The loved ones..

The loved ones..

Tuesday, June 30, 2009

Exam day!!!

Selasa 30 Jun 2009

Ari ni terbangun lewat.. kul 7 baru sedar.. ini pun sebab tadi bangun kul 5 coz alarm dekat luar bilik kuat sangat.. then bila dah sambung titon balik, lajak lah.. lagi2 pa pun memang nk g JPWP KL lambat skit.. coz nak amik surat penempatan ke sekolah plak.. aku pun exam KPSL N27 kat Kompleks Perbadanan Putrajaya.. dengan Angah.. janji dah dengan dia tunggu kat Taska.. lagipun Cabid n Abang nak anta Taska gak.. Exam agak susah.. dan pening.. so kuar awal gak// kul 11 lebih skit jer kot.. dah naik pusing cari jawapan dalam buku 2 rujukan tu.. Angah pun kata dia blur.. so sama2 kuar.. tapi kena tunggu gak, coz ada orang lain menumpang.. tensen gak.. lama sangat lak menunggu.. em... Pa report kat Sekolah petang.. tapi balik awal, sebab pa kata guru besar nyer takde.. rupanya sekolahnya 2 sesi.. n pa masuk WP2.. so leh la anta dlu anak2 n i kat keta pepagi.. :)

Monday, June 29, 2009

Happy...

Isnin.. 29 Jun 2009

Ari ni rasa happy juga.. sebab dah baik dengan Pa.. n alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Ilahi.. Pa ditempatkan di Sek Ren Bukit Jalil.. tak ler jauh sangat Pa nak berulang.. :) berkat pertolongan mak & pengarah JPWP KL yang meletakkan pa di tempat paling berhampiran dengan Putrajaya... Terima kasih mak.. terima kasih Tuan Pengarah JPWP KL. Mak pesan suruh ingatkan Pa supaya keja elok2, jangan ponteng2.. sebab Pengarah dah tempatkan dia kat tempat dekat... n juga dikhabarkan dengan berita gembira... tapi macam tak percaya pun ada.. ntahla.. kalo betul.. syukur sangat.. sebab kata orang2 aku dapat APC.. "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang".. tak sangka.. tapi ramai yang kata.. ntah.. kalo betul memang syukur sangat..:) Rezeki anak2... n tomorrow, lusa & tulat.. aku exam KPSL N27 di Kompleks Perbadanan Putrajaya.. doakan supaya dapat jawab dengan tenang.. amin..

Sunday, June 28, 2009

Mood tak baik

Ahad 28 Jun 2009

Mood tak baik sejak semalam.. malas nak bagitau, nati jadi lagi mood x baik.. sekarang ni membusykan diri dengan keja2 kat umah.. tengokla.. kalo rasa boring kuarla dengan anak2.. g C4. sesaja.. menghabiskan mood yang tak besh ni.. kayla..

Saturday, June 27, 2009

Hari yang mendebarkan...

Sabtu.. 27 Jun 2009..

Kenapa tajuk ari ni "Hari Yang Mendebarkan..?" hehe.. sebabnya ari ni Pa lapor diri sebagai pekeja gomen.. haha.. Berdebar2 gak nak tau Pa dapat posting di mana.. arap dapat dalam Putrajaya gak.. sebab aku dah tak larat nak bawak keta ni.. letih.. bila nak ngendong Si Cabid pagi2 bila nak punch card.. kalo dia jalan, merah jela punch card aku tu.. Pagi2 ni lagi Pa dah bangun.. agaknya dia pun berdebar2 juga.. n Cabid pulak jatuh katil berdentam pagi tadi.. macam apa menda pecah jer.. Sekarang ni Abang & Cabid masih lagi tidur lena atas katil.. (Semalam Pa kena tido bawah.. hehe)
Smlm juga, adik Suza & wife dia menumpang tidur kat umah.. almaklumlah, adik ipar Suza tu pun nak melapor diri jawatan yang sama macam Pa.. Juruteknik Komputer Gred FT17. Doa2 la dapat tempat dekat..Amin..

Friday, June 26, 2009

Darah Tinggi & Diabetes Semasa Mengandung

Keturunan: Darah Tinggi Dan Diabetes Waktu Mengandung oleh Dr Aminah
By: Miey Ahmad @ Mengandung.com

Hipertensi dan Diabetes merupakan antara gejala yang paling kerap berlaku dikalangan wanita hamil dan boleh menimbulkan komplikasi menjelang kelahiran. Masalah ini merupakan igauan ngeri kepada ibu-ibu hamil.

Lazimnya inilah di antara banyak rungutan yang diterima daripada kebanyakan ibu-ibu hamil. Ada yang bertanya apakah produk yang sesuai untuk merawat masalah tersebut kerana khuatir serta bimbang tentang keselamatan bayi dalam kandungan, selain takut menghadapi pembedahan.

Pembedahan

Merujuk kepada hal tersebut Dr Aminah menjelaskan bahawa pembedahan adalah merupakan kaedah alternatif yang terakhir yang diberikan kepada mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. Namun begitu, hakikatnya lebih ramai yang bersalin normal, berbanding dengan jumlah yang bersalin secara pembedahan. Ini adalah disebabkan oleh penjagaan pemakanan serta penggunaan ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah.

Beliau juga berpendapat faktor makanan dapat memberi sumbangan secara tidak langsung kepada masalah hipertensi dan diabetes. Faktor risiko awal perlu dijaga. Sekiranya tidak merencanakan diet yang sesuai seperti gemar memakan makanan segera, makanan manis atau makanan yang diawet, menjadikan anak yang dilahirkan itu berkemungkinan mengalami masalah contohnya menghadapi masalah obesiti @ kolestrol tinggi dan masalah buah pinggang.

Tabiat makan untuk berdua juga sering disalah tafsir sehingga ada yang makan sampai berempat! Ibu hamil akan mengalami peningkatan berat badan yang mendadak dan saiz anak juga menjadi lebih besar dari biasa.

Di samping itu, diabetes juga ada potensi untuk melahirkan bayi yang besar kerana kandungan gula yang banyak dalam tubuh.

Simptom-Simptom

Simptom-simptom darah tinggi sewaktu mengandung ialah gelap mata, sakit ulu hati, dan kadang kala jadi sawan sekiranya berlaku kenaikan tekanan darah yang mendadak. Di samping itu boleh juga berlakunya keguguran uri lekang. Risiko bayi mati dalam kandungan juga tinggi.

Namun begitu ada juga kes-kes tekanan darah tinggi ini dapat dikawal dan ibu dapat bersalin secara normal dengan selamatnya.

Turun Darah

Tekanan darah tinggi, ibu yang berpenyakit, masalah pendarahan asal ibu, kencing manis, rahim bermasalah (seperti fibroid) tidak kuat kerana rahim tidak mampu mengecut juga mengakibatkan masalah turun darah.

Bagi ibu-ibu yang kerap mengandung atau mengandung terlalu rapat, masa untuk otot-otot rahim mengecut menjadi lambat dan pendarahan akan berpanjangan.

Ibu yang mengandung anak kembar juga kerap mengalami pendarahan yang melebihi 24 jam selepas bersalin terjadi kerana adanya bahan mengandung yang teritnggal di dalam rahim. Dalam kebanyakan kes membran (dikenali sebagai uri kecil) yang tertinggal, menyebabkan rahim tidak boleh mengecut. Selalunya membran ini akan keluar bersama-sama dengan darah nifas dan tidak mendatangkan masalah.

Makanan Dalam Pantang

Ibu-ibu selepas bersalin disarankan makan banyak sayur-sayuran hijau, buah oren yang kaya dengan vitamin C khusus untuk merawat saraf dan otot rahim, dan minum banyak air. Air perlu untuk tubuh mengeluarkan toksin.

Di dalam masyarakat Melayu, ibu-ibu yang di dalam pantang tidak digalakkan makan benda-benda yang sejuk kerana dikhuatiri boleh menyebabkan bentan. Bahkan dalam perubatan Cina juga tidak menggalakkan makanan jenis sejuk seperti minuman ais, sayuran jenis menjalar seperti labu, kangkung, timun dan sebagainya.

Masalah sama ada perlu berpantang atau tidak bergantung kepada kemampuan badan seseorang. Ada orang yang tidak boleh tahan dengan makanan yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Ada pula yang alergik kepada ubat atau makanan tertentu. Jadi ia bergantung kepada individu itu sendiri. Yang penting zat dan vitamin perlu cukup kerana waktu dalam pantang, tubuh sedang mengalami proses pemulihan.

Sebelum mengakhiri temubual, beliau telah menyarankan bakal-bakal ibu supaya kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengelak atau mengesan sekiranya berlaku sebarang komplikasi kehamilan. Tindakan awal boleh diambil untuk membantu mereka menghadapi masla yang dinyatakan tadi.

Sekian.

Tuesday, June 23, 2009

Wondering...

Selasa 23 Jun 2009.

Ada tak kadang2 terfikir kenapa boleh terjadi perpisahan setelah lama bersama? kekdang tu macam2 aku pikir.. no la.. wondering apa penyebab utama perpisahan... n camna nak sesuaikan diri selepas perpisahan.. and if ada anak2, macamana dengan anak2? penjagaan diaorang, sara hidup dorang.. em.. confused gak kan..tapi anything pun kita kena pikir dari segala segi kan..? leh ke nak duk sorang2 tanggung anak2.. mampu ker kita? kadang2 bila aku pikirkan balik.. wanita yang hidup sorang membesarkan anak2 ni.. berapa besar pengorbanan dorang ni.. betapa payahnya dugaan dorang.. betapa banyaknya cabaran yang dorang tempuhi.. kadang2 tu aku terpikir lagi.. kenapa pula nak cemuh2 dorang ni.. padahal dorang membesarkan anak2 dengan payah.. ??? ada tak korang sumer terpikir.. ? tapi kadang2 tu aku pikir gak.. naper, bila lelaki yang jaga anak2 sampai berjaya.. tak de sangat pengiktirafan? tapi memang tak banyak lelaki yang boleh jaga anak2 tanpa sokongan wanita.. selalunya sumer lelaki yang berpisah dan menjaga anak2 sendiri.. sumer nyer mesti ada pengganti... so, leh bersama2 menjaga anak2 .. membesarkan anak2.. em...
kayla.. apa lak melalut ni.. nk g tengok Bigger Loser la.. hehe:) pastu CSi..bye

Monday, June 22, 2009

em.. naper lah budak2 ni...

Isnin 22 Jun 2009

Selamat hari lahir Kak Su.. semoga panjang umur, murah rezeki & dirahmati Allah stiasa.. Amin.. ari ni tak banyak sangat pun menda dibuat diopis.. walaupun SG20 yang bertukar masuk sumer kena kuiri. hehe.. sebab busy koyak2 n sort pay slip jer.. lagipun hari ni half day coz petang check-up perut.. alhamdulilah sumer ok. Hb pun orite.. baby gerak ok.. jantung baby pun okay.. n blood preasure pun ok.. n so many people at clinic today.. luckyla, jupe Kak Wan.. dia pun nak g check up.. dia due bulan Nov ni.. so minta dia amik no smatara aku g cari parking.. hehe.. Thanks yer kak Wan.. and, one more thing, si Wahida masuk wad la plak.. coz blood preasure yang tinggi.. hopefully sumer ok & blood preasure dia jadi normal balik... Amin.. skrang ni budak2 ni tak reti lagi la nak tido.. sedangkan esok nak g skol. aiseh men.. susah betul la budak2 ni.. segar la mata dorang ni.. yang pa ni tak naik2 dari tadi.. duk lepak jer dengan kawan dia.. tensen tul...iskh.. anak2 ku yang hensem n cute.. tidola jom.. ma dah ngantuk ni.. xnak lewat lagi yer.. jom kita titon... :)

Sunday, June 21, 2009

Sakit betul ati..

Ahad 21 Jun 2009

Sakit betul rasa hati.. dah la x tolong apa2 kat umah ari ni.. takpela.. tapi bila nak g umah mak, bagi alasan anak2 tengah syok tido.. tapi bila nak kuar g main tenis ke mancing ker takde plak apa2 alasan.. mentang2 la ada maid jaga anak2 kat umah.. sampai macam tu skali.. geram betul aku ni.. kalo aku ni larat.. aku g sendiri jer dengan budak2.. tapi dah tak larat sangat.. iskh.. geram betull.. buat aku banyak dosa jer..

Saturday, June 20, 2009

STill...

Sabtu 20 Jun 2009

Masih lagi sendiri.. anak2 tengah syok tengok tv.. channel Playhouse Disney.. citer Dibo The Gift Dragon di mana mengisahkan Dibo, naga yang akan memberikan hadiah kepada kawan2 nyer hadiah.. sekiranya dorang mempunyai sebarang wishes.. best kan kalo dapat camtu.. leh la minta apa2 aja dari Dibo tu.. hehe.. kadang2 fantasi ni seronok gak kan.. tapi citernyer macamana pun masih ada pengajarannya.. so setiap hadiah yang diberi sepatutnya memberi pengajaran juga.. ceh2.. mengulas cerita katun anak2 plak aku ni.. sesaja jer.. tandanya memang takde menda nak buat.. hehe..

Sumer rasa ada..

Sabtu 20 Jun 2009

Ari ni memang duk jer kat umah.. ingat nak g umah mak tapi kaki sakit sangat.. semalam krem lagi.. sampai jalan pun tengkot2.. pastu dahla menahan rasa sakit jer sampai sekarang, dah sakit pula hati dengan abang @ Adam.. Naper? tadi baru jer marah dia main pampers sampai lembik2 nak rosak, masuk je bilik air jap.. kuar2 dia main lagi pampers tu.. geram betul.. dah sah2 dia yang main dari tadi.. suka sepah2 kan menda.. ingat beli pampers tu pkai air liur ker.. susah betul orang tak makan saman ni..

Friday, June 19, 2009

Sesaja nak kongsi..

Jumaat 19 Jun 2009

Ari ni tak g kemana2 pun tengahari.. sebab rasa macam penat n ngantuk.. kaki pun tak larat.. lagi pun x bawak keta.. so dukla kat opis.. makan sorang2.. tapi takleh tido plak.. jadi asik melayari internet jer.. internet monitor shopping... hua2x..
sumer baucer pun dah siap print n cop eft. cuma malas nak cop telah dibayar jer.. itu biarla Hadi yang buat.. SG 20 pun dah setel.. alhamdullilah.. em.. so skrang ni nak kongsi gambar Pa dapat ikan besar ari tu.. :)

Pelbagai..

Jumaat 19/06/2009

Dah lama tak taip dalam blog ni.. macam2 rasa ada dalam minda sekarang ni.. tapi macam tak privasi nak beritau sekarang.. Maybe next time.. when i'm feeling much better.. hopefully...

Sunday, June 14, 2009

Catatan terakhir sebelum tidur..

Ahad 14 Jun 2009

Hari yang memenatkan.. dah siap kemas bilik.. cuma tak pasang cadar dalam bilik sendiri jer.. Sekarang ni tengah menanti Suza n hubby dia Kerol.. Dorang g makan dlu.. Arap jangan la lewat sangat yer.. dah tak larat sebenarnya.. Abang dah tido.. yalah siang tadi tak tido langsung dia.. Si Cabid ni segar pulak lepas minum susu.. Ntah2 wat keja tu yang susah tido kot.. nak wat masuk kipas tapi Cabid tak tido lagi.,. takut dia main plak.. iskh.. bilik panas skit.. dah lap kipas dalam bilik.. tapi setakat dekat tempat tido abang jer rasa, tempat tido Cabid sayu2 jer.. em... baju tak sidai.. dah tak larat.. :( bazir softlan & sabun basuh jer kan.. em.. Rindula kat Pa.. esok semalam lagi tanpa Pa kat umah.. lambat nyer Selasa.. Bye..

Letih.... :(

Ahad 14 Jun 2009

Adoi.. letihla mengemas bilik.. n itupun masih lum siap lagi.. berehat jap.. dah tak larat sangat.. Alhamdullilah dah ujan pun.. sejuk skit.. elok skit cuaca nampak gayanya.. em.. tak larat lak nak kuar.. cian anak2 tak tau nak bagi makan apa.. perut sakit sangat ni.. jangan la Suza datang lewat sangat @ awal sangat.. datang la around kul 9 ker.. ok la.. aku tak larat nak kemas lagi ni.. baju dalam mesin lum sidai2 lagi.. esok kena g amik wit.. kna g beli barang2 dapur.. em... letih sangat..

Boring & Malas

Ahad 14 Jun 2009

Ari ni anak2 sumer bangun lambat.. dekat kul 10 pagi.. almaklumlah sume tido lewat semalam.. kul 2 pagi..skrang pun dorang ni segar jer.. Ingat nak g C4 beli barang dapur skit.. tapi malasnye la... iskh2.. dah la panas je kat luar.. perut pun memulas2 jer dari tadi.. angin jer.. tapi xlalu nak makan pula.. em.. bosannya.. nak wat per ni.. bilik tengah belum kemas lagi.. suza nak datang nati.. em..

Saturday, June 13, 2009

Gambar2 nak kongsi..

Ari ni nak clear kan gambar2 dalam kamera Sony.. INgatkan sikit jer.. la dari Sep 2008 rupanya gambar.. xdikuarkan.. so adala gambar2 dlu.. masa Cabid lum setahun pun.. hehe.. :)








Cam boring jer..

Sabtu.. 13 Jun 2009

Ari ni petang tadi mak, abah & nana ada datang.. tapi kejap jer.. datang kul 6.10 ,40 minit lepas tu dah balik.. em.. aku masih sakit kaki.. jap g kna letak minyak skit.. kna urut2.. takut tido malam karang krem lak.. Abid n Abang tengah tengok TV lagi.. seharian hari ni dorang tengok Playhouse Disney. cuma petang tadi jer tukar jap Astro Ceria.. Tengok Tom TOm Bak. em.. tadi ada amik gambar dorang dengan kamera Sony.. memang sesaja caj kamera ni.. hehe. nak ilangkan rasa boring.. selalu ada gaduh2 dengan Pa.. bukan gaduh2.. selalu leter Pa.. ari ni takleh leter sapa2 .. leter budak2 ni bukannya paham pun.. rindula kat PA...


CABID SEMPAT POSE

ABANG YANG BERSANTAI TENGOK TV - PLAYHOUSE DISNEY

ANAK2 YANG TENGAH BARING2 TANPA PAPA ARI NI..

A busy day.. but...

Sabtu 13 Jun 2009

Ari ni memang actually so lot things to do.. nak lipat baju, nak cuci baju, nak gosok baju.. nak kemas rumah.. nak pasang cadar.. n so so on.. tapi kaki sakit.. dekat kaki kiri.. em.. kalo strecthing skit jer mesti krem.. iskh.. pa dah g trip mancing ke Pelantar Minyak semalam around kul 11 malam dia bertolak.. dah sampai pun.. dah naik bot.. semoga semua berjalan lancar.. :) Anak2 tengah duk berbaring depan TV.. n Cabid dah tido tengahari.. tapi abang lum tido lagi.. nati bile petang baru nak tido.. susah tul la budak tu.. hari gelap jer macam nak ujan.. ingat nak g umah mak.. esok jela kot.. g pagi. petang balik la.. suza nak datang esok.. em.. nak kena kemas skit bilik tengah tu.. k la..

Thursday, June 11, 2009

Happy tapi ada risau...

Khamis.. 11 Jun 2009

Memang banyak kerja ari ni.. sangat.. almaklumlah dah 2 1/2 hari tak g keja,, haha..
tapi memang banyak dugaan dalam nak menyiapkan kerja2 ni.. naper? ari ni lah plak sistem nak tak ok.. asik2 ko.. pastu dah la sistem tak ok.. network pun xde.,.. nak print pun x leh.coz aku nyer komputer attached kat printer network.. kul 11 pagi baru dapat wat keja dengan selesa skit.. n petang baru dapat key-in sumer ot2 n claim2 penceramah.. sebab baru ok sistem espkb.. ni ada lagi 5 claim ot yang perlu disemak.. aku bawak balik umah ni sebab nak semak siap2, esok pagi2 key-in jer dalam sistem terus.. abis citer.. n pagi esok nak fotostat sumer sg20 yang dah Kak Nor tandatangan.. Tq kak Nor.. kak Nor ni banyak membantu.. dahla Pn hana tak sihat.. en Razli pun xde.. so banyak juga keja2 yang tak dapat berjalan lancar.. n luckily for us, our TKA sanggup memperakui baucar2 bayaran.. untuk perakuan 2.. Tapi dia pun teruji juga, yalah sistem asik out jer.. jap2 ok, jap2 ko.. hehe.. Memang bagus punyer bos.. :) n lupa lak, pagi2 tadi.. ingatkan jalan clear.. jammed teruk.. aku memang dah lambat tapi xler lambat sangat.. adoila.. sampai ofis dkt kul 8.15 pagi.. padahal aku kuar umah belum pun kul 7.30 pagi.. iskh.. kira lambat la tu.. dkt 45 minit.. sakit kaki aku ni menahan clutch.. dapat lak si Cabid ni asik merengek jer.. pastu kena marah dengan aku terus tertido.. abang cool jer kat belakang...
Pa ari ni g setel sumer menda2 dengan Nec.. n dia kata JPA ada call suruh amik surat melapor diri... n dia akan melapor diri pada 27 JUN 2009 (Sabtu) di JAKIM, Parcel D. dan kemudian di sana nati akan diberi penempatan.. arap2 dapat dekat la dengan ofis.. so senang skit.. n paling jauh pun arap2 masih dalam Putrajaya lagi.. hopefully.. doakanla yer.. n aku ni happy pa dah dapat keja gomen ni walaupun gaji nyer skit berbanding dia nyer gaji dulu.. tapi at least stabil.. tapi ada datang risau lak.. gaji aku tak ler seberapa gak.. n if dalam bulan2 pertama ni, tempat dia akan bekerja nati kalo cepat gajinya takpela.. kalo lambat.. aiseh.. camna yer? mesti terumbang ambing skit perbelanjaan umah.. :}
aku pening pikirkan ni.. dahla tinggal 2 bln lebih jer yang si kecil dalam perut ni nak keluar lak.. iskh memang dugaan untuk kami suami isteri.. but apa2 pun aku harap sumer berjalan lancar.. amin.. :)

Wednesday, June 10, 2009

Sesaja..

Puting Tenggelam?

Bolehkan anda menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam?

Puting yang tenggelam bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Sebenarnya terdapat antara 28-35% dari wanita yang hamil kali pertama mempunyai puting yang tidak timbul dengan sempurna (Hyttch & Baird, 1958; Blaikeley, 1953; Waller, 1946). Kehamilan merupakan tempoh penting perkembangan dan tumbesaran payu dara. Bakal-bakal ibu yang dahulunya memiliki puting tenggelam atau mendatar kini mungkin mendapati puting mereka mula menonjol apabila menghampiri masa untuk bersalin. Penonjolan dan pembentukan puting akan bertambah baik setiap kali kehamilan dan setiap kali anda melalui pengalaman menyusu anak.

Apabila anda berada dalam trimester terakhir kehamilan, anda bolehlah memeriksa puting anda. Tekan areola di bahagian pangkal puting. Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, tekankannya ke dalam dada. Jika puting kekal pada kedudukan yang sama dan tidak terjojol, ini bermakna anda memiliki puting yang leper. Tetapi jika tekanan ini menyebabkan puting anda masuk ke dalam, ini menandakan puting anda tenggelam. Sebenarnya , kes puting yang benar-benar tenggelam jarang berlaku.
Anda boleh terus menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam. Tidak semestinya anda mesti mempunyai puting yang terjojol baru boleh berjaya menyusukan anak. Bentuk puting ketika rehat tidak menunjukkan setakat mana ia akan menonjol ketika bayi menghisapnya.

Kedudukan yang betul ketika menyusu adalah sangat penting. Sentuhkan bibir bayi dengan puting anda berkali-kali dan tunggu sehingga bayi membuka mulutnya dengan luas seperti menguap. Tarik sedikit payu dara anda ke belakang dengan memastikan ibu jari dan jari-jari anda jauh dari areola apabila mulut bayi mula melekap pada payu dara anda. Ini memberi ruang kepada bayi memasukkan seberapa banyak yang boleh bahagian areola ke dalam mulutnya. Apabila bayi diletakkan pada kedudukan yang betul, tisu payu dara dapat dihisap dengan sempurna seolah-olah seperti puting.
Menyusu bayi dengan puting yang tenggelam kadangkala merupakan satu cabaran. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai puting yang tenggelam atau leper lebih mudah terkeliru apabila menghisap. Keadaan ini berlaku apabila ia diberi puting tiruan di awal-awal minggu penyusuannya. Kenapa ini terjadi, penjelasannya adalah mudah.

Meletakkan bayi ke payu dara anda selepas sahaja ia dilahirkan adalah sangat penting untuk 'mengingatkannya' bentuk puting ibunya. Bayi akan menjadi biasa dengan bentuk puting dan payu dara anda. Dalam kebanyakan kes, bayi boleh diletakkan terus ke atas dada anda. Biarkan ia menjilat dan menghisap puting anda.

Bayi yang dibiarkan berbuat demikian sejurus selepas dilahirkan lebih berjaya menghisap susu dari ibunya, walaupun ibu tersebut mempunyai puting susu yang tidak terjojol. Elakkan dari mengguna puting tiruan sehingga penyusuan dengan susu ibu telah benar-benar mantap. Jika terpaksa memberi tambahan susu formula, picagari atau cawan boleh digunakan dari awal sementara berusaha membina hubungan penyusuan antara anda dan bayi. Pastikan anda mendapat bantuan dan sokongan dari pihak hospital atau kaunselor penyusuan berkaitan dengan teknik dan kedudukan semasa menyusu sejak dari mula lagi. Dapatkan latihan yang cukup sehingga anda benar-benar mahir tentang teknik penyusuan ini ketika payu dara anda masih lembut dan mudah dipegang.

Amatlah berguna jika anda dapat memerah atau mengepam susu untuk beberapa minit sebelum memasukkan puting anda ke dalam mulut bayi. Ini akan membantu pengaliran susu yang baik. Memerah susu ke bibir bayi juga dapat menarik minat bayi anda.

p/s : Inilah antara masalah yang aku hadapi..moga kali ni dapat di atasi.. insyallah..

Pemakanan Semasa Hamil

Pemakanan yang seimbang semasa hamil merupakan permulaan yang baik untuk anda dan bayi anda. Anda tidak perlu makan untuk dua orang, tetapi anda perlu mempelbagaikan makanan anda. Makan secara teratur, 3 makanan berat dan sedikit snek diantaranya sehari dari semua kategori dalam piramid makanan.
Tujuannya ialah :{mosimage}

Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung.
Berapa Banyak yang Perlu Makan
6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti.
3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin C dan satu dalam vitamin A)
2-4 hidangan susu atau produk tenusu
3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
6-8 gelas air.
Makanan Yang Boleh Dipilih
1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi khasiat seperti:

Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
Vitamin A (hati, susu, telur)
Vitamin B Kompleks (hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
Vitamin C (jambu, betik dan limau)
Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.
Kurangkan atau jauhkan
{mosimage}Makanan:

tinggi gula,

tinggi lemak dan

tinggi garam

terutamanya bagi anda yang menghidap penyakit berkaitan seperti kencing manis dan darah tinggi.
Berjaga-jaga
{mosimage}Semasa hamil, pastikan anda tidak mengambil makanan yang berbahaya untuk bayi dalam kandungan seperti:

Salmonella - dalam telur, ikan, daging yang tidak dimasak sempurna
Salad atau ulam-ulam yang tidak dimasak termasuk coleslaw
Makanan bungkus yang mungkin dipanaskan berulangkali
Hati ayam/lembu- terlebih vitamin A boleh memudaratkan bayi dalam kandungan
Kafein - Kafein termasuk kopi, teh dan kebanyakan air soda. Jangan lebih secawan sehari.

Kacang tanah - Jika anda atau pasangan punya sejarah alahan terhadap kacang atau lain-lain makanan, elakkannya untuk mengelakkan bayi mendapat alahan.
Utamakan ikan kecil daripada ikan besar
Asid Folik
{mosimage}Asid folik perlu diambil untuk mengelakkan kecacatan bayi terutamanya di trimester pertama (sehingga 3 bulan).
Sebaik-baiknya, ibu hamil mengambil suplemen 400mcg asid folik.
Makanan yang banyak mengandungi asid folik termasuk bijirin sarapan, sayur bayam, roti dan lain-lain.

Ehsan dari ratuhati.com

Sesaja je ni.. nak berkongsi info..

Bulan lepas.. ada bawa abang n cabid g checkup,, n guess wat? berat dorang xnaik banyak pun.. abang naik dalam 400g n cabid 300g.. padahal dorang makan banyak.. naper yer? rupa2nya nurse kata dorang kurang zat dalam makanan.. coz kami banyak masak bubur, sup n yang lebih sihat untuk orang dewasa untuk makanan dorang.. rupanya nurse kata, boleh aja nak bagi dorang ni makan makanan yang berlemak, bersantan n so so on.. coz kata nurse lagi dorang nyer badan takkan menyimpan lemak2 tu coz dorang pun tengah aktif sekarang ni.. walaupun berat dorang masih belum turun ke ruangan yang kurang zat.. dan masih di tahap ideal... nurse suruh berikan perhatian.. coz berat yang naik tak menarik.. em.. so aku ni dahla malas masak.. hua2x.. so kerana itu, aku banyak la melayari internet nak mengetahui info2 untuk anak aku ni.. n aku ada masuk portal myhealth.. n.. guess wat.. ada topik mengenai zat makanan untuk kanak2 yang kurang berat.. n aku kongsikan disini.. bersama.. let's share the info.. :)

Garis Panduan Pemakanan Bagi Kanak-Kanak Yang Kekurangan Berat Badan

Pengenalan
Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semulajadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semulajadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?
Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan samada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?
Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.
Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:

Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
Penyakit seperti jangkitan cacing.
Tekanan.
Senaman yang berlebihan
Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.
[Atas]
Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan?
Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:

Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.
Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.
Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.
Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.
Apakah yang patut anak saya makan?
Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin.

Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:

Nasi / bubur
Ditambah ayam / daging / minyak / marjerin

Roti
Ditambah marjerin / mentega kacang / keju

Biskut kraker
Ditambah marjerin / mentega kacang / keju

Susu
Ditambah serbuk coklat / aiskrim

Telur
Ditambah susu / minyak / marjerin / keju

Kentang – dilenyek / dibakar
Ditambah susu /minyak / marjerin


Berapa banyakkah harus anak saya makan?
Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan.
Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.
Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.
Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.
[Atas]
Bagaimana saya boleh bantu anak saya rasa positif tentang imej dirinya?
Perlu diingat bahawa setiap anak adalah unik dan begitu juga bentuk badannya. Kanak-kanak berbeza dari segi saiz, bentuk dan ketinggian. Mereka juga membesar pada kadar berbeza. Walau bagaimanapun, yang penting, anak anda sihat.
Jangan timbang anak anda terlalu kerap. Rumah sepatutnya tempat yang selesa dan tidak rasa terasing oleh kanak-kanak. Doktor mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh maklumat mengenai berat badan anak anda. Selain itu, tumpukan perbincangan mengenai berat badan.
Berat badan sihat adalah berat yang boleh dikekalkan secara sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat, aktif dan mempunyai perasaan yang positf terhadap tubuh badan dan saiz mereka.
Contoh menu
Hidangan Nasi Tomato (Hidangan 4 orang)

Bahan-bahan

90g (1/2 cawan) beras
1 sudu makan marjerin
30ml (2 sudu makan) puri tomato
125ml (1/2 cawan) jus tomato
125ml (1/2 cawan) air
5g (1/2 sudu makan) minyak sayuran
10g (2 ulas) bawang putih, ditumbuk
10g (2 cm) halia, dihancurkan
60g (1 biji) bawang besar, dihiris
100g (2 biji) tomato, dipotong dadu
125g (1/2 cawan) daging yang empuk ( contoh: striploin), dihiris nipis
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak

Di dalam periuk nasi elektrik, tanakkan beras bersama puri tomato, ¼ jus tomato dan air. Tambah 1 sudu makan marjerin.
Sementara itu, tumis bawang putih, halia dan bawang besar dalam kuali berasingan. Masukkan tomato yang dipotong dadu serta baki jus tomato. Tambah hirisan daging dan masak hingga empuk. Tambah lebih air, jika perlu. (Untuk kanak-kanak kecil, gunakan daging cincang atau ayam)
Tutup api dan letakkan berasingan.
Sendukkan nasi ke dalam acuan jeli berbentuk bulat. Buat satu lekuk di tengah-tengah nasi dan letakkan daging yang telah ditumis ke dalam lekuk tersebut.
Terlungkupkan nasi tomato beserta daging ke atas pinggan dan hidangkan.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) : 173.0
Protein (g) : 10.0
Zat Besi (mg) : 3.5
Lemak (g) : 2.0
Kalsium (mg) : 25.01 - 3 Tahun

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-Kanak Berusia 1 Ã?¢ââ??‰â?¬Å? 3 Tahun


Sarapan

1 gelas susu (penuh krim)
1 keping roti bakar
2 sudu kecil marjerin



Minum Pagi

½ potong betik
2 keping biskut
1 gelas minuman bersusu

Makan Malam

1 cawan mi goreng (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
½ cawan sayur
1 gelas air kosong
½ potong betik


Makan Tengahari

1 cawan nasi (tambah 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
1 ekor ikan kembong
1 cawan sayur bayam
1 gelas air kosong
1 biji pisang


Makan Lewat Malam

1 gelas susu (penuh krim)

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-Kanak Berusia 4 – 6 Tahun


Sarapan

1 gelas susu (penuh krim)
1/ 2 cawan nasi goreng (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
½ cawan sayur
1 telur goreng




Minum Petang

1 ketul karipap
1 keping roti
1 gelas minuman bersusu


Minum Pagi

2 keping biskut kraker
1 sudu makan marjerin
1 gelas minuman bersusu

Makan Malam

1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji epal


Makan Tengahari

1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
½ ekor ikan bersaiz sederhana
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji pisang

p/s: aku kena berazam untuk lebih rajin.. memasak makanan2 yang berzat agar anak2 aku dapat membesar sihat dan cergas,, sekarang ni pun dorang memang cergas.. cuma berat badan tak menarik sangat la.. em.. i'll try my best...

Fenugreek.. untuk membanyakkan susu ibu..

Rabu 10 Jun 2009

Sebenarnya aku amat teruja dengan fenugreek ni.. di mana baca dalam blog Nisa..em.. apa address nyer yerk? yang aku surf just utk window shopping di internet.. so aku ada baca mengenai kebaikannye untuk menambahkan susu badan.. coz aku interested nak bf anak ketiga ni dengan susu badan.. at least pun sehingga 6 bulan pertama.. sebab anak pertama & ketiga x pernah aku bf lama pun.. sejak lahir dah campur2 dengan susu formula.. aku rasa sebabnya aku tak dapat sokongan keluarga dalam nak fully bf kan anak aku.. keluarga ni bukan hubby coz hubby ni memang duk asik marah jer suruh bagi bf.. tapilebih pada mak aku.. y? coz.. bile budak ni nangis jer.. dia kata budak ni lapar, tak cukup susu badan la.. so dia suruh wat susu formula.. yang aku ni.. tak nak bergaduh n bertekak dengan mak.. so terpaksa menyerah saja.. so.. untuk anak ketiga ni.. aku ingat nak try pekak kan telinga.. coz aku memang ada niat nak fully bf kan anak aku ni.. wish me luck ek..n aku sebenarnya tertekan antara mendengar @ melawan.. kalo tak dengar kata, macam melawan.. tapi macamana ni? sekarang digalakkan penyusuan susu ibu.. di mana2 jer mesti diutamakan susu ibu.. tapi kalo tak dapat sokongan.. macamana nak aku buat.. pening2..

Exam BITK di MAEPS, Serdang

Rabu 10 Jun 2009

Hari ni exam BITK di Dewan B, MAEPS Serdang.. n lucky for me.. pa tolong drive kan.. so anak2 kami anta ke TAska dlu.. exam sepatutnya start kul 9.30 pagi.. but start lewat 5 minit .. biasala dewan besar, orang ramai, urusetia manala ramai sangat.. n satu urusetia yang dikenali.. Ratna.. hehe.. nak dijadikan cerita.. menunggu nak berlangsung nyer exam BITK tu.. aku baru prasan meja kat situ berabuk la gak.. aiseh.. abis tangan n muka aku.. naik bintat2 macam kena gigit nyamuk.. gatal bukan main lagi.. ni mesti alergik habuk ni.. iskh.. asik mengaru ajala.. n aku kuar dari dewan tak ler awal skali.. hehe.. dlm kul 10.15 pagi jer.. and kami terus g amik budak2 kat taska n g makan pagi.. coz aku lum breakfast lagi.. skrang ni budak2 dah terbongkang tido.. hehe.. n gatal2 kat tangan & muka dah kurang.. bintat2 pun dah nak ilang.. seronok... :) k la chow.. n soalan BITK tadi.. em.. ada 50/50.. ada yg rasa confident jer jawab ada gak yang tak yakin lgsg.. hehe.. almaklumlah tak membaca langsung.. kalo ada rezeki tu lulusla kalo tak amik lagi la tahun depan... kan?

Tuesday, June 9, 2009

Naper yer?? Asik cirit jer pregnant yang ni...

Selasa 9 Jun 2009

Ari ni tak gi kerja.. jap g nak g klinik amik mc.. cirit birit la.. sakit2 punggung2.. rasanya sejak 2,3 menjak ni memang asik cirit jer.. ntahla napa? banyak sangat angin ke dalam badan?? susah betul.. esok exam lak.. keja kat opis ada la sumer tak wat lagi.. ingatkan nak siapkan ari ni.. em... susah ati tul la.. k la nak siap2 g klinik.. nati sambung yer... lagipun ada topik nak diperkatakan... about kain batik,,, chow...

Sunday, June 7, 2009

A normal day...

Ahad 7 Jun 2009

Hari yang normal untuk kami.. kami @ me & anak2.. tak termasuk bapak diaorang tau..
hari ni tak bangun awal, tak bangun lambat gak.. sakit perut ni sebenarnya.. baper kali dah masuk toilet.. ni pun macam nak g masuk je lagi.. budak2 duk tengok tv di siaran favourite dorang... Playhouse Disney.. Cabid bangun awal ari ni.. ada ke patut.. kul 3 pagi dia leh bangun main keta tolak dalam gelap2 gelita.. iskh budak kecik ni.. dahla ari tu.. dia kuar dari gril umah, kat balkoni padahal gril tu elok berkunci.. n semalam kami dah tengok macamana cara dia kuar dari gril tu.. fleksibel rupanya dia ni.. elastik boy ni... leh lentik2 badan lak.. ari JUmaat tu pun masa singgah umah mak pun, dia leh masuk kat bawah kerusi sofa mak yang sempit giler tu untuk ke seberang satu lagi.. iskh.. dah nampak dah kebolehan dia.. Abang @ Adam as usual.. main apa2 taknak berkongsi dengan Cabid. saja je tu nak amik perhatian, so bila Cabid jerit nangis2 kami mestila marah dia kan.. tau sangat trick dia tu.. n semalam selepas kami dinner di Kedai Makan bawah umah ni... kami g ke playground kat belakang blok 8A2. n abang n Cabid seronok giler dapat main slide.. abang la seronok sangat.. kul 9.45 malam kami pun gerak dengan mendukung dua2 budak lelaki tu coz dah ngamuk nak main lagi.. especially abang la.. Cabid jap jer.. tak lama pun. relaks jer.. abang jer yang over.. k la.. nak g sambung sakit perut lak ni.. bye..

Wednesday, June 3, 2009

Apa ye nak wat tajuk?

Rabu 3 Jun 2009

Ari ni el.. sbb sakit dada pagi tadi, cam susah skit nak nafas.. sbb banyak kahak.. mungkin sejuk sangat kot pagi tadi.. Ingatkan nak amik mc tapi xlarat nak angkut budak2 g skali.. tggl le 9 hari jer cuti aku.. kna la ot ni.. biar dpt cuti gantian.. 10 Jun ni ada exam BITK kat serdang.. lum g survey lagi jalan.. ingatkan nak g tengok jap dengan anak2.. pastu g jejalan.. :) hua2x.. baju utk esok sumer dh ada.. anak2 nyer barang pun dah siap.. jap g nak kuar wat masuk jer trus barang tu dlm keta.. esok leh lenggang2 jer naik keta.. :) tapi bkn lenggang sangat la.. kna dengan anak2 jugak la kan.. em.. sesaja je posting menda ntah apa2 ni.. sebab rasa cam tertekan sangat.. tapi xmoh cakap napa tertekan.. biarla rahsia.. biar hati sendiri je yang sakit.. k la nak mandikan anak2 dlu.. baru nak kuar.. chow...

Monday, June 1, 2009

Happy day...

Isnin.. 1 Jun 2009

Ari ni memang hari yang mendebarkan untuk kami.. especially utk Pa.. coz ari ni result interbiu dia dapat tau.. drp pagi duk suruh call2 SPA. hua2x.. so tadi dalam kul 10.58 pg. aku buka lagi website SPa.. dan dah ada.. Alhamdullilah.. dah dapat jawatan tu.. biarlah Juruteknik Komputer FT 17 pun.. asalkan ada jawatan tetap.. syukur...