2 ku ni sorang lelaki n sorang perempuan.. n mereka ni adik beradik yer.. Fairus abangnya, sebaya dgn ku n Fairah adiknya, muda setahun dari ku n of coz stahun dgn abangnya juga.. n sedang ku bercakap2 dengan abangnya, si Fairah ni asik mengulang apa yang ku kata sambil membuat muka.. ku tak pedulik mula2nya, tapi bila dah kerap kali dia buat, ku bagi warning dlu... jangan.. jangan.. tapi nampaknya dia tak endahkan amaran ku tu.. ku beri lagi amaran siap kata aku tampar nanti kalo ko buat lagi mcm ni... n sekian kalinya dia masih tak endahkan, n last satu penampar hinggap kat muka dia!! drastik jer kan.. abangnya tak marah pun ku sebaliknya marah adiknya.. "Tula, orang kata jangan ko buat jugak.."abangnya kata pada dia.. n ku tak bertegur lama gak sehinggala hujung tahun.. haha.. tu kenangan masa kecik tau.. tapi masih teringat2 lagi.. dah kawin dah Fairah ni.. anak sorang.. Fairus belum lagi rasanya, tak dapat lak kadnya lagi.. Yg ingin ku ulas kan kat sini, jagala mulut kita masing2 yer, especially kalau hal tu tak berkenaan dengan kita, jangan sibuk2 nak perli memperli.. kang silap haribulan kena penampar.. itu nasib baik kena penampar, kalau kena bunuh macamana? sekarang manusia dah tak ingat salah ke apa.. so jaga2 mulut tu sebelum badan binasa yerk.. Peringatan ini turut ditujukan buat diriku sendiri...

Macam2 ragam driver..

Ari ni ku terpaksa el.. y? mula2 nyer ku mmg kata ku nak gi hospital sebab nak bawa Abang gi cek up utk speach... n yes we did bring him there.. tapi adoila tak dpt gak jupe doktor setelah lama duk melepak di sana.. n next appointment will be on 25th March!!! hah 2 bulan nati baru doktor free.. hehe busy betul doktor yer.. n oleh kerana letih dek kerana parking yang xde... kami parking keta pun kat luar dari kawasan hospital.. jadi satu keputusan telah diambil, kami cuti jerla.. Anas & Cabid dah kami anta ke taska.. jadi kami pun gi la amik.. dahla satu hal lak nak stop kat kawasan ofis ni.. adoila.. keta parking ikut sedap suka.. mostly byk keta yg parking bucu2 jalan tu sumer ada kesan kemek n calar balar.. iskh.. tak sanggup ku ni keta dicalar2 n dikemek2.. bukanla ku n pa ni byk duit orangnya.. better kami berhati2 dan menjaga keselamatan keta kami & keta orang lain bersama2.. hah.. nak dijadikan cerita, real story yer.. baru lah leh citer.. kelmarin, ku balik lewat sejam dari biasa.. biasa ku ontime.. jadi ni dah 5.40 ptg baru ku pulang.. jadi selalunya masa2 ni keta yg blok pun dah takde or berkurangan lah.. so ku memang bernasib baik coz tiada keta yang block dah.. tapi............... ada ke patut satu keta viva ni bernombor plat CBR ....... park tepi keta ku, tempat pemandu tau.. maksudnya tempat ku lah kan.. ku leh buka pintu.. tp nak masuk adoila... mana muat.. dahla sebelah seat ada car seat Anas.. iskh2.. tertekan sungguh,... macam ni punya kejadian pun ada ker.. jadi ku terpaksa lepas handbrake, n tolak keta ke depan sikit... sehingga leh buka secukupnya utk ku masuk... selamatla kederat ku kuat berjaya le ku tolak keta sorang2 dgn anak2 ku di dalam tu melihat & bergembira kerana aku menolak kereta.. Hulk hogan ku ni.. hua2.. selamat tak tukar kaler ijau jer lagi... buat si pemandu, ku tak kisah kalo kamu tu nak menyempit bersebelahan tapi... cubala tgk dlu.. jgn pikir senang diri jer.. kalo tmpt penumpang sebelah takde car seat insyallah ku tak de la melenting sgt yer.. ni pun ku dah bersabar.. macam2 karenah manusia ni.. satu lagi di hospital, ku masuk tempat parking tadi sementara pa gi daftar dlu.. n bila ku masuk dah tutup lak kat tengah2 jadi terpaksa ku reverse dan keluar balik, dan terpaksa la wrong way coz yg the right way byk keta yg dah parking.. jadi masa ku nak keluar, ada la 2,3 keta ni nak masuk n parking.. ku takleh reverse coz kesudahan nyer sama jer.. BMW ni plak taknak mengalah.. siap lelaki sebelah tu angkat tangan marahkan ku.. iskh ku pun bebel la.. n ku senget tepi sebentar membiarkan keta yang penghuni nya tak beradab sopan tu utk terjah kawasan parking yang tak leh parking tu.. ku dah kata takleh masuk.. takde parking, tak percaya.. jadi padan dengan muka sendiri.. bukan ku sengaja nak kuar wrong way.. sebelum tu ada gak keta keluar wrong way masa ku masuk, tapi ku takler marah sebab ku dah pasan dah tempat kuar nyer dah byk keta parking... agak2 nyer orang berketa BMW tu tak nampak kot keta2 yang duk bersidai tepi jalan keluar tu.. kan?? ok2 cukup pasal driver yg mementingkan diri.. ku yg selalu menjadi mangsa mereka2 ni.. ku akan cuba bersabar lagi.. okla, satu lagi ku nak update... komputer ni asik problem jer rupanya hard disk nyer sudah mengong.. ku dah risau, sumer gambar2 yg ku snap2 dari dlu hingga kini sumer dalam hard disk tu.. arap sempatla pa selamatkan... ku ni kena burn dalam cd ni... iskh2.. kenangan tu.. kayla.. byk dah menaip ni.. nak kemas2 lak utk tomorrow.. chaos..

Sunday, January 17, 2010

Minggu busy...

Hi.. baru ari ni mampu ku masuk blog posting.. masuk gak lain2 tapi just cek blog2 yg ku follow jer.. ku tak sempat pun nak update blog ku sendiri.. ari ni pun ku curi time sat utk mengupdatekan blog ni.. minggu ni amat sibuk di ofis & umah.. coz di ofis Audit nak datang, maka sumer dokumentasi harus lengkap & teratur utk melancarkan operasi pengauditan nanti.. walaupun ku cuma orang bawahan tapi ku diberikan amanah utk menguruskan pengumpulan semua dokumen di bawah Unit Kewangan.. so kena ready by tomorrow tau.. sebab Selasa ku nak membawa Abang gi ke hospital pagi2.. n 2 ari ku ot dengan membawa Anas bersama.. membantu menyelesaikan baucer2 yang lum bercop n bernombor eft.. n ada lagi yg tak berfilling tadi.. tapi insyallah esok boleh la diselesaikan yer.. n di umah juga mula busy coz nak mengemas barang2 dan melipat dan menyimpan baju2.. iskh banyak sungguh baju yang belum berlipat & bersimpan.. sumer terlonggok atas kerusi & dalam bakul.. n ada lagi yg bersidai tu.. k la.. ku stop sini jer lah ya.. jap gi nak masak menda simple2 utk anak jer.. sebab dah ada yg suruh masak.. takpela. ku masak utk anak2 jer.. kayla, Anas dah melalak.. malas sungguh ku ni sejak 2,3 menjak ni suka sangat nak berpegang bagai.. sapa la yang ajar.. emmmmmmm..

p/s: sesekali ada rasa nak berhenti kerja, so baru orang tau macamana susah.. tapi kalo berhenti pun, org tak rasa susah gak, ku gak yang susah.. kan???????

Wednesday, January 13, 2010

Anak2 ku makin besar

Adam Mustaqim
3 tahun 2 bulan
Abid Mursyaffa
2 tahun 1 bulan+

Anas Muyassar
4 bulan +
Senang hati tengok mereka ni membesar tapi penat mulut asik menjerit.. hehe.. lum Anas dapat kaki lagi ni..

Sekitar Jamuan Birthday bagi kakitangan kelahiran Nov, Dis n Jan...

Ini bukan Cik Mimi tau terima hadiah.. Puan Zarina yer..
Elizia menerima hadiah dgn hepi..

Giliran Wanie pula..

Wahida yang maintain cute walaupun dh bergelar ibu
Pasangan skandal.. haha.. Elizia & Mie..
Mari serbu!!!!!!!!!!

Tengoklah gambar ni........
B'day Gals
Pn Hana menerima hadiah dari Pn Zarina
Inilah dia TKA Pengurusan kami yang baru, Pn Zarina bt Ishak..
Ini pula Erlis yang kiut.. dan keanakn a very graceful dancer...!!
Kak Liza & Ana
Cik Ila bergaya manja
Makanan yang tersedia utk kami jamu selera
Kek Birthday... emmm sedapnyer..

Tuesday, January 12, 2010

Aktiviti ari ni

Ari ni sumer seperti biasa cuma ari ni ada agenda luar biasa..dari biasa.. hari ni Seksyen P & K ada wat sambutan birthday utk staff di bawah naungan seksyen ni utk bulan November, Disember & Januari.. Hepi birthday to u all... Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki n dirahmati Allah stiasa.. ku ada snap pic.. tapi ku tak juper lak cable SOny ni.. iskh.. kalo tak kan leh tengok dgn pic2 nyer sekali.. ada le sikit2.. :) untung gak bila ada kamera stiasa di dalam beg ni.. selain dari leh amik gambar anak2, leh gak amik gambar2 yang tak terduga... yang tak dijangka... seperti ari ni....... n nati bila ku dah jupe mana cable nyer ku upload kan gambar2 nyer utk dikongsi bersama yerk.. chaos.........

Checkup anak2..

Semalam gi cek up anak2 kat Klinik Kesihatan.. ini adalah rutin utk Abang & Anas.. Berat Abang dah 13.1 kg n tinggi dah 96 cm.. Anas pulak 6.1 kg n tinggi 63 cm.. Sumer amat2 memuaskan except Abang kena refer doktor coz masih lum bercakap.. n doktor refer pada pakar di Hospitak Putrajaya.. tapi ku n pa masih tak dapat gi coz kekangan waktu mengejar dateline n pelbagai.. maybe next week after audit datang la.. n Checkup ni amat meletihkan dgn anak2 yang lasak.. habis pun around kul 5.30 petang.. n next checkup will be on 8 Februari 2010 at 3.40 pm for both eldest n youngest son.. :) satu ari lagi yang akan jadi letih jika ku sorang lagi yang menghandle... hopefully pa available kali tu.. :)

Friday, January 8, 2010

Aloooo

dah lama rasa macam tak update my lovely blog.. especially kat ofis memang takde time.. masa itu amat la berharga kat ofis dalam waktu2 kritikal macam ni.. sekarang ni adalah minggu AKB.. so kenala berkeja keras siapkan kerja2 in time.. n hopefully 8hb ni sumer dah setel diperaku oleh Pn Hana.. Amin.. supposed today, 7hb kitaorang mendapat arahan untuk stay back n standby.. tapi oleh kerana kami dah siapkan baucer2 kami.. so dapatla kami pulang awal.. ku adalah orang pertama yang pulang.. itupun kerana Angah nak tumpang ku pulang.. cian lak dia menunggu nati.. n ku pun singgah ler umah Angah jap.. dah lama sangat tak singgah.. n inilah kali pertama Anas menjejakkan kaki ke umah Mak Ngah nyer.. :) eh.. tak jejak kaki yer.. kna dukung tau..
ku tadi pulang dari umah Angah dalam keadaan yang penat & melekit.. so pulang jer lepas MAghrib tu ku angkat ler bdk2 tu.. n Anas taknak lak duk dalam stroller, jadi inilah masanya menggunakan sling.. so ku letak ANas dalam sling n Cabid dalam stroller, n Abang lak jalan... adoi... sampai jer umah, ku letak dlu Anas.. readykan air panas, n mandikan dia.. n ku lak gi mandi.. n pas mandi solat dlu n barula susukan dia n tidurkan sekali.. n termasuk ku tidur.. anak2 besar dgn papa dorang.. sampaila ku bangun tepat kul 11.30 mlm, ku kuar n tgk Anak2 ku dah tidur dalam bilik dorang.. n papa dorang takde.. kuar rupanya.. gi main futsal juga.. ku ingatkan tak jadi.. emm.. senyap2 jer orang tua ni.. tertekan ku ni.. masa ku call mintak tolong nak angkat bdk2 masa balik dari umah Angah langsung tak angkat call.. mesej pun tak jawab.. tapi bila kawan2 ajak futsal, mancing cepat jer reply dan memberikan kerjasama baik punyer... agaknya la kan, sebab tu susu ku tak mo kuar.. tensen kot.. puas ku perah2 skit sangat.. ku ni kena tenangkan hati.. susah hati ku bila tengok susu perah skit sangat n tapi bila ANas menyusu direct terus jer rasa let down tu.. banyak kali tau.. tapi bila perah tak rasa.. adakah pump ku ni dah kna tukar spare parts nyer? yalah ku kan beli pump terpakai jer.. insyallah bulan mac ni dapatla ku beli pump first hand yang elektrik.. dgn duit kutu.. :) ku ada byk perancangan..natila baru update.. :) chaos..

Tuesday, January 5, 2010

Misi tak sempurna...

Misi utk menyiapkan baucar sumer tak sempurna gara2 sistem yang tak ok.. Jadi ku n anak2 balik kul 6.20 ptg lagipun pa nak gi main tenis malam.. so kenala awal skit.. n Puan Hana dah berpesan incase masih lagi tak ok sistem tomorrow n thursday, we all kna la berpicnic di opis.. n ku dah nyatakan pada pa.. n dia tak kisah.. ku cuma kena sentiasa bawak si kecik jer la.. cian pula dia kan.. kenala prepare tempat tidur yang besh skit.. kalo terpaksa bermalam ler.. n Abang & Cabid ku nak anta pulang ker rumah jer.. :) so lagi cepatla mission accomplished.. hehe.. sekarang tak tau la Mie dah balik belum.. sian dia.. banyak lagi tnt nak kena wat.. tomorrow i help u yer mie.. sori tak sempat siapkan byk tadi.. Balik je umah, Cabid tidur n Anas pun.. Cabid penat tu, tengahari tak tidur.. Sekarang berdua jer dengan Abang.. k la... nati blogging lagi...... chaos.

Sistem tak ok..

wah.. betul2 tensen.. tak dapat masuk sistem.. iskh2.. napa la akhir2 macam ni baru nak jadi.. melambatkan kerja jer.. banyak lagi yang tak dikey-in.. sempat ke kejar dateline ni? hopefully sempat... doa2 kan kami yerk,

Sunday, January 3, 2010

Iskh... naper..?

Ku dari siang tadi nak buka satu blog ni yg kuikuti.. blog sepasang ibu ayah muda.. mengenai anak n diri mereka.. ku memang suka membaca, n blog ni adalah satu kegemaran ku n ku letakkan as favourite maka ku follow blog ni.. n tapi naper la blog ni n another blog ku takleh nak buka dari siang lagi... tajuk mereka ari ni amat memilukan.. esok kena ku buka di opis mana tau dapat buka di sana..

Deliagarden Giveaway

Blog ni ku dah ikuti sejak awal lagi.. so bila owner nye, Ms Lydia buat giveaway sempena birthday beliau, (Happy birthday to u....) ku pun nak try test join.. mana tau kan bertuah... Kalo kawan2 nak join pun leh klik aja kat blog list ku tu di ruangan 'Bags' or lagi senang klik je sini........


Hadiah2 nyer amat menarik hati.. sangat kiut dengan warna yang ceria......... tengok la sendiri...

HADIAH PERTAMA
Pouch Sling

HADIAH KEDUA

Cutie Green Totebag/nursing bag

N' ini adalah cara-cara nak meyertai giveaway ini :
Bagi sesiapa yang ada blog (bloggers):
1. Jadi follower DELIAGARDEN
2. Link kan blog ini di blog list anda
3. buat entry tentang giveaway ini
4. tinggalkan comment di sini beserta link anda
Bagi sesiapa yang tiada blog :
1. Jadi follower DELIAGARDEN
2. Emailkan ttg giveaway ini kpd 5 orang dan di CC kpd deliaramone@yahoo.com
@
postkan entry ini ke facebook@website anda
3. tinggalkan comment di sini beserta email@link web@add facebook anda
Giveaway bermula pada hari ini 3 Jan 2010
close date giveaway pada 9 Jan 2010 @ 12:00 malam....
pemenang akan dipilih menggunakan random.org

So, macamana? Kalau kawan2 nak turut serta moh la segera... :)

Saturday, January 2, 2010

Fikir tak sebelum berkata??

Ada tak korang pikir dlu apa yg korang kata? Ada tak? Biasanya kite takkan berfikir n lepas tu terlepas la kata2 yang tak besh didengar telinga.. especially buat sipendengar.. Ku banyak kali macam tu.. tapi kadang2 ada baik nyer, n selalunya banyak buruk dari baik.. Apa ku nak katakan di sini ialah........... sebaik2nya berfikir dlu baik buruk apa yang kita nak kata baru leh kite berkata2.. ok tak? haha.. banyak betul kata2.. ku sebenarnya dah blur.. almaklumlah sudah pukul 4 pagi dan ku lum lelap lagi.. kesan apa?? hehe tak minum coffee tau.. tapi ntah....... takleh tidur, terlalu banyak berfikir...... susah hati, fikiran rungsing sebab berfikir.. fikirkan apa..? Adalah... something very important........ seomething yang akan memberi kesan mendalam kalau keputusan diambil.. Hoping ku dapat keluarkan keputusan terbaik.. so takle menyesal kemudian hari..... kan,,,,,,, wish me the best ya........... :)

Friday, January 1, 2010

Happy New Year All.............

Happy new year all.. Moga2 tahun baru ni lebih berkat pada kehidupan masing2.. lebih bahagia dari duka.. n apa azam kawan2?? hehe.. nati ku nak listkan azam2 tahun lepas dan lepas dan lepas yang tak sempat ku achieved tahun 2009. Kenala kasi berjaya dlu azam2 yang dah lepas tu baru la leh tambah azam2 baru lagi.. hehe.. Anyway, ku harapkan tahun 2010 ini lebih baik lagi dari tahun 2009. Begitu jua ku doakan sumer ahli keluarga ku, sedara mara, sahabat2 dan semua muslimin muslimat... All the best to all of u.. Yang mana baru berkahwin, semoga berbahagia bersama hubby tercinta.. n yang mana baru menerima kehadiran orang baru dalam keluarga, berila kasih sayang tak terhingga kepada orang baru tu.. n jangan manja2 kan sangat.. pandai2 la bahagi2.. hehe.. Ku ni arapkan anak2 ku membesar sihat, cergas, aktif sentiasa.. berjaya.. dan amat2 ku berharap, arap2 la anak2 ku yang besar ni mula bercakap... :) Amin.. Sangat2 ku ternanti2 mendengar kepetahan bercakap anak2 ku ni...... doakanla yer.......